SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 19 Februari 2012

Banyaknya Duit Anwar Bagi Rakyat

Berkumpol beramai-ramai ni ada
Ada acara membahagi-bahagi duit ke?


Banyak nya duit Anwar untuk dibahagi-bahagi kan kepada
Pengundi kawasan Pekan Pahang ni. Itukah membuatkan mereka 
Berhimpun beramai-ramai?

Mereka datang bukan untuk menerima duit bantuan dari Anwar
Sebaliknya mereka sedar mereka yang kena derma kepada 
Parti Pakatan dengan tujuan dapat mennukar kerajaan 
yang sedia ada kepada kerajaan baru ia itu PAKATAN

Mereka semua sudah jemu dan jelak dengan kerajaan yang ada
yang terlalu banyak menipu dan mendustai rakyat.
Curi khazanah rakyat,curi duit rakyat,
untuk diagih-agih sesama mereka.


Bukan Anwar hebat kumpulkan rakyat tapi rakyat ingin kan perubahan
Rakyat ingin mendengar ucapan pemimpin kesayangan mereka
Ini lah pemimpin yang mereka nanti-nantikan - Insya-Allah.


Mereka khusuk mendengar penerangan dari pemimpin
Mereka tidak di beri wang,tidak disediakan bas,tiada nasi lemak
untuk datang mendengar penerangan.Mereka hanya ingin berjumpa dengan
pemimpin yang mereka yakini lebih adil, telus dan amanah.


Bagi kanak-kanak ini mungkin dia tidak mengerti apa-apa tentang politik
Tetapi dia ingin melihat dan kenal secara dekat siapa Anwar Ibrahim
Mungkin 10 tahun nanti kanak-kanak ini baru merasai nikmat
hasil dari bertukar kepemimpin negara tahun ini.

Jenerasi mereka akan lebih beruntung dari jenerasi sekarang
Kerana jenerasi sekarang berada dibawah pemimpin-pemimpin
yang tidak adil dan perasuah-perasuah,penyamun-penyamun
pelingkup Negara.


Wahai ibu-ibu marilah kita tukar kerajaan yang ada ini untuk masa hadapan
anak-anak jenerasi hadapan ,kerana mereka memerlukan pemimpin yang adil
untuk membina kehidupan yang selesa dimasa hadapan.

Adakah ibu-ibu ingin melihat anak-anak menderita dimasa hadapan
ada diantara mereka yang mengaut kekayaan hasil dari penipuan
dan penjualan harta bangsa(atas nama pembangunan)
sebab itu mereka pemimpin-pemimpin melayu umno kaya raya !!
dengan mengaut hazanah negara,sedangkan melayu yang lain
masih tetap terpingir dan mereka diperlakukan seperti pengemis.

Sebagai contuh apa yang berlaku di bawah ini
lihat berapa ramai rakyat berpusu-pusu dantang berbondung-bondung
mengharapkan sesuatu yang telah dijanjikan sebagai pemberian.
Para pemimpin umno ini berpendapat mereka lah hero
kerana berjaya menipu rakyat.


Berebut Ambil duit B1Malaysia, Wakil rakyat Umno ni
berlagak macam duit umno yang mereka bahagi-bahagikan
sebenarnya duit itu duit rakyat,sepatutnya bukan orang umno
dan pejabat umno yang membahagi-bahagi tapi egensi kerajaan.
Baru lah betul,kerana itu bukan duit umno.



Berbaris di panas terik untuk ambil duit Rakyat
Umno/BN dah tipu duit rakyat. Mereka agih-agihkan duit rakyat.
Untuk kepentingan mereka.


Apa nak di fikirkan lagi memang dah kena beli dah
samalah perangai dengan pemimpin umno tu
mereka beri anda terima rasuah !!!


Kalau tiap tahun diberi itu baru tanggung jawab dan kerajaan prehatin namanya
Tetapi bila hanya nak pilihan raya baru bagi itu rasuah (sogokan) namanya.
Kalau nak berkebajikan biar pun sedikit tapi berterusan itu baru betul
bukan bermusim-musim. 

Beginilah jadinya kalau dibawah pemerintahan kerajaan perasuah,
Diangapnya semua rakyat boleh dibeli dengan wang,
Ingat jangan gunakan kemiskinan rakyat untuk mencari keuntungan.
Rakyak miskin kerana perbuatan anda wahai 
PARA PEMIMPIN UMNO 
anda gagal jadi pemimpin bangsa. 


Sabtu, 18 Februari 2012

Kuasa Yang Maha Esa

Jangan berfikiran negatif ,cari yang fositif 
bila melihat gambar ini.


Mampukah manusia mencipta hidupan seperti ini?
Ini lah bukti kekuasaan yang maha Esa 
dan membuktikan ilmu Allah itu maha hebat dan maha agung
Ilmu Allah itu kalau di kumpulkan air laut seluruh dunia ini dijadikan 
sebagai dakwat untuk mencatitkan Ilmu Allah nescaya tidak cukup untuk mencatatnya
berbanding ilmu manusia yang hanya ibarat seperti buih gigi pantai.  

Tak Jauh Beza


Beginilah bila manusia tidak mampu mengunakan akal yang waras
mereka sangop berpakaian separuh bogel hanya kerana 
menunjukkan bertapa moden nya mereka
Mereka tidak pernah takut dengan laknat Allah

Diharapkan wanita-wanita melayu muslim jangan terikut
cara mereka ini.Seluruh tubuh wanita itu adalah perhiasan
Jangan lah kamu tujuk-tunjukkan kepada orang lain selain orang 
yang berhak keatas kamu (Suami)



Mereka hampir tak jauh beza dengan yang dibawah ini.
Tapi yang dibawah ini memang fitrah nya binatang
dia tidak dapat mengawal nafsu kebinatangannya.
Kerana binatang tiada diberi akal untuk membezakan buruk dan baik.


Jika dia tahu yang ditunggang nya itu adalah manusia 
sudah pasti lembu itu tidak akan melakukan nya
tentu dia berasa malu kerana itu bukan pasangannya.


Gambar diatas sekali yang mengaku manusia
langsung tidak berasa malu,mereka sangup
berpakaian separuh bogel dihalayak ramai
Mereka tidak bersyukur dengan nikmat kecantikan
dan nikmat akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.
(Kufur nikmat)

Unik, Aneh, dan Menarik

 Australia
 China
Hawai
 Indonesia
Texas
Thailand
 India



Jepun

Melayu Perak Wajib Baca

Aku petik


Siapa Zambry Kadir? (2)

Oleh MSK

Zambry Kadir tau bahawa dia tak akan bertahan lama sebagai Menteri besar Perak. Oleh itu, sementara ada kuasa, dia akan pulun sebanyak mungkin. Projek Vale Teluk Rubiah hanyalah salah satu diantara kerakusan Zambry. Ada banyak lagi.
Dalam laman web Visit Perak, Royal Teluk Rubiah Country Club dikatakan salah satu tempat yang terbaik di Malaysia. Pasai apa maklumat tentang Royal Teluk Rubiah Country Club ini masih didalam laman web Perak Tourism, menunjukkan “kecekapan” pentadbiran Zambry, sedangkan Teluh Rubiah sudah hampir hancur. (Boleh baca disini)
Untuk memudahkan pembaca mendapat gambaran tentang kemusnahan Teluk Rubiah, cuba tengok gambaran dibawah.
Seluas 1025 ekar tanah yang pada asalnya hutan simpan terjual ke syarikat asing dengan harga 196 juta ringgit. Berapa kerajaan negeri dapat? Satu sen pun tak dapat. Apa yang rakyat Manjung dapat? Cuma janji yang belum tertunai. Apa yang kita dapat? apa pun takdapat..malah kita akan kehilangan satu kawasan pantai yang cukup cantik di Malaysia. Bukan setakat Teluk Rubiah, malah Teluk Batik juga akan menjadi kotor dan tidak dapat digunakan. Sama macam Pantai Bersih di Butterworth ataupun Pantai Gurney Drive di Penang.
Perhatikan bagaimana dekatnya kawasan industri Vale dengan Teluk Batik.
Kawasan yang bertanda merah adalah  kawasan kilang dan penyimpanan manakala kawasan yang bertanda kuning sudah dipagar. Hutan-hutan yang terdapat dikawasan tersebut mempunyai pelbagai jenis kayu yang bernilai tinggi, pelbagai flora dan fauna yang menarik pelawat kesitu. Itu sebabnya mengapa Teluk Rubiah menjadi diantara tempat yang tercantik di Malaysia.
Mengapa kawasan yang cantik dan menjadi daya tarikan pelawat ke Manjung ini di gadaikan? Tak mengapa kalau kerajaan negeri mendapat habuan, tapi kerajaan negeri juga tidak mendapat walau satu sen pun.
Apabila Vale memulakan projek ini, adakah syarikat tempatan mendapat projek? Tidak. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group.
Sebuah jeti sepanjang 2 kilometer sedang dibina dan dermaga sepanjang 1.2 km dibina dipenghujung jeti. Kalau tengok pada gambar pertama diatas, jeti tersebut akan menghalang pantai Teluk Batik. Tak ada lagi ombak di Teluk Batik..dan Teluk Batik akan mati dengan sendiri. Dua kilometer jeti dan 1.2 km dermaga yang terentang dihadapan Teluk Batik akan menghancurkan apa saja aktiviti pesisir pantai. Bukan saja Teluk Rubiah sudah tergadai, Teluk Batik juga akan hancur.
Dan bagaimana dengan dasar Majlis Perbandaran Manjung?
Manjung adalah bandar pelancungan dan ecotourism. Apabila Teluk Batik hancur, siapa lagi nak datang ke Teluk Batik? Peniaga akan terjejas, nelayan akan terjejas..malah penduduk tempatan yang mengharapkan sumber ekonomi dari pelancungan juga kan terjejas.
Kawasan Teluk Rubiah diwartakan sebagai kawasan pelancungan tetapi pewartaan itu telah di tarik balik dan ditukar menjadi kawasan industri HANYA untuk projek Vale ini. Something must be wrong!!
Bagaimana kalau siap nanti?
Setiap hari, sebanyak 20 kapal pengangkut bijih besi akan masuk dan dua puluh akan keluar. Itu unjuran yang diberikan oleh Vale international. Besar mana kapal tersebut?
Setiap kapal pengangkut bijih besi Vale berukuran 105 meter panjang dan 70 meter lebar. Lebih panjang dariEiffel Tower dan lebih lebar dari padang Wembley. Bijih besi yang diangkut dengan setiap kapal ini cukup untuk membuat 4 jambatan Pulau Pinang. Dan oleh kerana kapal tersebut terlalu besar, ia tidak boleh melepasi Terusan Suez ataupun Terusan Panama. Dapat bayangkan?

Dan untuk memastikan kapal-kapal ini dapat berlabuh di dermaga Teluk Rubiah, kawasan dermaga perlu dikorek. Berapa dalam aku tak pasti tapi apabila kawasan dermaga Teluk Rubiah dikorek, sudah pasti berlaku hakisan pantai di Teluk Batik. Tak sampai setahun, Teluk Batik akan hancur.
Bukan setakat Teluk Batik, Lumut Outward Bound School (OBS) juga sudah mula menerima kesan. Kawasan hutan yang dulunya digunakan oleh OBS untuk latihan, sekarang sudah menjadi kawasan larangan. OBS hendak berlatih dimana? Tanya kat Zambry…tapi Zambry tidak pernah memperdulikannya.
Bagaimana dengan penduduk kampung yang dulunya menetap di Teluk Rubiah? Mereka terpaksa berpindah ketempat lain, dengan dijanjikan pelbagai pampasan. Sehingga kini, masih belum dapat walaupun ada yang mengatakan wang pampasan sudah diberikan. Tapi biasa la dengan Umno/BN, duit hilang dalam perjalanan.
Kawasan Teluk Rubiah bukan saja merupakan kawasan kediaman beberapa keluarga sebelum ini, malah ia juga merupakan kawasan tanah perkuburan orang Islam. Apakah sudah dipindahkan….atau hanya ditolak dengan jentolak? Kita tidak tau sebab kawasan tersebut sudah menjadi kawasan larangan. Zambry bukan saja menjual Teluk Rubiah kepada Vale International, malah menjual tulang rangka nenek moyang penduduk yang terdapat ditanah perkuburan tersebut.
Sekarang rakyat Perak tak boleh buat apa-apa..hanya menjadi penonton. Teluk Rubiah sudah jadi miliksyarikat Brazil. Yang seronok ialah Zambry.
Gambar diatas menunjukan Zambry sedang merasmikan ibupejabat Vale International. Tapi pasai apa anak-anak Sultan Azlan Shah pun turut sama? Apa hubungan mereka dengan Vale dan Zambry? Apakah Vale International juga menjadi salah satu sebab mengapa runtuhnya Pakatan Rakyat Perak?
Aku sambung lepas makan.

Melayu Perak Wajib Baca.....


Aku petik

Siapa Zambry Kadir? (1)


Oleh: MSK
Aku cuba fokus Pulau Pangkor sebab Pulau Pangkor akan jadi macam Pulau Pinang. Pulau Pinang diperintah oleh BN sejak 50 tahun…dan dalam masa pemerintahan BN, orang Melayu semakin lama semakin pupus. Tapi bila Pakatan perintah Pulau Pinang baru 4 tahun, Umno dah bising mengatakan DAP meminggirkan Melayu Pulau Pinang.
Jangan lupa, Zambry juga tidak banyak beza dengan Shaikh Hussain Mydin atau Reezal  Merican. Masa depa memerintah, habih orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang..tapi bila dah hilang kuasa, orang lain pula dipersalahkan.
Sebelum aku cerita pasai Pangkor, cuba tengok balik sejarah Pulau Pinang. Tak payah tengok balik zaman Francis Light, imbas kembali sekitar 40 tahun dulu pun cukup.
Tahun 75, bila selesai peperiksaan LCE, aku hitch-hike dengan member ke Penang. Masa tu hitch-hike memang cool. Sampai Penang, boleh tidor kat tepi pantai. Masa tu, pantai Gurney Drive masih bersih. Malam-malam, ramai nelayan cari ikan dan udang. Kampung-kampung Melayu penuh disekitar Pulau Tikus dan Gurney Drive.
Lama kelamaan, hotel-hotel dan gedung perniagaan semakin lama semakin banyak dibina di Gurney Drive . Akibatnya, air laut semakin lama semakin kotor dan ikan semakin berkurangan. Pantai yang bersih makin lama makin kotor. Nelayan tak boleh cari makan..dan terpaksa cari kerja kilang kat Bayan Lepas.
Gurney Drive dengan Bayan Lepas bukan dekat. Duit gaji habih kat pengangkutan dan makan. Lama-lama, orang Melayu Gurney Drive terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah.
Ini bukan saja berlaku di Gurney Drive..malah berlaku di Tanjong Tokong dan Teluk Bahang. Akhirnya orang Melayu Pulau Pinang di sepanjang Padang Kota Lama hingga Teluk Bahang terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah…manakala tempat depa di ambil oleh oleh orang asing dari Singapura, Jepun dan Taiwan.
Masa tu, umno tak bising…sebab depa dapat komisyen. Poket semua penuh. tapi sekarang bila Umno dah terpinggir di Pulau Pinang, baru cakap pasai Melayu.
Pulau Pangkor akan jadi Pulau Pinang tak lama lagi selagi Pangkor di bawah Umno. Perangai Zambry sama macam perangai Hussain Mydin. Sementara ada kuasa, pulun cukup-cukup. Ada tanah diPangkor..jual kat orang luar negara. Memang la orang Pangkor masih ramai yang diam sebab depa tak rasa susah. Tapi tunggu 10 tahun lagi, jumlah Melayu akan turun secara drastik. Masa tu, bila DAP menang kat Pangkor, geng-geng Zambry jugak la yang akan jerit…”orang Melayu dipinggirkan”.
Maklumat tentang Pangkor dan Manjung masih dalam perjalanan. Jadi aku belum boleh siarkan, tapi hasil dari gerakan member-member di Manjung sudah cukup untuk menelanjangkan Zambry. Aku akan tunjukkan macam mana beribu hektar hutan simpan sudah terlepas ketangan orang asing. Kawasan yang dulunya bebas dijelajah oleh orang kampung sekarang sudah tidak boleh diakses.

Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.
Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.
Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.
Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?
Teluk Rubiah terletak bersebelahan dengan Teluk Batik. Tak lama lagi, Teluk Batik pun tak boleh masuk. Sapa yang nak mandi kat Teluk Batik, lebih baik pi mandi kat Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Macam mana rupa pantai Padang Kota Lama, Penang…macam tu la keadaan yang akan berlaku di Teluk Batik bila jetisyarikat kilang bijih besi mula beroperasi.
Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan jadi macam bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia. Setiap kapal sebesar tiga padang bola. Masa tu, kapal TLDM jadi macam bot nelayan.
Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil. Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi macam kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Macam mana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?
Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite. Macam mana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?
Dalam dua tiga hari lepas, seorang pegawai tinggi TLDM meletak jawatan. Mengapa seorang yang berpangkat Timbalan Panglima Tentera Laut boleh meletak jawatan? Timbalan Panglima bukan ahli politik yang naik secara membodek. Pegawai tentera bukan naik kerana bermain politk tapi bila ada orang politik yang mempermainkan Tentera Laut, dia tak boleh tahan.
Dah berapa biji kapal tentera laut yang terbakar? Berapa biji kapal tentera laut yang kondem?
Orang politik menggunakan Tentera Laut sebagai alat untuk mengumpul duit.Orang politik memperjudikan keselamatan tentera laut untuk kepentingan politik.Tentera laut yang tak ada kena mengena dengan kapal selam pun tak boleh nak masuk kapal selam, tapi blogger Umno boleh masuk..siap dengan ambik video lagi!! Dimana keselamatan negara?
Sekarang..tanah berdekatan pengkalan TLDM sudah diambil alih oleh syarikat dari luar negara…apakah keselamatan yang boleh dijamin terhadap pengkalan TLDM?
Kalau sebelum ini, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid menyertai Pas kerana tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Umno/BN terhadap Tentera Laut, kini Laksamana Madya Dato Wira Jamil Haji Osman pula meletak jawatan.
Zambry dalam bahaya. Mengapa?
Kalau ada orang Pakatan yang nak berpeluk dengan Zambry..nanti dulu.

Rupanya Masih Ramai Parasit Dalam PAS

Pas patut mengkaji pendirian Muhamed Hafiz Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam yang berbaur penentangan dan mengajak perpecahan dikalangan angota PR. Bahasanya seakan sama dengan bahasa DHA dan bunyinya seakan senada dengan suara Umno .

Apakah masih ada parasit dalam PAS? masih belum bersih sepenuhnya? kerana orang seperti ini boleh melemahkan perjuangan. Kenyataan beliau adalah satu kenyataan yang bahaya.

Saya anggap beliau ini orang yang tidak boleh berpesatuan kerana orang seperti beliau ini tidak dapat mengenal siapa dirinya. Memberi kenyataan boleh menghancurkan Persatuan (Kumpulan)

Saya sarankan kepada beliau kalau nak berpesatuan atau berparti atau apa juga masuklah JATI, kerana di situ anda sangat sesuai dengan mereka yang ada di situ.

Kenyataan Muhamed Hafiz Nurdin Disini 

Umno Pejuang Palestin ?

Adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

azlan
Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.