SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 30 Mac 2013

Presiden, pengerusi KTMB terpaksa rayu sokongan untuk BN


KLANG 30 Mac: Barisan Nasional Selangor menjadikan pertemuan dengan usahawan logistik dan pengangkutan pada program ‘Get Together Selangor Logistics Fraternity‘ untuk melobi sokongan bagi pilihan raya umum ke-13.
KTMB
Tinjauan Keadilandaily pada program semalam mendapati, Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terpaksa merayu kepada kumpulan usahawan itu untuk memberi sokongan kepada BN.

“Kami merayu sokongan anda. Pilihan raya semakin hampir. Biarlah saya cakap secara jelas dan berterus terang,”  katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin pada program itu di Hotel Premiere, Klang semalam
Mohd Zin merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menjadikan kemudahan pengangkutan awam itu sebagai kempen bergerak BN.
Dalam program sama, Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir berterus terang akan menyokong BN dalam PRU akan datang, meskipun memegang jawatan dalam syarikat berkepentingan awam.
“Saya selalu ditanya sama ada saya ini mewakili KTMB atau BN? Saya terus terang katakan saya ialah penyokong BN,” kata Elias.
Sebelum bersama KTM Berhad, Elias mengetuai operasi di beberapa konglomerat utama seperti UMW Toyota, Edaran Otomobil Nasional (EON), Proton, Kontena Nasional, Northport dan FELDA.
Pengakuan itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa KTMB dijadikan tunggangan Umno-BN pada kempen pilihan raya umum ke-13.
Keadilandaily pada 25 Julai 2012 mendedahkan bahawa KTMB mengarahkan kakitangan jabatan korporat, sumber manusia dan pemasaran untuk mengedar kurma pada bulan Ramadhan yang merupakan kempen BN.
Manakala pada 12 April 2012, Mohd Zin Mohamed mengeluarkan arahan agar bendera BN dipasang di 28 stesen komuter di seluruh Selangor.
Dalam tinjauan Keadilandaily,  seorang penyokong Parti Progresif Penduduk (PPP) dari Ampang yang tidak dinamakan berkata, pertemuan bersama tersebut adalah yang pertama kali dianjurkan BN Selangor.
“Sebelum ini tak pernah. Ini kali pertama BN buat pertemuan dengan usahawan ini. Itu pun sebab dah kalah pilihan raya 2008,” katanya kepada Keadilandaily semasa sesi minum petang.
Program semalam menghimpunkan wakil komponen parti Barisan Nasional dari 22 Bahagian di Selangor. Sehingga program berakhir jam 7.30 petang, didapati tidak ada seorang Adun BN Selangor hadir ke program tersebut.

Felda Bukit Senggeh Tewas Kepada Peneroka


Peneroka Felda Bukit Senggeh menang kes mahkamah ???


felda mengaku kalah didalam kes saman peneroka-peneroka Felda di Mahkamah Tinggi Melaka. Peneroka-peneroka yang tanam sendiri dituntut hutang oleh Felda sebanyak RM40,000.00; peneroka-peneroka yang mengeluarkan belanja sendiri untuk tanam semua membantah kerana mereka tidak berhutang dengan Felda tetapi Felda tetap menuntut dari peneroka-peneroka masing-masing RM40,000.00. Melalui peguam T. Kumar peneroka-peneroka telah memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Melaka dan kes ini sepatutnya didengar pada 4hb April 2013. Tetapi pada minggu ini Peguam Felda telah memfailkan affidavit mengaku bahawa peneroka-peneroka itu tidak berhutang dengan Felda. Hidup peneroka Felda. Kalau tak saman di Mahkamah, sedap2 aja Felda menipu kamu.


 Peneroka Felda Bukit Senggeh menang kes mahkamah tentang hutang tertunggak di Felda. Peneroka lain tunggu apa lagi? Sudah semak hutang Felda anda? Macam-macam hutang diFelda dan adakah ianya sama dengan akaun induk di Ibu Pejabat Felda? Inilah kegiatan regim UMNO, mendapatkan hasil secara tidak sah dari peneroka!

PRU13 : Penipuan besar dan menyeluruh sedang dirancang dan diusahakan



"Tun Dr. Mahathir MohamadDia sedang fikir pernipuan terbaru (Gambar Kiri)

Tun Mahathir ramal BN capai keputusan baik PRU-13Secara logiknya bila gelombang kebangkitan rakyat jelas menunjukkan kebencian terhadap Umno BN, dalam masa yang sama, bapak pengkhianat agama bangsa dan negara, Mahathir Mohamad dengan yakin mengatakan BN akan menang; JELAS PENIPUAN BESAR-BESARAN SEDANG DIRANCANG oleh puak syaitan dikenali.. !!

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada ‘tsunami’ Pilihan Raya Umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.


“Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam PRU-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Secara logiknya bila gelombang kebangkitan rakyat jelas menunjukkan kebencian terhadap Umno BN, dalam masa yang sama, bapak pengkhianat agama bangsa dan negara, Mahathir Mohamad dengan yakin mengatakan BN akan menang; JELAS PENIPUAN BESAR-BESARAN SEDANG DIRANCANG oleh puak syaitan dikenali.. !!

PERINGATAN KEPADA RAKYAT: Cukup 56 tahun rakyat ditipu, dizalimi dan dikhianati oleh Umno BN. Dalam pilihan raya umum ke-13 ini, berikan undi kalian kepada Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) untuk menebus segala harta dan khazanah bangsa dan negara yang telah dirakusi Umno BN selama 56 tahun


Perlu diingat; Mahathir Iskandar Kutty, mamak yang pintar menipu

Katanya, PRU-13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

“Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi hanya ‘pakatan’. Mereka juga tidak mempunyai satupun simbol atau mempunyai agenda khusus. Saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik,” katanya. - Bernama
Aku bersamamu Anwar Ibrahim... !
Satu lagi perancangan jahat Najib Razak
Nurul Izzah Anwar Jangan kau tangisi"

Sumber :  Baca Disini

Ha Kaum India Takkan Tak Reti-Reti Lagi (Jangan Bagi Undi Kat Umno B-End) PRU 13 Nanti

'Lebai' Kulim, Peguam setengah 'masak', kata Rajagopalu......ciannyer.....


Datuk T. Rajagoplu AJK Kerja Pusat MIC kata, 'Dia tidak layak menjadi Ahli Parlimen. Dia adalah peguam setengah masak dan dia bukanlah seorang Islam selayaknya kerana seorang Islam yang sebenar tidak sekali2 mengutuk atau menghina kepercayaan penganut yang lain.' Baca Disini 


Ini ekoran 'Lebai' Kulim itu yang dikatakan seolah2 menghina kepercayaan penganut Hindu.



Istilah setengah masak kalau ikut bahasa orang Terengganu ialah 'dok pok'.....kalau kita rebus ubi kalau 'dok pok' ubi tu masih keras...maka kalau dimakan kita akan sakit perut......kalau kita bakar kek setengah masak...kek akan mentah dan bentat...kikikikiki......kalau beri makan free macam depa dok beri BRiM pun amenu totok pun tak lalu nak makan.



Dulu masa 'Lebai' tu datang surau Annur Bangi, dia suka buat lawak 10 sen dengan serban hitamnya.....pooorrraaahhh 'Lebai'.



Kalaulah orang PR berucap macam tu...belum habis telan air-liur dan baca 'Tasbih Kaffarah' mesti kena ngap punya......alahai memang perkasa sungguh depa ni...dok makang ssamang.(tak makan disaman).



al-brangionline:



Cakap siang pandang-pandang......cakap malam dengar-dengar.....



p/s Islam mengajar umatnya menghormati kepercayaan Agama orang lain weh......


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu.)" Al-Quran, Surah Al-Hujurat, Ayat :13

Perjanjian Senjata Oleh PM "Luput" Mungkin Tak Sah


Jika berjaya menawan Putrajaya, Pakatan Rakyat akan menyemak semula semua kontrak yang ditandatangani oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac dan mungkin membatalkannya jika tidak adil dan melibatkan penyalahgunaan kuasa, kata ketua anggota parlimen DAP.

Lim Kit Siang berkata, kerajaan sebenarnya tiada urusan dalam menandatangani perjanjian selepas tamat lima tahun mandat pemerintahan kerana ia dikira perjanjian sementara dan tertakluk kepada pengesahan kerajaan selepas itu.

Mengetengahkan isu perjanjian senjata bernilai RM4.3 juta yang ditandatangani di Langkawi kelmarin, Lim berkata: 

lim kit siang story 1"Kita tidak terikat dengan perjanjian ini kerana ia dilakukan selepas 8 Mac, ketika perdana menteri tiada keabsahan dan kewibawaan, dan ia hanya perdana menteri yang sudah 'luput'."

"Beliau tidak boleh tandatangan perjanjian ini," katanya sambil menambah, kerajaan persekutuan patut mengisytiharkan setiap perjanjian selepas tarikh itu kerana ia tidak sepatutnya dibenarkan.

Lim (kiri) berkata demikian sewaktu measmikan bilik gerakan pilihan raya DAP Seputeh.

Ditanya dalam sidang media selepas itu bahawa kerajaan secara undang-undang masih berkuasa kerana sesi pertama parlimen untuk penggal ini bermula pada 28 April 2008, Lim menolaknya dengan berkata ia persoalan legitimasi, bukan legaliti.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis lalu mengumumkan 24 perjanjian membabitkan pelbagai aset dan perkhidmatan pertahanan bernilai RM4.2 bilion, ditandatangani antara Kementerian Pertahanan, syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa serta kerajaan Pahang, pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA 2013).

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata, ia termasuk enam kontrak kerajaan, tiga surat penerimaan oleh Kementerian Pertahanan, 11 Memorandum Perjanjian (MoA) dan empat Perjanjian Persefahaman (MoU) antara pelbagai pihak.

Menurut Ahmad Zahid, perjanjian yang dimeterai itu bagi memperkukuh industri pertahanan negara dan mewujudkan penempatan bagi syarikat Eropah di Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak.

Mengulas perkara yang sama, Ahmad Zahid berkata sebanyak sembilan perjanjian ditandatangani membabitkan MDSTP bernilai RM2.7 bilion.

65 Hari Sudah Berlalu Mayat Sugumar Masih Berada Di Bilik Mayat Hospital Serdang


KUALA LUMPUR 30 MAC : Wakil MIC datang ke rumah S. Sugumar dan meminta kedua ibu bapanya segera mengebumikan mayat mendiang sebagai cubaan menutup kes, kata sepupu kepada mangsa keganasan polis itu.
“Wakil MIC dah datang dua kali ke rumah dan cuba hasut supaya segera kebumikan Sugumar. Mereka cuba mainkan emosi ibu bapa yang sudah tua dan elak jumpa kami yang masih muda,” kata Anand Thakannan, 40.
Anand berkata, ibu kepada Sugumar juga mendakwa wakil daripada MIC itu  menawarkan sejumlah wang untuk mempercepatkan upacara pengkebumian, namun ditolak keluarganya.
“Saya takkan benarkan mereka beli keadilan dengan duit,”
“Kalau MIC betul-betul ikhlas mahu membela nasib kaum India, mereka bekerjasama dengan kami dapatkan keadilan untuk Sugumar, bukan hasut tutup kes,” katanya kesal dengan parti yang kononnya membela kaum India itu.
Dalam kejadian di Hulu Langat Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis. Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit.
Sugumar
Laporan bedah siasat Hospital Serdang menyatakan mangsa mati akibat serangan jantung. Namun ditolak keluarga mangsa dan mahu pakar bedah Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa.
Sehingga kini, kerajaan enggan melayan tuntutan berkenaan dan Mayat Sugumar hari ini genap 65 hari diletakkan di bilik mayat Hospital Serdang.
Anand ketika dihubungi Keadilan Daily turut mendedahkan nama dua anggota polis yang terlibat memukul Sugumar sehingga mati.
“Sarjan Lotfi adalah Ketua Balai Polis Batu 14 Hulu Langat yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan ini, dan Koperal Khalid adalah pegawai yang memijak leher Sugumar. Kami mahu dua polis ini disiasat terutama pegawai yang memijak leher beliau sehingga mati,” Tegas Anand.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Undang-undang KEADILAN, S Jayathas berkata, satu demonstrasi menuntut keadilan kepada Sugumar bakal diadakan minggu hadapan.
Demonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri itu akan menyaksikan perarakan masuk ‘keranda sugumar’ selepas lebih 65 hari dibiarkan di Hospital serdang.

Jika Lahat Datu Di Jepun



APA yang dapat kita bayangkan kalau pencerohonan di Lahad Datu itu berlaku di Jepun atau di India atau di Perancis?

Nescaya kejadian itu tidak sekadar polis dan tentera mengambil tindakan sewajar mengepung, menawan dan menumpaskan penceroboh dan penyusup,  tetapi  rakyat akan bangkit meminta pertangggungjawapan kerajaan.

Rakyat tidak akan biar Perdana Menteri dan kerajaan bersenang lenang membuat kenyataan itu dan ini bagi menyalahkan penceroboh saja, tetapi akan diminta beri tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan.

Jepun atau Korea Selatan tidak senang melihat Perdana Menterinya bercakap politik atas kejadian itu tetapi dia akan ditanya bagaimana boleh di bawah pentadbirannya nagara boleh dimasuki orang-orang bersenjata menuntut wilayah sebahagian dari wilayah kita secara kekerasan atau apa cara jua?

Kalau tsunami yang melanda Jepun lebih setahun lalu bukanlah disebabkan oleh kecuaian manusia, tetapi kerana kepayahannya menangani segala kesan tsunami itu termasuk logi nuklearnya, maka bukan sekadar Perdana Menteri dikenakan tindakan politik, bahkan kerajaan dan parti yang memerintah dihukum dengan menggantikannya dan kerajaan lailn dan Perdana Menteri lain.

Jika Lahad Datu itu berada di Jepun Perdana Menteri  akan disalahkan kerana gagal menjaga keselamatan hingga wilayah boleh dimasuki militan asing. Kedua sesudah wilayah diceroboh mengapa mengambil masa berminggu-minggu untuk bertindak? Ketiga mengapa keselamatan seperti tidak diserah kepada tentera tetapi diserahkan kepada polis sebaik saja kejadian berlaku?

Perdana Menteri nescaya tidak boleh lebih lama duduk di kerusinya. Orang akan minta dia meletakkan jawatan dan beri kerusi itu kepada orang lain. Kalau  dalam hal-hal yang tidak sesulit itu Perdana Menteri Jepun, Presiden atau menteri-mentenri Korea Selatan,  Perancis dan India dituntut meletak jawatan, maka apa lagilah dalam hal yang melibatkan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Atau paling kurang Perdana Menteri mungkin boleh diselamatkan tetapi Perdana Menteri mesti bertanya menteri dalam negeri mengapa boleh pantai  dan sempadan negara ini boleh dimasui bersenjata dari luar, bukan seorang dua tetapi mencapai angka ratus?

Sama ada menteri berkenaan buat kerja  atau tidak buat kerja, sama dia lemah atau sebaliknya, dia mesti ditanya dan mesti menjawab dulu. Sama ada dia disuruh berhenti atau dia minta berhenti, dia akan disalahkan dulu dalam kecuaian seperti itu.

Itulah sebabnya kita  selalu saksikan menteri  di negara-negara tersebut meletak jawatan bukan tunggu  dia salah  dan cuai, tetapi dia mesti memikul tanggungjawab dan akauntabiliti.

Menteri itu mungkin seorang yang  cekap, baik dan bertanggungjawab, tetapi dia ada maruah dan rasa malu, amanah telah diberi kepadanya, tiba-tiba amanah itu tidak dapat disempurnakan. Semua menteri yang bermaruah  dalam dunia akan mengambil tanggungjawab atas kelemahan dan kepincangan jabatan di bawahnya dengan meletakkan jawatan.

Menteri Pertahanan juga akan tanya mengapa tidak mengambil tanggungjawab dari mula-mula lagi apabila ia berlaku dengan menyatakan kepada Perdana Menteri  bahawa dalam hal seperti itu ia mesti  diserahkan kepada tentera, bukan dibiarkan kepada menteri dalam negeri  yang lembik.

Menteri Pertahanan tentu dengan nasihat para panglima beritahu Perdana Menteri dan kabinet hal itu mesti ditangani oleh tentera.

Apa pun mana-mana Perdana Menteri yang ada maruah dan tanggungjawab, tidak sekadar membiarkan orang memperleceh menteri-menterinya, dia dulu meletak jawatan. Dia mesti mengambil tanggungjawab menjaga maruah orang-orang di bawahnya.

Kerana Lahad Datu ini berada di Malaysia kerajaan tidak langsung menyalahkan dirinya atau bermuhasabah, tetapi mencari orang lain di luar kerajaan untuk jadi kambing berbagai bulu.

Tak Siar Mohon Maaf , Ahmad Said Hina Mahkamah


SHAH ALAM: Peguam Negara, SPRM dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan disifatkan sebagai menghina mahkamah apabila tidak menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dalam dua akhbar harian.

"Saya amat kesal kerana bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia sanggup menghina mahkamah apabila gagal, enggan dan ingkar perintah mahkamah yang dimeterai secara persetujuan pada 19 Mac lalu," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini.

Antara terma persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Yang Arif Datuk Lau Bee Lian ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, Ahmad Said, SPRM  dan  Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut dalam tempoh empat hari seperti yang diarahkan mahkamah. 

"Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian," kata Khalid dalam kenyataan medianya hari ini.


Pada 19 Mac lalu mahkamah merekodkan permohonan maaf dari Ahmad Said.

“Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan (gambar), dengan ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009, yang disiarkan di media,” katanya membaca kenyataan maaf yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Kenyataan yang dilakukan saya ketika itu sebagai ketua SPRM, dan ini adalah respon kepada soalan apabila ditanya oleh media mengenai siasatan SPRM ke atas Abdul Khalid,” katanya lagi.

“Saya membuat kenyataan tersebut tanpa niat jahat untuk memburukkan reputasi, imej dan intergriti plaintif.”

Dua defendan dalam kes tersebut, iaitu kerajaan persekutuan dan Ahmad Said, bersetuju permohonan maaf akan disiarkan di akhbar the New Straits Times di muka hadapan dan The Star dalam masa empat hari.

Khalid juga memperolehi kembali kos RM10,000 dari defendan.


Bagi Khalid, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah.

"Sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina saya secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah," katanya.

Tindakan defendan ini, katanya, selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia. 

Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini, getusnya.

"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan pihak defendan," kata Khalid.

Terjawab Sudah Tekateki Dimana Azmin Ali Dan Tian Chua Sama Ada Bertanding Aatau Tidak


GOMBAK 30 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Presiden KEADILAN , Mohamed Azmin Ali mempertahankan Parlimen Gombak, manakala Naib Presiden Tian Chua di kerusi yang dimenanginya di Parlimen Batu.

Anwar mengumumkan demikian pada ceramah perdana Merdeka Rakyat di PPR Bandar Baru Sentul dan Tapak Gerai MPS, Wira Damai, Gombak malam tadi.
Katanya, Azmin yang bermula sebagai pegawai kepadanya, muncul sebagai tokoh politik terkenal, dan kini merupakan pengarah pilihan raya bagi KEADILAN.
“Saya bincang dengan pimpinan parti dan kita minta supaya dia supaya terus mempertahankan dan menjadi Parlimen Gombak,” kata Anwar disambut tepukan hampir 5,000 hadirin di Gombak.
578160_494686387261229_899865936_n
Terdahulu sebelum itu, Anwar turut mengumumkan Tian sebagai calon di parlimen Batu di hadapan lebih 3,000 hadirin di jelajah padang PPR Bandar Baru Sentul.

“Sebab Tian tegas di luar dan di dalam parlimen. Yang salah dia kata salah. Yang benar dia kata benar. Jadi beri mesej untuk mempertahankan Tian Chua di (parlimen) Batu dan kawan-kawan terutamanya anak muda kena bantu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mendapat maklumat, serangan Umno-BN akan ditumpukan terhadap tiga pimpinan KEADILAN iaitu Azmin di Gombak, Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan Rafizi Ramli (Pandan)
“Saya dapat maklumat dari sebelah Datuk Seri Najib. Ini tiga kawasan (ditandingi) KEADILAN. Sebab Datuk Seri Najib bagi arahan khusus dengan apa cara jua pun mesti kalahkan Azmin di Gombak, dan Rafizi Ramli di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai.
“Di Permatang Pauh dia sukar, kerana habis dia dah fitnah. Sebab itu kita nak jawab Umno-BN dan Datuk Seri Najib. Bukan kamu yang tentukan. Tapi Insya Allah, rakyat yang akan tentukan,” kata Anwar disambut laungan Reformasi.

Wajib Dengar ,Semua Saluran TV DiMalaysia Tidak Ada Melapurkan Berita Ini....

Tidak ada yang paling bangsat dan lahanat punya manusia 
selain dari manusia yang di sebut oleh Saudara Asnan 
bekas D/O Sabah ini. 



P/s:  Lahanat!!!

Sumber: Lihat Disini

Ada Berani ? Orang DAP Cabar Ulamak Umno Berdebat, Atas Tajuk Haram Dan Berdosa Bagi Umat Islam Sokong DAP






Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP. Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

 Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM/Kredit Omakkau


P/S: Bukan nak tengok siapa menang dan siapa pandai tapi nak tenggok fakta siapa yang betul, biar rakyat yang menilai, bukan sekadar cakap sorang-sorang hentam orang tak jawab
cana boleh BERDEBAT ?

Jumaat, 29 Mac 2013

Shuhaimi Baba Bentang Maklumat Palsi Berkenaan Kelantan


KOTA BHARU: Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Shuhaimi Baba diminta merujuk kepada data sebenar sebelum menghebahkan sesuatu statistik tanpa ada asas tentang Kelantan.

Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof (gambar) berkata, amat malang sekali seorang penerbit filem tersohor melemparkan tuduhan tanpa ada asas terhadap negeri ini.


“Ada setengah pihak mempunyai sikap amat prejudis kepada rakyat, kerajaan dan negeri Kelantan sehingga setiap yang buruk, mundur dan hina itu ada di Kelantan.

“Akibat sikap itu telah mendorong untuk menabur maklumat yang kononnya berasas fakta dengan harapan memberi keyakinan palsu kepada orang ramai,” katanya di sini.

Ketika menyertai forum Sinar Harian di Shah Alam Selasa lalu, Shuhaimi mendakwa Kelantan memiliki statistik tertinggi di Malaysia berkaitan perceraian, pelacuran dan penagihan dadah.

Malah beliau yang juga pengarah filem dikatakan mempertikai amalan Islam di negeri ini.

Dr Abdul Halim berkata, malangnya fakta dibentang Shuhaimi bertentangan dengan statistik yang ada di JAKIM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya setakat ini belum ada badan yang mengeluarkan statistik jumlah pelacuran kerana profesion itu dilarang di Kelantan.

“Sedangkan kesan polisi Membangun Bersama Islam telah berjaya menjadikan negeri ini lebih tinggi nilai moral dan indeks keamanan.

“Timbul persoalan bagaimana dan di mana beliau membuat kajian ini. Apabila mengatakan filem arahannya ‘Tanda Putera’ hasil kajian dan penyelidikan maka sudah tentu orang ramai mempertikai tahap kajiannya.

“Sekiranya fakta yang beliau gunakan untuk membuat penyataan tentang Kelantan itu menjadi kayu ukur, keupayaannya menghasil filem tersebut juga boleh dipertikai,” ujarnya.

Oleh itu Dr Abdul Halim berharap semua pihak supaya lebih bertanggungjawab di atas kenyataan mereka dan hendaklah berpandu kepada neraca yang berimbangan dan bukannya hawa nafsu.

Menurutnya kenyataan yang menyimpang hanya menjadikan mereka menipu diri sendiri dan menjadi alat kepada permainan politik kotor.

Khamis, 28 Mac 2013

'M'sia akan beli 18 pesawat tempur baru'




Malaysia menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia, kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syarikat disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai berkata kepada Reuters.

NONE"Kami sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.

"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."

Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.

Langkah itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.

Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun.


P/S : Beli lah kalau ada keperluannya,memandangkan perairan negara begitu mudah di ceroboh ,elok lah Malaysia beli. Asal jangan sampai ada yang mati kene bom  dah la....

Apa selepas PRU13 ― Abdul Muiz Azmi


Ketika artikel ini ditulis dan disiarkan, Dewan Rakyat masih berbaki empoh sebulan lebih untuk terbubar secara automatik. Masih ada dalam kalangan kita terkeliru di antara Parlimen dan Dewan Rakyat. Parlimen sebenarnya merujuk kepada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tetapi apabila sudah terbiasa menyebabkan ramai yang menganggap Parlimen itu Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat itu Parlimen.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia apabila Parlimen dibiarkan lanjut sehingga menghampiri tempoh matangnya. Banyak telahan dibuat seperti BN takut partinya kalah,BN sedang mengatur strategi dan sebagainya. Terdapat juga yang mengatakan bahawa BN mahu melaksanakan sehabis mungkin segala inisiatif dan dasar transformasi yang dibawa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Pilihanraya umum kali ini diakui ramai bahawa akan menjadi paling sengit. Hal ini kerana PAS, DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi berperangai seperti parti pembangkang biasa. Mereka sudah tekad dan mula menunjukan diri mereka sebagai kerajaan dalam penantian selepas mereka Berjaya menafikan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas pilihanraya umum 2008 yang dianggap sebagai “tsunami politik”, Barisan Nasional (BN) sudah mula mempercayainya bahawa selepas 2008, mereka berkemungkinan akan menjadi parti pembangkang pada masa akan datang.
Hikmah daripada “tsunami politik 2008”, Malaysia mula menuju ke arah dimensi politik baru. Malaysia sudah ke arah mengamalkan sistem dua parti iatitu BN dan PR. Kini, pada tahun 2013, buat pertama kalinya parti-parti pembangkang seperti PAS, DAP dan PKR akan turun ke gelanggang pilihanraya sebagai satu muafakat politik di bawah nama PR. Adapun begitu, masih terdapat parti-parti lain yang boleh menjadi seperti PSM, KITA, Berjasa dan lain-lain boleh dikategorikan mewakili suara ketiga dalam politik Malaysia. Namun begitu, saya merasakan berkemungkinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai PR. Parti-parti politik dan NGO yang lain sekadar tidak memberi apa-apa impak. Bahkan apabila saya membaca berita bahawa Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 ini menggunakan logo parti Berjasa serta Gerakan Mahasiswa13(GE13)mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan, saya rasa kedua-dua pihak ini hanya menyibuk dan memanaskan suasana pilihanraya sahaja. Walaubagaimanapun, di ambang pilihanraya umum ke-13, suasana sememangnya makin panas dan menarik.
Dasar BN dan PR
Setakat ini, BN belum mengeluarkan apa-apa manifesto pilihanraya. Tetapi PR telah bertindak lebih awal dengan mengumumkan manifesto mereka. Saya telah pun membaca manifesto PR beserta dengan Buku Jingga yang mereka pernah tonjolkan sebelum ini. Secara peribadinya, saya melihat manifesto pilihanraya PR merupakan kesinambungan daripada Buku Jingga. Pemimpin-pemimpin PR mendakwa kebanyakan idea dan dasar PR telah ditiru oleh parti pemerintah BN. Saya memerhati sedikit sebanyak manifesto PR. Kebanyakannya relevan namun adakah semua dasar ini akan dilaksanakan dengan jayanya selepas PR membentuk kerajaan persekutuan?. Saya tidak mahu bincang manifesto PR di sini. Anda semua boleh baca dan menilai sendiri. Seharusnya politik negara kita perlu bergerak dengan lebih matang dan professional. Ini adalah satu perkara positif apabila kedua-dua gabungan parti politik ini memperkenalkan gagasan masing-masing demi kesejahteraan rakyat.
Apa Selepas PRU13?
Saya tidak mahu membuat ramalan parti manakah yang bakal menguasai Putrajaya nanti. Walaupun saya sudah mendapat sedikit gambaran mengenainya tetapi biarlah ramalan itu terus menjadi ramalan sehingga pada hari mengundi nanti. Sebagai rakyat Malaysia, saya cuma berharap politik Malaysia akan berubah. Politik Malaysia perlu melakukan anjakan paradigm. Amalan politik fitnah dan politik lucah mesti dihentikan segera. Saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang membaling cat, telur, batu serta menganggu majlis orang. Saya juga mahu badan-badan penguatkuasa seperti polis bertindak dengan professional. Pihak yang berjaya menguasai Putrajaya nanti haruslah betul-betul membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Tiada lagi rasuah, kronisme, nepotisme dan segala perkara keji dan mungkar di dalam politik pentadbiran. Manakala pihak yang kalah harus redha. Jangan pula nanti ada parti politik membuat huru hara terutamanya bagi parti yang sudah lama memerintah dan tetiba meroyan kerana kalah. Jika merasakan bahawa pilihanraya itu penuh dengan penipuan dan penyelewengan maka ia harus di bawa ke muka pengadilan. Sebab itu, tanpa segan-silu, saya menyokong 10 tuntutan BERSIH. Pilihanraya kita masih ada keraguan dan perlu ditajdidkan demi kebaikan negara. Seperkara lagi, budaya politik pasca pilihanraya umu ke-13 mesti berubah. Tiada lagi istilah “kuda tunggangan”, “balaci”, “macai”, “pencacai”, “alat”, “ejen” dan sebagainya.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider/-

WAJIB TONTON: Cerita menarik isu Lahad Datu...




Wajib Tonton : Siapa Mungkir Janji..!! Serangan & Penyelesaian Lahad Datu

Lu orang google jelah pengakuan bekas D/O Sandakan di bawah nih...;





"Saya ulang.. kalau ada SB - SB (anggota cawangan khas) di sini mahu rakam.. sila rakam.. satu salinan hantar ke rumah Mahathir, dakwa saya jika saya FITNAH!"

Hari ini, seorang bekas ketua daerah Sandakan, Sabah Hassanar Ebrahim dengan beraninya mencabar SB-SB upahan Umno untuk menghantar salinan video siapa sebenarnya petualang jual negara?
hahahaha.... kepala lutut mamak tua tu dah ketaq woooiiiii.....!!!!
hahahaha.... pasti blogger2 umno laknatullah kata "ntah berapa banyak wang Anwar upah bekas D/O nih..."
hahahaha.... polis mesti kecut teloq nak tangkap mamat nih.. pasal fitnah mamak Mahadeath...
hahahaha... mampus umno laknatullah....

p/s: Malaysia.... selain daripada pengeksport Babi terbesar di Asia.... Malaysia juga adalah pengimport warganegara asing yang terbesar di dunia.... Malaysia BolehLand.... macam2 ada selagi di bawah pemerintahan barisan nasional aka umno laknatullah....!!!!

Jom, Masuk K/api Khas Untuk Wanita Di India

GERABAK keretapi di India ini, dicadangkan khas bagi penumpang
 wanita untuk keamanan dan keselesaan semasa perjalanan. 
Akan bebas dari rogol?
Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan. 
Gambar wanita dekat pintu masuk gerabak kereta di Stasiun Kereta Api 
Chhatrapati Shivaji Terminus di Mumbai, (2/11/12). 
 Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan.
Wanita-wanita ini cuba memasuki gerabak keretapi khas utuk wanita yang penuh
 sesak menuju Delhi di Stasyen Keretapi Noli di Pradesh, (10 /10/12). Beberapa 
gerabak keretapi di India, dicadangkan supaya ada khas untuk penumpang wanita.
Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan.

 Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan.

Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan.
Penumpang wanita sedang menunggu keretapi khusus wanita yang bergerak 
di Stasiun Kereta Api di Mumbai, (6/12/12).
Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan.

Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan.

Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan. 
Seorang penjual menjual sayuran di dalam keretapi khas wanita di Mumbai, 
(6/12). Di Mumbai ada dua kereta cadangan setiap hari kecuali 
Minggu untuk penumpang wanita.  
Gerbong kereta api di India di cadangkan khusus penumpang wanita untuk keamanan dan kenyamanan saat perjalanan.
Seorang wanita berdiri sedang bercakap telefon dekat pintu kereta yang 
terbuka khusus wanita di Mumbai, (6/12/12). (IH)