Jumaat, 15 April 2011

KEMBALINYA SEORANG..........


  1. Hai apa nak jadi dengan orang Malaysia ni ya? Bila ada kepentingan semuanya boleh bertukar yang buruk jadi baik yang jahat jadi mulia, dulu musuh sekarang dah jadi kawan bahkan mungkin jadi sahabat semuanya boleh bertukar kerana kepentingan peribadi.
  2. Cuba kita lihat dalam dua tiga hari ni RPK telah kembali dalam dunia politik Malaysia, dimana agak lama juga RPK menyepi diri, kini kembalinya RPK penuh dengan kejutan. Ramai orang tak terfikir RPK akan membuat keyataan di TV3 pada waktu tinggal beberapa jam sahaja lagi PRN serawak akan diadakan.apakah ini juga secara kebetulan?(tak mungkin) atau sudah dirancang?(ada kemungkinan) setelah kesah CD Porno arahan DT tak begitu memberangsangkan dari segi keboleh kepercayaan rakyat Serawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya terhadap tuduhan kepada DSAI selaku watak pelakun utama dalam CD tersebut. Tiba-tiba timbul pula RPK dengan hikayatnya,TV3 pun tanpa melengahkan sama terus sahaja menyiar tayangkannya dalam buletin utama dengan bersambung siri nya, selepas itu dijemput pengkeritik-pengkeritik hikayat (terdiri dari orang-orang yang pernah berjawatan dalam PKR yang kecewa kerana terpinggir dalam pemilihan atau pun kerana .........) supaya cerita itu bertambah real jalan penceritaannya. untuk menambah rencah menyedapkan lagi perisa cerita RPK itu dan cerita itu bertambah real jalan penceritaannya tidaklah nampak dongengnya. Atas matelamat utama supaya orang Serawak khasnya dan orang semenanjung amnya akan bertambah benci kepada DSAI.
  3. Semua orang dah tahu apa tujuan RPK bercerita?hanya ingin menolong Najib UMNO dan BN menang PRN Serawak dan PRU yang dah terlalu dekat tarikhnya. Tak mustahil akan ada lagi pencerita-pencerita orang yang telah lama hilang tiba-tiba muncul dan bercerita bahawa dia dipaksa untuk menghilangkan diri oleh kumpulan DSAI. Aku yakin masih ramai penghikayat-penghikayat cerita dongeng akan keluar sedikit masa lagi.(Macam daj'jal yang keluar pada hari hampir kiamat memujuk manusia agar mengikut dia dan akan ditawarkan berbagai kemewahan didunia siapa yang mengikut nya........hanya manusia yang tidak beriman sahaja yang akan tertarik dan terikut akan pujuk rayu daj'jal itu).
  4. RPK dulunya dikenali sebagai seorang penulis blog yang lantang menyuarakan kejaliman dan kekejaman pihak pemerintah tapi sekarang tidak lagi kenapa.........?Diatas kelantangan RPK itu beliau pernah ditahan digari dan di kurung diKemunting mengikut akta hasutan, dituduh menghasut yang boleh memudaratkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa, mengikut pandangan KDN. Kalau aku tak silap bukan PRK seorang sahaja yang di tahan ketika itu tapi termasuk juga seorang YB perempuan dari DAP,
  5. RPK juga pernah membuat kenyataan bahawa pihak kerajaan sengaja ingin menutup dan melenyapkan penulis-penulis blog sebelum PRU 2008, di mana ketika itu Tan sri Muhammad telah membuat lapuran polis terhadap RPK kerana tulisan nya mengandungi kata-kata yang berbentok hasutan. Pada ketika itu RPK adalah seorang yang sangat dibenci oleh pihak pemerintah, tapi mulai 14 april RPK adalah sahabat kepada pemerintah, siapa kuda siapa ? aku mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas RPK kerana kembali kepangkal jalan(kata mereka) kata aku (kerana berjaya menikam kawan dari belakang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan