Khamis, 24 Januari 2013

Islam Mengikut Umno Bukan Umno Mengikut Islam

Wahai orang-orang Umno yang bijak kononnya marilah tinggalkan umno dan undilah PR pada PRU 13 ini nanti untuk menjajikan kesejahteraan Islam dan memartabatkan masa depan Islam 

Tiada ruginya orang Umno meninggalkan Umno dan beralih kepada PR untuk memastikan Islam itu di mertabatkan di Malaysia. Jika orang Umno masih lagi mengharapkan Umno/B-End menjaga Islam di Malaysia maka Islam di Malaysia akan tetap jadi seperti bahan (alat) kehidupan harian dan bukan jadi pegangan (wajib) kehidupan seharian.

Dalam pemerintahan sekarang dibawah Umno/B-End Islam hanya berfungsi sebagai alat politik memikat orang melayu sahaja agar mereka merasa mereka berada di negara Islam, sebaliknya dari segi jiwa Islam itu sebenarnya sudah mati angkara  Umno. sebagai chontoh, di sekolah menengah  kebangsaan (SMK) pendidikan Islam hanya sebagai mata pelajaran pilihan bukan nya mata pelajaran wajib bagi palajar melayu Islam. Ini menunjukakan Islam tidak penting pada pandangan Umno/B-end untuk dijadikan asas pegangan hidup di dunia ini. Bagaimanakah mereka boleh mengatakan mereka memertabatkan Islam ? Kalau di peringkat asas pun mereka tidak laksanakan!!.(bukan gagal melaksanakan)

Bagaimanakah mereka hendak melatih sesaorang untuk menjadi pemimpin yang warak dan berilmu alim tentang Islam ? maka jadilah seperti sekarang pemimpin yang tidak alim dengan Islam tetapi bercakap tentang Islam mengikut akal dan rasa, tidak mmengikut nas-nas al-quran dan hadis yang sebenar.Sebagai chontoh salah seorang pemimpin Malaysia perosak Islam  Disini

Setiap negeri di Malaysia ada majlis agama sendiri seperti (MAIS,MAIPP,MAIP dan sebagainya lagi) dan ada Mufti-mufti negeri yang ditugaskan menjadi rujukan dan pembimbing kearah Islam kepada pemerintah mahupun rakyat setiap negeri. 

Apa yang menjadi persoalan apakah pungsi majlis ini ? adakah hanya gah pada nama sahaja ? sejauh mana kah kuasa mufti ? beranikah mereka menegur umarak (pemimpin) mereka dari melakukan kemaksiatan dan kemungkaran ? seperti yang dipapar kan DisiniDisini  (ini hanya sebahagian ada banyak lagi) ini lah bukti Islam tidak diamalkan dengan sebenarnya di Malaysia dan roh Islam itu sudah matiIslam hidup hnya sebagai perlembagaan negara dan slogan negara Islam .

Dari penghayatan dan amalannya hampehhhhh !!!. Islam megikut Umno Bukan Umno mengikut Islam . amalan yang diamalkan oleh sebuah negara yang berslogan Negara Islam.

Ketua-ketua agama yang diharapkan untuk menjalankan hukum Islam seperti yang di perintah oleh Yang Maha Agung Allah SWT tidak mampu dilaksanakan oleh mufti-mufti semua kerana mereka hanya dari alat tungangan pemerintah,untuk mengiyakan apa kata pemerintah.

Jabatan Agama Islam yang ada dinegeri-negeri pula hanya berfungsi sebagai alat siaraya kepada pemerintah dan sebagai pengutip cukai ((zakat)( wang zakatnya entah kemana?)) begitu lah islam mengikut istilah dan kacamata pemerintah Malaysia.

Jadi jika kita hendak memajukan Islam dan memertabatkan Islam di Malaysia pastikan Umno/B-End yang bertopengkan Islam itu terhapus dari pemerintahan Malaysia (Tekeluar dari Putrajaya)

Orang seperti Ibrahim Ali,Hassan Ali, Zulkpli Nordin mereka-mereka ini semua wajib dimasuk kan kedalam tong sampah Umno/B-End kerana mereka ini sebahagian dari perosak Islam di Malaysia.Mereka bercakap tentang Islam tapi bisu berhadapan dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Mereka tidak mengutamakan Islam untuk diperaktikkan sebagai amalan kehidupan harian .

Bagi mereka Islam perlu mengikut Umno bukan Umno wajib mengikut Islam. (mereka cari makan a.k.a pecacai Umno).

Takbir.....Takbir.....Takbir.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan