SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 31 Disember 2011

Satu Peningalan Pemimpin Umno/BN Untuk Rakyat 2011

Aku petik

Aku petikRakyat terus dilembukan:Makan RM1.755 juta ditangkap, makan RM250 juta boleh pi makan angin

Rakyat Malaysia terus dibangangkan, diperbodohkan dan dilembukan oleh si gerombolan yang perintah negara ini .Cuba bayangkan dalam sibuk-sibuk rakyat Malaysia kecoh kes si gembala lembu NFC yang rugikan wang rakyat RM250 juta oleh keluarga Ketua Wanita Umno dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, sehingga Ketua Wanita Umno sanggup selak kain kita diperbodohkan dengan tangkapan 'Datuk Kambing Hitam' yang didakwa menipu laki Sharizat Abdul Jalil yang juga Pengerusi NFC sebanyak RM1.755 juta.

Cuba tuan-tuan tengok muka di atas yang boleh gelak dan senyum sampai ke telinga walapun di tangkap yang menimbulkan banyak persoalan.Seronok dan riang gembira sambil melambai tangan.Gambar atas daripada Malaysiakini dan gambar bawah daripada Themalaysianinsider.Bagaiamana yang telan wang rakyat RM250 juta kenapa tak didakwa?Siapa yang mahu diselamatkan?

Humbankan Umno-Bn dalam pru 13 akan datang jika anda mahukan kelainan.Jangan tunggu lama-lama.Peluang dalam pru 13 rakyat wajib tumbangkan Umno-Bn.Hanya rakyat yang mampu ubah pemimpin negara ini yang main silap mata dengan rakyat.Jangan jadi bodoh kerana akan ditelan si cerdik yang gila kuasa. - Misai Merah

Isnin, 26 Disember 2011

Kerajaan UMNO/BN Bayar RM11.3 Juta Kepada ‘Ejen’ Bagi Pembelian 6 Kapal SPGV TLDM ! Untuk Apa ??

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim hari ini menuntut penjelasan mengenai keperluan kerajaan untuk mengupah perunding bagi pembelian kapal  pertahanan, terutamanya bagi pembelian enam kapal peronda SGPV baru-baru ini.




Zaid, Presiden Kita, berkata sebanyak RM11.3 juta telah dibayar kepada firma-firma perundingan ke atas pembelian kapal tersebut dalam urus niaga yang diselubungi penuh dengan rahsia dimana ia melibatkan wang pembayar cukai.
Dokumen-dokumen yang disediakan oleh Zaid menunjukkan Boustead Naval Shipyard, bekas kontraktor pertahanan kerajaan yang kini sudah diswastakan, telah membayar yuran kepada firma-firma Eropah bagi “penilaian teknikal”  melalui akaun di Singapura.
Bekas menteri itu percaya mengupah “ejen” untuk membeli peralatan ketenteraan bukanlah suatu keperluan tetapi mungkin ia adalah “saliran rasuah” bagi wang yang diperolehi melalui sogokan.

“Mengapa perlu mengupah ejen? Kita dengan mudah dapat menyelamatkan (berjuta-juta) jika kita membiarkan pengguna (tentera) sendiri membuat keputusan mengenai apa yang mereka perlukan,”katanya kepada pemberita di sini.
Pentadbiran Najib baru-baru ini dikritik kerana kos yang semakin meningkat bagi pembelian  SPGV – dari RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam kontrak yang didakwa penuh dengan percanggahan,  dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk memastikan akauntabiliti dalam kaedah perbelanjaan oleh  kerajaan.
-sumber malumat – freemalaysiatoday
P/S : Kepada semua teman-teman,sahabat handai,rakan taulan,saudara mara dan takmara seterusnya "kulaan", marilah kita bersama-sama menolak kerajaan Umno/BN yang ada ini pada PTU 13 nanti, Kerana mereka(Umno/BN ) sudah tidak boleh dipercaya lagi. Sudah terlalu banyak kesalahan dan penipuan yang mereka lakukan. 
Apa yang di katalan oleh Dato Zaid itu haya satu dari pada berpuluh penyelewengan yang mereka (Umno/BN)lakukan. Bukti penyelewngan sudah terlalu banyak dibongkar oleh Audit Negara untuk,takkan masih nak pilih mereka ???

Arab Jadikan Alquran Landasan Konstitusi

Arab Jadikan Alquran Landasan Konstitusi
REPUBLIKA.CO.ID,  JEDDAH - Arab Saudi menjadikan Alquran sebagai landasan konstitusi pemerintahannya. Demikian dikatakan Gubernur Makkah,  Khaled Al-Faisal, Ahad (25/12). 

Pemerintah berkomitmen akan mengerahkan sedaya upaya yang mungkin untuk menyebarkan nilai-nilai Alquran di peringkat nasional maupun internasional. Berucap pada sesi penutup Pertandingan Menghafal Al-Qur'an di Masjid Haram di Makkah, Khaled mengatakan Alquran dikirim oleh Allah sebagai berkah-Nya kepada umat manusia. 

"Arab Saudi telah bekerja untuk mencapai program pembangunan  tanpa menyimpang dari ajaran Alquran dan Sunnah," kata gubernur di hadapan para peserta lomba, seperti dipetikvArabnews.com.

Ia menyerukan umat Islam untuk mengikuti ajaran Alquran di semua lapisan kehidupan agar mendapatkan jalan hidup yang benar dan memiliki ketenangan jiwa. "Kami harus mengikuti Alquran tidak hanya dengan menghafal ayat-ayatnya, tetapi juga mempraktikkan ajaran-ajarannya," tambahnya. 
Khaled mendesak peserta pertandingan untuk menjadi 'duta Alquran' kepada masyarakat. Berbagai upaya dilakukan Kerajaan untuk mempromosikan studi Alquran. Sejumlah sekolah penghafal Alquran telah banyak didirikan di negara itu. 

Kompleks percetakan Alquran Raja Fahd, percetakan Alquran terbesar di dunia juga telah mendistribusikan jutaan salinan kitab suci di seluruh dunia.


P/S: Malasia bila lagi nak jadikan Al Quran sebagai ladasan pemerintahan??

PERKASA BERDEMO DI LCCT BANTAH AIR ASIA

Aku petik:

Kuala Lumpur,sekumpulan NGO PERKASA diberitakan membuat bantahan ke atas penguasaan syarikat penerbangan Ikan Bilis Air Asia bahawa tindakan Air Asia memakan Ikan Jerung yakni syarikat gergasi Negara Malaysia Air line System MAS adalah tindakan menghina orang melayu.


Demo bantahan PERKASA tersebut dibuat setelah melayu tidak tahan lagi ditipu oleh cukong cukong crony UMNO yang terus terusan menipu rakyat.Dan tindakan menyelamatkan MAS menelan berbilion wang negara selama ini adalah sia sia!! Berlaku ketirisan dan salah laku urus tadbir.Ini harus diperinci dan mendakwa mereka yang terlibat!! kata pengerusi PERKASA.

Transformasi ekonomi Najiblis

2012 janjikan kejutan untuk industri penerbangan 


Memang tidak dapat disangkal lagi 2011 merupakan tahun yang penuh warna-warni bagi sektor penerbangan di Malaysia, dengan pelbagai kontroversi, dan kejutan paling besar membabitkan perjanjian pertukaran saham antara dua pesaing, AirAsia dan Malaysia Airlines.Tahun 2012 juga menjanjikan lebih banyak kejutan.

Perjanjian itu menyaksikan pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd, menguasai 20.5 peratus saham dalam MAS, dan Khazanah Nasional Bhd memperoleh 10 peratus kepentingan dalam AirAsia.

Perubahan pengurusan juga menyusul dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS dan Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan MAS.

AirAsia dan MAS kemudiannya menjadi rakan kongsi rasmi Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR) dengan AirAsia menaja jersi kedua (away) dan jersi ketiga (third) manakala MAS menaja jersi utama (home).

Fernandes menguasai 66 peratus kepentingan dalam QPR.Bagaimanapun, maklumat mengenai sejauh mana pertukaran saham itu, yang dimuktamadkan pada September, baik untuk kedua-dua syarikat penerbangan itu tidak jelas dan terus diperbahaskan, dengan pelbagai pandangan serta gesaan supaya siasatan dilakukan.Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), dengan Akta Persaingan 2010 akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012, turut mengulas penggabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Shila Dorai Raj berkata suruhanjaya itu menerima banyak aduan daripada pengguna yang menggesa MyCC meneliti urus niaga itu, dan sama ada ia dapat mengurangkan saingan dan menyebabkan tambang udara lebih mahal.

Penganalisis bagaimanapun berpandangan positif terhadap usaha sama itu, dengan berkata ia akan mengurangkan saingan harga yang tidak rasional yang  membolehkan ekonomi yang menguntungkan, kuasa tawar-menawar serta sinergi.

Mereka berkata ia akan memberikan AirAsia peluang yang lebih besar untuk terbang ke laluan eksklusif MAS sebelum ini dan syarikat penerbangan nasional itu pula memperoleh sinergi kos berdasarkan kos tinggi/kesediaan tempat duduk bagi setiap kilometer.Malah, ada yang mengatakan MAS akan kembali mencatat keuntungan meskipun sudah bertahun-tahun merancang dan menyusun semula masalah kewangannya yang berterusan pada 2011, bagi menangani masalah biasa seperti kos operasi yang tinggi serta harga bahan api yang naik mendadak.

Awal bulan ini, satu lagi rancangan diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS yang baharu, Ahmad Jauhari Yahya, melibatkan beberapa siri tindakan, termasuk mengurangkan rangkaian serta memberi tumpuan terhadap kos.Rancangan itu yang dijangka membolehkan MAS kembali mencatat keuntungan pada 2013, bagaimanapun mendapat respons kurang memberangsangkan daripada penganalisis, yang berpendapat rombakan dan usaha itu bukan sesuatu yag baru dilakukan oleh syarikat penerbangan negara terbabit.

Antara laluan yang akan digantung oleh MAS ialah Cape Town, Johannesburg, Buenos Aires dan Dubai selain empat laluan meenrusi rangkaian serantau Sabah.AirAsia, sebaliknya, terus mengembangkan laluannya di peringkat serantau, dan antara yang terbaharu ialah Da Nang (Vietnam) dan Surat Thani (Thailand).

Ia juga membuka pejabat serantau di Jakarta, Indonesia, bagi meningkatkan hubungan dengan sekretariat Asean, yang juga berpejabat di sana yang berusaha menjadikan "satu langit Asean" dan pihak berkuasa penerbangan seperti pihak berkuasa penerbangan usaha sama Eropah.Proses penyenaraian sekutu Indonesia dan Thailandnya juga berjalan lancar.

AirAsia juga melalui fasa kurang menyenangkan bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) membabitkan kenaikan cukai lapangan terbang di lima lapangan terbang di seluruh negara.Kedua-duanya juga bertelagah membabitkan terminal udara kos rendah, KLIA2.

AirAsia X juga tidak terlepas daripada kontroversi, dengan laporan berita bahawa ia merancang menghentikan perkhidmatannya ke Paris, London, Mumbai dan Delhi.Ketuanya Azran Osman Rani, bagaimanapun, menafikan rancangan itu dengan menyatakan syarikat penerbangan bajet jarak jauh berkenaan masih belum membuat sebarang keputusan lagi.

Laporan berita itu menyebut bahawa pelaksanaan Skim Dagangan Pelepasan Karbon (ETS) Kesatuan Eropah yang berkuat kuasa 1 Jan, 2012, sekatan visa dan fi tambahan lapangan terbang di India merupakan sebahagian daripada alasan bagi penamatan perkhidmatan itu.Skim ETS itu mengkehendaki syarikat penerbangan membayar pelepasan karbon yang masih belum dikira lagi.

Seorang penganalisis berkata industri tersebut telahpun bergelut dengan kos tinggi bahan api dan peraturan seumpama itu akan membebankan lagi mereka.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang mewakili hampir 240 syarikat penerbangan dari 100 negara kecewa dengan keputusan Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah yang menyokong pelan EU untuk memasukkan penerbangan antarabangsa dalam ETS bermula 2012.

"Keputusan hari ini (21 Disember) suatu yang mengecewakan. Peraturan pelepasan karbon antarabangsa penerbangan masih tidak membantu kita bagi mencapai pendekatan global yang amat diperlukan untuk langkah-langkah ekonomi.

"Inisiatif satu pihak sahaja, melangkui kawasan dan memberi kesan kepada pasaran seperti ETS EU bukan satu yang membantu," kata ketua pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif IATA, Tony Tyler.

IATA, dalam laporannya baru-baru ini mengenai tinjauan industri, mengunjurkan prospek yang suram bagi 2012, dengan menyebut krisis zon euro yang masih berlarutan sebagai satu daripada faktornya, katanya.

Tyler berkata keuntungan syarikat penerbangan dijangka jatuh kepada US$3.5 bilion daripada unjuran terdahulu pada US$4.9 bilion bagi margin bersih hanya 0.6 peratus daripada jangkaan pendapatan US$618 bilion.

Dengan pelbagai cabaran dan isu yang belum selesai dan krisis zon euro yang masih berlanjutan yang boleh terus menjejaskan pertumbuhan global dan perjalanan udara, syarikat penerbangan perlu bersiap sedia untuk mengharungi keadaan yang lebih sukar lagi.

Mulanya Pao Kemudian Apam Balik..Sapu Bersih Tuuu

Aku petik:


LEDANG – “Saya mahu ambil telefon bimbit,” itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin.


Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang.

Kadi Daerah Ledang, Su­laiman Maidin berkata, berda­sarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pe­­gawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik.

“Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hu­bun­gan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dike­nakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Wanita Hamil...Cantikkkkk

Ini lah bukti kehebatan Maha pencipta 
Wanita hamil masih kelihatan seksi
Sayang nya manusia itu jarang bersyukur kepadanya
Mereka suka melangar perentahnya.
dan larangannya........






Begitu lah antara gelagat manusia  yang tidak berakidah
Bagi mereka antara aurat dengan urat itu perlu ditunjuk kepada umuim
Syukur lah wanita muslim tidak terpengaruh dengan cara mereka
Jika ada mungkin wanita itu tidak memahami apa itu aurat

Kurang Ajar Punya Jantan....









Tallest Man In India...Hoooo

A visitor poses with Gattaiah, …

Lelaki tertinggi di India dengan ketinggian tujuh kaki sentengah
Beliau berusia 38 tahundan berasal dari Hyderabad, Selatan India.


NFC : Lebih ramai 'perompak' duit rakyat akan didedahkan.!!

Aku petik


"Bukan aku seorang, orang lain pun sama malah lebih teruk" mungkin itu kata hati Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita dan Ketua Wanita Umno.


Shahrizat tanpa segan dan silu menyatakan bahawa 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.


Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini. 

Kenyataan Shahrizat ini menambahkan lagi bukti bahawa amat sukar untuk kita mencari pemimpin Umno yang bersih dari sebarang skandal. Tidak mustahil jika Shahrizat dikenakan tindakan beliau akan mendedahkan nama-nama pemimpin yang terbabit dengan penyelewengan khususnya yang ada kena mengena dengan NFC.

"Seorang penyamun kena tangkap sudah tentu dia akan memberitahu siapa penyamun-penyamun lain itu ibarat yang boleh kita ungkapkan berkaitan dengan 'samun duit rakyat RM250juta NFC.

Bak kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor bahawa ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

Ahad, 25 Disember 2011

Tempat Rehat Dan Tidur Yang Selesa....

Inilah tempat para pramugari-pramugari cantik dan seksi 
menghilangkan penat lelah dan berehat.Ketika dalam penerbangan.  

BOING 747-400
KLM
AIRBUS A340
BOEING 777
SINGAPORE AIRLINE
AIR CANADA
 AIR ASIA
Ssssssttttt…jangan bising…nanti dia terbangun…kasiaann ?!
Penat Sangat tuuuuu

Peneroka FELDA Dapat Bonus ? Betul Ke???

Aku petik

RM102.58 JUTA UNTUK PENEROKA

KENYATAAN AKHBAR

FELDA BAYAR RM102.58 JUTA BONUS INSENTIF PRODUKTIVITI
1. Sukacita saya ingin megumumkan bahawa FELDA akan membayar bonus


insentif produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM102,584,000.00.

2. Bonus ini adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui FELDA. Kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini sama seperti tahun 2010 lalu iaitu minimum RM400.00 dan maksimum RM1,200.00 bergantung kepada penghantaran hasil.

3. Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 95,949 atau 85.19% daripada 112,635 peneroka FELDA seluruh negara. Peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari 2011 hingga Oktober 2011. Bagi peneroka sawit, kelayakan minima iailah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19.00 tan/hektar ke atas.


4. Bagi peneroka getah, kelayakan minima ialah 600.01 kl/hektar dan ganjaran maksima diberi kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 1,400 kg/hektar. bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 32,865 orang iaitu terdiri daripada 27,069 peneroka sawit dan 5,796 peneroka getah. Seramai 60,584 peneroka menanam semula bersama FELDA dan kesemuanya menerima bonus 

maksimim RM1,200/ peneroka seperti pada tahun lalu.

5. FELDA turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula. Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan.

6. Turut telibat dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain. Kira-kira 2,500 peneroka terlibat dan kadar bayaran ialah RM400 seorang. Rumusan bayaran insentif bonus ini adalah seperti di lampiran.

7. Seramai 16,686 peneroka atau 14.81% pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada FELDA dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan. Selain itu, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

Dato' Sri Mohd Najib
Putrajaya


8. Bayaran Bonus Insentif Produktiviti 2011 akan dibayar di pejabat rancangan pada akhir bulan Disember 2011. Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih lagi bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

9. Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua warga peneroka agar menyertai program bersama FELDA selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut untuk meningkatkan paras pendapatan peneroka melalui bimbingan dan khidmat nasihat yang disediakan.






HUTANG PENEROKA..


1. Sara Hidup = RM 1,500 X 12bulan X 3 tahun = RM 54,000.00

2. Pendahuluan Hasil (Tahun ke 4 hingga Tahun ke 8 @ 5 Tahun) = RM 1,500 X 12bulan X 5 tahun = RM 90,000.00


Jumlah hutang peneroka keseluruhan = RM 144,000.00.
PENDAPATAN SEBENAR PENEROKA..
Tahun Ke 4 = RM 2,000 X 12bulan = RM 24,000
Tahun ke 5 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Tahun ke 6 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Tahun ke 7 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Tahun ke 8 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Jumlah keseluruhan pendapatan Peneroka = RM 168,000.00.
UNTUNG/RUGI = RM 168,000 - RM 144,000 = RM 24,000.
Inilah nilai yang sepatutnya Felda kembalikan kepada peneroka... Bukan peneroka yang berhutang dengan Felda tetapi Felda yang berhutang terhadap Peneroka..


Perbandingan-
Peneroka diberi KPG 18%.
sedangkan terbukti dalam ujian makmal KPG 28%.
Bermakna peneroka dinafikan KPG 10%.
1%KPG = RM 30.00/tan.
10% KPG X RM 30.00= RM300.00.
Kalau sebulan peneroka memperolehi 10 Tan bermakna RM300.00X10 tan = RM 3,000.00.
Ini adalah nilai 10%KPG yg diselewengkan.
Jumlah ini pun sudah lebih nilainya berbanding bonus yg najib nak beri...
ARTIKAL GAYAPENEROKA YANG LAIN