SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 24 Februari 2013

Tuan Guru Nik Aziz pesan anak perantau balik mengundi






 
(Tuan Guru Nik Aziz berkata sesuatu kepada anggota Parlimen Gombak dalam pertemuan dengan anak Kelantan di Hulu Kelang) 

GOMBAK: Hampir 1,000 wanita menyertai Himpunan Wanita Kelantan di Perantauan yang diadakan di Pusat Bandar Taman Melawati, petang semalam.

Himpunan yang bermula jam 4 petang itu penuh dengan  pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz spontan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah serta pameran berkaitan negeri Kelantan.

Dengan cuaca yang begitu baik, tidak panas dan tidak hujan, majlis  bermula dengan soalan-soalan kuiz berkaitan Kelantan yang penuh dengan suasana santai dan bersahaja.

Kehadiran penyanyi Aisyah turut mencuri perhatian para hadirin apabila beliau hadir untuk mengikuti program Bicara Selebriti yang dihoskan tokoh motivator muda, Amin Idris.

Selain Aisyah, turut menjadi panelis di ruang Bicara Selebriti itu bekas senator, Mumtaz Md Nawi.

(Antara wanita Kelantan yang memenuhi majlis pertemuan)

Majlis diselang-selikan dengan soalan kuiz serta cabutan nombor bertuah yang menyediakan hadiiah berbentuk hamper dan barangan elektronik.

Malah, para hadirin turut disediakan kuih tradisional negeri itu, akok secara percuma, selain kanak-kanak diraikan dengan kaunter aiskrim buat mereka.

Menjelang jam 5.30 petang, ruang bazar tersebut terus dipenuhi para hadirin, termasuk lelaki yang begitu teruja menantikan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ternyata, kehadiran susuk tubuh kecil tokoh ulama itu pada jam 6.30 petang begitu diraikan apabila beliau disambut oleh para hadirin dengan laungan takbir yang bergema.

Tidak berucap panjang kerana sudah menghampiri waktu maghrib, Mursyidul Am PAS itu mengingatkan hadirin di perantauan untuk pulang mengundi ke Kelantan bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan.

Beliau kemudiannya menunaikan solat maghrib berjamaah dengan para hadirin sebelum berjamu selera dengan menu gulai kawah yang begitu sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Turut serta pada himpunan tersebut beberapa pimpinan exco kerajaan negeri, selain ahli-ahli dewan undangan negeri (Adun) Kelantan.

Himpunan itu juga turut diraikan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, dan  Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Dengar Titah Raja Nazrin Nih


video Titah Raja Nazrin Shah -  Ramai Cerdik Pandai menyertai PAS berbanding UMNO 

 

Siapa Kah Flora Ong ?


Sumber :Disini

Jawapan TGNA Terhadap Tuduhan Harussani bahawa "PAS Lebih Teruk Dari Kafir"




Sikap PAS lebih teruk daripada KAFIR! : 

-Harussani 

Kuala Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Jangan berprasangka buruk

Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.

“Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.

“Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,”
katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.

Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.

“Biarlah mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka,” katanya apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.

Katanya, pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak rakyat. - Berita Harian

TGNA  jawab tuduhan Mufti Perak.
 
Bingkisan Saya Kepada Mufti

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M



Dan lihat video Titah Raja Nazrin Shah -  Ramai Cerdik Pandai menyertai PAS berbanding UMNO 




Sepatutnya Harussani yang dilantik menjadi Mufti Perak wajar bersara dan menyertai Ustaz Faithul Bahri!

Sultan Kiram tali barut Amerika izin bunuh rakyat sendiri


Sultan Kiram tali barut Amerika izin bunuh rakyat sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. 
Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada 
pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842)
bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.



Rajah A2
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang 
kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) 
yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas 
ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika 
Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali 
barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan 
Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh 
muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk
wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug 
menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang 
Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip 
cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua 
batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang 
mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman 
menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika
atas restu Sultan KIRAM.


1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang 
mempertahankan diri dan keluarga 
mereka dari serangan Amerika Syarikat 
di Bud Dahu'. Ashabul Kahfi ditidurkan dan
bangkit semula dengan izin Allah setelah 
beberapa ratus tahun,namun Syuhada' 
Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya 
sehinggalah hari KEBANGKITAN.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatanga
tentera KIRAM yang mengaku sebagai 
tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sanga
ramai. Ada keluarga dari sebelah 
Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga 
Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) 
bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda 
Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan 
ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi
Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku 

Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul 
angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib 
pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram 
yang kita lihathari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak
 para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu 
hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGA
NEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki 
(Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo 
(rujuk Rajah A2,lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa
 rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera 
Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! 
KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! 
KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN 
KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN 
MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai 
DEFENDER OF ISLAM.Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan 
Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan
puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada 
tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.



































Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, 
Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009.
 Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... 
baginya jawatan Sultan sangat berat dipikuldalam keadaan Sulu ketika ini. 
Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya 
menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang 
berebut-rebut mengangkat diri sendiri?

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh 

merekabuat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan 
sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain 
senjata, bukan hanya Kiram. Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah 
mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang 
berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan 
generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung 
bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak 
secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya 
ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.-  
ditulis oleh sdr ASREETAUSUG seorang pejuang Tausug.
........................................
Mereka yang menceroboh lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu 
telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai 
oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.

Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah
mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri
yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur 
SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?


Read more: http://www.wasukalu.com/2013/02/sultan-kiram-vs-sultan-bantilan-ii.html#ixzz2LoF8LfyA
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Hubungan Seks Dengan Anjing

wanita mati akibat bersetubuh dengan anjing - blog epic scene
 Wanita ini mati akibat bersetubuh dengan anjing - blog epic scene

SEORANG Seorang wanita di Las Vegas, negara bahagian Nevada, Amerika Syarikat ditangkap polis kerana melakukan hubungan seks dengan seekor anjing jenis pit bull. Tindakan menjijikkan ini dilakukannya di halaman belakang rumahnya, disaksikan tetangganya.

Diberitakan Huffington Post minggu ini, tetangganya yang jijik melihat pemandangan tidak senonoh itu  menghubungi polis. Saat polis itu sampai ke rumahnya, gadis yang diketahui bernama Kara Vandereyk itu tengah telanjang bulat di atas tanah dengan anjingnya.

Wanita 23 tahun itu lalu diberi selimut menutup tubuhnya dan selanjutnya dibawa ke penjara ibukota negara bahagian, Clark County Jail. Vandereyk didakwa di bawah pasal pencabulan. Hubungan seks dengan binatang atau bestiality memang tidak dianggap hal yang melanggar hukum di Nevada. Namun, tindakan tidak senonoh di depan publik masuk dalam ranah kriminal. 

Di beberapa negara bahagian di AS, bestialiy dilarang, seperti di Pennsylvania, Iowa, Illinois dan Washington. Kes hubungan seksual dengan binatang biasa di AS. Bulan lalu di Delaware seorang wanita berusia 24 tahun didakwa setelah berhubungan seks dengan haiwan. Aksinya sempat diabadikan dalam bentuk foto oleh pacarnya sendiri.

November 2012, polis Arizona menahan wanita 20 tahun kerana melakukan oral seks dengan dua anjing. Tindakan ini dilapor oleh mantan karibpnya. Beberapa negara juga telah melarang hal ini. Di antaranya adalah Belanda, Perancis dan Swiss. Namun di beberapa negara seperti Belgium, Denmark dan Sweden, praktik ini dibolehkan. Di Jerman, berhubungan seks dengan binatang akan dikenakan denda sebesar 25,.000 euro.

Komen Weblog Ibnu HasyimMengapa jadi begini? Kerana tidak ikut landasan perdaban kemanusiaan dan agama. Tidak ikut agama fitrah jadi macam binatang, walaupun ia sebuah kerajaan. Kerajaan yang menjadikan rakyatnya sebagai binatang! BNkah?

Apa hukum bersetubuh dengan binatang dalam Islam?  

Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang,iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derjat yang rendah. Maka ia akan mendapatidirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan anjing, keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. 

Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. Sungguh Nabi SAW bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu,

“ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ‏‎ ‎الْبَهَائِمِ …”
  • “Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….” Hadits ini masih panjang. [1]
 Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ‏‎ ‎الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ‏‎ ‎الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ‏‎ ‎الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ‏‎ ‎التَّلَوُّطِ”
  •  “Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]
Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan keji. Ia berada dalam keadaan lebih teruk...  Kerana ia tidak akan setubuhi binatang kecuali tidak sanggup setubuhi binatang,berzina, gay, atau ia dalam keadaan yang sedang mengigau.. sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.

Menyetubuhi Binatang

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ‏‎ ‎أَقْوَالٍ :
* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ.
* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎الزَّانِيْ.
* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎اللُوْطِيِّ.

Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:
  • Pertama, ia dididik dan tidak dihukum. 
  • Kedua, hukumannya sama seperti berzina. 
  • Ketiga, hukumannya sama seperti gay.
وَالَّذِيْنَ قَالُوْا بِْقَتْلِهِ‏‎ ‎احْتَجُّوْا بِحَدِيْثِ ابْنِ‏‎ ‎عَبَّاسٍ الَّذِيْ رَوَاهُ أَبُوْ‏‎ ‎دَاوُدَ عَنِ النِّبِيِّ : » مَنْ‏‎ ‎أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ‏‎ ‎وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ «، قَالُوْا‎ ‎لأَنَّهُ وَطْءٌ لا يُبَاحُ بِحَالٍ‏‎ ‎فَكَانَ فِيْهِ الْقَتْلُ كَحَدِّ‏‎ ‎الْلُوْطِيِّ، وَمَنْ لَمْ يَرُدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ حَدًّا قَالُوْا : “لَمْ‏‎ ‎يَصِحْ فِيْهِ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ‏‎ ‎صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ‏‎ ‎يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ ”
  • “Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW
” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً‏‎ ‎فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ“‏
  • “Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]
Mereka berpendapat kerana perbuatan ini tidak dibolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay. 

Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,

” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ،‏‎ ‎وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ‏‎ ‎وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا
مُخَالَفَتُهُ “

  • “Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]
Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir. [5]. Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas RA, beliau berkata, 
  • “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatang itu dibunuh. Alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA
” مَا شَأْنُ الْبَهِيمَةِ ؟ ”
  • “Bagaimana dengan binatangnya?”
Beliau RA menjawab:

” مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ‏‎ ‎إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ‏‎ ‎يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ‏‎ ‎عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “

“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”

Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahawa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek ...  
  • sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6] 
Selesai ucapan Ibnul Qayyim.

Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahawasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm.
128.

SUMBER : Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr. Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit: Toobagus Publishing, Bandung. Lihat http://kaahil.wordpress.com/2009/07/22/hukum-zoophilia-menyetubuhi-binatang/
____________________
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.

(IH) 

Anak Bekas Presiden PAS Promosi Kerjasama PAS-Umno (Anak Betuah Kencing ......)




[MK] Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebnih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan," 

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.

P/s: TM suka komen pembaca MK, katanya, "Iman tak dapat diwarisi dan hidayah itu hak Allah S.W.T". 

Siapa sangka anak bekas Allahyarham Presiden PAS yang berjuang menentang UMNO semasa hayatnya meminta PAS, parti bapanya bekerjasama dengan parti yang menolak Islam dan mengutamakan agenda kebangsaan. Siapa sangka anak ulama ini mengajak PAS bekerjasama dengan pemimpin yang menghina Nabi Muhamad, hudud, dan negara Islam, malah membiarkan sekutu mereka berbuat perkara yang sama. Siapa sangka pemuda ini mengajak PAS bekerjasama dengan parti yang pemimpinnya membolot hasil mahsul negara untuk kroni dan anak beranak.

Katanya, kalau sayang akan negara, PAS dan UMNO perlu bekerjasama. PAS perlu bekerjasama dengan parti yang melakukan kezaliman kepada Kelantan dan terlibat dalam segala macam penyelewengan yang acap kali didedahkan dalam media alternatif.