SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 30 Oktober 2012

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Photo: Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

(Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain)
Note : Gambar Diatas Sekadar Hiasan.‎
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

(Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain)
Note : Gambar Diatas Sekadar Hiasan.

Dah Lama Tak Sholat, Sekarang Ingin Sholat



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDH5lRd4UC4fPER0hPoH3syGFR2FR0cpD5jLZTzX1pJ3NvrEijYvCbhyphenhyphenLlp_VqNcaOj1wYA0p-hL05Bq212SFL0aJtXdHUxFY87qJhfssbOly0A8JrlSHxeuTYXO94-vail2u3qJCxD8g/s1600/solat-1.jpg

1. Sematkan azam, bulatkan tekad

Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.


Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan

 
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua


 Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan

 
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat 


Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib 


Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi


 Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan

 
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui 


Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan

 
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif


Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani 


Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan

 
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat


 Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan 

Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Isnin, 29 Oktober 2012

Rehatkan Minda Sebentar



Berehat sekejab

Jin Yang Mengorbankan Poket Rakyat

Arahan Ejen Syaitan

Foto Kota Makkah Dan Ibadah Haji 100 Tahun Lalu

Menyambut Hari Raya Idul Adha dan ibadah korban, tidak lepas dari ibadah rutin tahunan umat islam iaitu menjalankan rukun islam yang ke-5 iaitu ibadah haji. Pada zaman kini, menjalankan ibadah haji tidaklah terlalu susah kerana banyak perkara telah dipermudahkan dan dimodenkan. Kota Mekah sendiri telah berevolusi menjadi sebuah bandaraya moden pada masa kini.

Post kali ini akan membawa anda melihat keadaan kota Mekah serta gambar tempat-tempat yang digunakan dalam melakukan ibadah haji kira-kira 100 tahun yang lalu, ternyata sangat berbeza berbanding sekarang yang serba-serbi moden.
sumber: billyinfo.blogspot.com

Salut Untuk Yang Berkorban


Mari Dengar Penjelasan


Anwar Ibrahim: Siapa Yang Lulus Projek Condo Di Batu Caves?

Nik Aziz: Saya Sebut Tutup Aurat Untuk Islam



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan kenyataan lamanya yang ditafsirkan pemimpin kanan MCA sebagai membenarkan merogol orang bukan Islam.

"Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat 'padanlah' kalau kena rogol pun.

"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily hari ini.


Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sementara itu, menteri besar Kelantan juga dilapor berkata, dakwaan yang dilempar MCA terhadapnya sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong terhadap Islam.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.

"Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

"Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya lagi.

Ucapan Seorang Yang Mengaku Islam

PR Mampu Bentuk K’jaan Pusat Tanpa Rasuah, Tanpa Politik Kotor – Anwar



KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.

Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.

“Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai
Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.

Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.

“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.

Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.

Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.

Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.

Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.

Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa.

Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor.

Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=3855

Pemuda Solat di Atas Teksi di New York Jadi Tontonan Ramai

Pemuda Solat di Atas Teksi di New York Jadi Tontonan Ramai? Jangan malu,Solat adalah kewajipan seorang yang mengaku muslim dan tiang agama. Kaum muslim harus menunaikan solat wajib lima waktu dalam satu hari. Untuk anda yang tinggal di negara majoriti Islam mungkin tidak ada masaalah. Anda boleh singgah di masjid manapun. Tetapi bagaimana jika tinggal di wilayah majoriti bukan Islam ?

Dalam sebuah video di bawah ini menunjukkan keteguhan seorang muslim menjalankan solat wajib. Tanpa berlengah-lengah dia menunaikan ibadah wajib itu di atas bonet sebuah teksi dengan beralaskan sejadah.Peristiwa itu terjadi di salah satu sudut Kota New York, Amerika Syarikat.Masa tayangan video itu cukup singkat, hanya 34  saat. Kualiti gambarnya pun sangat baik. Mungkin diambil dengan kamera definisi tinggi oleh mat salleh yang melihat kejadian ini.

Dalam video itu kelihatan seorang pemuda solat di atas teksi berada di pinggir jalan, dia tetap khusyuk menunaikan ibadah wajib umat muslim itu. Orang-orang di sekitarnya lalu-lalang sambil sesekali melirik aksi lelaki itu. Mungkin bagi mereka terasa aneh. Maklum saja, sejak peristiwa serangan ke Menara Kembar Pusat Perdagangan Dunia (WTC) sebelas tahun silam, sentimen anti-Islam meningkat di Negeri "Uncle Sam" itu.








Ahad, 28 Oktober 2012

Biarlah aku menjadi yg biasa itu..

Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua.

Seringkali bila mengeluh tentang nasib diri ini, 
seringkali itu juga ada yang mengingatkan. 
Masih ada lagi yg sudi mendengar keluh-kesah dan cuba menggembirakan. 
Disaat diri ini berputus asa, 
masih ada yg memberi semangat. terima kasih. 
Lafaz itu saja mampu diungkapkan ketika ini. 
Tiada harta sebagai balasan. tiada apa pada diri ini. 
Hanya senyuman dan doa buat yg mengerti.
Dan aku senang kerana aku cuma yg biasa itu..

Sememangnya aku beruntung  menjadi yg biasa.. 
Lebih beruntung kerana aku lebih sihat dari mereka..
Tumblr_lin2dsrp3x1qdpbiv_large
credit to weheartit
aku beruntung menjadi yg biasa..alhamdullilah, 
masih sempurna akal dan fizikal tidak seperti mereka..
credit to google
Walau tidak berharta,walau tidak ada nama dan walau aku cuma yg biasa..
Aku tahu,aku sedar, yg biasa itu yg terbaik..
dan biarlah aku menjadi yg biasa itu asalkan aku istimewa dihatinya.. ^_^

Umno Mula Buat Kacau Lagi


Ini berita yang baru diterima.Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi.


Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Hikmah Dari Tepenjara



ULASAN Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sempena ulangtahun ke-25 Operasi Lalang hari ini:

DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), segera melepaskan semua tahanan yang masih ditahan dan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai muzium sebagai peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya atas sebab menentang BN.


25 tahun yang lalu pada 27 Oktober 1987, saya menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Saya ingat lagi bagaimana sebagai ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan. 

Ekoran daripada itu, saya terpaksa bertahan dan mengatasi hari-hari gelap apabila dikurung sendiri, disoal siasat tanpa henti dan diintimidasi untuk memaksa saya untuk "bertaubat".

Seramai 106 pemimpin Malaysia telah ditahan pada tahun gelap 1987, termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang - 16 daripada DAP termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri - ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, aktivis alam sekitar, pendidik bahasa Cina dan pekerja agama. 

Antara pemimpin-pemimpin yang terkemuka adalah Lim Kit Sang dan Karpal Singh daripada DAP, Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar daripada PAS dan pendidik bahasa Cina Lim Fong Seng dan Sim Mow Yu. 

Serangan juga berlaku ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan bertubi-tubi ke atas badan kehakiman dan keluhuran undang-undang sehingga Ketua Hakim Negara dan dua hakim Mahkamah Agung telah dilucutkan jawatan. 

Semua serangan ini bertujuan untuk membentukkan negara diktator yang memusatkan kuasa di tangan perdana menteri. 

Namun demikian, ada juga hikmah di sebalik tahanan beramai-ramai yang berlaku, iaitu pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP. 

Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini. 

Ini membenarkan Pakatan Rakyat untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun rakyat Malaysia telah berjaya memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhan ISA, kita masih perlu menutup jilid gelap dalam sejarah negara kita. 

Pertama sekali, semua tahanan ISA yang masih lagi ditahan harus dilepaskan dengan segera dan kerajaan Persekutuan haruslah meminta maaf kepada semua tahanan ISA.

Kedua, Kem Tahanan Kamunting (KDC) harus dijadikan sebuah muzium, seperti kem tahanan Robbens Island di Afrika Selatan yang pernah menjadi rumah kediaman pejuang kemerdekaan Nelson Mandela selama 27 tahun. 

Dengan menjadikan KDC yang dibenci itu sebagai muzium, kita akan menukarkannya kepada simbol peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya kerana menentang BN.

Akhirnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu pengganti kepada ISA, harus dikaji semula untuk memansuhkan beberapa seksyen supaya ISA tidak akan kembali daripada kubur dan menghantui generasi-generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sepertimana kita telah dihantui selama 54 tahun yang lalu.



LIM GUAN ENG adalah setiausaha agung DAP dan juga ahli Parlimen Bagan. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Rabu, 24 Oktober 2012

SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH INI SOALANNYA?


SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH  INI SOALANNYA? - by @tiewnama.

Kuala Lumpur - Sirul dan Azilah telah dijatuhkan hukuman mati mandatori. 
Kedua, ini adalah bekas tim Unit Tindak Khas. Mereka juga adalah  
tim yang menjaga Najib.  Rayuan hukuman mati sepatutnya didengar 
pada 31 Oktober dan 1 November yang akan datang ini. 

Kes ini telah ditunda ke satu masa yang belum ditetapkan. 
Dalam bahasa undang-undang dipanggil adjourn sine die. 
Tim Pendakwa dan tim Pembela mungkin sebenarnya mementaskan drama. 
Kedua tim ini mungkin adalah penyokong atau ahli Silapmata.

Kerja dan tugas mereka ialah untuk memastikan nama Najib 
tidak akan muncul dalam mahkamah. Pendakwa dan Pembela 
pura pura buat kerja. Ini bohong.  Mereka cuba memperlihatkan 
kepada umum bahawa undang-undang sedang berjalan.

Buktinya cukup senang. Tanyalah pegawai polis. Tanyalah 
para peguam.Tanyalah anak mahasiswa undang-undang. 
Tanyalah pengamal ilmu hukum, Tanyalah Hakim 

DUA ORANG MENJADI MANGSA, Dalam kes bunuh wajib ada:
1 – perlu ada senjata, 2  - perlu ada mayat, 3 – perlu ada  motif tujuan dan sebab.
Tiga perkara ini wajib wujud untuk pendakwaan dalam kes pembunuhan,
Dalam kes Altantuya: Senjata ialah ledakan bom C4 - ini senjata,
Daging dan tulang sahih milik Altantuya melalui DNA - ini mayat,
Maka yang tinggal motif atau sebab  atau tujuan pembunuhan 
dilakukan.Sirul dan Azilah bukan bunuh saja. 

Dari mahkamah mereka mengaku yang mereka telah diupah. DI UPAH? 
Diupah ialah kata kunci dalam kes ini,Upah ialah motif pembunuhan dilakukan, 
Upah adalah sebab Altantuya di C4 kan,Upah telah mendorong Azilah 
dan Sirul membunuh Altantuya dengan tragis dan kejam.

Akan TETAPI Kenapa mahkamah 
TIDAK BERTANYA SIAPA MENGUPAH MEREKA?
inilah bukti bahawa pendakwa dan peguam BEGITU BIJAKSANA?
Tidak ditimbulkan SOALAN: siapa upah Sirul dan Azilah?

MAHKAMAH RAYUAN : bila tarikh 31 Oktober dan 1  November,
ini disebutkan dulu telahpun diketahui UMUM bahawa tahun ini 
ialah tahun pilihanraya.Kenapa tarikh ini diambil? Siapa punya perancangan?

Apa yang amat pelik ialah masa kes ini akan berlangsung adalah dua hari? 
Ini kes pelik? Dua hari untuk rayuan kes bunuh?Ini cukup memeranjatkan 
malaysia bahkan kepada dunia pada hari ini.Kenapa? Selalunya kes rayuan 
hanya beberapa jam saja.

Tidak PERNAH DALAM SEJARAH mahkamah Malaysia kes rayuan bunuh 
mengambil masa selama dua hari?KENAPA DUA HARI? Ini bermakna ada 
‘kumpulan’ yang mahu kes ini dibuka sebelum PRU13 untuk mengepung Najib. 

Dua hari dimahkamah pasti satu dunia akan heboh kembali. 
Media dunia akan berkumpul di Kuala Lumpur,Justeru mungkinkah sidang 
akhbar Musa Hasan di Bangkok yang dibocorkan oleh malaysiakini itu 
adalah sebahagian dari projek mengepung Najib?  

mungkinkah Musa adalah permulaan untuk mengepung Najib? ini hanya andaian. 
DI KEPUNG MUSUH POLITIK TETAPI PROJEK GAGAL,
jelas projek mengepung Najib gagal. Musa Hasan tidak ke Bangkok.

Kes rayuan Sirul dan Azilah ditangguh. Jika kes ini diteruskan maka tidak 
dapat tidak nama  Najib akan muncul. Pasti telah ada persefahaman antara tim 
Pendakwa dan tim Pembela untuk TIDAK timbulkan nama Sirul&Azilah sekarang.
Drama ditangguhkan sampai tak diketahui bila. Nampaknya Najib berjaya.

Filem ini dengan senyap senyap dihilangkan  dari pengetahuan orang ramai.
Tapi yakinlah pasti ada lagi rancangan licik lagi sulit dari kumpulan tim geng 
yang mahu Najib berundur sebelum PRU13. tetapi persoalan disini,siapakah 
tim yang mahu menyingkirkan Najib itu? siapa? siapa dan SIAPA?

sesiapa tahu kaum keluarga sirul dan azilah? beritahu mereka untuk nasihatkan 
sirul dan azilah untuk bercakap benar, tak guna pertahan lagi,mereka kaya raya , 
mereka enjoy de menjoy, tukang bunuh berdua ini duduk dalam penjara 
dan bakal kena bunuh dengan tali gantung. w,alam.

Selasa, 23 Oktober 2012

Kalau Hartawan Malaysia Bersifat Seperti Al-Rahji Pasti Kemiskinan di Malaysia Dapat Dikurangkan Hingga menghampiri Tahap Sifar.


Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Sumber :Disini

Only India


 Alamak! nasib baik sempat brek dengan kaki.
 Kretip, xpayah nak beli pelampung..JIMAT!!!
 Mak aii...ayam nie....lawan tokey nampak...
 Hai bang..takkan guna pistol mainan jerk...
 Bang...dah wat endosement dekat JPJ ker nie...

 Caya lah..ada air bag tue...
 Confirm xhilang punya...gud idea...
 Apa kaitan dengan ayam dengan bina badan ek...
 Hahaha...teknik terbaik untuk call sambil memandu...leh tiru nie..
 Terbaik!! kupas bawang sampai esok pun tak apa nie...
Hmm...nasib la jadi bini orang nie...
ke dapat hadiah bini pakej skali dengan barang nie

Mampukah Kementerian Pelancungan Malaysia Mencatatkan Rekod Seperti Ini ?


Last week marked one of China's "Golden Weeks" celebrating both National Day and Mid-Autumn Festival. These are some numbers making news over the holiday.

182,000
Number of visitors to the Forbidden City on October 2 – a record high. China Daily

68,422 The number of reported road accidents during the holiday, a year-on-year decrease of 24.1 percent. People’s Daily

794
Number of people killed in traffic accidents during the holiday. A 46.2 percent decrease from last year. People’s Daily

1.77 billion yuan
The amount tourists spent over the holiday according to the National Tourism Administration, surging by almost a quarter from last year. China Daily

85 million
The number of people who used the expressway network on September 30, according to the Ministry of Transportation. This marks a 13.3 percent increase from the same period in 2011. BBC

15 percent
The percentage that overall retail sales grew during the holiday, hitting 800.6 billion yuan.Reuters 

50 percent
The estimated increase in the number of tourists booking overseas trips from last year.China Daily

34.25 million
The number of visitors China’s 119 major scenic spots received over the eight-day holiday.China Daily