SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 28 November 2012

Menyesal Pula dia Nih, Kenapa Pula?

NONE
Nama dia Deepak Jaikishan seorang ahli perniagaan
Betul kedia ni atas penyesalannya ? 
Apa yang membuatkan dia menyesal ?
Cerita lanjut Baca disini

Bukan Kerna Terpaksa Atau Dipaksa


BALING: Pengantin baru antara salah seorang dari 21 peserta Majlis Khatan sempena Program Jom Jelajah Kampung di Kampung Lubuk Legong di sini, baru-baru ini.

Jabbar Kamaruddin, 18, yang baru melangsungkan perkahwinannya dua bulan lalu merupakan masyarakat Orang Asli Kensiu.

Dia yang hanya bekerja kampung itu merupakan peserta tunggal yang sudah berkahwin berbanding peserta lain yang berumur antara lapan sehingga 10 tahun.

Katanya, keputusannya untuk berkhatan adalah dari dirinya sendiri bukannya dipaksa oleh keluarga mahupun orang lain.

“Hati saya terdetik untuk berkhatan sama seperti rakan sebaya. Semua mereka berkhatan. Jadi, mengapa saya tidak tidak. Lagipun, berkhatan ini juga bertujuan untuk membersihkan diri,” katanya.

Jabbar yang tinggal di Kampung Lubok Legong itu berkahwin dengan pasangannya, Mahzun Husniah, 16, yang berasal dari Desa Permai Tasik Banding, Perak.

Menurutnya, dia tidak malu diraikan termasuk dimandikan bersama kanak-kanak lain sempena majlis khatan itu.

“Menjadi perkara biasa setiap peserta khatan dimandikan bersama. Tiada apa yang dimalukan. Lagipun, saya gembira kerana diraikan termasuk diarak dengan paluan kompang.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat merasai nikmat majlis berkhatan walaupun jauh lebih berumur dari peserta lain,” katanya.

Katanya, rakan-rakan termasuk ahli keluarganya turut memberikan sokongan kepadanya agar berkhatan pada tahun ini.

“Niat saya untuk berkhatan disambut baik oleh keluarga dan rakan-rakan. Mereka tidak mengejek tetapi menyokong.

“Selain itu, saya banyak membaca mengenai kebaikan berkhatan ini. Yang penting ia merupakan kewajipan kepada setiap lelaki yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Jika PR Yang Berceramah Tentu Polis Tak Menahan Lelaki Terbabit


Hempas batu nisan ketika Ahli Parlimen berceramah

27 Nov 2012
MELAKA: Majlis penutup Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek 55 Jam yang berlangsung di Japerun DUN berkenaan kecoh apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman tiba-tiba muncul di pentas dan menghempaskan batu nisan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia lewat 30-an itu tiba-tiba menaiki pentas membawa bungkusan ketika ceramah disampaikan Ahli Parlimen Sri Gading, Johor, Datuk Mohamad Aziz.

Sumber berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin serta hadirin terkejut.

“Mohamad berhenti menyampaikan ceramah selepas nampak lelaki terbabit muncul di pentas sambil bertanyakan tujuannya datang sebelum batu nisan itu dihempaskan.

“Keadaan agak kecoh dan mengejutkan hadirin sebelum sepasukan polis menahan lelaki terbabit kerana mengganggu perjalanan majlis berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Selasa, 27 November 2012

Masya-Allah Ya Mursi Semoga Di Rahmati Allah


Rancangan jahat jatuhkan Mursi Didedah - Ehud Barak Letak Jawatan

Hamdeen Sabahi
Sebelum Presiden Mursi mengeluarkan keputusan yang mengejutkan dunia pada 22 November, Khamis lalu, satu maklumat yang sahih disampaikan oleh Badan Perisikan Negara bahawa terdapat satu perjumpaan sulit berlangsung antara Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) dan Ahmad Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir). Pertemuan rahsia ini berlangsung di rumah Murtadha Mansour (seorang peguam dan orang kanan Mubarak).

Mereka berbincang bagi hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan akan bersidang pada 2 Disember akan datang. Dalam sidang, mereka ini merancang untuk hakim-hakim membuat tiga keputusan berikut:

1) Membubarkan Dewan Senat (Syura)
2) Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara
3) Membatalkan Undang-Undang yang diumumkan oleh Mursi sekaligus Mursi akan dipecat dari jawatannya atas hujah beliau tidak menghormati perlembagaan yang beliau bersumpah dengannya di awal pelantikan dalam lafaz angkat sumpah. 

Apabila laporan perisikan ini sampai di atas meja Mursi, beliau tiada pilihan.Jika benar, tarikh 2 Disember merupakan tarikh hitam buat sejarah 25 Januari. Maka Mursi memintas lebih awal pada Khamis, 22 November lepas dengan keputusan baru seperti di bawah;

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula. (Kerana sehingga hari ini semua kes yang dibicarakan menyaksikan tertuduh dibebaskan oleh mahkamah ekoran pendakwaan yang dikemukakan terlalu lemah dari sudut bukti).

2) Bahawa semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah. Maka sekaligus menamatkan semua kes-kes pendakwaan yang sedang dibicarakan di mahkamah waktu ini. (Ia merangkumi kes pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Senat dan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan). 

3) Bahawa bagi Presiden Republik apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang. 

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan (iaitu dilanjutkan selama 2 bulan) dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. (Bagi mengelakkan Mahkamah Tinggi Perlembagaan membubarkan dua institusi milik rakyat ini seperti yang dilakukan kepada Dewan Rakyat yang telah dibubarkan).

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru. 

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

Persoalan, bagaimana pertemuan sulit yang hanya dihadiri oleh beberapa individu di lokasi yang agak rahsia boleh terlepas ke tangan orang lain? Mungkin kehebatan Unit Perisikan Mesir. Yang pasti, ia satu 'campurtangan' Allah.untuk membantu Mursi dan kemenangan Islam. - laporan olehAbdul Malik

Kesederhanaan Mursi

Menteri Kewangan Mesir, Mumtaz Sa'id dalam temubual terbaru dengan sebuah majalah "El-Hiwar" berkata, sejak menjadi Presiden, Dr.Muhammad Mursi tidak pernah menggunakan elaun keraian dan perjalanan dalam lawatan ke luar negara sama ada ke Iran, Amerika, Saudi, China dan Turki. Bahkan sewaktu menziarahi Saudi yang disertai oleh isteri dan anak-anaknya, kesemua mereka menggunakan wang poket sendiri, bermula urusan tiket kapal terbang hingga penginapan,makan dan minum.

Mursi juga masih kekal tinggal di rumah sewa di Tajammuk Khomis dan menolak untuk tinggal di Istana Ittihadiyah, bahkan menjadikan istana-istana Presiden sebagai pejabat rasmi dan pusat aduan rakyat.

Mursi juga membatalkan kenderaan pengiring Presiden yang berjumlah tidak kurang 400 buah pada zaman Mubarak kepada hanya 20 buah dan tidak menutup jalan-jalan raya yang dilaluinya kepada pengguna yang lain.- laporan oleh Abdul Malik

Sementara itu

Mahmud Zahar,pemimpin kanan HAMAS menegaskan bahawa Peletakan jawatan Menteri Pertahanan Israel,Ehud Barak hari ini menjadi bukti kukuh kekalahan Israel dalam perang ke atas Gaza baru-baru ini.

Barak mengundurkan diri dari jawatan tersebut pagi tadi dan mengumumkan untuk bersara dari politik.


Pendatang Sudah Melampau Kenapa Dibiar?


LAGI warga asing rogol dan bunuh gadis bawah umur tempatan

NI LA BAHANANYA BILA KITA PERCAYA SANGAT PADA BANGSA ASING SAMPAI SANGGUP BAGI IC PERCUMA KAT DIAORANG, KERAKYATAN PERCUMA SAMPAI RAKYAT SENDIRI JADI MANGSA.... INI KALILAH...

Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada 1 pm pada hari kelmarin 26.11.2012... Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama.


Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikanMyKad mangsa.

Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai. Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai-kedai lain yang menawarkan kerja kosong).

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.

Sumber daripada individu yang boleh dipercayai.

p/s: Saya berasa amat sedih, terkilan dan sakit hati dengan kejadian ini. Saya menyeru kepada kerajaan Sabah dan Malaysia umumnya untuk menhadkan kemasukan orang asing khususnya dari negara Pakistan ke negeri ini.

Pernyataan yang mengatakan "warga asing tidak mengugat keselamatan orang Sabah" adalah amat tidak benar sama sekali. Buktinya sudah jelas lagi bersuluh dengan kejadian ini dan banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan warga asing. Saya tidak mengatakan semua orang asing itu jahat dan kejam jauh sekali penjenayah namun hakikatnya kemasukan mereka sedikit-sebanyak telah membawa kesan buruk dari segi keselamatan. Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari.

Dalam kejadian ini seorang saksi nampak magsa di humban dari sebuah lori.Lokasi simpang 3 depan jalan meghala ke SK Ranau-Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu. Sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga bolehlah membuat pengecaman di Balai Polis Kota Marudu.

kredit pos gambar dan info : John Charles Mitah

Cerita agak Lama Tapi Tidak Harus Dilupakan


Diusir keluar pesawat kerana cakap lucah

Sisipan Penjual Cendol

NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya. 

Macam mana kalau aksi lucah macam ini?

Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu. 

“Perkataan F yang saya gunakan itu tidaklah baik digunakan tetapi saya hanya menggunakannya untuk melepaskan geram dan tidak ditujukan kepada sesiapa,” katanya semalam. 

“Saya tidak rasa saya menengking ketika itu.” 

Sayegh yang juga seorang penerbit rancangan televisyen berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kansas City, Missouri. – Reuters

Di Malaysia aksi lucah bagaimana pun tak kisah, sebab negara ini mengamalkan budaya lucah. Malah TV Malaysia mudah sahaja menyiarkan aksi lucah untuk tontonan ramai

Ahad, 25 November 2012

Kalau Tidak Alim Berhubung Ilmu Agama Jangan Pakai Cakap Sahaja, Kalau Tidak Jadi Malu Lah


Kantoi!! Akibat Jahil Pencacai Umno Pertikai Solat Jenazah Tuan Guru Hj. Hadi


Terserlah kejahilan beliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua boleh.... tanam dulu baru solat jenazah."

Ini akibat malas mengaji ilmu agama, memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik .

Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib .

Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini.

Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan.
Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali.

(Shahih Muslim No.1586) Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya).
Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian.
Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. -(Shahih Muslim No.1588)
Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :
Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.
Beliau juga mengatakan:
Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.
Hadis yang di rujuk :
Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)
Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)
Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya.
Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tidak sempat solat sebelum jenazah dikebumikan.
Dipetik dari Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Sabtu, 24 November 2012

Dulu Kutuk Sekarang Ikut (Pakai)


Ha ha ,, ini dia rupa lebai-lebai UMNO berketayap....

Mereka-mereka ini tak mahu di cop Pekida jika memakai songkong hitam 3 jengkal, mereka mahu dikenali sebagai lebai-lebai atau ostad-ostad,,, tetapi mereka mahu menunjukkan identiti UMNO,,,
Maka beginilah rupanya... 

 Kalau tarbus merah, lilit serban rupa ini,  menandakan ulama Hafiz keluar University Al Azhar... tetapi mamat-mamat kat bawah ni kopiah biasa,, macam sahabat-sahabat dalam PAS duk pakai ...

He he he depa ni pakai rupa ini ,,,,,,..  
Ini arahan siapa ni... bukan arahan Presiden UMNO,, 
kalau arahan Presiden dah tentu rupa ini.... 

SENI LUKISAN ATAS BADAN REALISTIK


SERIUS KREATIF - SENI LUKISAN ATAS BADAN REALISTIK

Sebelum ini ada kami paparkan seni lukisan realistik oleh Choo San, seorang artis dari China. Beliau kembali dengan enam lagi karya seni terbaru. Marvelous





Benarkah Umno Perjuangkan Melayu?



Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti umno ditubuhkan untuk perjuangkan nasib orang2 Melayu... sebab itulah puak2 bangsa umno dalam setiap perhimpunan tahunan diorang di Pirates World Trade Centre akan menyalak dengan perkataan "Hidup Melayu". Hatta bangsa mamak pun akan menyalak perkataan yang sama, tiba2 la pulak mamak bertukar jadi melayu.



Kepada bangsa India jika mau jadi melayu tak susah beb...., lu orang pergi Perkim daftar mau masuk Agama Islam lepas tu isi borang jadi ahli umno... dalam tempoh satu minit lu orang sudah boleh menyalak "Hidup Melayu"... sebab lu orang sudah jadi Melayu maaaa....!!!!

Sekarang memang dah ramai mamak yang mengaku melayu, entah dari keturunan mana mereka ni datang. Adakah mereka ini dari  melayu peranakan? Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:- Peranakan Parsi,Peranakan Arab,Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling,Peranakan Cina,Peranakan Turki,Peranakan Siam / Samsam,Peranakan Eropah.


Tapi yang baru masuk melayu (kerana kahwin dengan orang melayu) mereka ini masih belum melayu, kecuali anaknya baru melayu peranakan. 

Ada dikalangan orang ini yang baru sahaja memelok melayu dan masuk melayu dah mengaku jadi melayu dan menuntut hak sama taraf (bumiputra). Bercakap pun dah lupa bahawa dia itu bukan darah melayu dan membidas bangsa asalnya sendiri, seolah-olahnya dia bukan dari bangsa kelahirannya. 

Melayupun bersorak tanda tanda seorang lagi melayu instan lahir kedunia melayu, dan mungkin akan memperjuangkan hak melayu (masuk umno).Melayu jati yang di didik penuh kesopanan dan susila sedia bertolak ansur dalam segala segi. Mamak tolak melayu berundur. Lama-lama umno akan di pimpin oleh melayu segera kerana melayu jati sedia bertolak ansur.

Melayu ni memang mudah lupa bak kata mantan Presiden umno yang mamak tu, Selama 23 tahun melayu di perentah oleh mamak dengan sistem demokerasi ala mamak. Melayu hanya duduk diam tak berani bersuara selain hangok. Sehinggakan parti pegangan mereka yang datok nenek mereka tubuhkan sejak tahun 46 itu terbubar brgitu sahaja, angkara mamak yang seorang itu. Melayu lain angngok juga ,atas alasan pembangunan negara. Apakah melayu tidak boleh jadi presiden parti sendiri dan tidak mampu pemimpin negara ? Hanya melayu umno berfikiran begitu, sebab itu selama 23 tahun di peralatkan oleh seorang mamak.  Begitu lah ceritanya bila melayu tidak sedar akan diri sendiri dan kekuatan bangsa sendiri.

Bila ajak bersatu menyokong PAS dan menegakkan islam mereka lebih rela bersama umno kerana bagi mereka umno akan membela nasib melayu, tapi melayu yang macam mana yang dapat pembilaan umno? fikirkanlah wahai perwakilan umno. Berapa saham Felda yang kamu dapat, selama bertahun-tahun kamu berjuang dalam umno.? lihat pula anak-anak pemimpin umno apa yang mereka perolehi dan berapa lama mereka berjuang dalam umno ?

Sekadar luahan hati penulis. Kerana penulis sudah lama berjuang dalam umno dankini sudah  meninggalkan umno .

Jadikanlah Tauladan dan Sempadan Kepada Semua


Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok. 
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.


Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

-Pencacai SeMalaysia®-

wallahu'alam