SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 9 Ogos 2010

PENIAGA TAK BERAPA NAK HALAL

Asalammualaikum,
Beberapa hari yang lalu saya ada menulis berkenaan dengan peniaga-peniaga setahun sekali, kali ini saya cuba menulis pula berkenaan dengan peniaga yang tak berapa nak halal, sebab ada yang menjual barangan seludup dan haram disisi undang -undang negara.

Bila saya sebut sahaja barangan haram disisi undang-undang negara, terus kita terbayang akan mercun dan bungga api yang diimpot dari negara Cina atau Siam ( Thai ). Sebenarnya bukan dua barangan tu sahaja yang di seludup dan dijual kenegara kita ni ada juga barangan aksoseri2 dan pakaian2 seperti jean, bag tangan berjenama,kasut, cermin mata dan sebagainya lagi yang berjenama terkenal,mereka menjualnya dengan harga cuma 1/4 dari harga sebenar (ori).Contoh lives 501 butang dikedai harga RM 300 ++ sedangkan mereka menjual dengan harga cuma RM60.00 hingga RM100.00 sahaja.Banyak lagilah tak tesenarai oleh saya kalau nak disenaraikan barang-barang tiruan yang ada dipasar-pasar ramadhan sekarang ini.Begitu juga dengan barangan yang lain nya mereka jual dengan harga mampu beli orang yang berpendapatan sederhana.Dari segi kualiti pula sekali pandang tak jauh beza dengan yang ori,orang ramai bukan tahu itu beli dimana. Nak larang orang pakai pun tak patut juga sebab ia murah,sesiapa pun mampu memilikinya.

Apa pun mereka sama-sama beraya dengan bergaya, peniaga berduit banyak pembeli pula berpakaian baru. (tiruan bukan persoalan lagi)yang penting baru. Orang yang paling rugi sekali ialah pembeli mercun dan bungapi kerana mereka hanya membakar duit semata-mata.Bila mercun atau bungapi dah dibakar ia tak boleh dibakar lagi untuk kali keduanya, malainkan beli lagi yang baru dan begitulah seterusnya sampai melingkup. Dari itu wahai peminat-peminat bungapi jangan lah membazir (boros) kerana itu adalah saudara setan.Fikir-fikir kan lah selamat beramal.

Ahad, 8 Ogos 2010

ANAK MUDA ISLAM SEJATI

Asalammualaikum,

Tadi siang semasa aku dalam perjalanan balik kampong, aku telah melalui berpuluh buah masjid dan surau yang dibena tak jauh ditepi jalan sepanjang jalan kekampong ku. Aku lihat orang ramai bergotong royong membersih luar dalam serta mengemaskan kawasan dan menghias masjid dan surau supaya nampak bersih dan indah.

Aku lihat ramai juga anak-anak muda yang turut serta dalam majlis tersebut, tahniah aku ucapkan kepada nak muda yang menghadirkan diri pada majlis gotong royong seperti itu. Kerana masa hadapan masjid dan surau terletak dibahu anda semua.Dalam kebanyakan anak muda masih diulit mimpi menyambung tidur kerana hari ini adalah hari minggu anda semua telah bertungkus lumus bekerja demi agama yang mulia. Pada saya anda semua telah berjaya menghayati islam dan rukun iman dengan baik.Dimana kebersihan adalah tuntutan islam dan disukai oleh allah.Alangkah baiknya kalau semua anak muda seperti anda!.Saya berharap semoga anda semua dapat menarik lebih ramai lagi anak muda mengikut jejak langkah seperti anda semua menjadi pemakmur masjid dan surau di masa akan datang.

Saya faham bukan mudah untuk mengajak anak muda datang bergotong royong kemasjid, tetapi tidak susah untuk mengajak anak muda menghadiri konsert dan datang memeriahkan sure heboh atau apa jua yang berbentuk hiburan.kerana disitu lah dunia mereka....

Oleh itu renungkan lah wahai naka-anak muda yang budiman lagi bijaksana di manakah anda meletakkan islam?? Akhir kalam sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada anak-anak muda yang sudi menjadi pemakmur masjid dan surau terutama pada ramadhan ini.Semoga allah merahmati anda semua amennnnnn.

Jumaat, 6 Ogos 2010

BILA RAMADHAN DATANG

Aku bersyukur kehadrat yang maha esa kerana dengan keizinannya dapat juga aku berjumpa sekali lagi pada tahun ini dengan (Ramadhan Al Mubarak) penghulu segala bulan yang sentiasa di nanti-natikan oleh setiap muslim di seluruh dunia.

Biasanya pada bulan ini orang yang paling gembira ialah orang yang benar-benar ingin mencari keredaan dari sang pencipta nya. Kerana pada bulan ini semua kebaikan akan di balas dengan berlipat kaliganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Semua ingin megaut seberapa banyak yang boleh pahala yang ditawarkan oleh Allah kepada hambanya,Pada bulan ini juga adanya satu malam yang paling mulia dari seribu bulan ia itu malam lailatul qadar malam yang ditunggu-tunggu oleh orang yang mengatahui kabaikan malam itu.

Ada lagi satu gulungan orang yang sangat menunggu kehadiran bulan Ramadhan, ia itu golongan peniaga bermusim kerana pada mereka pada bulan ini semua menjadi wang, apa sahaja yang dijual akan mendatangkan hasil.Sekarang dah mula mengosok-gosok mesin tebu yang dah sebelas bulan tak sentuh,kuali roti john,kuali murtabak,dapur ikan bakar dan sebagainya lagi. Paling pasti kerja sebulan untuk untung setahun.

Pada masa ini lah juga setan bermaharajalela menghasud manusia yang kurang imannya supaya menjadi saudaranya, kenapa tidak? setan akan mengajak manusia ini untuk berbelanja hingga membazir..........bukan kah membazir itu saudara setan?

Dari itu berhemahlah dalam berbelanja jangan sampai menjadi saudara kepada setan laknatullah itu ......

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK

Asalammualaikum muslimin muslimat.
Sudahkah anda menyiapkan diri untuk menghadapi kehadiran Bulan Ramadhan? dimana pada bulan
ini kita akan di uji dengan berpuasa fizikal dan mental ( rohani dan jasmani )

Sanggup kah kita meninggalkan sekejab segala kegiatan harian kita seperti bersenda guaru,menonton wayang, mendengar muzik? sebab perkara itu dikuatiri boleh mengurangkan pahala atau terus membatalkan puasa kita, kerana mungkin ada didalam cerita itu babak-babak yang menaikkan sahwat kita, dan macam-mcam lagi boleh berlaku dengan tampa kita sedari.

Sebaliknya marilah kita sama-sama meimarahkan lagi surau dan mesjid kita, perbanyakkan lah beriktikaf dimesjid. Mudah-mudahan segala amal kita dapat diterima allah amennnnnnnnn.

Khamis, 5 Ogos 2010

KEHADIRAN PENGHULU BULAN

Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi,semua umat islam akan menyambut kedatangan Ramdhan Al Mubarak.
Sama-sama lah kita mengimarahkan bulan Ramadhan dengan menghadirkan diri ke surau-surau dan mesjid-mesjid untuk sama-sama melaksanakan solat wajib dan solat sunat taraweh.Mudah-mudahan segala amalan kita akan di rahmati oleh yangmaha Esa.

Bulan Ramadhan ialah bulan ujian bagi orang-orang islam yang beriman,dimana semua umat islam di suruh berpuasa ia itu menahan diri dari segala runtunan nafsu, menahan diri dari makan dan minum,melihat,mendegar dan bercakap perkara-perkara yang boleh membatalkan amalan puasa kita.

Pada bulan ramadhan juga kita dianjurkan untuk memperbanyakan amal seperti bersadakah dan melakukan kerja-kerja amal, biar pun sekecil debu tetap diterima Allah sekiranya kita ikhlas.Cuma jangan tersalah derma sudahlah misalnya belanja kawan makan treggahari.........itu bukan dapat pahala tapi dapat dosa kerana subahat.....

Mari lah kita sama-sama mencari keredaan dan kerahmatan Allah Amennnnn.