SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 29 Jun 2012

Peringatan Kepada Wanita-Wanita....

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, 
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, 
‘Hendaklah mereka meletakkan jilbab-jilbabnya diatas kepala mereka itu” 
Al-Ahzab (33):59].

Masih ramai dikalangan wanita yang mengatakan masih belum sampai masa untuk 
memakai tudung kepala sama ada dirumah maupun pejabat atau ketempat awam.

Ada juga yang mengatakan masih muda dan apa guna bertudung kalau masih lagi melaram
 dan berbagai lagi alasan yang di sebut untuk menguatkan hujah menentang hukum Allah.

Mereka tidak sedar bahawa mendedahkah walau sehelai rambut pun kepada 
yang bukan muhrim itu satu kesalahan besar. 

Nabi SAW telah di perintah oleh Allah supaya memastikan wanita -wanita 
muslim memakai tudung kepala seperti ayat yang tertera diatas.
Antara contoh wanita-wanita yang tidak takut hukum Allah

Undang-undang Allah tidak memilih bulu,
Kata Allah berdosa ia tetap berdosa tidak kira apa pangkat
wanita tesebut. hukumannya sangat berat.

Ingin Tahu Siapa Zamil Ibrahim Yang Sebenarnya?


KUALA LUMPUR 29 Jun: Selain Zamil Ibrahim, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang bekas menteri Kabinet turut terlibat dalam menyogok ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk lompat parti.

“Mulanya malas mahu layan ajakan itu tapi  atas dasar ingin tahu, saya ikut ke sebuah hotel.
“Ada ahli parlimen lain di tempat perjumpaan dan kami semua ditawar untuk lompat parti tetapi tidak berbuat demikian.

“Kita juga akan buat pendedahan dalam bentuk visual yang lebih jelas, tepat dan nyata,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau sebelum ini, mendedahkan, pernah ditawar RM5 juta untuk lompat parti pada tengah hari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Azan juga mendedahkan perbuatan Zamil yang sebelum ini didedah sebagai ejen Umno untuk melakukan hal sama, didalangi seorang timbalan menteri sebuah negeri Barisan Nasional.

Beliau juga menyifatkan bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah itu, sebagai seorang personaliti yang hanya layak menjadi ejen ‘jual-beli’ kambing.
“Zamil bukan sesiapa, hanya ambil kesempatan untuk ‘makan atas angin’ kerana mungkin diberi komisyen,” katanya./KeadilanDaily

Lebih Baik Dari Hanya Berlakun Macam Calun Umno.

Aku Petik
(Gambar) Ceramah Nizar Jamaluddin W'pun Di Kebun Getah Tetap Ramai Yang Datang
"Kenapa bawa Dato Seri Nizar ke kampung kamu..??? kamu tahu..!! kalau Nizar turun kesesuatu tempat... maka habislah UMNO" - kata YB Rosli Terong kepada salah seorang penduduk kampung di Parlimen Bukit Gantang Perak.

Selalunya calun Umno akan membuat kerja menunjuk-nunjuk konon prihatin 
sebaliknya habuk pun tak dak.

Awas bila rakyat sangup duduk begini , itu tandanya rakyat menyukainya, 
bila rakyat menyuakinya itu tanda rakyat menerimanya, 
bila rakyat menerimanya itu tanda PR akan menang lagi di Perak, 
Bila rakyat pilih sekali lagi PR di Perak 
Bermakna Sulatan kene terima pilihan rakyat........



Photo Manipulation







Khamis, 28 Jun 2012

Mari Kita Sokong Dan Bantu Perjuangan Mereka Pejuang R


707 ini. R dalam darah setiap keluarga.

Jangan lupa. 7 Julai 2012. Sabtu. W4R#2. Jalan Untuk Royalti. Acara jalan kaki seluruh keluarga. 2 petang. Stesen bas Kota Bharu. Tiada penutup muka bagi lelaki. Aman, lambai, senyum sambil edarkan risalah pendidikan.



Hasil bumi itu adalah maruah dan darah anak Kelantan.

Kontrak Bernilai 1 Bilion




PETALING JAYA : Salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion didedahkan hari ini oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Pendedahan itu menjelaskan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak melanggar etika pentadbiran telus dan melakukan penyelewengan kuasa.
Rafizi berkata salinan dokumen itu menunjukkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek itu.
Sebaliknya, JPMK mengarahkan supaya kontrak itu dianugerahkan kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys pada harga RM1,012,910,000.
Keputusan itu ditandatangani sendiri oleh Najib, Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Tambah Rafizi, keputusan itu disampaikan secara bertulis oleh Kementerian Kewangan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar melalui satu surat bertarikh 26 Januari tahun ini.
Sebelum ini, Najib pada minggu lalu melahirkan hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.
Hal itu bertentangan dengan keputusan JPMK yang bersidang pada Januari lalu.
Justeru, daripada rentetan itu Najib seharusnya menjelaskan beberapa persoalan yang timbul, antaranya,
"Kenapakah Konsortium George Kent begitu yakin memengangi kontrak itu walaupun keputusan anugerah kontrak dibuat seawal 25 Januari lalu.
"Selain itu, Najib perlu menafikan beliau menandatangani kertas keputusan JMPK jika dokumen ini palsu dan Najib perlu menyakinkan rakyat Malaysia bahawa campur tangannya dalan anugerah kontrak itu langsung tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan," katanya.
Oleh itu, PKR akan membuat satu laporan polis dan SPRM terhadap Najib pada Jumaat ini. -Selangorku

Sabtu, 23 Jun 2012

Bunga Bau Mayat




COPENHAGEN, Denmark - Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput.


Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum.



Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau busuk apabila mekar.



Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. - Agensi