Selasa, 20 September 2011

Laksanakan Hukum Hudud Di Malaysia


Sudah tiba masanya Hukum Hudud 
Dilaksanakan diMalaysia untuk membendung 
gejala tidak bermaruah 
seperti dibawah ini

Dua cuntoh kejadian untuk bacaan dan fikirkan 
Apa akan jadi dengan Malaysia 5 tahun akan datang?
Mungkinkah akan jadi negara........... 

Cuntoh kejadian 1 

[HM] GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
 Cuntoh Kejadian ke 2



[HM] GERIK: Kemaruk cinta lelaki Bangladesh persis wajah Shah Rukh Khan, seorang isteri muda sanggup menolak ajakan suaminya untuk pulang beraya di kampung mereka di Teluk Intan kelmarin semata-mata mahu memadu asmara dengan kekasih barunya itu.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 30 tahun itu tergamak menyuruh tiga anaknya mengikut bersama bapa mereka pulang ke kampung beberapa hari bagi membolehkannya membawa pulang ‘kekasih gelap’ berusia 20 an itu ke rumahnya di kuarters kerajaan di pekan ini. 

Bagaimanapun, temberang wanita berkenaan berakhir apabila dia dicekup sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Gerik kira-kira jam 2 pagi kelmarin.


Dalam serbuan dijalankan itu, wanita berkenaan yang juga pekerja sebuah kedai makan di pekan ini ditemui dalam rumah bersama lelaki warga Bangladesh itu.


Penolong Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Gerik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, empat pegawainya menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi. 

# Masih banyak cuntoh kes mengadakan hubungan sek tanpa nikah,untk membendungnya hanya dengan melaksanakan / penguatkuasakan hukum hudud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan