SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 12 Jun 2013

Hebatnya Ciptaan Tuhan

Punggung Wanita Boleh Dibuat Meja

Punggung Wanita Boleh Dibuat MejaSeorang wanita berumut 42 tahun bernama Barbie Edwards mempunyai punggung yang sangat besar, sehinggakan boleh menjadi sebuah meja.Tempat letak makanannya. Dengan punggung yang besar ini, dia cuba untuk memecahkan Guinness Book of Records satu hari nanti. -the sun.



Sumber

Bicara semula boleh kesan pembunuh sebenar Altantuya



KUALA LUMPUR 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata Pengarah Guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilan Daily.
Latheefa
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan).
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi.
Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kes beliau membunuh Altantuya.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.
azilah sirul
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Selasa, 11 Jun 2013

Semakan: Tiada acara di P Merbok bukti DBKL tunduk tekanan BN

KUALA LUMPUR 11 JUN: Sekretariat Pakatan Rakyat mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.
Rafizi
“Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur:
1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald. (McDonald’s Olympic Run)
MOM
2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.

3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.
4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.
merbok1
“Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan.

Jelasnya, kata beliau acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.
Rafizi turut menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:
1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi “Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja”.
2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga.
3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen.
4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.
“Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu,” tegasnya.

Rabu, 5 Jun 2013

Tindik Muka Guinness Book of World Record

Sekali pandang dah macam hantu dah, begitu seksanya wajahnya terpaksa ditindik dengan besi2 demi memenuhi dan menarik perhatian masyarakat dunia. Terdapat sebanyak 241 tindik di wajah dan lehernya dan dia berjaya mencipta rekod baru Guinness Book of World Record. Ada ker yang berani nak pecah rekod baru lepas ni? Huh! kebanggaan yang menyakitkan...tiada arah tiada simpang.


Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Pendaki Malaysia Ke Everest Maut Akibat Akut Ketinggian (AMS)

Pendaki Malaysia ke Everest maut akibat AMS

KUALA LUMPUR 4 Jun - Seorang pendaki Malaysia yang menyertai kumpulan
 pendaki Perbadanan Putrajaya ke Base Camp Everest,
 Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25,dilaporkan meninggal dunia 
akibat serangan penyakit akut ketinggian (AMS) di Banjaran Himalaya, 
dekat Katmandu, Nepal hari ini.

Manakala seorang lagi yang turut menyertai ekspedisi tersebut turut
mengalami serangan akut yang sama dan keadaannya dilaporkan kritikal. -
UTUSAN

Selasa, 4 Jun 2013

Laporan Polis: Calon BN Rampas Kertas Undi




[HD] KUALA LUMPUR:PKR hari ini mendedahkan bagaimana seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.

Pendedahan ini dibuat oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, dengan cara mendedahkan satu salinan laporan polis yang dibuat mengenainya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1. Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;

2. Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;

3. Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;

4. Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;

5. Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan

6. Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya


Bagi Rafizi (gambar), anggota Parlimen Pandan itu, dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

"Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan,"katanya.

Selama ini pun, katanya, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.
"Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

"Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu," katanya.

PKR Pertahan Ujud Pengundi Hantu Bangla

PKR mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Parti tunjang Pakatan Rakyat (PR) itu menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab untuk permusuhan yang ditunjukkan terhadap pekerja asing Bangladesh kerana kegagalan untuk menangani aduan pengundi hantu, mengukuhkan tuduhan kerajaan telah memenangi pilihan raya 5 Mei melalui penipuan.

Kita terima kenyataan mereka, mereka punyai hak tetapi kamu perlu tanya soalan ini: jika majoriti rakyat telah bercakap tentang ini dalam waktu yang lama, saya tidak fikir rakyat biasa Malaysia akan pergi dan membuat cerita tanpa apa-apa dan yang lebih penting ialah integriti pilihan raya adalah suci dan begitu penting kepada negara kita.

"Cara saya melihat ia adalah jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengundi hantu sama ada mereka adalah warga Bangladesh, Indonesia, Filipina ... apa yang lebih penting adalah pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk itu seperti SPR perlu mengambil serius dan menyiasat sepenuhnya.

"Tetapi mereka enggan menyiasat jadi ianya memperkuatkan lagi persepsi terdapat pengundi hantu dari luar negara," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini.
Semalam pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40,000 pengundi warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) seminggu sebelum pilihan raya 5 Mei sebagai tidak munasabah.

Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.

Naib Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia bertindak terhadap aduan itu.

"Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini. Kami tidak meminta orang ramai untuk membenci dan sebagainya tetapi kita tidak boleh membiarkan kejadian ini menjadi sesuatu yang kita mudah lupa."Anda perlu untuk mendesak dan menuntut SPR dan menjalankan siasatan berkaitan dengan profesional," katanya semasa sidang media yang sama.

Pemimpin PR telah menuduh parti pemerintah mencuri Pilihan Raya 2013 melalui amalan penipuan yang termasuk mengangkut warga asing ke negeri-negeri utama di Malaysia untuk mengundi BN.Pemimpin-pemimpin BN, bagaimanapun, menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berkata pembangkang masih belum menunjukkan apa-apa bukti kukuh untuk menyokong tuntutan itu.

Walaupun terdapat kebangkitan pembangkang, BN masih memegang kuasa dengan memenangi 133 kerusi berbanding PR 88, walaupun kurang tujuh kerusi daripada apa yang mereka perolehi pada tahun 2008.
Gabungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga kehilangan undi popular untuk kali pertama sejak 1969.

PR dan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih kini merancang untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar beberapa keputusan dalam 5 Mei pilihan raya, mendakwa mempunyai bukti kukuh penipuan dalam apa yang dikatakan pilihan raya paling sengit di Malaysia.

Antara bukti-bukti yang dikumpul adalah video kononnya menunjukkan warga asing diterbangkan satu hari sebelum pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melihat melalui pelan untuk reformasi sistem pilihan raya dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

Pemimpin PR, bagaimanapun, mendakwa langkah itu adalah lebih daripada satu latihan perhubungan awam dan mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan sebagai langkah pertama ke arah reformasi tulen pilihan raya.

Amaran JPA: Penjawat awam masih berpolitik bakal berhadapan tindakan



KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.


Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.

“Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.

Ketua Setiausaha Negara berkata penjawat awam kini perlu berfikir ke hadapan, iaitu lebih produktif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber terhad, lebih cepat dalam membuat keputusan dan tepat dalam merangka dasar atau program demi kepentingan rakyat.

Katanya, penjawat awam juga perlu mempunyai integriti, kreatif and inovatif dalam menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menggunakan saluran media sosial dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan.

Ditanya mengenai perkembangan rancangan mewujudkan Sistem Saraan Transformatif (SST) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia, Ali berkata proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan pada tahap pertama dijangka selesai menjelang akhir November ini.

“Pada bulan Julai pula, kita akan menyelesaikan enam skim perkhidmatan dan bakinya akan diselesaikan kemudian. Ini merupakan satu proses yang berterusan yang akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak,” jelas beliau. 

– Bernama 

Macam-Macam Hal

hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang kewujudan manusia yang pelik dan tergamak merosakkan diri untuk menarik perhatian orang.aku pun memang tak paham lah dengan dia orang ni kan.mungkin slogan hidup dia orang "hidup mesti berani"hahahaha.ada 8photo untuk tontonan yang aku sediakan.










Belum Ada Di Malaysia

Memang pelik kerusi ni. Rekaannya betul-betul buat orang yang duduk atas kerusi tu jadi seksi. he...hee....heee...
Kerusi Bikin Perempuan SEKSI
.
Kerusi Bikin Perempuan SEKSI

  REKAAN PELIK! (Kerusi Bikin Perempuan Seksi).

Isnin, 3 Jun 2013

Sirul mahu Mahkamah Rayuan isytihar perbicaraan silap

Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan.

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.

Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama.

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.

Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.

Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.

Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Rayuan pada 10 Jun.

Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

-Bernama

Enam Laporan Polis Dah Dibuat, Tentang Lebih 50,000 Kertas Undi PRU 13 ‘GHAIB’

PENGADU..Mohd Azlan Mohd Sharif 


PETALING JAYA, : Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.

“Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan,” kata Azlan.

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.

“Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.

Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu.

“Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya,” katanya lagi.


 Oleh Masdar Wahid 

Anak Muda, Jauhilah Zina Dan Perbuatan Yang Mempengaruhi Anda Melakukan Zina.


Sumber gambar di sini.






Harga Baru Rokok Siap Hisap


[AstroAwani] KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.

LGE Tubuh JK Anti Murtad DiKalangan Penganut Islam


Father Joseph Lim Guan Eng itulah gelaran yang diberi oleh pencacai terhadap Lim Guan Eng ketika menuduhnya menjadi dalang dalam agenda memurtadkan orang-orang melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum di Pulau Pinang hari ini telah melakukan perkara besar yang membelakangkan perlembagaan negara.

Lim Guan Eng telah menubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad bagi membendung aktiviti keluar Islam sesuka hati walaupun ia jelas bertentangan dengan perlembagaan negara yang menyatakan bahawa setiap warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas berhak memilih dan menentukan agama masing-masing. 


Mana mufti-mufti penjilat Umno ? kenapa tak buat bantahan ? orang bukan islam mencapuri urusan islam/orang melayu . Tak malu punya mufti.....suka mencampuri soal politik tapi soal agama sepi seribu bahasa....

Ahad, 2 Jun 2013

Najib Sedia Dicabar


Pemilihan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Umno akan dibuat pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden.

“Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Selain itu, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan untuk turun padang ke negeri-negeri bagi mendapatkan respons ahli parti sebelum pemilihan dibuat.

“Ia akan diketuai Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali. Pasukan ini akan mendapatkan respons ahli mengenai perlembagaan baru parti yang akan digunakan penggal baru nanti.

“Perlembagaan baru parti sudah dibuat tiga tahun lalu dan akan dilaksanakan pada penggal baru ini.
“Selepas itu, barulah mesyuarat bahagian dibuat seterusnya perhimpunan agung. Semuanya akan dibuat dalam tahun ini dan akan bermula 15 Julai depan,” katanya.

Menurut beliau, pemilihan pucuk pimpinan akan dibuka tetapi tidak kepada sayap seperti Pemuda, Puteri dan Wanita.

“Untuk pucuk sahaja, sudah ada lebih 150,000 ahli, jika nak disekalikan dengan sayap, pasti sukar.

“Keputusan juga harus dibuat dalam masa sehari itu nanti. Cuma mekanisme pemilihan itu masih belum diputuskan sama ada menggunakan biometrik, angkat tangan atau lain-lain kaedah,” katanya.

Najib turut berharap Umno akan terus kekalkan momentum sekarang memandangkan parti itu sudah mendapat kepercayaan rakyat pada PRU13 lalu.

Najib berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 tahun 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan Pas),” katanya.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaan merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah.

“Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya.

Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

- Sinar Harian

P/S: Seorang Presiden yang berani dan telus bunyinya macam telus je, 
tapi sebenarnya penuh dengan muslihat. Tak takut untuk dicabar
 tapi dah berapa tahun tangguh Mesyuarat pemuilihan ?, 
Konon parti dia je presiden nya berani bertanding. 
Parti orang lain dah dekat PRU pun masih buat 
pemilihan apa cite ? Umno ada ?

Fail Petisyen: BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin

Saifuddin
KUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat ‘meludah ke langit’ kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR.

“Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya,” ujar Saifuddin.

Tegasnya, mana-mana parti politik hanya akan memfailkan petisyen selepas meragui keputusan pilihan raya yang dikendalikan badan seperti SPR.

“Jadi tindakan Umno BN ini akan memalukan SPR sebagai badan bertanggungjawab yang  sebelum ini kerap kali mendakwa melaksanakan amanah dengan telus dan adil baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,”.

“Kalau sebelum ini, SPR sekadar mencuci tangan sahaja dengan memberikan pelbagai alasan dangkal apabila Pakatan kemukakan bukti kecurangan, sekarang mereka tidak boleh ambil ringan lagi bukti yang rakyat berikan,” katanya.