SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 11 April 2011

FADHILAT SOLAT DHUHA

Sholat Dhuha

Ada tujuh sunah rasul yang sangat dituntut untuk ikutan umadnya. 1. Sholat Tahajjud. 2) Membaca Al-quran sebelum terbit matahari.3) Jagan Tinggalkan Masjid. 4) Jaga (dirikan) Sholat Dhuha. 5) Jaga Sedekah.6) Jaga Wudhok (sentiasa dalam wudhok). 7) Banyakkan Istighfar (mohon ampun/taubat)

Satu daripada tujuh sunah Rasul yang sangat perlu untuk diamalkan oleh kita yang mengaku umat nabi SAW ia itu Sholat Dhuha.

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga dua belas rakaat terpulang kepada kesesuaian waktu dan keselisaan individu itu sendiri. Setiap dua rakaat satu salam.Setelah selesai dan memberisalam bacalah doa. Seperti berikut
"Ya Allah,bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu,dan perlindungan itu perlindunganMu"
"Ya Allah, jika rezeki ku masih diatas langit,turunkanlah dan jika didalam bumi keluarkanlah,jika sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkan dan berikanlah kepada ku,berkat waktu dhuha, keagungan,keindahan,kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada ku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan