SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 31 Mei 2013

Woi Pertama Kali Dan Jadi Sejarah Di Selangor "Tahniah Hannah Yeoh, Penghormatan Kepada Wanita" Umno Ada Buat ??



Sejarah Tercipta Di Bumi Selangor.. PAKATAN RAKYAT Buat Sesuatu Di Luar Dugaan Ramai..

SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN.

“Pakatan sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang pertama dalam badan perundangan di Malaysia,” katanya yang terharu dengan perlantikan tersebut.

Anwar MENANG Saman Terhadap S. Nallakurapan

[SH] SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.

Mahkamah rayuan kekal hukuman bersalah Khir Toyo "Selamat Jalan Dr Mohd Khir Toyo " Ke Penjara



Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.

Khir merupakan menteri besar Selangor yang kedua disabitkan kesalahan rasuah, selepas Datuk Harun Idris.

Walaupun pihak pembelaan mengemukakan 33 alasan rayuan, tetapi mahkamah menggabungkannya kepada enam perkara, iaitu:
  • Persoalan sama ada dia adalah seorang penjawat awam;
  • Sama ada pembayaran sebanyak RM3.5 juta untuk membeli harta itu mengikut harga pasaran;
  • Sama ada dia mempunyai hubungan dengan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni;
  • Sama ada Shamsuddin telah menjadi rakan kongsi dalam jenayah;
  • Kredibiliti kontraktor Nasir Ismail; dan
  • Sama ada pembelaan Khir boleh diterima.
Kepada semua soalan tersebut, Hakim Azahar berkata hakim Mahkamah Tinggi betul berhubung fakta bahawa Khir adalah seorang penjawat awam - iaitu bekas MB dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - dan mahkamah berpuas hati dengan kredibiliti Shamsuddin, yang menjual rumah untuk Khir, bersama-sama dengan Nasir sebagai kontraktor yang mengubahsuai harta tersebut.

Katanya, Khir telah menunjukkan minat dalam harta yang dinyatakan di atas sebelum Shamsuddin menjual kepadanya, malah dia juga telah membayar terlebih dahulu kos pengubahsuaian.

Menurutnya, RM3.5 juta itu bukan jumlah yang adil dan munasabah untuk membelinya kerana Shamsuddin telah membeli hartanah itu pada harga RM5.5 juta beberapa tahun sebelumnya.

Oleh itu, Hakim Azahar berkata, adalah perlu bagi Mahkamah Rayuan untuk tidak mengganggu penghakiman Mahkamah Tinggi.

Mengenai hukuman ke atas Khir, Hakim Abu Samah berkata petang ini bahawa hukuman itu adalah budi bicara mahkamah dan "kita tidak cenderung untuk mengganggu hukuman (oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam), termasuk pelucutan hak, kerana subjek pertuduhan adalah harta yang berharga. "

"Kami mengekalkan hukuman dan pelucutan hak tersebut," Hakim Abu Samah memerintah.

Shafee berkata, beliau menerima arahan supaya merayu keputusan itu dan memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami akan memfailkan rayuan esok," kata Shafee.

DPP Dusuki Ahmad membantah sebarang penangguhan hukuman, dengan alasan sesuatu rayuan tidak beroperasi sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun, Hakim Abu Samah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Khir.

Khamis, 30 Mei 2013

Din Ayam Serta Konco-Konco Terus Diperkatakan



Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.


Menulis dalam blognya hari ini, Khalid menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.

"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.

"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.

"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.

Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.

Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.

Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon yang memperolehi 16,387 undi.

Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.

"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.

Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".

"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!".

Anwar tidak melanggar perjanjian PRU sebaliknya Najib berkempen tanpa beretika


Bila aku baca entri sahabat saya yang antara lain beliau menulis :
 "Apabila ada pimpinan PAS yang berjumpa umNo maka hangpa kata UG... Nak khianat PR... biarpun ulama telah menjelaskan tujuan tersebut...maka hujah popularnya ialah... MENGAPA SULIT... MENGAPA SECARA BERSEMBUNYI???"
Saya pun hantar komen dan sahabat saya tu pun jawab.Lihat printscreen berikut:


Ikhlas, bahawa saya nak tahu apa ke bendanya yang dikatakan perjanjian antara Anwar dan Najib tu. Sebagai berpegang dengan tuntutan ajaran Islam sebagaimana ayat 6, al-Hujrat :

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya ..., maka berkewajipanlah bagi saya untuk bertanya.

Pertanyaan saya ringkas tetapi menuntut kepada 3 persoalan :

1) Apa isi perjanjian tersebut
2) Adakah ianya akan memudaratkan Pakatan?
3) Korang boleh percayakah mengenainya?

Tetapi sayang, sahabat saya ini, memilih untuk menjawab secara sinis.Korang tengoklah sendiri dia menjawab. 

Dalam entrinya itu antara yang beliau tulis ialah :
Apabila ada pimpinan PAS yang berjumpa umNo maka hangpa kata UG... Nak khianat PR... biarpun ulama telah menjelaskan tujuan tersebut...maka hujah popularnya ialah... MENGAPA SULIT... MENGAPA SECARA BERSEMBUNYI???
Nampaknya sahabat saya ini, terlalu percaya dengan laporan Wall Street Journal (WSJ),Sabtu lalu yang melaporkan Jusuf mendakwa Anwar telah melanggar perjanjian PRU itu.

Seperti lagak ikan haruan yang kelaparan, dia telan terus umpan anak katak  yang ada didepanya tanpa mahu merujuk kepada peringatan Allah ayat 6 al-Hujarat.

Allah perli kita ~ Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri ....44 : al-Baqarah

Menurut Anwar, “Saya tidak pernah adakan perjumpaan bersama Najib walaupun ada berhubung melalui telefon. Pertemuan antara saya, Jusuf dan Najib diadakan pada waktu yang berlainan."

Jauh benar sebagaimana UG yang cuba menafikan pertemuan sulit antara PAS dan Umno bila ada blog mendedahkan mengenainya.

Mahfuz Omar sendiri cuba menafikannya di sini Sudah-sudahnya Mahfuz terkantoi dan tak tahu nak kata apa....Mahfus terpaksa pula minta maaf kepada ahli parti...
Beberapa pemimpin kanan PAS juga turut menghadapi kesukaran menjelaskan kepada ahli dan penyokong parti apabila Abdullah Badawi mendedahkan beliau sendiri terlibat dalam tiga pertemuan dengan PAS. Sila baca di sini

Majlis Syura Ulama terpaksa mengadakan satu pertemuan khas di kediaman rasmi menteri besar Kelantan melibatkan tujuh daripada 13 anggota anggota majlis itu, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin.

Pertemuan itu bertujuan membincangkan kekeliruan berhubung pertemuan sulit antara pemimpin tertinggi PAS dengan Umno yang diwakili presidennya sendiri dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Perlu diingat bahawa pertemuan sehingga tiga kali antara pemimpin PAS dan Abdullah hanya membincangkan tentang pengagihan jawatan dan usaha memecahkan Pakatan Rakyat ia tidak layak dipanggil 'muzakarah' mahu pun 'muqabalah'

Janganlah nak dinafikan tentang adanya komplot ini.Hingga ke hari ini kita boleh lihat kelaku Nasharudin dan Hasan Ali yang masih memperjuang agenda UG.
Kembali kepada kenyataan Anwar yang mengulas mengenai perjanjian dengan Najib, dengan tidak semena-mena, Anwar telah tolong menjawab 3 persoalan saya di atas tadi.

Menurut Anwar, beliau bersedia untuk menandatangani perjanjian itu kerana syarat yang dibincangkan bertepatan dengan apa yang diperjuangkan PR selama ini.
1) Bersetuju mematuhi etika berkempen oleh kedua-dua parti lawan, ruang media yang bebas tiada serangan peribadi atau kecaman di media (milik Umno).

2) PRU yang bebas dan adil.

3) Apabila kedua-dua faktor tersebut dipatuhi (1) dan (2), pihak yang menang perlu hormati dan beri transisi berlaku dalam keadaan aman, terima keputusan dengan baik, tidak ada unsur dendam dan permusuhan serta harus ada semangat untuk rekonsiliasi iaitu menenteramkan keadaan.
Apa masalahnya? Adakah perjanjian tersebut boleh memudaratkan Pakatan? Namun Najib tidak pernah menandatangani perjanjian tersebut dan jauh sekali meniti diatas garis-garis yang dipersetujui.

Ternyata Anwar tidak melanggar perjanjian PRU itu sebagaimana dakwaan  Wall Street Journal (WSJ) Sabtu lalu.Sebaliknya lihatlah apa yang Najib lakukan selama berkempen tanpa beretika langsung.

Adalah sangat dikesali kerana ada pula yang mengaku memperjuangkan Islam boleh bersubahat dengan putar belit media dalam isu ini.Baca dari sumbernyadi sini

Kini Sebatang Kara? Kasihan Anwar Ibrahim...


Oleh: Pok Cik Dean

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 – bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS… DAN WAHAI AHLI PKR DAN PAKATAN RAKYAT..!!!

23 Jun 2013 : Ayuh cipta sejarah Malaysia!!


Seruan untuk seluruh rakyat Malaysia!! Mohon sebarkan!!

9.00 mlm (23 Jun)

- Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia.
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Ucapan aktivis
- Persembahan aktivis seni
- 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok.

8.00 pagi (24 Jun)

- Ketibaan Ahli Parlimen
- Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN)
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Kenyataan media bersama
- Menilai jumlah kekuatan (*)
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin.

Kertas Undi Dikira Awal & Peti Undi Tak Sampai Ke Tempat Pengiraan

Keadilan semalam mendedahkan salinan laporan polis oleh dua saksi berhubung salah laku pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan peti undi awal.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, undi awal dan undi pos sememangnya diragui dan boleh dimanipulasi, sekaligus memungkinkan keputusan diseleweng bagi memenangkan calon BN.

“Keputusan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila calon-calon Pakatan Rakyat hanya mendapat sekitar 10 hingga 15 peratus undi awal, jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU lepas iaitu sekitar 30 peratus,” jelas Rafizi.

“Saya tampilkan dua bukti pada hari ini untuk membuktikan bahawa integriti undi awal diragui,” katanya.

Salinan laporan yang pertama dibuat di Balai Polis Masjid Tanah oleh ejen calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap (Genie Lim) yang mengiringi peti undi untuk disimpan di lokap simpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

“Semasa saya bersama anggota rombongan yang mengiringi SPR membawa peti undi sampai ke lokap simpanan berkenaan, dan saya lihat sejumlah tujuh hingga lapan anggota SPR sedang mengira kertas undi,”kata saksi, Abu Hussin Tamby dalam laporannya.

Mengikut peraturan SPR, proses mengira kertas undi hanya akan dijalankan selepas pengundian ditutup dan disaksikan wakil parti yang bertanding.

Satu lagi laporan adalah berhubung peti undi awal yang tidak sampai ke tempat pengiraan undi pada masa yang ditetapkan. Menurut saksi, Shairi Md Tajudin yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Hulu, pada 5 Mei lalu berkata, karung undi pos tidak sampai ke Dewan Bandaran Gerik pada masa yang ditetapkan sehingga menyebabkan kiraan undi ditolak.

“Saya beranggapan ia adalah salahlaku yang disengajakan SPR bagi memberi kemenangan kepada BN di Parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu,” katanya dalam laporan tersebut.

“Kedua-dua kejadian membayangkan betapa longgarnya kawalan, seliaan dan integriti peti undi awal sehingga boleh hilang dan dibuka begitu saja,” kata Rafizi mengulas bukti tersebut.

Benarkan Rakyat Berhimpun Aman Kerana Ia Selaras Dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan- Prof Agus Yusoff

SHAH ALAM, : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.


Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.

“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.

Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.

Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.

Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.

Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.

Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan meraikannya.

Rabu, 29 Mei 2013

Sudah Tiada Pemimpin Dalam Unmo Yang Berwibawa ?? -Mahathir

Kedudukan Muhyiddin kritikal selepas kenyataan Mahathir ...


KUALA LUMPUR: Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.

Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:  “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”

“Ini memberi tamparan kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini beliau adalah 'Prime Minister material' di mata Mahathir. Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang kerana nyawa politiknya telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.

“Sepatutnya Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin itu cukup pelik. Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata beliau lagi.

Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin tiada cara untuk menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Ini kerana katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad.

“Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula seolah-olah sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Boleh kalau mereka boleh puaskan hati semua warlord dan kini saya percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak dapat satukan semua warlord. 

"Najib sudah pasti akan cuba umum jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang layak mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan perbualan./~harakahdaily

Kisah Ketamakan Dan Kebodohan Din Ayam

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.

Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Islam cara Din Ayam laksanakan hudud dan Qisas sahaja. Masa PAS perintah Kedah dia tak pernah pun paksa laksana hudud dan Qisas. Berjuta-juta alasan dia bagi nak kata Kedah terkecuali laksanakan hudud dan Qisas. Din ayam nak bagitau kita, wajib itu bila dia kata wajib. Kalau dia tak kata wajib, ia tak jadi wajib. Islam kroni cara Islam Din Ayam sang menantu Hadi.

Mungkin Din Ayam nampak islam itu hanya hudud dan Qisas. Rasuah, tindas, ISA itu bukan larangan islam. Mungkin bila PAS perintah nanti, Din Ayam akan digunakan seribu satu dalil nak halalkan rasuah kot? Nak halalkan tindas kot? Nak halalkan ISA kot? Almaklumlah, Islam hanya sah dari tafsiran Din Ayam. Selain Din Ayam adalah Islam tak benar (?)

PSM yang lawan ISA itu tidak sah pada pandangan Islam cara Din Ayam. PSM lawan Rasuah itu tidak sah. Dr Jayakumar gunakan duit AP-nya untuk buat jambatan rakyat itu tidak sah. Tetapi yang sah adalah Hashim Jasin ambil AP-nya buat beli kereta pocher untuk anak. Hebat Islam cara Din Ayam ni rupa-rupanya.

Din ayam kata UMNO menang itu lebih baik dari PSM menang. Mungkin menantu presiden tu nak kata bahawa rasuah itu lebih baik, ISA itu lebih baik, tipu duit rakyat itu lebih baik. UMNO yang lansakan benda ni. PSM konsisten lawan semua ni.

Sebenarnya Kota Damansara tu kerusi PKR. Bukan kerusi PAS. Tahun 2004 PKR bertanding di DUN Paya Jaras. Kota Damansara pula PAS bertanding. Haji Arif calon PAS Kota Damansara masa tu. Tp tahun 2008 PAS minta tukar kerusi Paya Jaras dengan PKR. PAS nak bertanding di DUN Paya Jaras. Dun Kota Damansara pula PAS bagi kepada PKR. Tahu-tahu PKR menang di DUN kota Damansara. PAS kalah di DUN Paya Jaras.

Kalau Din ayam nak PAS bertanding di kerusi Kota Damansara. Kenapa Din ayam tak bagi kerusi Paya Jaras kepada PKR? Oh, Din Ayam amalkan islam kroni. Islam Hadi dan menantu.

Bila tahun 2008 PKR menang di Dun Kota Damansara, Din Ayam dah mula merepek. Dia duduk di seksyen 8 Kota Damansara. Dia mula kata orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Orang itu tidak Islam, orang ini tidak Islam. Yang islam hanya datang dari dia sahaja. Dia mula buat fitnah macam-macam kat Dr Nasir. Geng dia tukang sebar. Dorang kata Dr Nasir tak sembahyang. Dorang kata Dr Nasir tak puasa. Islam cara Din Ayam ni boleh tuduh orang. Fitnah orang dapat pahala pada Din Ayam.

Din ayam semakin tamak. Masa isu ADUN Bukit Lanjan. Gambar Elizabert wong tersebar. Menantu presiden PAS tu buat kenyataan minta DUN Bukit Lanjan itu diberikan kepada PAS.

Bila datang tahun 2013. Din ayam sekali lagi pamerkan tamak. PAS kawasan Subang dah buat keputusan dah yang PKR bertanding di kerusi itu. masalah PKR nak bubuh calon PSM atau tidak, itu PKR punya pasal la. Sebab itu kerusi PKR. Macam PAS letak hasan ali dulu kat DUN Gombak setia. Kalau PKR masuk juga bertanding, mesti PAS pun marah. PAS nak letak hasan ali ke kat DUN Gombak tu, PAS punya pasal la.

Bila PAS Kawasan Subang dah tau bahawa Dr Nasir bertanding di DUN Kota Damansara atas tiket PKR. Lawyer Razlan asalnya calon PKR pun dah tarik diri. Dia bagi laluan kepada Dr Nasir Hashim. PAS kawasan subang pun buat keputusan tak akan bertanding.

Tp, malam penamaan calon lain pula jadinya. Watikah calon PAS pun sampai. Hadi yang tandatangan. PAS selangor dan PAS pusat tak tau. Timbalan presiden kata itu kerusi PKR. Semua Naib presiden pun kata benda sama. PAS selangor pun kata benda sama. SU Agong PAS pun kata benda sama.

Tp Hadi sahaja yang diam. Rupa-rupanya Hadi dipengaruhi Din Ayam untuk tandatangan watikah. Lebih-lebih lagi Calon PAS Kota Damansara itu kawan baik Din Ayam masa belajar di Mesir dulu. Sama-sama dalam PMRAM.

Masa hari penamaan calon. Dorang sekali lagi licik. Dorang tak datang awal. Dorang datang lewat. Bila dah selesai semua calon-calon DUN dalam Parlimen Subang masuk dewan penamaan calon baru dorang masuk. Selepas Khairuddin masuk. Selepas Sivarasa Masuk. Selepas Elizabert wong masuk. Tiba-tiba dengar takbir.

Orang-orang PAS yang berada di bahagian hadapan terkejut. Dorang tengok calon PAS dah masuk dah. Ni calon mana pula. Dorang ingat calon ISMA. Rupa-rupanya calon PAS. Riduan Ismail. Pandai dorang buat strategi. Kalau dorang datang awal. Nanti sempat Khairuddin selesaikan lebih awal sebab Khairuddin tu setiausaha PAS Selangor. Tp dorang datang lambat supaya Khairuddin tak sempat nak selesaikan benda ni. Memang kerja dorang licik. Din ayam mastermindnya. Tahniah hadi ada menantu macam Din Ayam.

Bila Din Ayam berhujjah. Dia guna hujjah lawak. Alasan dia 7 ribu undi PAS itu tak akan undi calon PKR. Kata Din Ayam 7 ribu tak akan keluar mengundi kalau PAS tak bertanding. Mungkin Din ayam nak pakai logik. Kalau PKR tak bertanding mungkin 14 ribu undi tak akan undi PAS. Hujjah intelek Din Ayam lebih hebat dari hujjah seekor kambing.

Din Ayam ni sesuai sangat jadi penasihat Hizbut Tahrir atau ISMA. Din Ayam ni salah seorang Ahli majlis Syura Ulama. Dia buat keputusan. Dia dilantik sebab dia menantu Hadi. Kalau dia bukan menantu dia tak akan jadi Ahli Majlis Syura Ulama PAS punya. Majlis Syura Ulama PAS ni penentu dasar dan keputusan parti. Dia boleh buat desakan supaya PAS keluar dari PR dengan fatwa-fatwa dia. Islam Din Ayam, Islam kroni anak menantu Hadi.

Yang benar;
KD (Kambing Din)

Sumber : Dari sini

Wow ! Rafidah dan Azran...Buat Apa Tu ? (Ini Lah Gaya Hidup Pejuang Islam,Umno Dan Macai)

Wow ! Rafidah dan Azran...Buat Apa Tu ?

Tuang apa tu Azran ?
Pergerakan Wanita UMNO hari ini melahirkan rasa hairan dengan sikap Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang masih berdiam diri berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata, Rafidah selaku pengerusi syarikat berkenaan tidak harus bertindak demikian memandangkan sikap Azran itu umpama tidak menghormati kepimpinannya sebagai bekas pemimpin Wanita UMNO yang membela kepentingan wanita Melayu di negara ini.

"Azran sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.

"Tindakan tegas daripada Rafidah juga didesak bagi membuktikan semangat kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia masih terus kekal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk Apa lagi Cina mahu? pada 7 Mei lalu.

Kenyataan biadab itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menuntut penjelasan Rafidah berhubung kenyataan Azran berkenaan.

Mengulas lanjut, Rosni berkata, Rafidah tidak seharusnya lantang mengkritik dan mengadu-domba pada landasan Wanita UMNO semata-mata.

Tetapi, kata beliau, apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, Rafidah mengambil keputusan untuk berdiam diri atau mungkin bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut.

"Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO?" soalnya.

Persoalannya, tambah beliau, apakah Azran membuat kenyataan tersebut setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih rasis daripada Utusan Malaysia sendiri?

"Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu," tegasnya.



Selepas tuang sepertimana gambar di atas untuk meraikan penerbangan ke China, sekarang kita ke Jeddah pula seterusnya ke Mekah dan Madinah untuk cuci dosa....


Sumber : Baca disini

Selasa, 28 Mei 2013

PAS Tuntut Satu Jawatan Khas Di Selangor.

Dengan ura2 perlantikkan Saifuddin Nasution ke dalam kerajaan negeri, Pas Selangor juga mempunyai satu pendapat berkenaan hal tersebut.
Baca bawah ;KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR ABDUL SAMAD : SELANGOR JUGA NEGERI PAS.

Ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" sepertimana selama ini mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.

PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Selangor adalah unik kerana selain dari menjadi "negeri PAS" ia juga "negeri DAP" dan "negeri PKR". Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini "negeri mereka" kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ianya adalah "negeri Pakatan Rakyat" yang sebenar.

Oleh yang demikian, pimpinan PAS terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincang dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP.

Dengan ura-ura perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai "political liaison" atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor, seorang Naib Presiden PAS juga mesti ditugaskan untuk memantau urusan-urusan harian di Selangor.

Ahli-ahli telah bekerja keras untuk mengukuhkan dan mengembangkan pengaruh PAS di Selangor, sudah tentu mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari pimpinan tertinggi
Iskandar Abdul Samad*Pandangan saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan / Ahli Dewan Negeri Chempaka



Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2UbPOjpPp

Presiden Anak Bersuara


Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama(1951), PAS mengharungi liku2 perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang. Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam politik negara.

Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU 13, tersasar dari 54 parlimen target seperti di umum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Dato' Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.

Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu2nya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang2nya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.

Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!

Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 Ngo di Amcorp Mall PJ sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji2 dalam manifesto.

Notis mesyuarat agong di semua peringkat telah di keluarkan oleh Setiausaha Agong PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Samada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.

Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yg berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!
Kalah dalam pilihanraya bukan berarti tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, Sahabat dan pejuang terdahulu yg jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi berguna.

PAS telah melalui tempoh2 pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger2 pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.

Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dlm masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang halatuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari2 yg mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yg tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing2. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yg penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.

Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yg lebih berwibawa.

ANAK mesti diperkasa seperti Ngo2 lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yg silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.

InshaAllah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yg menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yg suci dan murni ini...

Daripada terus membicarakan polemik Ulama' atau profesional, yang kadangkala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.

Mudah2an kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masadepan.