SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 30 Disember 2012

Antara Pulau Yang Di Larang Untuk Dilawati




Pulau Ramree, Myanmar
Pada masa Perang Dunia II, Pulau Ramree adalah lokasi perang yang sangat mencekam. Pulau ini berada di sebelah barat Myanmar. Dulu, ada 400 tentara Jepun bersembunyi dalam semak belukar yang ada di dalam pulau dari dikejar oleh tentara Inggris.

Tak disangka, pulau ini ternyata dihuni oleh banyak sekali predator paling menakutkan di dunia, yaitu buaya air masin. Para tentara kemudian gugur satu persatu karena disiat-siat dan makan oleh buaya-buaya yang sangat ganas ini. Hingga sekarang, ratusan buaya mendiami pulau ini.Jetru itu jangan cuba-cuba berani melawat Pulau tersebut.

Kampong Yang Indah Di Tengah Gunung Berapi



Unic29.com - Pernahkah anda membayangkan tinggal di sebuah desa yang berada di kawah gunung berapi? Bukan main-main, ternyata ada, lho, desa seperti ini di Jepun.

Aigashima di Jepun adalah sebuah pulau vulkanik yang memiliki kawah besar di tengahnya. Di pulau yang berada di Laut Filipina, Kepulauan Izu, ini terdapat sebuah desa yang dihuni 200 penduduk. Seperti yang dilansir okezone.

Pulau ini dikenal kerana bentuknya yang unik, seperti donat yang berlubang di tengahnya. Hanya saja, lubang yang merupakan kawah gunung berapi besar itu diisi rumah-rumah oleh warga desa.

Sekilas, desa yang ada di pulau ini seperti terisolasi dari dunia luar. Desa ini memiliki fasiliti standard dan sederhana, sesuai bagi anda yang ingin mencari ketenangan dari riuhnya perkotaan. Demikian seperti dikutip okezone, Rabu (26/12/2012).

Tak hanya itu, desa ini juga memiliki beberapa atraksi wisata. Anda boleh mencuba hiking atau kemping di gunung berapinya, atau mengunjungi pemandian air panas. Di tengah pulau ini terdapat sebuah kolam geotermal yang dapat menjadi sauna alami.

Hingga kini, gunung berapi di Pulau Aogashima masih aktif. Erupsi besar terakhir terjadi 200 tahun lalu, pada 1785. Sekira 140 tewas ketika itu, dan sejak itulah penduduk Aogashima selalu waspada akan adanya erupsi susulan.

Untuk mencapai Aogashima, anda hanya dapat menggunakan kapal ferry atau helikopter. Selainhiking, menyelam juga bisa menjadi alternatif wisata di pulau ini, dengan laut biru jernih indah yang mengelilinya, pasti mengundang Anda untuk berenang.

Begini lah Cara Sebenar Umno/B-End Berdakwah Menarik Remaja Mendekati ???


Awie bergambar bersama pelatih PLKN Kem Gemilang, Gopeng di Kompleks Persekutuan Seruan Islam Perak. Awie bergambar bersama pelatih PLKN Kem Gemilang, Gopeng di Kompleks Persekutuan Seruan Islam Perak.
 
IPOH: Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia.

Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja.


Yang Dipertua PSIP, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor, berkata sebagai sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, PSIP yakin dengan pelantikan Awie dapat menarik lebih ramai di kalangan remaja untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih positif.

"Kita boleh bekerjasama dengan golongan seni dalam usaha menerapkan nilai murni Islam kepada remaja,” katanya pada majlis memperkenalkan duta remaja PSIP dan pelancaran Program Khidmat Komuniti serta Perhimpunan Remaja di Kompleks PSIP di sini, kelmarin.

Sementara itu, Awie berkata, beliau secara peribadi terkejut dengan pelawaan PSIP memandangkan amanah yang bakal dipikul adalah sesuatu yang sangat besar.

"Saya terperanjat apabila dilantik sebagai duta PSIP kerana saya adalah insan kerdil dan ia menjadi satu penghormatan kepada anak seni seperti saya. Walaupun ia bukan satu perkara mudah, namun ia adalah satu amanah bagi menyedarkan generasi muda remaja masa kini," katanya. 


SUMBER: BERITA HARIAN

Gambar Duta Persekutuan Seruan Islam Perak sedang berdakwah.

Artis Rock popular ini memang sudah tidak asing lagi dengan kontroversi. Sebelum ini kisahnya mengenai kes pukul atau samseng memang sudah biasa kita dengar, tapi lain pula halnya apabila gambar-gambar beliau di sebuah kelab malam yang terletak di Ipoh Perak, dimuatnaik untuk menjadi tatapan umum di laman Facebook.
Pengakuan Awie dalam akhbar Kosmo membuktikan yang beliau adalah pemilik Kelab Malam  Malai Rock Station Bistro.

Tempat yang diberi nama Malai Rock Station Bistro yang beralamat di No 27 & 29 Jln Medan 1, Bandar Baru Medan, 31400, Ipoh, Perak ini dimiliki oleh artis rock dan pelakon popular ini. 


Kelab malam ini sedang sibuk membuat promosi hebat jualan 'Special Offer' pakej arak dan bir untuk menarik pengunjung.

Amat malang bagi seorang Melayu yang beragama Islam terbabit dalam perniagaan yang penuh kemaksiatan dan haram sepertiini.Nampaknya Awie yang juga merupakan 'Ayahanda' Pekidatelah lupa dengan asas perjuangan Pekida iaitu'Amal Makruf,Nahi Mungkar'.Kini Malai Rock Station Bistro di Ipoh ini akan menjadi port baru ahli-ahli Pekida,umPORNO dan Perkosa.

Persoalannya sekarang ialah kenapakah Mufti Perak masih diam seribu bahasa?? Kenapakah Harussani tidak menyeru Awie supaya bertaubat?? Apakah Mufti Perak bersetuju orang Melayu terlibat dalam bisnes kelab malam seperti ini?? Nampaknya cita-cita Ibrahim Katak untuk melihat orang Melayu Islam berkecimpung dalam perniagaan haram seperti ini menjadi kenyataan.Jika sebelum ini Mirzan Mahathir menjadi pemiliksyarikat arak San Miguel,kini langkah Mirzan Mahathir diikuti pula oleh Awie sebagai peniaga runcit arak dan bir di kelab malam.
Penyanyi Tom (MyStarz LG) yang berasal dari Taiping ini sedang beraksi ala-ala bintang filem umPORNO.

Khabarnya juga seorang penyanyi yang pernah menjadi juaraprogram MyStarz LG iaitu Tom telah menjadi salah seorang penyanyi tetap di kelab malam tersebut.Lihatlah pakaian Tom yang amat menjolok mata ini.Kalau anda masih ingat lagi Tom ini juga pernah terlibat dalam kontroversi pergaduhan serius dengan keluarga isteri teman lelakinya dan juga memukul isteri teman lelakinya.

Najib Razak, Zahid Hamidi guna wang pencen tentera untuk tutup mulut Deepak – Rafizi


Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.
Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.
Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.
Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.
Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.
Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.
Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.
Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato’ Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.
Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’ Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.
Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.
Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.
KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

29 DISEMBER 2012

Kali Ini Giliran Abang Ipar TKM Sabah Ketuai 136 Ahli Umno Sertai KEADILAN


KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.
Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.
Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya.
Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.
Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.
Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.
Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti  ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu.

Menunjukkan" Penulis Banner Ini" IQnya Pada Tahap Paling Rendah



'Banner Tahap IQ Paling Rendah' yang tiba-tiba muncul 
ketika banjir diKelantan Darul Naim baru-baru ni. 
Mungkin baru timbul setelah lama tenggelam 
akibat 'masuk air' dalam kepala.

Keadaan Banjir Di Kuantan , Pahang

Ada kah Kuantan, Pahang ini juga di bawah kerajaan PAS ?
Pahag di bawah Umno/B-End lah ngok.... tapi banjir juga, Bodoh piak...

Tengok PM melawat dia naik Heli takut dengan banjir...
Pada dia rakyat rakyat mati tak pe asal jagan dia.
Dia tidak merasa bertapa susah nya rakyat.....
Itu lah dia Presiden Umno/UPCO.


PM dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan dan 
melihat mangsa banjir..bezanya PM melalui udara dan Tuan Guru..
melalui bot dan meranduk air banjir...


p/s : Tak mahu tuduh sape-sape.. Biarlah anda yang menilai!

Sabtu, 29 Disember 2012

Apa Pun Yang Berlaku Drama Tetap DiTeruskan


Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.

"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.

Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.

Ini Lah Umno/B-End Dengan Rasuah Berpisah Tidak (Ibarat Kentut Dengan Tahi Yang Busuk Lagi Membusukkan)

Ketua Umno Bahagian Pandan dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.
  
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pembelaan.
  
Dalam penghakimannya, beliau berkata keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata serta satu pembelaan yang berbentuk “difikirkan kemudian".
  
"Penjelasan tertuduh semasa pembelaannya adalah tidak konsisten, ia direka bagi menyesuaikan keterangan saksi pendakwaan," katanya.
  
Rozilah turut tidak membenarkan Abd Ghani untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
  
Mahkamah mengambil kira bantahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Roziza Sidek yang berhujah bahawa tiada sebarang alasan yang membolehkan mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara berikutan ia bukan sesuatu keadaan yang istimewa.
  
Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta denda RM120,945 terhadap tertuduh yang didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.
  
Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada
MPAJ.
  
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam, 4 Ogos 2006.
  
Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM120,945 bagi kesalahan menerima rasuah daripada Abdul Rahman berjumlah RM24,189.
  
Rozilah turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara serta denda berjumlah RM725,670 bagi enam lagi pertuduhan lain yang dikenakan terhadap Abd Ghani bagi kesalahan sama iaitu menerima rasuah sebanyak RM145,134 daripada Abdul Rahman.
  
Bagi pertuduhan kedua hingga kesembilan itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di ibunegara, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.
  
Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman penjara bagi sembilan pertuduhan tersebut berjalan serentak iaitu lima tahun.
  
Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 Abd Ghani dihukum penjara tiga tahun serta denda RM10,000 bagi kesalahan memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub-kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.
  
Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
  
Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
  
Terdahulu ketika penghakiman dibacakan, Abd Ghani yang diwakili peguam Md Yunos Shariff,  pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba sehingga prosiding terpaksa ditangguhkan selama lima belas minit sebelum diteruskan semula.

Cane Demi Keikhlasan Umno/B-End Boleh Bagi Masa Pada TGHA ?

Kenyataan Terkini TG Haji Hadi Isu Amanat
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/23732_3943482707153_1719878439_n.jpg

Ulamak Umno,Perkasa,Jati, pujuk lah TV3,RTM,TV 8 dan semua yang ada kat Malaysia ni untuk beri masa salama satu jam je bagi peluang TGHA menjawab semua kemuskilan yang di yang dikatakan di mulakan oleh TGHA sendiri sejak tahun 1981 lagi ia itu "AMANAT HADI"

Kemudian baru lah giliran rakyat pulak menilai dan mempertimbangkan setakat mana mudharat nya AMANAT HADI itu ? yang dikatakan boleh menrosakkan aqidah  orang islam. 

Dah berapa ramai yang murtad dari tahun 1981 hingga sekarang yang dikatakan berpunca dari "AMANAT HADI" ?


Rafizi bawa bekas tentera ‘serbu’ syarikat bayar kepada Deepak


KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu.
“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.
“Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.
Namun, dana Bakti Wira  dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.
Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik.
“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.
Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd.
“KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang,” katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.
“Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan,” kata Rafizi.
(Berita terdahulu: klik ini)

Jom Kenal Ulamak Suk (Jahat)



Tahukah kita siapakah yang dinamakan ulamak suk (jahat)? Kadang-kadang kita tertipu dengan hujah yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis bagi membolehkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh mereka. Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya. Inilah peluang keemasan yang ada untuk mengaut segala keuntungan dan kemewahan dunia dengan mengadaikan prinsip agamanya.  Segala ilmu yang dimiliki olehnya digunakan untuk dijadikan hujah atau dalil bagi menghalalkan segala perbuatan yang jelas bercanggah dengan syarak.

Berkata Saidina Umar Al-Khattab bahawa perkara yang aku amat takut dan khuatir adalah orang munafik yang pandai berbicara. Rumusan yang dapat diambil ialah  ulamak suk sangat bijak bermain kata-kata dengan dimuatkan dalil Al-Quran dan Hadis sehingga dapat mengelirukan orang ramai. Mereka ini juga dikategorikan sebagai orang yang lebih jahat jika dibandingkan dengan dajjal. Kebanyakkan orang tertipu dengan pakaian, penampilan dan percakapan mereka yang dihiasi dengan perumpamaan serta logik. Sangat sedap dan lunak ayat Al-Quran dan Hadis yang dibacakan oleh mereka. Tetapi semua ini bukan untuk mencari kebenaran tetapi adalah untuk menutupi segala kejahatan dan kesalahan yang telah dibuat oleh mereka.

Demi kepentingan dunia, mereka berdiam dan tidak berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah atau orang yang berkuasa. Segala kezaliman dan penyelewengan dilihat begitu sahaja tanpa ada sedikit pun perkataan membantah. Sangat taat kepada pemimpin yang zalim, munafik dan fasik seperti seekor Kaldai yang mentaati segala perintah tuannya. Hujah yang berani mereka berikan ialah yang tidak menganggu kepentingan diri. Setelah diasak dengan teruk, mereka hanya menyalahkan orang lain dengan mengatakan “Islam melarang kita mengambil tahu hal peribadi orang lain”.

Apabila sesuatu perkara yang diperintahkan Allah ingin ditegakkan oleh orang yang memperjuangkan Islam. Lantas akan dihalang oleh mereka dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti masanya belum tiba, negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Tidak sesuai dilaksanakan perintah tersebut pada zaman sekarang kerana ia sudah tidak reliven. Ada sahaja penentangan demi penentangan dari mereka yang cintakan dunia dan takutkan mati.

Matlamat utama bagi ulamak suk ini adalah kekayaan dunia semata-mata seperti memiliki harta yang banyak, rumah besar, duit yang banyak dan jawatan yang tinggi. Jika mereka menentang habislah semua ini, mereka tidak boleh bermewah dan berbangga dengan kekayaan dunia. “Siapa yang hendak memberi mereka makan dan siapa yang hendak memberikan mereka rezeki” soal hati mereka. Sebenarnya mereka lupa rezeki bukan datang dari manusia, tetapi ia datang daripada Allah, jika Allah tarik semua kemewahan itu sudah pasti hidup mereka akan lebih melarat dari orang-orang faqir yang miskin dunia tetapi kaya akhirat. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” (Riwayat Abu Daud)

Begitu hebat keburukan atau malapetaka yang akan timbul apabila orang yang berilmu menyembunyikan kebenaran. Masyarakat ketika itu tidak ada tali untuk bertaut dan segala maklumat tentang Islam tidak disampaikan secara jelas dan menyeluruh sehingga menyebabkan mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang dusta. Dari kesan ini, perbuatan maksiat, kezaliman, penindasan dan kesesatan bermaharajalela. Mereka juga sentiasa berada di dalam kekufuran dan dosa. Hal ini berlaku kerana ulamak yang ada tidak bertanggungjawab dan tidak menjalankan amanah yang Allah berikan kepada mereka. Dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali :

 “Rosaknya rakyat berpunca daripada rosaknya pemerintah dan rosaknya pemerintah berpunca daripada ulama suk yang ada kepentingan.”

Perlukah kita cintakan ulamak seperti ini yang jelas sekali akan merosakkan kita? Jawapannya tidak sama sekali. Mari kita bersatu di bawah payung Islam untuk menolak dan menentang segala keburukkan yang telah mereka lakukan. Disamping itu juga kita berdoa supaya Allah membukakan pintu hati mereka agar diberikan hidayah serta menyesali segala perbuatan jahat yang telah mereka lakukan. Kembalikanlah mereka ke jalan yang diredhoi agar segala ilmu yang dimiliki oleh mereka dapat digunakan ke arah yang betul.

Bagi mengelakkan diri kita tersalah mencintai ulamak suk, maka kita harus berhati-hati sebelum mengiktiraf mereka sebagai ulamak. Lihat dahulu seluruh kehidupan mereka. Adakah mereka mempunyai peribadi yang baik seperti yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Di sini juga dapat digariskan satu panduan untuk kita menilai seseorang ulamak seperti apa yang dikatakan oleh Imam An-Nawawi, kriteria ulama pewaris nabi ialah seorang hamba Allah yang beriman, menguasai ilmu syariah secara mendalam dan mempunyai pengabdian diri yang sangat tinggi terhadap Allah. segala ilmu yang ada, mereka curahkan kepada masyarakat tanpa ada sedikit pun ilmu yang disembunyikan oleh mereka.

Nasib Pemandu Teksi Lebih Terjamin Jika PR Memerintah


pemandu teksi himpunan PR 01
PETALING JAYA, 28 DIS : Pakatan Rakyat (PR) memberikan jaminan akan membela kebajikan dan masa hadapan pemandu teksi seluruh negara apabila gagasan itu mentadbir Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemandu teksi berhak memperolehi permit teksi yang merupakan hak mereka.
“Patut malu orang kaya-raya memperolehi permit teksi yang diambil daripada titik peluh dan darah keringat orang-orang susah.
“Kita akan minta mereka-mereka ini serah balik permit teksi dan kita akan kembalikan semula kepada pemandu teksi,” kata Anwar.
pemandu teksi himpunan PR 02
Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Raksasa Pemandu-Pemandu Teksi Bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Jelas Anwar, pemandu teksi berperanan penting dalam mencorakkan masa hadapan negara dengan menjadi agen perubahan masyarakat.
Ianya dapat dilaksanakan dengan pemandu teksi proaktif memberikan penjelasan kepada penumpang situasi negara yang kini tenat.
“Pemandu teksi boleh menjadi agen perubahan yang membawa puluhan penumpang setiap hari bagi memberikan penjelasan untuk selamatkan negara ini,” katanya.
“99 peratus pemandu teksi mengetahui apa itu perjuangan rakyat, bencikan kezaliman kerajaan Barisan Nasional.
“Jasa saudara-saudara (pemandu teksi) kepada perjuangan ini adalah besar,” ujarnya.
Katanya, pemandu teksi perlu memberikan mesej jelas kepada kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 ini agar nasib mereka lebih terbela.
Anwar turut membidas pimpinan Umno-BN yang cuba mengalih isu yang dihadapi pemandu teksi dengan pemberian tayar percuma sedangkan isu permit gagal diselesaikan.
“Najib gagal beri permit teksi kepada pemandu atau individu, hanya tahu beri tayar TR1M yang hanya boleh bertahan enam bulan sahaja.
“Dia (Najib) gagal memahami kesusahan pemandu teksi untuk mendapatkan permit,” katanya.
Kira-kira lebih 600 pemandu teksi hadir dalam himpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada PR untuk membawa perubahan kepada sistem pengangkutan teksi di negara ini.
Turut hadir Exco Selangor – Ronnie Liu, MP Puchong – Gobind Singh Deo, MP Petaling Jaya Selatan – Hee Loy Sian, MP Bukit Gantang – Mohammad Nizar Jamaluddin dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang – Dr P.Ramasamy.

Hadi Tak Pernah Memurtadkan Sesiapa - TGNA


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Di sebalik
 polemik mengenai isu 
Amanat Haji Hadi yang 
berterusan termasuk desakan
Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu,Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan 

iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak

pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan 
batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim 

tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.

"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) 

masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang 
pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.

"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun

tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis 
kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Semuga Allah Menurunkan Balasan Kepada Penginaya Dan Pemfitnah Itu



Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

FOTO disebelah hanya sekadar hiasan. Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.

"Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.

Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

"Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya

Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.

"Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.

Tengku Puteri Zainah dan anak-anak. Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987

Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon' (berbulan madu) di Eropah. Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka.

Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalah mu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam. Apakah mereka takut nak buka kisah ini kerana Datuk Najib seorang menteri? Apa akan jadi pada anak-anak, wanita dan para ulama dinegara ini kalau Najib jadi Perdana Menteri nanti?


(*) Untuk bacaan seterusnya..sila ke SINI

Peringatan Kepada Penguasa Yang Tidak Adil Terhadap Rakyatnya


Saya tidak suka anda menjadi ahli neraka !


Petikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Akram tadi, disampaikan oleh Imam Abdul Halim. Beliau menceritakan peristiwa ketika Khalifah Hisyam datang untuk menunaikan haji. 

Sebaik memasuki Tanah Haram, dia berkata kepada pemimpin di Makkah: "Carikan aku seorang sahabat Rasulullah SAW." Mereka berkata, "Wahai Amirul Mukminin, para sahabat telah wafat satu demi satu hingga tak satupun tersisa." Hisyam berkata, "Jika demikian, carikan di antara ulama tabi’in!" 

Maka dipanggillah Thawus bin Kaisan. Thawus bin Kaisan datang menghadap, beliau membuka sepatunya di tepi permadani, lalu memberi salam. "Assalamualaikum wahai Hisyam.", tanpa menyebut "Amirul Mukminin". Kemudian beliau terus duduk sebelum khalifah memberi izin dan mempersilakannya. 

Rupanya Hisyam tersinggung dengan perlakuan tersebut, sehingga tampak merah muka dan matanya. Dia menganggap hal itu kurang sopan dan tidak menghormatinya, terlebih lagi di hadapan para pegawai dan pengawalnya. Hanya kerana dia sedar bahawa di saat itu dia sedang berada di Tanah Haram, maka dia menahan kemarahannya lalu berkata, Hisyam bertanya, "Mengapa kamu berbuat begitu wahai Thawus?" "Apa yang telah saya lakukan?" Tanya Thawus kembali.

"Kamu membuka dan meletakkan sepatu di tepi permadaniku, juga kamu tidak memberi salam kehormatan dan kamu hanya memanggil namaku tanpa gelaran lalu duduk sebelum dipersilakan." Maka jawab Thawus dengan tenang: 

"Adapun tentang membuka sepatu, saya membukanya lima kali sehari di hadapan Allah Yang Maha Esa, maka hendaknya anda tidak marah atau gusar. Adapun masalah saya tidak memberi salam tanpa menyebutkan gelaran amirul mukminin, itu kerana tidak seluruh muslimin membai’at anda. Oleh kerana itu, saya takut dikatakan sebagai pembohong apabila memanggil anda dengan amirul mukminin. 

Anda tidak rela saya menyebut nama anda tanpa gelaran kebesaran, padahal Allah SWT memanggil nabi-nabi-Nya dengan nama-nama mereka, "Wahai Daud, wahai Yahya, wahai Musa, wahai Isa. Sebaliknya menyebut musuh-Nya dengan menyertakan gelaran, seperti Abu Lahab. (“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa”). 

Adapun mengapa saya duduk sebelum dipersilakan, ini kerana saya mendengar Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata, "Bila engkau hendak melihat seorang ahli neraka, maka lihatlah pada seorang yang duduk sedangkan orang-orang di sekelilingnya berdiri." "Saya tidak suka anda menjadi ahli neraka.

Khalifah Hisyam mendengar penjelasan itu dengan serius, lalu berkata, "Wahai Abu Abdurrahman, berilah saya nasihat!" Lantas Thawus menyampaikan nasihatnya, "Aku pernah mendengar Ali bin Abi Thalib berkata, "Di dalam jahannam terdapat ular-ular sebesar tiang dan kala jengking sebesar kuda. Mereka mengigit dan menyengat setiap penguasa yang tidak adil terhadap rakyatnya.” 

Setelah itu beliau bangkit dari tempat duduknya lalu pergi.

Giliran Peneroka Jengka Pula Saman Felda


TEMERLOH: Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Jengka, Pahang akan memfailkan saman terhadap Felda, menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu.
Peneroka terbabit diwakili peguam Sivarasa Rasiah menerusi Ms Daim & Gamany akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi ini dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.
Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.
Menurut Suhaimi, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.
Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus sekiranya mengikut piawaian Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40.
Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, kata Suhaimi, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000.
“Kerugian yang ditanggung peneroka dalam tempoh 10 tahun tidak kurang 1,000 sebulan.
“Ini tidak termasuk kes buah kelapa sawit yang dibuang oleh kilang Felda dengan alasan buah kelapa sawit yang mereka hantar mengkal dan muda. Tetapi apabila dihantar ke makmal, ia boleh mencapai 21 hingga 22 peratus KPG,” kata Suhaimi.
Suhaimi berkata, saman tersebut sebagai peringatan kepada Felda kerana lebih banyak saman akan menyusul, ekoran keengganan agensi itu untuk berunding dengan peneroka.
Tambah beliau, selain isu KPG, Felda kini bakal berdepan ratusan saman peneroka berikutan kegagalan agensi itu membayar wang tabung tanam semula kepada sebahagian 25,000 peneroka Felda yang mengusahakan tanaman mereka sendiri.
“Berdasarkan siri lawatan kita ke seluruh negara, dalam isu KPG dan dana tabung tanam semula, sekiranya Felda masih enggan berunding, beratus saman akan dikemukakan peneroka kepada Felda,” ujarnya.
Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu.
Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG.
Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.