SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 28 Julai 2012

Mengikut Apa yang Ditulis Oleh www.msomelayu.blogspot.com

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya. 

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi. 

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum. [wm.kl.12:54 am 28/07/12]

Allahhuakbar Kejinya Mereka (Pemimpin Umno ) Selagor , Suka Berbohong....


Air: Muhyiddin berpeluang ambil alih tempat Najib

KUALA LUMPUR: Propaganda bohong mengenai krisis air di Selangor dilihat akan
 memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
 mengambilalih kedudukan Perdana Menteri dari Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembohongan dan penipuan 
terang-terangan kononnya berlaku krisis bekalan air di Selangor itu mungkin
 akan menamatkan kerjaya politik Najib yang kini dikatakan kian 
keseorangan.

Begini lah Sifat Yang Perlu Di Ikut Oleh Pemimpin-Peminpin Umno Dan Raja-Raja Negeri Di Malaysia Ini.....


Tawaduknya.. Tuanku Tiba Tanpa Hamparan Permaidani Kuning


Bicara buat seorang sultan kekasih rakyat,berangkat hadir solat Isyak bersama rakyat
,memandu sendiri Mercedes tertera ' V محمد 'tanpa dibentang permaidani kuning,
hanya ber-Croc memakai sendiri.Berjubah Berkopiah sederhana mungkin,
Itulah Sultan yang mengajak rakyat takutkan Allah.
Daulat Tuanku kepada الله أكبرMuhammad V, 
Sultan untuk umat Islam Malaysia.
Allahuakbar Tuanku.~fb I ♥ KELANTAN

Rafizi disiasat polis, hanya akan jawab di mahkamah


Rafizi disiasat polis, hanya akan jawab di mahkamah
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya untuk disiasat berkenaan dokumen rahsia projek sambungan LRT Ampang.
Rafizi dipanggil ke balai polis Tropicana pada pukul 3 petang dan disoal berkenaan dengan dokumen rahsia itu selama sejam.
“Saya hanya jawab ‘saya akan jawab’ di mahkamah ketika disoalsiasat oleh polis.
“Di bawah Seksyen 112 Prosedur Siasatan Jenayah, Kita mempunyai hak untuk tidak menjawab sekiranya jawapan kita boleh digunakan untuk mendakwa kita.
“Saya tidak menjawab satu soalan pun,” kata Rafizi dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut Rafizi lagi, beliau disiasat berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu kebocoran dokumen.
“Selepas ini pihak polis akan menyerahkan notis untuk dapatkan dokumen asli.
“Dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), polis mempunyai hak untuk berbuat begitu,” kata Rafizi lagi.
Sebelum ini, blog pengarah strategi PKR itu digodam, dipercayai kerana memuat naik dokumen-dokumen sulit yang turut melibatkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sabtu, 21 Julai 2012

Baca Ayat Kursi Sebelum Tidur


Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

Buka puasa dengan tamar



"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)

Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan. 
Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.

Jalan Yang Lurus.



"Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai, dan bukan jalan orang yang sesat." (Al-Fatihah 6-7)

Kelebihan Bulan Ramadan


Aku petik


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim) 

Tetinggal Puasa Wajib Diganti


Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan (Penting!) | Sekiranya kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan puasa, baik lelaki ataupun peempuan, maka kita diwajibkan untuk mengqadha’ jumlah bilangan puasa yang kita tinggal. Walaubagaimanapun qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya” Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya”.
Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajibmengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.
Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.

Abby Serah Borang Masuk Pas

Dah tak laku lagi jadi cari publisiti lah tu, antara suara-suara sumbang peminat dan
 orang-orang Umnoyang berfikiran untuk berhibur semata-mata.  


Wow, Ahli PAS sePenuh-Masa ...?

Jumaat, 20 Julai 2012

Renung dan Fikirkan Kata-Kata TGNA Ini



Renungi kata2 Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yg zuhud. Menteri Besar Kelantan.

"BILA KITA SUSAH, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Allah. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan ALLAH SWT.

Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang DOA MEREKA LEBIH MUDAH DITERIMA kerana rapatnya mereka dengan ALLAH SWT."

Lelaki Separuh Badan Yang Luar Biasa


Lelaki Separuh Badan Yang Luar Biasa | Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika Allah mahu tarik nikmat, bila-bila masa sahaja Dia boleh melakukan perkara itu terhadap hambaNya. Ia terjadi kepada seorang lelaki bernama Peng Shuilin. Dirinya ini telahkehilangan separuh daripada badannya setelah dipotong selepas berlanggar dengan sebuah trak. Tetapi dia tidak pernah berputus asa! Proses pemulihan yang  beliau jalani telah mengagumkan para pakar bedah selepas hampir dua tahunmenjalani satu siri pembedahan.
Naib presiden hospital di mana ini lelaki China berusia 37 tahun telah dirawat berkata: “Dia amat mengagumkan dan satu-satunya orang di dunia untuk terus hidup setelah sekian banyak daripada badannya dipotong.” Dia menjalani kehidupan dengan baik sekarang dan telah membuka sebuah pasaraya murah sendiri – yang dipanggil ‘Pasaraya Separuh Manusia Separuh Harga’. Itu luar biasa.

Fikirkan lah !!!


Pada 7 Oktober 2009 yang lepas, satu kejadian aneh telah berlaku di Moscow, Rusia dan telah direkodkan oleh seorang rakan internet saya, Merry Sparrow. Ianya seperti pintu langit yang terbuka, dan macam-macam idea dan tekaan boleh kita lakukan ke atas fenomena ganjil ini. Ada orang kata, “a gate to heaven” dan ada juga orang kata ini adalah satu lagi experimen rahsia kerajaan Rusia untuk membunuh awan. Ada juga yang berkata, “Rusia has better clouds than America“. Kelakar sungguh manusia-manusia di dunia. Tapi bagi kita umat Islam, renungkan la balik diri kita, perhatikan lah kebesaran kuasa Allah. Semoga kita menjadi insan yang beriman dari hari ke hari. Mari kita perhatikan. Apakah kejadian ini anda rasa?

Hi Tinggi Puting Jib.......

Fikir-Fikirkan Wahai Melayu Umno

Berapa kayanya dia , melayu yang lain macam mana?

Selasa, 17 Julai 2012

Catuan Air Di Selangor - Helah Untuk Kroni Umno Dapatkan Projek Loji Langat 2


Aku Petik

Malam tadi sewaktu Ijtima’ PAS Gopeng, YB Khalid Samad memaklumkan bahawa Syabas tidak perlu melakukan catuan air kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup dan melimpah.

Menurutnya, tujuan mencatu air oleh Shabas adalah semata-mata mahu mendesak kerajaan Selangor meluluskan Pembinaan Loji Langat 2 yang bernilai RM8.65 Bilion dimana projek ini dimonopoli oleh kroni kroni Umno

UMNO merestui tindakan SYABAS untuk memulakan catuan di Selangor dengan harapan rakyat akan menyalahkan kerajaan negeri PR di Selangor dan dengan cara itu meraih undi dari kesengsaraan rakyat.

Ini semua adalah kerja mungkar Umno untuk sabotaj air di Selangor sebagaimana mereka lakukan sabotaj terhadap isu kutipan sampah dahulu.

Khalid Samad memaklumkan kerajaan negeri telah membeli 50 lori kompaktor sampah baru dan akan disewakan kepada kontraktor.

Dengan ini urusan pengendalian sampah menjadi lebih efisyen dimana masalah kerja-kerja tergendala oleh kerana lori sering rosak dapat diatasi kerana selama ini para kontraktor terpaksa menggunakan kompaktor lama dan uzur.

Khalid juga mendedahkan tawaran kerja kepada kontraktor secara terbuka tidak dibenarkan untuk diberikan kepada sub-kontraktor sebagaimana sebelum ini dilakukan oleh Alam Flora.

Menurutnya, melalui pengalaman lalu, adalah agak sulit dan rumit untuk memantau kerja-kerja sub-kontraktor kerana mereka merupakan pihak ketiga dan hanya berurusan dengan main-kontraktor.

Menurut Khalid, kerajaan negeri percaya akan dapat menjimatkan kos operasi hingga ke RM100 juta setahun.

Saya Tidak Mahu PDRM Tangkap Bekas Anggotanya - Datuk Fauzi Shaari


Aku Petik

Dalam ceramah yang disampaikannya malam tadi di Kampung Seri Ampang ’B’, Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, secara peribadi telah menimbulkan rasa keraguannya bagaimana kawan baik PM Najib, Razak Baginda yang pada mulanya telah dituduh terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Antantuya telah dilepaskan begitu sahaja.

“Pihak pendakwa sudah tentu mempunyai bukti-bukti yang kukuh apabila menuduh Razak baginda dalam kes tersebut,” katanya.

Keraguan yang diucapkan oleh seorang personaliti yang berlatar belakangkan sebagai 'Pakar Penyiasat Jenayah’ sepertinya itu sudah tentu amat bermakna. Beliau tidak perlu menghuraikannya dengan panjang lebar.

Datuk Fauzi amat berhati-hati dalam ucapannya kerana sebagai bekas pegawai kanan polis , tentunya dia lebih maklum mengenai OSA yang membelungguinya.

Anggota SB sedang membuat rakaman sewaktu Datuk Fauzi berucap

“Saya tidak mahu PDRM menangkap bekas anggotanya sendiri pula...” katanya sinis disebalik pesanan kepada petugas PDRM yang ada di situ supaya melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan jujur dan ikhlas – di dunia dapat ganjaran dan diakhirat nanti mendapat ganjaran juga daripada Allah SWT.

Bagi kita yang pernah mengikuti episod perbicaraan pembunuhan Altantuya itu pastinya akan meyoroti beberapa tanda tanya yang masih menjadi misteri yang menyelubungi kita hingga kini.

Beberapa persoalan masih belum terjawab.Pihak polis dan mahkamah gagal memberikan jawapan yang jelas.Tetapi bagaimana pula mereka boleh mengambil keputusan untuk menghukum?

Inilah peliknya sistem kehakiman yang ada dinegara kita ini yang terkenal sebagai 'YES, YES, CORRECT, CORRECT". Apakah anda sendiri mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ? :

1. Apakah motif dua anggota PTK yang dituduh membunuh Altantuya waima mereka tidak pernah mengenalinya?

2. Bagaimana mereka boleh mendapat bahan letupan terkawal C4 dan siapakah yang meluluskan bahan letupan tersebut kepada mereka?

3. Orang tertuduh ke-3, Abdul Razak Baginda – dibebaskan dari tuduhan merupakan seorang kenalan rapat Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Sms tersebut berbunyi

“Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang”.

Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut?

4. Kenapa DSP Musa Safri tidak pernah disoal siasat apabila dia telah mengarahkan Chief Inspector Azilah Hadri membantu Razak Baginda? Azilah mengaku dalam mahkamah bahawa Musa memberitahunya, Razak menghadapi masalah kerana ada orang yang mengancamnya (Razak) dan dia (Azilah) perlu membantu Razak.

5. Kenapa data kemasukkan Altantuya telah dipadamkan di komputer Imigresen?Pernahkah pihak Imigresyen memberikan penjelasan mengenainya?

6. Kenapa Jabatan Imigresyen tidak mengarahkan siasatan dalaman dilakukan mengenainya? Dan kenapa pihak yang lebih tinggi yang bertanggung jawab tidak membuat siasatan bebas dalam perkara salah laku serius begini dan didedahkan kepada orang ramai?

7. Kenapa 3 akuan bersumpah dan video temuramah P. Balasubramaniam, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat perbadi tidak disiasat? Malah kehilangan Balasubramaniam secara tiba-tiba juga amat mencurigakan sekali.

Persoalan-persoalan tersebut akan terus menjadi tanda tanya kepada kita semua.Selagi semua persoalan itu tidak terungkai, maka selama itulah bayangan Altantuya akan mengekori kemana PM Najib pergi dan akan terus menghantuinya.

Dulu, saya sendiri tidak mengerti kenapa isteri Razak Baginda, Mazlinda, bekas seorang majisteret, terjerit-jerit seperti orang hilang akal sewaktu perbicaraan di mahkamah. Tetapi kini kita semakin sama-sama memahami kata-kata yang pernah dihemburkannya itu:

“Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua,"

Sekarang kita semua pun sudah sedia maklum siapa Perdana Menteri kita kini.... tentu ada kaitan kan kan kan?

Ahad, 15 Julai 2012

Kalau Dah Pelajaran Yang Diterima Sekuler Pasti lah Agungkan Pemimpin Sekuler Juga...



Tidak Ramai Orang Yang Memahami Perjuangan Makcik Ini


Makcik 61 Tahun ini Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren

Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.
Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

“Makcik dah biasa dah.”

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.



Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.”

Apakah Anutan Kita, Islam,Kritian Atau Yahudi? (Baca Dan Fikir)


RAJA SEBAGAI KETUA AGAMA..??

TIDAK TERDAPAT FIRMAN ALLAH YG MENYATAKAN " SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TAPAK KAKI SULTAN..."
DALAM ISLAM TIADA SEBARANG JAWATAN SEBAGAI " KETUA AGAMA "
HANYA DALAM AGAMA KRISTIAN DAN YAHUDI SAHAJA MEREKA MENGWUJUDKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA AGAMA..

DALAM AGAMA KRISTIAN DAN YAHUDI MEREKA MELANTIK KETUA AGAMA 
SERTA DIBERI IMIUNITI ( KEKEBALAN ) YAKNI TIDAK BOLEH DITEGUR, 
TIDAK BOLEH DIBANTAH SERTA TIDAK BOLEH DIARAH.. 
SEGALA TITAH PERINTAH MEREKA WAJIB DIPATUHI SERTA DIIKUTI TANPA BANYAK SOAL...

DALAM ISLAM HANYA TERDAPAT " AMIRUL MUKMININ "
 YANG DISANDANG OLEH SEORANG KHALIFAH DALAM SESEBUAH KHILAFAH ISLAMIYAH..
SETIAP KHALIFAH AKAN MELANTIK GEBENOR, 
MUFTI DAN HAKIM YANG TERDIRI DARI GOLONGAN ALIM ULAMA`
 ( GOLONGAN YANG HAFIZ, TAWADDUK, TINGGI ILMU AGAMA DAN ISTIQOMAH DALAM PERJUANGAN ISLAM )



NOTE :
SISTEM KETUA AGAMA INI TELAH DIPERKENALKAN OLEH PENJAJAH BRITISH
 KETIKA MEREKA MENJAJAH TANAH MELAYU DAHULU YANG MANA
 IANYA MENYERUPAI SISTEM YANG TELAH LAMA DIGUNA-PAKAI OLEH KRISTIAN DAN YAHUDI.

Boleh Ke Dia (Najib) Buat ?

Aku petik

Perkasa mahu Najib gubal draf hukum hudud...!!!

PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggubal draf hukum hudud sebagai penerangan awal kepada rakyat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, draf awal ini akan memberi pendidikan kepada bukan sahaja umat Islam, malah bukan Islam. Sebahagian orang bukan Islam tidak sokong penggubalan hukum ini, kerana fikir ia diwajibkan ke atas mereka.

“Sedangkan hukum hudud ini, hanya dikenakan ke atas umat Islam,” katanya, semalam. Katanya, masyarakat terlalu memikirkan waktu pelaksanaannya, sedangkan ia masih lagi dalam perancangan, malah dasarnya juga tidak dibincangkan.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam risau jika turut sama dikenakan hukuman, memandangkan isu banyak dipolitikkan pihak tertentu.

Beliau berkata, isu ini tidak sepatutnya dipolemikkan, kerana ia perkara positif untuk semua rakyat, tidak mengira agama yang dianuti. Selain itu, kerajaan perlu membincangkan aspek hukum ini, terutama membabitkan orang Islam

Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi

                Dikhabarkan Kemalangan pada hari jumaat lepas kereta Camry yang
 dibawa oleh mangsa dengan kelajuan 200 km/h ketika itu tiba-tiba "drift"
 sebelum berpusing berkali-kali menyebabkan 4 orang yang berada
 di dalamnya meninggal di tempat kejadian. Siap ada badan 
terhumban setinggi 10 kaki dan kaki tercabut! 
Al-Fatihah... Saksikan Video Tersebut !!     

  

Tiada Siapa Boleh Mengatasi Kuasa Allah (Bulan Terbelah Dua?)


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah). [Al-Qamar, 54:1-3]
Ayat Quran di atas adalah ayat yang membuktikan bahawa bulan yang berada di langit bumi ini pernah terbelah menjadi dua bahagian dan maksud saat kedatangan hari kiamat itu ditafsir ia berlaku pada zaman Nabi Muhammad (akhir zaman). Kejadian ini adalah salah satu mukjizat yang diberikan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Ayat ini disokong pula dengan beberapa hadith dari Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh beberapa sahabat:
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah s.a.w. Dan Rasulullah s.a.w bersabda, saksikanlah. [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Dari Ibnu Mas’ud r.a, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah s.a.w, sebahagiannya di atas gunung dan sebahagiannya di tempat lain, lalu Rasulullah s.a.w bersabda, perhatikanlah. [Hadith riwayat Bukhari]
Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah s.a.w. [Hadith riwayat Ahmad]
Dari Muhammad bin Mut’im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi s.a.w sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian daripada mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. [Hadith riwayat Tarmizi]
Kisahnya pada suatu hari sekumpulan pembesar Quraisy itu datang menemui Rasulullah s.a.w. Di antara mereka termasuklah Al-Walid Al-Mughirah, Abu Jahal, Al As Wail, Al Aswad Muthalib, An Nadhru Al Harith. Para pembesar itu mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat yang mereka mahu melihat sendiri melalui mata kepala walaupun mereka sepatutnya telah beriman dengan pengalaman perjalanan Nabi Muhamad sepanjang Israk dan Mikraj itu yang lalu, adalah benar.
Mereka berkata, “Jika kamu seorang yang benar (seorang nabi yang diutuskan oleh Allah) belahkan bulan yang sedang mengambang penuh pada malam ini kepada dua bahagian”. “Adakah jika permintaan ini dipenuhi, kalian berjanji untuk menerima dakwahku dan kita semua bersama-sama menyembah Allah, Tuhan yang satu?” kata baginda pula. Pembesar-pembesar itu pun menganggukkan kepala tanda bersetuju terhadap syarat yang Rasulullah berikan.
Lalu baginda pun berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi. Baginda menghalakan jarinya kepada bulan dan sejurus kemudian tanpa disangka oleh para pembesar Quraisy itu mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh yang menghiasi langit pada malam itu bukan sahaja terbelah kepada dua bahagian, tetapi terpisah menjauhkan diri antara satu sama lain.
Separuh boleh dilihat di sebalik gunung di sebelah kiri (Gunung Sofa) dan separuh atau sebahagian bulan lagi dapat disaksikan berada pada sebalik gunung di sebelah kanan (Gunung Qoiqo’an) dengan keadaan masih bercahaya sehinggakan orang ramai dapat melihat Gunung Hira’ di antara kedua-dua gunung itu. Bulan tidak lagi berbentuk bulat sebagaimana lazimnya! Mereka yang menyaksikan dalam antara percaya dengan tidak, hampir-hampir tidak mendengar apabila baginda berkata, “Saksikanlah kejadian ini iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat yang dikurniakan Allah dan risalah kenabian yang Allah amanahkan kepadaku.
Begitu pun setelah menyaksikan kejadian yang sungguh luar biasa itu pun, kalangan kafir Quraisy tidak menepati janji, mereka tidak mahu mempercayai apatah lagi untuk menerima dakwah Nabi. Kejadian bulan terbelah dua ini sebenarnya disaksikan oleh seluruh penduduk Tanah Arab ketika itu malah sebenarnya seluruh semenanjung Tanah Arab termasuk negara-negara lain yang mengalami waktu malam pada hari kejadian tersebut. Kafir Quraisy sangat mengagumi melihatkan kejadian itu tetapi tetap tidak dapat menerima kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi. Para pengikut baginda malah sesiapa pun berasa agak ketakutan apabila tanpa disangka bulan boleh terbelah dua, tetapi mujur sahaja objek yang menerangi malam itu bercantum semula.
Kaum kafir Quraisy tahu kejadian itu benar, tetapi dituduhnya pula baginda seorang ahli sihir yang berkebolehan untuk membelah bulan tersebut! Ini termasuklah Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikan kejadian itu walaupun melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu dan masih enggan untuk mempercayai Nabi Muhammad. Mereka berkata walaupun Nabi Muhammad telah menyihir mereka tetapi tentulah ia tidak dapat menyihir seluruh manusia.
Kemudian Abu Jahal berkata, tunggulah sehingga datang penduduk desa atau pengembara datang ke Kota Mekah dan menceritakan mereka juga melihat bulan terbelah dua, maka Muhammad itu adalah benar sebagai utusan Allah, tetapi jika penduduk desa itu tidak melihat bulan terbelah dua, bererti Muhammad dianggap telah menyihir mereka. Tidak lama kemudian datanglah penduduk desa ke Kota Mekah menceritakan bahawa mereka telah melihat bulan terbelah dua pada malam itu. Namun orang-orang kafir di Mekah tetap tidak percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu Abu Jahal dan kuncu-kuncunya yang ingkar itu berkata, “Ini adalah sihir yang terus menerus.

Negara Islamkah Malaysia Ini ?

Orang Umno kata negara ini negara islam, Betul ke ? apa buktinya? Kita lihat sahaja TV kita lebih mementingkan Politik dari dakwah islamiah, adakah itu sebuah negara islam? TV kita sentiasa bercerita politik dan memfitnah musuh-musuh politik pemimpin negara, kemudian hiburan, lebihkan artis dari pembangunan islam. TV tidak berani membincangkan isu-isu islam terutama yang berkait dengan isu undang-undang Hudud (hukum Allah).

TV kita lebih mengagungkan Negara Malaysia sebagai negara sekular tidak ada satupun rancangan yang di susun oleh TV kita yang menjurus husus kepada dakwah islam,sedangkan  (Najib  kata) perjuangan negara kita berteraskan Islam. 

Lihat berapa banyak pertandingan realiti yang dianjirkan oleh stesyen TV negara kita, hanya satu yang bercorak keislaman dan satu lagi pertandingan tilawatil Quran. Selebihnya hiburan semata-mata semuanya pertandingan yang melalaikan anak muda (terutama bangsa Melayu) . Apakah itu yang dikatakan oleh Najib  berteraskan islam?


Mana tanggungjawab menegakkan syiar Islam, yang ada cuma Azan sekejap sebelum disambung dengan rancangan joget-joget dan nyanyi-nyanyi, tak lupa dengan drama.



Kalau ada satu-satu program siaran langsung di TVatau waktu berita, masa itu masuk waktu solat, kenapa yang ada cuma peringatan masuk waktu sahaja, takde puntayangan macam yang kat bawah

Sepatut nya kalau mengaku sebagai negara islam hormati dan amalkan islam yang sebenarnya. Cane Rais ada berani buat siaran macam ini setiap kali azan berkumandang?


Gua Ais Terbesar Dunia


Subhanallah! Gua Ais Terbesar Dunia (10 Gambar) | Terdapat pelbagai tempat yang cantik dan menakjubkan di dunia ciptaan Allah ini. Contohnya seperti Tasik Baikal, tasik yang paling panjang dan dalam di dunia. Post kali ini kami nak kongsikan satu lagi keajaiban alam iaitu Eisriensenwelt, gua gua terbesar di dunia yang terletak di Werfen, Austria. Untuk pengetahuan tambahan, Eisriesenwelt adalah bahasa Jerman yang bermaksud“World of the Ice Giants” atau Dunia Gergasi Ais. Ia merupakangua ais terbesar di dunia dan mempunyai keluasan 30, 000 kaki persegi. Baru 45km sahaja ruang yang telah diteroka. Teruskan membaca untuk melihat gambar di sekitar gua ais ini.










Melayukini.net – Sungguh hebat alam ciptaan Allah. Tak sangka adanya gua ais yang secantik dan seindah ni. Subhanallah. Yang paling penting, kehebatan dan keindahan syurga itu jauh lebih melebihi segala kecantikkan di dunia ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadat dan berdoa agar sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Amin.

Gerbang Pintu ke Dunia Bawah Laut



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku terlihat satu artikel di Internet yang menunjukkan sebuah tempat yang misteri dan tersorok dipanggil Thor’s Well yang terletak di Cape Perpetua, Oregon, USA. Orang tempatan kat situ pun tak tahu adanya tempat luar biasa ini yang diberi jolokkan pintu ke dunia bawah laut. Korang tau tak kenapa tempat ini dipanggil pintu ke bawah laut? Korang tengok je la gambar kat bawah ni. Pemandangan alam yang sungguh menyeramkan. Tapi kejadian ni hanya akan berlaku ketika air laut pasang surut je. Betul ke ada dunia bawah laut yang menempatkan duyung atau makhluk-makhluk pelik? Aku pun tak tahu. Korang boleh tengok sendiri gambar dan video di bawah. P/S: Khalifah Muawiyah Abu Suffian merupakan ketua panglima perang Islam pertama yang berperang di laut dan menyebarkan dakwah Islam di pulau-pulau di lautan Mediterranean. Peristiwa ini telah diramal oleh Nabi SAW dalam satu hadis baginda. Begitu hebat pencapaian sahabat Nabi SAW yang sorang ni. Kita pula bagaimana? Apa yang telah kita buat untuk Islam?