SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 29 Januari 2012

Hasan kecam pemimpin Pas


HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.NGGUAN/SAZALI CHE DI
KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.

Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?

"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham."Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.
Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.

Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.

Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.

P/S: Itu lah di Dr Hasan Ali sebenar. Dulu semasa beliau dalam PAS,sasarannya hanya Umno,asal naik pentas sahaja takada lain selain mengumpat dan mengata pemimpin dan umno sahaja. Sekarang ini bila sudah di pecat dari PAS takada lain pula selain menghentam PAS..... Itu lah dia DHA.

KPDNKK Perlu Perjelas Isu Subsidi Gula


Oleh Mohd Farhan Darwis

January 29, 2012
Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 29 Jan - DAP mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyatakan keperluan kerajaan menaikkan kadar subsidi gula dan menjelaskan sama ada benar kerajaan membayar sehingga RM198 juta setahun kepada dua syarikat yang memonopoli perniagaan gula di Malaysia: Malayan Sugar Manufacturing Holdings (MSM Holdings) dan Tradewinds Corporation Bhd.
Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua meminta Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkara tersebut berikutan harga pasaran gula dunia secara keseluruhannya mengalami penurunan.
Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, berdasarkan laporan akhbar, kementerian berkenaan telah meningkatkan kadar subsidi gula sebanyak 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga gula pada RM2.30 sekilogram ekoran "kenaikan kadar gula dunia."
"Kerajaan perlu menjelaskan kenaikan kadar subsidi gula tersebut,  berikutan kenaikan kadar subsidi sehingga 170 peratus setahun itu adalah tidak relevan berikutan harga pasaran gula dunia mengalami penurunan.
"Apa yang menjadi persoalannya, adakah harga pasaran gula dunia sejak enam bulan lepas terus meningkat sejak kali terakhir pada Mei 2011, sedangkan pasaran dunia menunjukkan penurunan.
"Malah, sejak meningkat pada nilai USD29.47 (RM89.66) seratus paun pada Julai 2011, harga gula mengalami penurunan berterusan setiap bulan, dengan USD28.88 (RM87.87) pada Ogos, USD26.64 (RM81.05)  pada September, USD26.30 (RM80.02)  untuk Oktober, USD24.52 (RM74.60) pada November, dan USD23.42 (RM71.26)  untuk Disember pada kadar seratus paun," katanya.
Harga gula meningkat kali terakhir pada kadar  20 sen pada bulan Mei 2011 kepada RM2.30 sekilogram. 
Namun begitu, kenaikan tersebut merupakan peningkatan daripada kadar RM1.45 sejak Januari 2010 dan apabila dinilaikan ia menjadikan peningkatan kepada 58.6 peratus kenaikan bagi tempoh hanya 18 bulan selepas tindakan kerajaan mengurangkan kadar subsidi.
Menurut beliau lagi, walaupun mengekalkan kadar harga gula pada RM2.30 sen sekilogram, kerajaan masih dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kadar subsidi, bukannya semakin menambah perbelanjaan terhadap subsidi, seperti dakwaan menteri berkenaan yang dilihat berbangga dengan tindakan tersebut.
"Apa yang lebih mengelirukan adalah, jumlah subsidi kerajaan telah meningkat kepada 170 peratus bagi disesuaikan dengan "peningkatan mendadak" kadar semasa gula yang tidak wujud," katanya lagi.
Akhbar The Star semalam melaporkan, Ismail Sabri berkata,"harga gula dunia meningkat, tetapi kami tidak akan menaikkan kadar harga ... Kami mencuba sedaya upaya kami untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat."
Tindakan itu menurut Tony seakan-akan menarik perhatian rakyat supaya melihat kebaikan kementerian berkenaan memberikan subsidi bagi mengekalkan harga barangan keperluan itu, sedangkan hakikatnya, pasaran gula dunia pula menunjukkan penurunan berterusan.
Kira-kira 99 peratus keperluan gula mentah Malaysia hari ini diimport, sedangkan pasaran gula di negara ini dimonopoli oleh dua syarikat gergasi, MSM Holdings dan Tradewind Corporation Bhd.
MSM Holding merupakan anak syarikat Felda dengan nilai pegangan saham sebanyak 71 peratus, dan Tradewind dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak 43 peratus dan 20 peratus oleh Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd.
P/S: UBN mementingkan keuntungan syarikat sahaja, sehingga mengabaikan hak rakyat.

Usah sembunyi di belakang undang-undang, kata Aziz kepada MB Kedah


Oleh Debra Chong

January 29, 2012
Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 29 Jan  – Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menasihatkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak berselindung di sebalik isu teknikal undang-undang apabila berdepan dengan aktivis mahasiswa tentang kebebasan akademik di Kedah.
"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.”kata bekas professor ini kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk.
"Seperti mana ISA, Akta Hasutan, dan PPPA," katanya merujuk kepada undang-undang keselamatan, percetakan dan penerbitan yang disifatkan Pakatan Rakyat sebagai undang-undang "berlebihan" dan "lapuk", yang dijanjikan mereka untuk diubah, menurut manifesto pilihan raya mereka yang kenali sebagai Buku Jingga.
Azizan, pemimpin PAS kanan, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.
"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya,  perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," kata Azizan semalam.
Abdul Aziz  kembali bertelingkah lidah dengan Azizan berikutan tuduhannya terhadap Aziz yang mendakwa beliau "buta undang-undang" dan tidak berkelakuan sesuai ahli akademik.
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mendesak Azizan agar membatalkan keputusan mahkamah menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikannya kes mahkamah akademik.
"Sebagai ilmuan syariah, menteri besar Kedah seharusnya mengetahui perkara ini. Beliau terlepas pandang berkaitan perkara itu dan seharusnya mengemukakan permohonan maaf dan membatalkan keputusan yang dibuat KUIN," jelas Abdul Aziz.
Beliau terus mengkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.
Abdul Aziz turut mendesak agar Azizan tidak melibatkan pemimpin politik berhubung perkara itu bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat “daripada perkara yang bukan sahaja membazirkan wang dan tenaga, tetapi paling nyata menurunkan martabat janji mulia yang dibuat dalam dasar rangkakerja biasa."
Beliau turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.
Malah, Aziz turut mengingatkan Karpal dan Azizan bahawa, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengawal mahasiswa dan mereka seharusnya tidak berterusan dalam menyokong AUKU dan undang-undang tidak adil lain, sebaliknya menunaikan janji mereka untuk pembaharuan, termasuk memansuhkan akta terbabit.
Lima mahasiswa KUIN itu dibawa berdepan jawatankuasa disiplin pada 25 Mei 2011 kerana melanggar undang-undang AUKU dengan menyertai demonstrasi, membuat ucapan menggunakan pembesar suara dan mengadakan sidang media untuk membantah tindakan menggunakan blok untuk kelas agama sebagai tempat untuk sekolah pintar.
Mohd Faiz Mohd Arshad telah digantung dua semester, dan rakan-rakannya digantung satu semester dan diberikan surat amaran.
Walaupun penggantungan tersebut sudah berlangsung sejak lapan bulan lalu, dengan empat daripada mereka telah kembali ke kampus, aktivis berkenaan mengambil keputusan untuk mencabar keputusan mahkamah tersebut.
Mohd Faiz Mohd Arshad menuntut penggantungannya ditarik balik dan rakan-rakannya menuntut ganti rugi kewangan kerana ketinggalan kelas.
Azizan telah membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju bahawa tindakan KUIN itu salah dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk membuat keputusan.


DOA SETIAP WAKTU



Semoga keluarga kita jagi keluarga yang soleh

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..
Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu,
Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, 
Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. 
dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan 
dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah 
dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, 
dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku 
yang telah meninggal dan yang masih hidup, kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, 
yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....
Amin3 Ya Rabbal A'lamin

Sabtu, 28 Januari 2012

PELAJAR JUAL BAUCAR BANTUAN BUKU SATU MALAYSIA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN

 – berita hairan

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar Bantuan Buku satu Malaysia pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai. 

Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, berkata baucar buku bernilai RM200 yang diberikan oleh kerajaan itu seharusnya tidak diselewengkan oleh penerima sebaliknya harus digunakan untuk tujuan sebenar.

"Apabila ada laporan menyatakan baucar tersebut dijual oleh segelintir penerima untuk mendapatkan wang segera, kita akan siasat dan mana-mana pihak yang didapati salah guna baucar tersebut kita akan tengok apa bentuk tindakan sewajarnya yang patut kita ambil.

"Kita akan tengok sama ada kita akan serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan atau kita sendiri yang akan buat tindakan, itu kita belum pasti lagi," katanya.

Khalid berkata, penerima baucar itu tidak sepatutnya menyalahgunakannya kerana ianya hanya boleh digunakan untuk membeli buku untuk kemudahan dan kebaikan pelajar di samping meringankan bebanan perbelanjaan yang ditanggung mereka. 

Terdapat laporan mengenai tindakan segelintir pelajar menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah. 



Itu lah bila bagi baucar dah lambat pelajar semua dah beli buku keperluan mereka  guna duit "MAK BAPAK " mereka. Baru nak sibuk bagi baucar mereka nak guna duit buat beli benda lain bukan baucar. 


Itu lah Najib dilahir kan sebagai orang kaya jadi dia tak faham bagaimana orang susah menghantar anak untuk belajar. Nak pancing undi punya pasal bagi rakyat baucar bukan kah itu bangngang namanya. 


Haya rakyat UBN sahaja yang bangngang sahaja yang suka orang kaya jadi Presiden Umno.


Timbalan ketua Polis sibuk nak tangkap (bodek tak habis-habis ) hingga tak tahu nak buat macam mana dan apa tindakan,nak buat tindakan apa dia ?duit tu pelajar punya dah bagi kat dia suka hati dia orang lah nak buat apa pun Khalid oiiiiii...


Memetik ucapan Khalid "Kita akan tengok sama ada kita akan serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan atau kita sendiri yang akan buat tindakan, itu kita belum pasti lagi," katanya.


Kamu tu banyak duit anak kamu tak perlu bantuan.....bolehlah kamu cakap Khalid oiiii

Asal Bukan Unmo "ABU"

Saksi penting National Feedlot Corporation (NFC)


KUALA LUMPUR 27 Jan: Saksi penting National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail akan memberikan kerjasama kepada KEADILAN bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam skandal itu, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Shamsubahrin sebelum ini didakwa menjadi mangsa kambing hitam apabila dituduh merasuah anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes tersebut.

Beliau hari ini berdepan pula dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana didakwa menipu seorang pemandu teksi dan kes melibatkan isu membekal pembantu rumah.

“Kita nampak (pertuduhan) ini usaha mendiamkan Shamsubahrin, menakutkan beliau agar tidak memberi kerjasama kepada kita. - KeadilanDaily.

Jangan Layan Lagi Hasan Ali.. Dia Sudah Jadi Sampah..



KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.

"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.

"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu.

Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu.

Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan.

"Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.

Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.

"Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya.

PAYUDARA DISEPIT DENGAN PENYEPIT DARI API NERAKA



Assalamualaikum salam sejahtera untuk semua.


Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah.

Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

“Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

“Kenapa kakak menangis?”

“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. 

Katanya ;
“Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”

“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
“Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
“Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan.”

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.”

“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke.” tegur saya.

“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.”

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada’kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
“Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”

“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah…”

“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa…

“Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…”

Itu dah terlambat.



Jumaat, 27 Januari 2012

Saiful Bukhari Kecewa Gagal Heret Anwar Ke Mahkamah Rayuan


Pengadu dalam kes fitnah liwat II, Saiful Bukhari Azlan nampaknya kena banyak banyak bersabar! Ini kerana rayuan yang dikemukakan melalui pejabat Peguam Negara hanya akan dipertimbangkan selepas sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh rayuan dikemukakan.  Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dituduh oleh Saiful juga perlu menunggu sehingga tempoh yang sama kerana mengikut Akta Penghakiman Mahkamah.

Pihak yang memfailkan rayuan bersabit sesuatu keputusan yang dijatuhkan perlu menunggu transkrip penghakiman bertulis terlebih dahulu.

Prosedur biasa membenarkan hakim yang membuat keputusan diberikan tempoh sehingga lapan minggu untuk menyiapkan alasan penghakiman sebelum diserahkan kepada pihak yang terlibat (pendakwaraya dan pasukan peguambela).

Dalam kes Anwar, pendakwaraya perlu menunggu ulasan penghakiman bertulis sebelum membuat keputusan sama ada memfailkan petisyen rayuan.

Jika pihak pendakwaan merasakan bahawa selepas mendapat keputusan tersebut, ada asas-asas yang kukuh untuk mencabar atau melihat keputusan penghakiman boleh dirayu, maka mereka akan mengemukakan rayuan rasmi, jika tidak ia terhenti di situ saja.

Menurut ketua peguam Anwar yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Peguam Negara mempunyai hak prerogatif untuk mengemukakan rayuan.

Ini prosedur biasa kerana Karpal juga pernah menasihatkan pelanggannya supaya tidak membuat rayuan selepas memperolehi alasan penghakiman secara bertulis.

Penjelasan Karpal dibuat selepas bertemu dengan setiausaha hakim yang membacakan keputusan bersejarah pada 9 Januari lalu, Zabidin Mohd Diah, mengenai perkembangan penghakiman bertulis sama ada sudah siap atau sebaliknya.

Zabidin yang bercuti selepas membacakan keputusan mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat belum dapat ditemui untuk mendapatkan komen lanjut kerana mempunyai urusan mustahak sambil meminta apa-apa perkembangan mengenai nota penghakiman tersebut supaya merujuk kepada setiausahanya.

Ini bermakna, Saiful sekali lagi terperangkap dalam prosedur mahkamah kerana kununnya tindakan memfailkan rayuan di saat-saat akhir pada Jumaat lalu mampu mengheret kembali Anwar ke mahkamah secepat mungkin.

Satu lagi karma untuk Saiful berjaya dibayar secara "tunai" kerana fitnah yang tak pernah berkesudahan!  ~jalanpulang

PAS lancar borang tanah, bantu selesai isu hak milik


KUALA LUMPUR, 27 Jan: Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat buat pertama kalinya akan melancarkan Borang Tanah sebagai usaha membantu rakyat dalam menyelesaikan isu hak milik tanah.


Majlis pelancaran tersebut akan diadakan pada 4 Februari ini di Simpang Renggam yang akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika memberitahu perkara itu berkata, untuk permulaan, program itu akan mensasarkan negeri Johor sebelum diperluas ke seluruh negara.

"Lajnah Tanah terima banyak aduan berhubung isu hak milik tanah. Sehingga kini tidak ada mekanisma yang boleh atasi masalah ini.

"Jadi kita cuba ambil pendekatan dengan lancar borang tanah," katanya kepada Harakahdaily.

Borang tanah tersebut menurut Mazlan, berupa kaji selidik kepada mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Pengadu ujarnya boleh mengisi borang tersebut dengan memberi maklumat terperinci berhubung lot tanah, keluasan dan aduan yang mahu diutarakan.

"Selepas kita kumpul borang dan maklumat pengadu-pengadu ini semua, kita akan bawa kepada pejabat tanah.

"Kalau perlu lantik peguam, kita akan usahakan," tegasnya.

Sebelum ini kata beliau, banyak kes yang telah dipanjangkan ke pejabat tanah peringkat daerah mahupun negeri, namun ia nampaknya sulit dan semacam sukar untuk diselesaikan.

Sehubungan itu, dengan pendekatan terbaru ini, beliau harap dapat membantu mereka-mereka yang terlibat untuk mengetengahkan isu ini secara besar-besaran agar dapat membuka mata pihak bertanggungjawab.

"Ini mekanisma PAS untuk bantu rakyat.

"Sama ada Melayu, Cina, India atau Orang Asal, kita tetap akan bantu mereka," katanya.