SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 31 Januari 2013

Sia-sia pimpin negara jika gagal pertahan hak semua kaum


TEMOH 30 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad membela nasib rakyat dan menjamin hak semua bangsa dan agama.
“Saya tak layak jadi pemimpin negara kalau gagal tunjukkan kasih sayang dengan membela nasib Melayu dan pertahankan hak orang India, Cina, Dayak, Kadazan dan Dusun sebagai anak-anak saya dalam sebuah keluarga besar.
“Perampas kekayaan negara bukan orang Cina atau India bawahan tetapi sikap jelek pemimpin Umno BN yang serah tanah rizab Melayu, kontrak, balak dan projek kepada kroni dan anak beranak.

“Kemudian bila sedar kuasa hampir hilang, Umno BN main semula sentimen perkauman yang boleh tercetus huru hara seperti kita tengok dalam Perhimpunan Agung Umno mian sentimen lagu ‘Anak kecil main api’,” katanya pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Perak, Temoh Stesen, Tapah malam tadi.
“Kroni Mahathir bolot harta kekayaan melalui IPP (Projek Penjana Kuasa Bebas), minyak, saluran televisyen, tapi apa ahli Umno BN sebut? Hidup Melayu!” sambung Anwar.
Beliau membidas pemberian projek kerajaan yang dimonopoli Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dilihat begitu berkuasa berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mana ada dalam dunia ini yang semuanya dibolot oleh seorang. Gula, beras, lapangan terbang, kereta api, IPP, pelabuhan, Puspakom dan banyak lagi dibolot dia sorang.
“Najib cukup takut dengan Mokhtar Bukhary. Dalam Parlimen pun takut sampai balik rumah pun takut,” sindirnya disambut tepukan dan ketawa hampir 5,000 hadirin.

Kata Anwar, beliau tidak takut berjuang untuk rakyat dan menjamin tiada sesen khazanah negara masuk ke dalam poketnya.
“Dulu saya difitnah ada wang RM3 bilion tapi bila dalam parlimen saya buka peluang kepada pemimpin Umno BN, tidak ada seorang berani bangkit.
“Waktu saya Menteri Kewangan dulu, Malaysia mampu bayar hutang awal (pre-payment) sebanyak RM12 bilion kerana kita ada pasukan yang hebat menjaga kewangan negara, ini bukan kerja saya seorang.
“Lepas dipenjara, hutang negara meningkat hingga zaman Najib perintah, hutang negara cecah RM540 bilion,” katanya.
Jelas Anwar, hutang negara zaman Tun Abdul Razak memang tinggi tetapi semuanya untuk kepentingan rakyat berbanding era Najib.
“Tun Razak dulu berhutang RM70 juta untuk bangunkan MARA, sekolah luar bandar, jalan raya dan tiada siapa yang marah kerana hasilnya nampak. Tetapi zaman Najib apa yang kita nampak?” ujarnya.
Anwar yakin perubahan politik akan berlaku dengan kemasukan bekas pegawai tertinggi tentera ke dalam Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat.

Deepak mohon imuniti Pakatan untuk banyak lagi pendedahan


KUALA LUMPUR 30 Jan: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan akan bertemu ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan pada 6 Februari ini di Ibu Pejabat PAS jam 11 pagi.
Naib Presiden PAS itu berkata, pertemuan tersebut bagi mendengar sendiri penjelasan Deepak yang meminta mendapatkan imuniti dari Pakatan Rakyat berhubung pendedahannya melibatkan individu berkuasa.

“Saya menyatakan kesediaan untuk bertemu Deepak, ekoran permohonan beliau untuk mendapatkan imuniti untuk buat lebih banyak pendedahan berhubung maklumat yang dimilikinya.
“Saya mahu dengar pendedahannya terlebih dahulu. Kemudian saya akan dapatkan nasihat peguam. Sebabnya kita nak tahu dulu imuniti bagaimana yang dimahukannya,” kata Mahfuz pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Menyifatkan pertemuan itu yang dinantikan rakyat khususnya, beliau memastikan ia menjadi sejarah.
“Saya minta pembantu saya hubungi Deepak hari ini dan berharap dia dapat bertemu dengan saya,” katanya.
“Selepas pertemuan itu yang hanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam, saya akan buat sidang media,” ujarnya.

Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari


Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.
Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.
Justeru,  dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas.
Dalam perkembangan berkaitan, kita mendapat aduan rakyat bahawa Syabas telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air. Hasil dari siasatan awal yang kita lakukan didapati kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.
Dengan ini Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah dimaklumkan bahawa mutaakhir ini berlaku kekerapan kejadian paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor akan memantau perkara ini dengan serius demi menjaga kepentingan rakyat dan memastikan lebih 5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas  dengan  gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala.
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Peranan wanita penting untuk ubah politik negara – Nurul Izzah


KUALA LUMPUR 30 Jan: Wanita digesa ke hadapan untuk membuat perubahan dalam lanskap politik negara, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
“Wanita perlu bersama-sama buat perubahan menuju Malaysia yang lebih selamat dan baik untuk rakyat, bukan kroni,” katanya.

Menurutnya, Pakatan Rakyat bukan sahaja akan membuat perubahan, malah akan turut mempertahan hak wanita.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berucap pada majlis makan malam mengutip dana menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi.
Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 itu, KEADILAN Lembah Pantai menerima sumbangan sebanyak RM25,000 untuk program Mykasih.
“Program Mykasih bagi membantu wanita Lembah Pantai. Ia merupakan satu subsidi yang lebih efisyen untuk memberi bantuan terus kepada para ibu,” kata Nurul Izzah.
“Setiap ibu dapat RM80 yang dimasukkan terus ke akaun bank mereka dengan syarat ada anak bersekolah dan mereka turut mengikuti kelas yang mendidik mereka untuk menambah pendapatan,” jelasnya.
Dalam majlis tersebut, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyumbang 10 naskah Al-Quran elektronik kepada golongan ibu yang mengikuti kelas mengaji di kawasan itu.
Turut hadir, pimpinan Wanita Pakatan Rakyat iaitu Elizabeth Wong, Teresa Kok dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Mari Kita Doakan Agar Ustaz Azamuden Cepat Sembuh


 

BAYAN BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Md Taib di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Ustaz Taib kelihatan beransur pulih dan berbual-bual dengan Ustaz Abdul Hadi dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri.

Ustaz Taib Azamuden sudah stabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak menunaikan solat Dhuha pada 23 Januari lalu di rumahnya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata


KUALA LUMPUR: Pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen. 

"Rakyat tidak harus dibiarkan tunggu terlalu lama," katanya melalui Facebook hari ini.

Kenyataan terbaru itu sekaligus memperlihatkan tahap kesediaan kerajaan negeri berdepan pilihan raya kali ini.

Selangor sehingga kini antara negeri yang diserang hebat oleh Umno BN dalam usaha mereka merampas kembali negeri itu selepas tewas pada pilihan raya 2008 lalu.

Pelbagai usaha dilakukan bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.

Bagaimanapun dalam banyak hal, Selangor sering mendapat pujian termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak ditadbir Pakatan Rakyat.

Selangor juga dikatakan 'pusat perang' pada pilihan raya kali. Ianya juga digelar 'lubuk emas' memandangkan kekayaan hasil bumi dan kepesatan industri di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.

Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.


GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir hari ini.

Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.

Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.

“ Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.

"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.

Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.

Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya.

Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.

Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din.

Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.

Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.

Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.

Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat.

Selasa, 29 Januari 2013

Najib kata Nasha dipecat lepas pulang dari Gaza


Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.

Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.

"Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri majlis syura, tetapi masa pemecatan beliau itu setelah kembali ke tanahair selepas membuat lawatan Gaza memberikan gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata Najib.

Najib tetap berpendapat demikian walaupun PAS menegaskan sebaliknya.


Setiausaha jawatankuasa berkenaan, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata keputusan berkenaan dibuat lebih awal – ketika mesyuarat tersebut dipengerusikan mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari.

"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," kata Nik Zawawi seperti dipetikHarakahdaily hari ini.

Najib seterusnya mempertahankan Nasharuddin yang disifatkannya sebagai "seorang yang percaya pada kesatuan dan penyatuan ummah".

"Ini pendirian dia tapi nampaknya dia telah (dikenakan) tindakan walaupun mempunyai niat yang baik.

"Sepanjang perjumpaan saya dengannya dia tidak pernah mengutuk mana-mana pihak," kata Najib yang baru kembali ke tanah air semalam selepas menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Sebelum ke Davos, beliau meluangkan masa ke Palestin bertemu perdana menteri Ismail Haniyeh di Gaza dalam kunjungan yang turut dihadiri Nasharudin.

Menjawab soalan wartawan, Najib turut mempertahankan kunjungannya itu yang didakwanya disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

"Ini adalah satu langkah yang mendapat sokongan yang cukup menyeluruh daripada rakyat Malaysia dan inilah yang tidak disenang hati oleh pemimpin pembangkang," katanya.

Penyalagunaan Dana Awam dan Kemudahan Kerajaan


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan sepatutnya dipecat daripada jawatan kerajaan kerana didakwanya menggunakan jabatan tersebut untuk berkempen demi kemenangan Umno dan BN.
NONE
"Ini merupakan penyalagunaan dana awam dan kemudahan kerajaan – penyelewengan yang dilakukan dengan semakin terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan Umno dan BN," kata MP Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa Fuad meletak jawatan daripada perkhidmatan awam dan menyertai Umno sebagai pegawai khas untuk mempromosi Umno dan BN, dengan bayaran daripada parti politik.

Lim berkata demikian dengan merujuk satu kenyataan Fuad, seperti dipetik agensi berita Bernama, berhubung gesaan kepada para penggiat media sosial dalam satu majlis di Johor.

Dalam majlis itu, Fuad antara lainnya berkata BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 peratus undi Cina, dan 65 peratus undi Melayu dan 65 peratus lagi daripada pengundi India.

"Insya-Allah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan," kata Fuad lagi.

Lim berkata, tindakan seperti itu tidak akan berlaku semasa pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman yang menurutnya amat peka mengenai kepentingan pemisahan kuasa dalam kerajaan.

"Tunku meletak jawatan sementara sebagai perdana menteri di antara April sehingga Ogos 1959 supaya beliau tidak dituduh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai perdana menteri ketika mengetuai kempen untuk Perikatan, dan kembali ke jawatan perdana menteri selepas Perikatan menang pilihan raya umum 1959," katanya.

Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS


Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.
NONE
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu. 

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
nasharuddin nik aziz manek urai 110709 kiss
Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. 

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar PAS.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.

Beliau berkata bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya.

-Bernama

Inilah Budaya Umno Dulu Kini Dan Selamalamya


Banner Fitnah Pas Dan Tok Guru Nik Aziz Tersebar


Banner hijau putih dan disertakan gambar Tok Guru Nik Aziz yang seolah olah dikeluarkan oleh Pas tersebar . Banner tersebut ditulis kononnya undi PAS,DAP dan PKR masuk syurga sementara undi Umno dan BN masuk neraka.

Aku takdelah nak tuduh sape2 yang gantung banner ni.Tapi kepada ahli dan penyokong Pas yang terjumpa banner ini sila buang,kerana sah banner ini bukan dikeluarkan oleh Pas

Mengulas perkara ini di Facebooknya Tok Guru Nik Aziz berharap Semoga orang yang mengupah, membuat, menggantung dan menyebarkan banner fitnah ini diberi hidayah dan kesempatan untuk bertaubat oleh Allah SWT ~Tinta Hijau DKB

Umno Sudah Terlalu Penat Menghadapi Pelbagai Kerenah Ahli dan Penyokong.


TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.

Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.

Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.

Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan.

“Segalanya bermula selepas saya mendengar ceramah penceramah Umno Abdullah Saamah dari Geting, Tumpat tidak jauh dari rumah tahun lepas.

“Ketika itu penceramah yang disebut sebagai ustaz itu mencerca Menteri Besar Kelantan sehingga bagi saya langsung tidak masuk akal.

“Bermula dari situlah jiwa saya mulai pudar untuk terus berjuang bersama Umno kerana penceramahnya menabur fitnah tanpa berlapik langsung,” katanya ditemui di program berkenaan.

Pada majlis itu beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Selain itu Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.

Bendang Nyiur sebelum ini dianggap kubu Umno. Malam tadi menyaksikan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang padang.

Ali yang bekerja sendiri kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno.

Ketika ucapan ringkasnya sebelum itu Ali berkata, Umno sudah terlalu penat bagi menghadapi pelbagai kerenah ahli dan penyokong.

Sebelum ini pada 15 Januari lalu seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.

Mereka diketuai Sudin Nuh, 37 menyerahkan borang kepada Nasuruddin, yang juga Adun Meranti.

Isnin, 28 Januari 2013

Rafizi Akan Gempur Parlimen Zahid Hamidi, Dedah Penyelewengan LTAT


KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu.
“Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari.

“Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh,” tulis Rafizi pada twitternya hari ini.
Zahid 25 Januari lalu memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel di dalam laman blognya.
Tegas Rafizi, saman Zahid akan dijawab di mahkamah kerana isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota tentera yang diabai tidak boleh dipadam dengan tipu helah teknologi.
Rafizi semalam turut menolak keras laporan mendakwa beliau memohon maaf kepada Zahid dalam laman facebooknya.
“Kenyataan palsu dan berniat jahat itu dirancang laman pro-Umno dengan tujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.
“Saya menafikan sepenuhnya kenyataan maaf dan tetap dengan pendirian membawa perkara ini ke mahkamah.
“Saya tidak akan berganjak membawa isu salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia,” katanya pada kenyataan.
Rafizi berkata, tindakan menggodam akaun dan laman pro-Pakatan Rakyat, termasuk laman web dan facebook pimpinan Pakatan berpunca kegagalan Umno BN berdepan pendedahan memalukan.
“Ini kejadian kedua dalam tempoh dua hari selepas laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Saya mengutuk muslihat dan tipu helah yang digunakan cybertrooper Umno kerana tidak beretika,” tegasnya.

Itu Kah Wasatiyyah Namanya ?


GEMAS 28 Jan: Konsep wasatiyyah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menggambarkan keperibadian pemimpin Islam kerana kaedah pelaksanaannya bertentangan syiar Islam dan amalan Rasullullah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wasatiyyah yang menjadi ungkapan politik Umno dijadikan umpan Najib untuk mendapat sokongan pengundi Melayu, diguna untuk menzalimi rakyat.

“Tengok pemimpin Islam, pukul orang, bunuh orang. Nak tengok rasuah, tengoklah pemimpin Islam. Cakap dengan angkuh, ambil balak (pun) pemimpin Islam. Surat khabar Islam (kerjanya) fitnah orang.Utusan Malaysia, bapak segala fitnah di Malaysia. Siapa punya, Melayu punya.
“Melayu mana, Melayu Islam, siapa ketua, Najib! Wasatiyyah apa, wasatiyyah fitnah yang dipertahankan. Ini bukan soal politik, tapi soal hukum, soal akhlak, tapi jika tanya ustaz Umno inilah wasatiyyah (namanya),” katanya depan kira-kira 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, di sini malam tadi.
Anwar berkata, tempoh beliau dipenjara lapan tahun hanya ujian kecil jika dibandingkan perjuangan Rasulullah menegakkan syiar Islam.

Beliau mengimbas kembali perjuangan Rasullullah yang penuh onak duri berhadapan puak penentang Islam.
“Ada orang cakap, kamu dah solat hajat, tapi kenapa tidak menang lagi…punyalah jahil. Nabi pun ambil masa 13 tahun, sehingga luka pipinya. Nabi itu kekasih Allah, manusia terulung. Jadi sebab itu menghadapi ujian kita kena sabar, ujian ini macam-macam, wang ringgit, ugutan dan sebagainya,” katanya.
“Saya masuk penjara lapan tahun. Bila masuk penjara jangan ingat kita besar. Semasa zaman Rasulullah, ada sahabat bertanya siapa yang paling banyak terima ujian, Rasulullah jawab para nabi. Ini derita kecil. Kata Tok Guru, ini ujian untuk jadi baik,” sambung beliau disambut tepukan hadirin.
Katanya, hasil wasatiyyah Umno BN itu patut menjadi contoh kepada bukan Islam, tetapi berlaku sebaliknya.
“Politik boleh dibuat dengan lakaran kata-kata. Boleh berjanji dan kata kami akan pertahankan pentadbiran bersih daripada kotor, banteras rasuah tapi rasuah juga. Wasatiyyah tapi tidak ada kesederhanaan dalam apa cara sekalipun,” katanya.

“Wasatiyyah ini umat yang seimbang, (yakni) menjaga keseimbangan dan tahu menjaga nilai hidup. Tahu prinsip keadilan, tidak melampau serta zalim. Kalau itu dilakukan, orang bukan Islam akan hormat kita,” ujar Anwar.
Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada lima wakil kawasan Felda sekitar Gemas antaranya, Felda Jempol, Lui, Jelai, Kepis dan Palong berhubung masalah penanaman semula kelapa sawit.

Ini Lah Wajah Seorang Penipu Dan Pemfitnah


MELAKA: PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.


Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.

Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.

"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.

"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.

Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.-HD

P/S: Kepada semua kakitangan Kerajaan yang betugas di Melaka jangan bimbang dengan ugutan si Kitol tu. Semuanya bohong. Cuba anda lihat berapa ramai kah kakitangan awam yang telah dibuang kerja di negeri-negeri yang di tadbir oleh PR ? seperti Selangor,Kedah,P.Pinang dan Kelantan ? 

Ini menunjukkan bertapa takut mereka akan perubahan sokongan rakyat yang selama ini telah menyokong mereka dan kini telah menunjukkan perubahan sokongan kepada Pakatan Rakyat pula.

Dalam keadaan terdesak mereka mengunakan apa sahaja yang boleh menguntung kan mereka . Mereka kini ibarat orang yang hanpir kelemasan . 

Awas !! Selangor Mungkin Terlepas Kepada Unmo/B-End

Apa yang mesti di lakukan oleh PKR,PAS dan DAP mereka hendaklah memahami bahawa
dayah-dayah Umno/B-End yang selalu melaga-lagakan ketiga-tiga komponen
Parti Pakatan Rakyat. selain daripada itu mereka juga mengingpot pengundi
yang dipindahkan dari Sabah ke Selangor. D

Dengan dua cara ini mereka mengharapkan berjaya menawan kembali Selangor
Apakah penyukong PR rela menyerahkan Selangor kembali kepangkuan
Umno/B-End semula ? Jika tidak ingin berlaku perkara tersebut
Penyokong PR harus faham mana satu dakyah Umno/B-End
dengan masalah parti PR.

Pemimpin PR juga harus menjaga bahasa dan tingkah laku
agar tidak menguris hati pengikut masing-masing.
  

APA?? Hapuskan katak-katak jelmaan??


Owhh!! Bab neh memang aku amat-amat bersetuju...

Masa pilihanraya, siang malam kita sebagai rakyat dan penyokong bersungguh-sungguh berkempen untuk memenangkan mereka sebagai wakil bagi kita. Rakyat mengundi mereka dan mereka menang sekaligus menjadi wakil bagi kita sebagai rakyat. Bukan takat tu saja malah depa-depa ni dapat gaji dan elaun lagi...

Tapi tak semena-mena yang sebab musababnya hanya depa dan Tuhan saja yang tahu, mereka melompat ikut suka hati mak bapak depa ja...

Sapa yang tertipu????
Keluarga mereka atau rakyat????

Tok sah kira la katak-katak jelmaan tu dari pihak mana sekalipun, kerajaan atau pembangkang. Aku amat membenci wakil-wakil rakyat yang berlagak sebagai katak-katak jelmaan neh...

Oleh itu, undang-undang anti lompat neh amat tepat pada masa dan ketikanya... Kita generasi muda yang ada maruah diri maka tidak boleh izinkan diri kita ditipu oleh mereka-mereka yang langsung tak dak prinsip perjuangan untuk mewakilkan kita...


*************************************


Pulau Pinang lulus enakmen elak lompat parti

Ketua Menteri Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan.

Rang undang-undang yang dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) itu dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan dengan undian dua pertiga.

Dalam pembentangannya Guan Eng berkata, rang undang-undang itu telah digubal dengan kerjasama dan sokongan penuh semua parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ia bertujuan membanteras budaya tidak sihat dan tidak beretika.

"Dari awal lagi dasar kami untuk membanteras budaya lompat telah ditentang keras tetapi pendirian kami adalah bahawa hak membuat keputusan muktamaddalam pilihan raya adalah hak rakyat.
"Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik tersebut atas apa-apa juga sebab," katanya.
Selain itu, katanya, seorang anggota yang dipilih sebagai calon bebas hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya beliau menyertai suatu parti politik. - Bernama

Ini Yang Membuatkan Sakit Hati Orang Umno !




TG Nik Aziz sambut hari lahir di rumah Karpal Singh, klik gambar untuk paparan lebih besa
Mungkin mereka tidak dapat lari dari pandangan yang berbeza dari beberapa hal dalam politiktetapi sekurang-kurangnya mereka mampu duduk bersama untuk mencari titik persefahaman untuk mencapai dan merialisasikan impian Putrajaya di tawan pada PRU 13 ini.

Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Selepas bantahan dari orang ramai mengenai ugutan membakar kitab Injil minggu lalu, kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa berkata mereka tidak lagi mahu membakar buku suci itu.
  

"Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memberitahu The Malaysian Insider hari ini.


"Kami tak pernah bercadang untuk anjurkan (bakar kitab Injil)," katanya lagi.

Minggu lalu, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) menyeru umat Islam membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" atau sebarang kalimah Arab.

Ugutan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin bukan Islam, terutamanya ahli politik dan agamawan, yang mengatakan pemimpin berhaluan kanan itu menimbulkan kebencian di kalangan agama dari kalangan dua agama terbesar dianuti di negara ini. 

Pada Selasa lalu, seorang paderi dari Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap dakwaan edaran risalah mengatakan pesta membakar kitab Injil berlangsung di Butterworth, yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Tetapi menurut The Star Online, tiada siapa yang menghadiri pesta tersebut.

Syed Hassan berkata beliau mengetahui perkara ini, tetapi ahli Perkasa tidak ada niat untuk menghadiri pesta tersebut.

"Ahli Perkasa tidak mendapat sebarang risalah, jadi saya rasa itu cuma khabar angin untuk membakar kebencian selepas kenyataan Datuk Ibrahim Ali," katanya lagi.

Beliau menegaskan kenyataan Ibrahim cuma "amaran awal" untuk semua mengambil isu "Allah" secara serius.

Syed Hassan juga melaporkan semalam Perkasa mungkin akan mengadakan rundingan meja bulat dengan gereja tempatan untuk membincangkan kenyataan Ibrahim.

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengecewakan pemimpin gereja dengan mengeluarkan khutbah Jumaat lalu yang menyeru umat Islam berhati-hati dengan "musuh Islam" yang cuba mengelirukan umat Islam bahawa semua agama berkongsi Tuhan yang sama.

Pemimpin Islam dan Kristian saling bertikam lidah berkenaan isu kalimah "Allah", yang didakwa ekslusif untuk Tuhan umat Islam.

Sebuah gereja dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pada 2009 bahawa umat Islam tidak mempunyai hak ekslusif ke atas perkataan "Allah".

Debat mengenai isu ini dibangkitkan semula bulan lalu selepas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang, menyeru agar Putrajaya membatalkan semula pengharaman kitab Injil berbahasa Malaysia di sebelah Borneo Malaysia.

Sebuah kumpulan gereja Sabah berkata kebebasan bumiputera Kristian diserang, dan mengatakan majoriti penganut tersebut datang dari negeri tersebut dan menggunakan bahasa Malaysia.

Kumpulan Buddha pula menyeru Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah kalimah "Allah" ini.