SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 30 Jun 2011

Bentuk-Bentuk Tubuh Wanita






Yang mana kah anda?

Cis, juru nikah pun berBogel ?

Majlis penerangan hal-hal perkahwinan.

Paderi sedang memberi pejelasan ...?
Bakal-bakal pengantin semua happy ...?
Sebentar lagi paderi akan akadkan mereka ...?

Duniaaaa, dunia ...?

Harap di Malaysia jagan ada macam ni,.

Aku petik Dr Abd Wahab Arbain

Rabu, 29 Jun 2011

Masyarakat Kanibal Pemakan Daging Wanita di Cina

Maaf Terpaksa diangkat kerana aku rasa gambar itu terlalu kejam dan tidak wajar ditayang kan.

Adingan Gila "Jangan Ditiru"

Ratusan penumpang kereta bawah tanah (subway) new york, dengan santai melucut gaun(skirt) dan seluar panjang, minggu (9/1/2011), waktu ambil bahagian dalam acara memperlihatkan kaki secara spontan, walau pun suhu paras beku.

Memperingati tahun ke-10 “no pants subway ride” yang diselenggarakan improve everywhere itu menampilkan ratusan penumpang kereta di new york yang melucut(buka) pakaian luar dari pinggang ke bawah, Biarpun mereka sedang memakai jaket, syal, penutup telinga dan pakaian musim sejuk lainnya untuk bahagian atas tubuh mereka.

Tepat pukul tiga petang,penumpang kereta bawah tanah di enam pusat pertemuan terpisah di seluruh kota naik ke dalam kereta bawah tanah yang telah ditentukan, berperilaku biasa sebagaimana layaknya penumpang kereta awam, seperti membaca majalah atau memandang kesekeliling / sekitar.Namun begitu pintu ditutup di perhentian sebelum mereka turun, peserta diminta untuk berdiri, melucutkan gaun dan seluar , yang kemudian dimasukan ke dalam bekas yang sedia ada dalam kereta dan bag tangan.

“jika ada yang bertanya mengapa anda melucutkan seluar anda, beritahu mereka bahwa seluar panjang atau gaun itu 'semakin tidak nyaman(selesa)'" begitu instruksi yang disampaikan via e-mail kepada peserta.

Bila sahaja mereka keluar dari kereta, para penumpang itu berdiri seketika di sebuah tempat yang dikhaskan di jaringan kereta bawah tanah, demi memberikan efek kejutan maksimum bagi sesama penumpang.

Aku petik

10 pantai dengan ombak terganas di dunia

Sukan papan luncur memerlukan ombak sebagai salah satu unsur yang memegang peranan penting. Makin ganas ombak, makin rancak dan menarik pula pertunjukkan papan luncur. Tak hairan jika banyak atlet peluncur yang mencari pantai dengan ombak ganas di seluruh dunia.

Dari data yang bersumber dari International Surfing Association, terdapat 10 pantai yang mempunyai ombak terganas.1. Cyclops (remote south coast Western Australia)


2. Teahupoo (Tahiti)



3. Shipsterns (Tasmania, Australia)



4. Dungeons (Cape Town, South Africa)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1WX5sTaON1U0XaQSQzoKevqxXpitzk_cOBw8tK5KdF6-NSNyBb0x4hItZX1L95vCq7oMS4iaTiUhuXOvCmSOxTNAR9d557uoN2mhmIKfP-5cqK0vCaNC9-dlC55lJKw43n2HOrm74WdE/s400/4.jpg

5. Pipeline (Oahu, Hawaii)



6. Desert Point (Lombok, Indonesia)



7. The Cave (Ericeira, Portugal)



8. Lunada Bay (California, USA)



9. Gringos (Arica, Chile)



10. Tarqua (Lagos, Nigeria)


serba-sepuluh

Aku petik dari Tulahan

Selasa, 28 Jun 2011

Konsert 2 Raksasa Sweet Charity dan Blues Gang Diarahkan Tangguh

Takut punya cerita.., mungkin kerana Ito itu aktivis PAS maka konsert2 Raksasa iaitu Sweet Charity dan Blues Gang diarahkan oleh pihak berkuasa agar di tangguhkan ke suatu tarikh yang lain.

Gua memang peminat kedua-dua kumpulan yang top pada tahun 80an ni brader..dan memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai dikalangan ahli Pas adalah dari kalangan mat rock-mat rock kapak zaman silam yang kini telah pun bersama-sama PAS untuk memperjuangkan islam..namun jiwa brader-brader ni still Rock bro..

Disebabkan takut dengan bayang-bayang sendiri,maka pihak berkuasa dengan tegas telah mengarahkan agar konsert ini ditangguhkan,apa yang mereka khuatiri ialah takut yang ramai dalam konsert tersebut adalah "Aktivis Bersih" yang umur mereka 40 keatas dan sudah semestinya mereka hadir siap dengan memakai baju kuning...situasi inilah yang akan menjadikan Umno dan pimpinan mereka bertambah meroyan dan sawan.

Maka konsert 2 Raksasa yang di ketuai oleh Ito sebagai penyanyi blues Gang amat ditakuti oleh Umno dan pemimpin mereka kerana beliau adalah salah seorang aktivis dari parti pembangkang yang membenci kezaliman serta penyalahguna kuasa oleh pihak pemerintah masa kini.

Untuk itu..jalan yang terbaik bagi menyelamatkan maruah Umno dan BN ialah..Tangguhkan Konsert..dan kemungkinan segala kerugian akan ditanggung oleh pihak kerajaan...Hancuss Umnooo..!! (sumber : Karat-Ejau)

Animal Painted on Naked Girl

creates amazing paintings by using naked people as his canvas. This body painting was created to help save the most endangered tiger in the world, as well as to celebrate the Chinese Year of the Tiger (2010). (Animal Painted on Naked Girl)





(Animal Painted on Naked Girl)


And they have Panther too;


(Animal Painted on Naked Girl)


Kehebatan Manusia
Pelukis dan yang dilukis

Aku petik

Isnin, 27 Jun 2011

Puisi Datuk A.Samad Said, Pelancaran Bersih 2.0


Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Aku petik sebahagian sahaja dari ucapan Datuk A.Samad Said
pada hari tersebut.
Sangat menarik dan penuh pegertian
bagi orang yang mengerti.

Hormati lah Rakyat dan Negara yang Berdaulat ini

Semua orang bercakap tentang Perlembagaan Negara, Terutama ketua-ketua Umno atau orang-orang yang sebaris dengan nya. Bila mereka ingin menegakkan hak / cadangan mereka mereka akan sebut tentang perlembagaan negara tapi bila mereka tak setuju cadangan orang lain mereka lupakan perlembagaan negara.

Baik pengamal undang-undang, penguat kuasa undang-undang,pemimpin masyarakat,pemimpin parti semua mereka lupa akan peganagan mereka yang mereka agung-agungkan ia itu "Perlembagaan Negara"

Cuba kita lihat petikan Perlembagaan Negara dibawah ni. Lepas tu sama-sama kita fikirkan apakah hak kita sebagai rakyat Malaysia?

"Perlembagaan Malaysia, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) -(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan."

Mas'ud Menang Pemilihan KOSWIP

Dalam gambar ni salah seorang nya adalah Latif
Calun Ahli Lembaga Pengarah yang.........
Yang pakai Jeket tu penglima KOSWIP

1.Terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah dan syabas(Bukan syariakat air tulah) kerana En Mas'ud telah berjaya memenagi satu kerusi Ahli Lembaga Pengarah dalam pemilihan KOSWIP pada 26/Jun/2011 (Ahad). Untuk penggal 2011/2013.

2. Mulai semalam En.Mas'ud telah bergelar sebagai Ahli Lembaga Pengarah KOSWIP, satu jawatan yang sentiasa menjadi rebutan.Setiap tahun ada sahaja pertandingan diadakan dan setiap tahun lah pula ada acara kata-mengata umpat-mengumpat, ampu-mengampu dan berbagai lagi perkataan "meng" bila tiba masa hendak pemilihan diadakan.

3. Kepada En. Mas'ud aku harap bila dah duduk sebagai ALP tu jadi lah ALP yang jujur dan sebenar ALP jangan hanya sebagai APE (Ahli Penyapu Elaun) sahaja.Tapi aku yakin En.Masud mampu melakukan nya.

4. Harapan aku En. Mas'ud benar-benar akan menjadi ALP yang berperanan sebagai seorang Ahli perniagaan, yang akan membawa keuntungan kepada KOSWIP dan diagihkan "dividen" kepada angota pencarum KOSWIP.

5. Memang ramai ALP di KOSWIP tapi ada sbilangan hanya duduk sebagai APE sahaja, kerana ada diantara mereka itu tidak mengerti/memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ALP,ada juga yang tidak mempunyai jiwa sebagai seorang Peniaga, tiada ilmu dalam Perniagaan.

6. Memang benar sebagai ALP tak perlu berhempas pulas mencari keuntungan, tetapi harus diingat sebagai ALP mesti ada perancangan dan berkemampuan merancang untuk mencari dan memajukan perniagaan,kerana dengan perancangan yang betul pasti akan membawa kepada kejayaan/keuntungan.

7. KOSWIP ni seingat aku dah berusia lebih lapan puluh tahun, lebih tua dari usia ayah aku. Tapi Aset nya tak sepadan dengan usia lapan puluh tahun tu dan agehan keuntunganya pun dari tiga puluh tahun dulu masih asik-asik 7% kalau ada lebih pun 7.25% dari wang caruman. Usia KOSWIP tua dah.Ada pula antara perwakilan yang tak berapa nak bijak bangga bila dikatan oleh mereka-mereka yang berkepentingan dalam KOSWIP tahun ini deviden 10%. Dia tak faham 3% itu deviden dari saham.Sedangkan angota KOSWIP kebanyakkan nya mempunyai saham kurang dari dua ribu ,jika dikira 3% baru dapat berapa ringgit sahaja. Sepatut nya dikira10% dari jumlah caruman. Baru sesuai dengan usia emas KOSWIP.

8. Aku harap dengan masuknya En.Mas'ud sebagai ALP sikap ALP akan berubah menjadi yang terbaik, jangan elaun sahaja tinggi-tinggi masing-masing tapi hasil tak ada, lepas mesyuarat perwakilan pula dapat lagi sagu hati beribu-ribu masing-masing.(malu lah padsa diri sendiri mengambil begitu banyak elaun sedangkan dividen angota hanya 7%.Dividen kamu sapu juga)

9. Kalau nak maju Pengurus besar mesti diberi tanggungjawab yang besar sekiranya dia membawa keuntungan ada habuan untuk dia dan jika sebaliknya habuan untuk dia juga ada........ harap difikir-fikirkan ya En. Mas'ud.

10. Sikap buruk ALP yang sedia ada jangan di ikut. Jangan ikut kumpulan atau team kerana adanya kumpulan-kumpulan ini akan terbentuk lah pepecahan kerana perasaan ketidak puasan hati akan timbul antara kumpulan. Nasihatilah THN dan IG tu buat kerja untuk keuntungan angota pencarum sahaja bukan nak asik fikirkan cantas mencantas antara satu sama lain.Aku harap En. Mas'ud boleh satukan mereka semula..................

Rabu, 22 Jun 2011

KEBANJIRAN pelancong untuk melihat keindahan Masjid Dian Al-Mahri turut menjana ekonomi wilayah Jawa Barat.

BANDUNG - Sebuah masjid di Jawa Barat, Indonesia kini bertukar menjadi antara tarikan baru pelancong di wilayah itu kerana memiliki kubah diperbuat daripada lapisan emas 24 karat.

Masjid Dian Al-Mahri atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Emas terletak di Kelurahan Meruyung, Kecamatan Limo, Depok, 463 kilometer dari ibu negeri Jawa Barat, Bandung. Pegawai perhubungan awam masjid itu, Yudiarto berkata, sejak dibuka pada 2006, masjid dibina di atas tanah seluas 100 hektar itu telah dikunjungi 70,000 orang sehari. “Pelawat malah ada datang dari wilayah jiran termasuk Jawa Tengah, Jawa Timur sehingga luar Pulau Jawa menyebabkan banyak aktiviti perniagaan berkembang di sekitar masjid ini,” katanya.

Masjid itu dimiliki oleh keluarga seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Dian Djuriah Maimun Al Rasjid yang merupakan antara kumpulan peneroka asal wilayah Banten.

P/S : Kalau pembikinan nya dari hasil wang yang hahal, maka"penduduk juga dapat kemakmurannya" itu lah dia kuasa Allah.

Selasa, 21 Jun 2011

Skandal Scorpene


[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini.
Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkanKeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran ‘komisen’ hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.
Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.
Menurut Cynthia, peguam dari Perancis, William Bourdon dijangka berada di Malaysia selama empat hari untuk memberi penerangan kepada Suaram dan juga orang ramai berhubung status terkini siasatan itu.
“Peguam Perancis yang menyiasat skandal Scorpene ini akan tiba lewat bulan Julai sekitar 20 hingga 24 Julai untuk memberi maklumat dan memaklumkan kita tentang perkembangan terbaru siasatan skandal Scorpene di Perancis.
“Beliau dijadual menyampaikan ucapan pada 21 Julai di Pulau Pinang dan 23 Julai di Kuala Lumpur. Di antara ahli politik yang sudah bersetuju untuk turut serta adalah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua,” kata Cynthia.
Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.
Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.
Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Manusia yang punyai skill tinggi

Inilah dia Ahli Photoshop Tertua Di Dunia Skill Tinggi - Baojun Yuan, datok berusia 76 tahun, belajar Photoshop ketika usia 60 tahun. Dan dalam waktu 16 tahun terakhir ini dia telah berjaya memperbaiki lebih dari 2000 foto rusak dan melakukannya semuanya secara percuma.







Isnin, 20 Jun 2011

Melayu Dulu Kini Dan Selamanya.

Mangsa kejahilan manusia

Mungkin kah kes pembuangan anak akan terhapus dan dapat di basmi? itu soalan seorang rakan saya pagi tadi secara rambang ditujukan nya kepada kami semasa dikedai kopi.

"adakah kes pembuangan anak tidak akan berlaku lagi dimasa hadapan DiMalaysia?" Agak sukar untuk dijawab pertanyaan(soalan) seperti itu, kerana Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan menuju kepada sebuah negara maju pada tahun 2020. Itu lah wawasan mantan PM Malaysia keempat yang dilancarkan nya kira-kira 20 yahun dulu.

Setelah 20 tahun dilancarkan wawasan diteruskan oleh penganti beliau beliau sudah ada membibitkan hasil kejayaan biar pun masih jauh dari kenyataan.

Dari segi pembangunan fizikalnya negara Malaysia menampakkan kemajuan yang agak ketara dan pantas. Tetapi dari segi rohani nya rakyat Malaysia agak lemah dan belum bersedia, ini dapat di lihat dimana penyakit masyarakat bertambah kronik dan tidak dapat dibendung apa lagi untuk dibasmi. (pendapat seorang rakan)

Contuh kes-kes pembuangan anak makin berleluasa,kerja-kerja maksiat,fitnah-memfitnah sesama sendiri seolah-olah semua itu dilakukan tidak berdosa.

Kenapakah ini semua berlaku?

1. Malaysia sudah tidak lagi memberi penekanan kepada pendidikan agama disekolah-sekolah, sedangkan agama itu lah penunjuk jalan,pedoman dan pegangan hidup bagi setiap manusia yang ada didunia ini. Jika agama diabaikan maka terjadilah negara yang maju tetapi bangsanya tidak bertamadun. Sebagai bukti Malaysia tidak menekankan pendidikan agama disekolah pelajaran agama hanya sebagai pilihan bukan mata pelajaran wajib.Sebab itu ramai anak-anak bangsa Melayu yang tidak bermoral.

Cuba perhatikan diantara penyakit masyarakat yang sering melanda orang melayu :-
i. Siapa yang merempit?
ii.Siapa yang suka berpelisiran di Mall?
iii.Siapa yang sering membuang anak?
iv.Siapa penagih dadah?
v.Siapa yang suka menipu bangsanya sendiri? (buat macam-macam skim lepastu lari)
Banyak lagi kalau nak senaraikan.

2. Malaysia sudah tidak lagi menghormati agama, agama jadi permainan dipersendakan,segala hukum Allah tidak lagi ditakuti,sebalik nya Malaysia lebih menghormati Melayu.

Cuba kita renungkan bersama perkara-perkara ini:-
i.Hukum agama dipersenda(kartun daalm akhbarUtusan),sumpah laknat,hukum qazab, ada dikalangan ulama-ulama pemerintah yang mengambil berat? (menegur) Biasanya hanya pehak bukan pemerintah yang membuat bantahan dan teguran tapi tiada mendapat respon dari ulama-ulama pemerintah kerana teguran itu diangap sebagai isu politik.

ii.Adakah hukum Allah yang di bawa oleh rasul nya itu diturunkan berbeza-beza mengikut pahaman politik masing-masing?(Jika tidak mengapa tiada tindakan diambil terhadap individu yang menghina agama?)

iii. Sebalik nya apa bila soal bangsa melayu terusik, semua mereka itu menyalak mempertahan kan hak melayu kata nya. Beberap perkara yang menyentuh melayu itu yang di persoalkan sangat. Apakah Melayu itu ada disebut oleh Rasul SAW dan tercatit dalam Quran?

Saya akui menjaga mertabat bangsa (Negara) itu tangong jawab semua orang tapi takkan yang remehtemeh pun nak beria-ia,cuma menyebut abang long dalam wayang itu pun sampai panggil kenyataan akhbar. Islam dihina ada buat kenyataan akhbar tuntut yang menghina minta maaf?
Cakap takserupa bikin perpegang pada islam konon!!!!

Kesimpulannya oleh kerana kurang nya ilmu pengatahuan dalam agama maka segala kemungkaran akan berlaku dengan tidak dapat dikawal. Kerana dari umarak,penggubal undang-undang dan penguat kuasa tidak arif dalam hukum Allah maka sukar untuk mengabil tindakan terhadap pesalah.

Si pelaku pula tiada merasa bersalah terhadap perbuatan salah nya itu.Maka kes-kes buang anak,rempit dan dadah, melayu adalah juara dulu kini dan selamanya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

Untuk renungan bersama.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
-Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Ahad, 19 Jun 2011

Warkah Untuk Ayah Tercinta ?????????

Selamat hari bapa untuk ayah,Semoga sehat sejahtera hendaknya,aku akan sentiasa berdoa untuk mu ayah. Ku bermohun kepada yang Maha Esa semoga ayah dalam peliharaannya dan penuh kegembiraan didunia ini aku akan sentiasa berdoa untuk mu Kerana itulah tugas ku sebagai seorang anak.Aku memohun keredhaan mu ayah.

Ayah !!!!!!!!!
Siapa kah ayah ku????
Dimana kah ayah ku???
Masih adakah ayah ku???

Masih ingat kah ayah pada diri ku, yang telah kau buang dulu???
Aku masih hidup, biarpun jiwa ku hampir mati mengenangkan nasib diri,
Aku dibuang ibu sendiri,ayah pula menghilang diri,
Aku membesar hanya berdikari,
Oh...ayah kandong ku, kau masih mencari............

Teman-teman ku,
Sahabat-sahabat ku,
Mereka semua punya ayah dan ibu,
sedangkan aku hanya ada pengasuh,(teima kasih Ibu Angkat)
Oh...tuhan aku bermohun kepada mu,
kau temukanlah aku dengan ayah kandong ku,

Ayah sesungguhnya aku tidak pernah membanci mu,
Biarpun kau membenci ku, tiada dendam dihati ini,

Yang ku tahu hanya rindu pada mu,
Yang ku rindu hanya dakapan mu,
Yang ku rindu hanya belaiyan mu,
Yang ku rindu sapaan dan teguran mu,
Yang ku rindu suara mu,

Ayah aku ingin memelok mu,
Ayah aku ingin mencium pipi mu,
Ayah aku ingin gurauan mu,
Ayah aku ingin mencium tangan mu,
Ayah aku ingin sujud dikakimu,

Tapi siapa kah ayah?
Dimana kah ayah?
Bagaimana rupa ayah?


Warkah Untuk Ayah Tercinta?????????

Jangan Salah Meletak Kemaluan Anda, Letaklah Ditempat Yang Betul...

Berdasarkan laporan The Sun,
Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepalanya dengan menggunakan KEMALUAN di dalam bilik stor. Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.
Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, pampasan gangguan seksual ini adalah yang terbesar pernah diberikan kepada individu di AS,” kata peguam wanita berkenaan, David Ratner. Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor. Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006. Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis. Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.

Aku Petik....

Sabtu, 18 Jun 2011

Bukan Hanya Ada DiSambas "Kalimantan" Tapi......

Kalau Malaysia ada macam ni punya baik.......... aku tak tahu entah berapa kali kahwin lelaki Malaysia ni dalam setahun berganti-ganti bini pulak tu, mujur sahaja tak ada,kalau tidak entah berapa banyak NGO ditubuhkan oleh wanita.

Bukan Isteri taat, sahaja yang ada tapi tah apa-apa lagi lah.

Nah.... ini baru betul isteri pelacur ada kelas punya (nak sangat bergelar isteri pelacur kelas atasan) iongatnya baik sangat kut......

Bayar akat dah sah dah..... esok lak cerai dah jemu dah....... jantan cari lain lagi...... tanggungjawaqb tak perlu yang perlu cuma puaskan diri sendiri sahaja.

Nasib baik remaja Malaysia taknak buat macam tu..... Remaja Malaysia suka makan curi-curi mereka lebih suka berdosa (cinta sahwat) bila beranak buang merata-rata,itu lah yang dikatakan kemajuan.

Bak kata Tim.Men. Jab.Per.Men. terimalah hakikat bahawa anak remaja yang berusia 13 tahun dan keatas sudah ramai yang tidak berdara lagi..... Dia betul dan dia tahu apa ada pada "DARA"
takkan nak disimpan selamanya.........

*****Tak sepatutnya seorang Timbalan Menteri Ugama berkata semudah itu"terima hakikat" apakah sudah habis husaha untuk menjaga maruah wanita?***********

Cerita diabawah ini jangan ditiru........


Gadis yang dikenali Fitriasih adalah salah seorang daripada wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak. Lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka. Perkahwinan itu yang dikenal juga sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Hal ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalahgunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar. Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.

Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami. Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu, 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung. Dia sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa-apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau di sebuah apartmen - tempat - tetamu Arab itu akan tinggal.

“Perkahwinan ini biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya.

Aku Petik.........

Mengerikan .....Lagi Menakutkan.....Apajadi Dengan Malaysia?

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

"Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tidak ada sebarang rampasan dadah dibuat.

Noor Rashid berkata penangkapan mereka juga membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah.

"Pegangan saya adalah undang-undang ini sama sahaja tidak kira anggota polis tak mengira siapa sahaja, siapa yang langgar undang-undang kita akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang.

"Ia perlu dibuat supaya tindakan dari awal boleh dibuat sekiranya mereka ini terlibat dengan sebarang kes jenayah,” katanya.

-Bernama-

Jumaat, 17 Jun 2011

Modul Baru JLKN Mula Di Perkenalkan


Semenjak PLKN ditubuhkan seingat aku belum ada lagi peserta yang bunting kerana kejahilan mereka dalam menjaga"Kesihatan Reproduktif " dan aku juga kurang pasti berapa kes kah yang telah berlaku penangkapan pelakuan sumbang yang dilakukan oleh pelatih sesama sendiri, apa yang pernah aku dengar juru latih sendiri yang membuat onar terhadap pelatih.

Aku bimbang bila modul ini diperkenalakan nanti makin banyak pula perkara-perkara sumbang akan terjadi maklum lah mereka dah diajarkan kemahiran untuk melindungi diri supaya jangan sampai ketahuan oleh pihak kedua dan ketiga.
Budak pun dah tahu apa itu.............?

Aku masih kurang yaking dengan modul latihan baru ini akan dapat membendung gejala sosial dikalangan remaja yang keluar dari PLKN itu nanti, mungkin setelah mereka keluar dari PLKN mereka akan mencuba apa yang mereka pelajari maklum mereka sudah berkemahian kerana sudah diajarkan bagaimana untuk selamat.

Pada aku untuk mengcegah gejala sosial hanya dengan menekankan pendidikan ugama itu lah yang paling penting. Elakkan mereka daripada melakukan dan bukan mengajar mereka untuk melakukan nya.

Bahan-bahan yang merangsang kearah berlakunya penzinaan jangan dijual secara terbuka, seperti Kondom dan pantau penjualan ubat-ubat kuat untuk lelaki yang terdapat dijual dikaki-kaki lima. Disebabkan benda-benda ini mudah didapat maka mudah lah penzinaan berlaku dan lama kelamaan lupa pakai kondom maka terjadi lah kehamilan.

Bila disoal siasat mereka mernah menjalani PLKN adakah itu satu kejayaan besar hasil modul terbaru anda? aku sangat kurang bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kecil seperti kenyataan beliau di bawah ini:-

Semua yang aku tulis adalah pandangan peribadi aku sendiri

RAUB: Modul baru ''Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial'' Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mula diperkenalkan di 82 kem di seluruh negara bertujuan membendung gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan remaja dan belia. Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata pengenalan modul itu bermula dua hari lepas.
"Tanpa pengetahuan dan kemahiran, remaja tidak dapat menimbang baik dan buruknya sesuatu perkara, seterusnya tidak dapat membuat keputusan dengan sebaiknya bagi melindungi diri daripada terjebak perkara tidak diingini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Benum Hill Resort, Raub di sini hari ini, beliau berkata modul itu bersifat holistik dengan merangkumi aspek biologikal, sosio-budaya, psikologikal dan kerohanian.

Katanya, seramai 1,102 jurulatih dan pembantu jurulatih diberi latihan serta kursus berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk membimbing 30,000 pelatih siri kedua yang memulakan latihan di kem masing-masing sejak 15 Mei lepas. Abdul Hadi berkata modul tersebut sebelum ini mendapat respons positif masyarakat dan penilaian Pra dan Pasca Program Latihan Modul Kesejahteraan Hidup menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pengetahuan, sikap dan kemahiran peserta.
Beliau berkata modul ini yang merupakan modul tambahan dalam PLKN diharap akan menjadikan pelatih lebih matang dan beretika serta tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan mereka.-BERNAMA


Khamis, 16 Jun 2011

Bertapa keji perangai seorang bapa yang tergamak memperlakukan anaknya sehingga mengandung, sepatutnya bapa ini di beri hukuman yang setimpal bukan sahaja di jatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan tetapi dikenakan hukuman tambahan "direjam dan dipotong anunya............atas kesalahan menyalah gunakan kelebihan anunya"

Bapa-bapa yang berperangai sebegini sepatutnya dipaparkan gambarnya di dada-dada akhbar pada sambutan Hari Bapa yang akan disambut pada tiap-tiap tahun dengan gelaran"BAPA PALING SIAL TAHUN INI". Aku percaya bapa-bapa dan jantan-jantan yang lain akan takut menyalah gunakan anunya itu.

Digelar kan sebagai bapa setan sudah menjadi biasa orang seperti ini, tetapi oleh kerana ramai orang yang tidak melihat macamana wajah setan untuk orang membayangkan nya jadi orang seperti ini tak berasa malu untuk melakukan kerja-kerja yang terkutuk tu.

Bagi aku orang yang semacam ini jangan pangil dia orang (manusia) kerana tiada ciri-ciri sebagai manusia tetapi mempunyai lebih kepada ciri-ciri kebinatangan maka sesuai lah jika di panggil "BAPA BABI" kerana binatang itu semua orang tahu dan binatang itu tidak mengenal anak nya sendiri.

Aku geram tapi bukan emo cuma sakit hati membaca manusia masih ada yang berperangai binatang ni.

HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 44 tahun layak digelar bapa setan apabila sanggup merogol dua anak perempuannya hingga seorang daripadanya kini sarat mengandung lapan bulan.
Lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isterinya dan difahamkan sering menodai dua anaknya ketika ibu mereka tiada di rumah.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali memperkosa kedua-dua anak perempuannya yang berusia 13 dan 15 tahun itu, rahsia lelaki terbabit akhirnya ‘dihidu’ isterinya berusia awal 40-an.Tidak tahan dengan tindakan keji suspek selain mahu menamatkan kisah hitam, mereka menceritakan kejadian sebenar kepada ibu mereka.


Terkejut dengan pengakuan kedua-dua anak gadisnya, wanita itu membawa mereka membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, di sini, Khamis lalu. -HMetro