SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 16 April 2011

KOLONEL DISIASAT?

  1. Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin (selepas ini RPK) berjaya menarik perhatian Kementerian Pertahanan bersabit dakwaan beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu apabila seorang pegawai tentera kanan digantung tugas sementara untuk siasatan dilakukan.
  2. Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa ia menggantung Kol Azmi Zainal Abidin dari tugas-tugas rasmi.
  3. Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke unit lain.
  4. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa wujud sebuah laporan ATM mensabitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera lain hadir di tempat kejadian malam Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.
  5. Dalam satu kenyataan, Azizan berkata, “pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat yang disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada RPK adalah palsu.”
  6. Beliau juga menegaskan laporan yang disebut oleh RPK tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.
  7. “Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM,” kata beliau.
  8. RPK semalam berkata beliau memberikan wawancara kepada TV3 bersabit isu itu kerana mahu menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat Kol Azmi dan pihak lain yang terlibat bersabit dokumen itu.
  9. Dalam wawancara dengan stesen telivisyen pro-Umno itu, RPK berkata dua individu yang pernah bekerja untuk Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan dokumen itu wujud dan mahu RPK mendedahkanya.
  10. RPK membuat perakuan bersumpah (SD) pada Jun 2008 setelah blogger Din Merican turut mengesahkan bahawa Kol Azmi berjumpa dengan DSAI beberapa kali dan boleh dipercayai.
  11. RPK terpaksa mencari perlindungan di Australia setelah dijejaki polis kerana membuat SD yang merujuk kepada laporan ATM itu untuk mensabitkan penglibatan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya.
  12. Azizan berkata, Lt Kolonel Azmi yang dimaksudkan RPK adalah seorang pegawai Tentera Darat yang kini berpangkat kolonel.
  13. Beliau ditukarkan dari Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008 dan kini sedang bertugas di Markas Tentera Darat, kata Azizan.
  14. Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan RPK akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.
  15. “Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM,” katanya lagi.
  16. Sehubungan itu kata Azizan, pegawai kanan terbabit telah dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan selesai.
  17. Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, RPK mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Altantuya.
  18. Beliau berkata (SD) nya hanya merujuk kepada maklumat yang diperolehi bersabit laporan risikan ATM itu yang memerlukan siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan