SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 24 November 2013

Wajah Barisan Kepimpnan PAS Bagi 2013 - 2015

Semoga lebih wibawa dengan pimpinan campuran kali ini.... Antara kumpulan Profesional dan kumpulan Ulamak. Bila keduanya bergabung pasti PAS lebih mantap dan perjuangan nya jelas memperjuangkan Islam kemercu dunia.... 

Ini sangat berbeza dengan Umno yang menjadikan islam hanya sebagai pejuangan hiliran sahaja , mereka itu hak indibidu bukan hak Negara. Lihat sahaja barisann pimpinan Umno berapa orang yang mewakili Ulamak ? atau mawakili kumpulan ugama islam ? Itu lah Umno yang buta mata hatinya.....

PAS walau pun telah bergabung dengan PKR dan DAP yang mengelar Pakatan Rakyat (PR) mereka masih  memperjuankan dan menegakkan hukum-hukum Islam berbanding dengan Umno yang sudah lebih 50 tahun memerintah tetapi masih tidak mampu untuk menegakkan hukumhukum islam.

PAS takut dengan rakan PR ? terutama nya DAP , untuk terus memperjuangkan menegakkan hukum islam HUDUD , begitu lah yuduhan dan tohmahan Umno kepada PAS . Unmo bagaimana pula, adakah dia berani menegakkan HUDUD ? 

Umno tidak akan mampu menegakkan HUDUD meskipun dia sedang berkuasa kini. Pertama sekali Umno takut kehilangan kuasa dan rakan dalam BN. Bagi Umno jangan kan hendak melaksanakan HUDUD  menyebut sahaja pun takut kepada MCA dan MIC kerana Umno takut kahilangan rakan kongsi neraka nya.
Sekali lagi tahniah kepada PAS berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai pertubuhan mengikut peraturan dan undang-undang pertubuhan. Sekalong tahniah juga saya ucapkan kepada barisan yang berjaya dalam pemilihan dan duduk di barisan Pimpinan, semoga dengan barisan yang ada ini PAS akan lebih berjaya lagi.  



Kemenangan Mat Sabu Kemenangan PKR dan DAP

[TMI] Kejayaan Mohamad Sabu (gambar) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu terhadap parti Islam itu.

Kolumnis Awang Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR.

“Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau,” tulis Awang Selamat yang merupakan nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel bertajuk, “Tanda aras PAS” tanpa menamakan pemimpin DAP itu.

Menurut Awang Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu.

“Selagi Mat Sabu membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar,” tulisnya lagi.

“Semoga ahli-ahli PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu.”

Menurut Awang Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan.

“Suatu hari kelak beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu kerana itulah tanda aras dalam PAS,” tulis Awang Selamat membuat spekulasi Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu hari nanti.

“Dengan Presiden PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan.”

Menjelang Muktamar PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus “berkempen” bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka tandingi pada pemilihan kali ini.

Akan tetapi ini mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka sandang.

Dalam keputusan pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 490 undi.

Ini menjadikan Mohamad menang dengan majoriti 98 undi. – 24 November, 2013.

Bila Manusia Sudah Tidak Dapat Pertimbangan Akal Dan Nafsu

Ayah mangsa yang berusia 46 tahun dibawa untuk ditahan reman oleh pegawai polis di rumah mereka di Kajang.
Wanita Tutup Mulut Hubungan Terlarang Suami Dengan Anak Perempuannya

[Mstar] PETALING JAYA: "Minta maaf banyak-banyak. Apa juga yang anda tanya. Saya tidak akan jawab."

Itulah yang diperkatakan oleh isteri lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya berusia 21 tahun kepada pemberita yang cuba menemubual dia di hadapan rumahnya di Kajang.

Bagaimanapun, sebelum wanita berusia 46 tahun itu masuk ke dalam rumahnya, dia berkata: "Ini kerana hati saya sakit....," menyatakan rasa kecewanya berhubung dakwaan hubungan sumbang mahram tersebut.

Pada Khamis, wanita tetap membuka gerai nasi campurnya seperti biasa, menurut China Press.

Menurut pengusaha gerai yang lain, wanita berkenaan berniaga seperti biasa sejak beberapa hari yang lalu namun suspek tidak dilihat berada di situ.

China Press turut melaporkan bahawa pelanggan gerai wanita berkenaan menyifatkan ibu mangsa sebagai seorang 'yang sangat ceria dan gembira'.

Akhbar berkenaan turut melaporkan jirannya juga tidak percaya bahawa suspek mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu.

Seorang jirannya berkata suspek dan isterinya merupakan pasangan yang bahagia dan sering dilihat berada bersama-sama.

"Kami tidak pernah dengar mereka bertengkar dan memarahi anak-anak mereka," kata jirannya itu.

Seorang lagi jiran turut tidak percaya jirannya itu melakukan perkara terkutuk itu dengan anak perempuannya.

Pada Khamis, The Star melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun telah melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.

Hubungan terlarang itu mungkin berlarutan tanpa tindakan seorang pakcik menghubungi pihak polis selepas mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Pakcik berkenaan meruapakan pengusaha kedai gunting rambut di mana tempat remaja berkenaan bekerja sejak dia tamat pengajian SPM.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbit remaja berkenaan pada 9 November lalu untuk membuat panggilan telefon.

Namun alangkah terkejutnya dia apabila terbaca khidmat pesanan ringkas, lucah daripada ayah mangsa kepada remaja berkenaan. - 22/11/13


Berita Awal

Ayah 'Bercinta', Lakukan Seks Dengan Anak

[Mstar] PETALING JAYA: Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.

Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) 'lucah' daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.

"Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.

"Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.

"Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya," kata sumber berkenaan.

Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya di hadapan ibu mereka.

Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.

"Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.

"Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin," menurut sumber polis tersebut.

Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kajang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.

Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.

"Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan.

"Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama," kata sumber berkenaan.

Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat. -21/11/13

Haji ini punca kerajaan batalkan had usia kereta 12 tahun


Putrajaya membatalkan hasrat untuk menetapkan had 12 tahun untuk kenderaan selepas menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang dan pemilik kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan cadangan itu.

“Saya mahu tegaskan, kami tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan jangka hayat kenderaan untuk dilupuskan kerana kita tidak mahu menyusahkan orang ramai,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru).

Cadangan itu dibantah keras oleh Sim dan rakan satu partinya Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mendakwa, ini adalah percubaan Putrajaya untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April 2015.

Rafizi berkata, sebelum ini cadangan tersebut timbul pada ketika cukai eksais masih lagi tinggi sementara Darrell Leiking (PKR-Penampang) mendakwa masalah keselamatan harus diambil kira sebelum memperkenalkan polisi seperti itu.

Pemilik kenderaan yang kebanyakannya mengambil pinjaman sewa beli selama sembilan tahun untuk membeli kenderaan kerana cukai eksais terlalu tinggi turut membantah cadangan itu.

Cadangan itu timbul selepas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Datuk Dr Wong Shaw Voon, berkata kereta melebihi tempoh 12 tahun tidak selamat berada di atas jalan raya.

Putrajaya mendedahkan lebih 22 juta kenderaan kini berada di atas jalan raya dengan lima juta daripadanya melebihi 10 tahun.

Abdul Aziz berkata, langkah sudah diambil untuk menurunkan harga cukai jalan bagi kenderaan yang mempunyai kapasiti enjin rendah.

Katanya, pengguna kenderaan di bawah 1,000cc hanya membayar RM20 bagi cukai jalan sementara mereka yang menggunakan kenderaan di antara 1,400cc dan 1,600cc hanya perlu membayar RM90.

“Sebarang penurunan lagi hanya akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen kemudian, Abdul Aziz mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan polisi itu buat masa ini.

“Ini tidak benar. Itu hanyalah spekulasi pembangkang,” katanya.

Ketika ditanya apakah kerajaan akan memperkenalkannya pada masa akan datang Abdul Aziz berkata: “Terpulang kepada rakyat.” – 21 November, 2013.

Sabtu, 23 November 2013

Unik! Gambar Yang Sukar Untuk Diungkapkan

Tidak semua benda yang kita nampak boleh diungkap dengan kata-kata. Adakalanya ia memang langsung tidak terungkap dan hanya mampu memandangnya tanpa sebarang kata. Mungkin pembaca  di sini kurang faham apa yang cuba kami sampaikan di sini. Cuba anda lihat gambar di bawah ini, apakah rumusan yang boleh anda katakan di sini. Apa-apa pun gambar di bawah ini antara gambar yang sukar untuk diungkapkan. Jom layan gambar di bawah ini.
sukar3
sukar4
sukar5
sukar6
sukar7
sukar8
sukar1
sukar2

Selasa, 5 November 2013

Adun Kadamaian Menghiyanati Rakyat



Tindakan Jeremy Malazad, Adun Kadamaian, mengisytiharkan beliau telah melepaskan semua jawatan serta keluar dari KEADILAN hari ini tidak lain dan tidak bukan merupakan 
Satu pengkhianatan besar kepada rakyat Sabah dan Malaysia. KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika ini.
Pada masa yang sama, KEADILAN akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Jelani Hamdan, Adun Matunggong, yang dipercayai turut merancang untuk mengkhianati amanah yang diberi rakyat Sabah.
Kenyataan bahawa mereka berdua telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti hanyalah satu helah dan alasan biasa bagi mengiakan langkah-langkah pengkhianatan mereka ini.
Tindakan Adun lompat parti sebegini adalah modus operandi biasa Barisan Nasional di Sabah untuk cuba melemahkan semangat perjuangan rakyat yang menginginkan perubahan.
Oleh itu, KEADILAN menggesa rakyat Sabah untuk bersatu dan tidak biarkan taktik Barisan Nasional ini memecah-belahkan semangat perjuangan dan reformasi, demi Sabah yang lebih baik.
Bagi pihak Setiausaha Agung KEADILAN,
Tian Chua
Naib Presiden KEADILAN

U/P :Pesis itu memang tak boleh di pegang pada janji , siapa lebih kasi kesitu dia pergi....

Perutusan Anwar Sempena Maal Hijrah 1435H

Tatkala menghimbau peristiwa Hijrah, kita sewajarnya menginsafi iltizam dan tekad Rasulullah SAW yang tetap istiqamah dalam memacu dakwah dan proses perubahan ummah.

Meski pun dihadapkan dengan pelbagai rintangan dan mehnah, namun umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW tetap teguh berpegang kepada prinsip dan keimanan kepada Allah SWT.
Peristiwa Hijrah sememangnya telah membuka dimensi baru dalam sejarah ketamadunan Islam. Sentimen dan faham perkauman berteras semangat kabilah dan suku yang menebal di kalangan masyarakat Arab ketika itu telah berjaya dirobek dan dipecahkan.
Perpindahan umat Islam dari Makkah ke Madinah menyaksikan bermulanya era baru dalam perkembangan dakwah Islam. Penyatuan kaum Ansar dan Muhajjirin merupakan titik tolak kepada pembinaan sebuah masyarakat madani dan pemerintahan negara yang berteraskan prinsip al-adli wal ihsan.
Justeru penghayatan Hijrah seharusnya disemai menerusi pemahaman terhadap falsafah pembaharuan yang digagaskan oleh baginda Rasulullah SAW. Lompang besar dalam persoalan tatakelola yang mengabaikan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan sewajarnya diatasi dan diperbaiki.
Pembaziran dan ketirisan yang menjadi budaya dalam amalan tadbir urus mutakhir ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Perubahan tidak akan dicapai seandainya kita terus bersikap laih dan lesu. Firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an:
“Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.”(Surah Ar-Rad: ayat 11)
Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan Salam Ma’al Hijrah 1435 kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan hidayah untuk kita semua serta memberikan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan membawa perubahan di negara Malaysia yang tercinta ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN)

Kerna Nak Menang Sangup Berjanji, Tunai Belum Pasti

SG LIMAU: Pemimpin BN dibidas kerana memperuntukkan RM1 juta kepada SJK (C) Aik Min di Sungai Limau yang hanya mempunyai 15 pelajar.
Pengarah operasi pilihan raya kecil PAS, Datuk Amiruddin Hamzah berkata beliau tidak membantah kerajaan membantu sekolah Cina, tetapi mempersoalkan mengapa jumlah sebesar itu diberikan sekarang, dan itu pun kepada sekolah yang hanya ada 15 pelajar.
Amiruddin menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini enggan meneruskan usaha kerajaan negeri PAS sebelumnya, yang memberi peruntukan tahunan kepada sekolah persendirian Cina.
Amiruddin yang juga exco negeri di bawah kerajaan negeri PAS sebelum ini, berkata kerajaan negeri itu memperuntukkan RM70,000 setiap tahun kepada tiga sekolah persendirian Cina yang tidak mendapat subsidi daripada kerajaan pusat.
U/P : Muhyiddin ,Tak pernah tak juta kalau berjanji tak kira berapa orang yang memerlukan nya.....setiap kali janji mesti juta, Tapi projek Hospital di Selangor ada berapa yang tak siap-siap sudah berapa tahun lewat dari tempoh.
Najib , Janji ditepati , tapi tak pernah nya tepat..... janji harga petrol tak naik , naik juga. Janji BR1M RM1,200 dqn RM 600 mana dia hampeh....Cukai kereta nak diturunkan mana dia ?

PAS Pertahan DUN Sungai Limau



RASMI: PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.

Seramai 85.5 peratus (23,249) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

PAS mempertahankan kerusi tersebut bagi kali keenam berturut-turut. Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak akibat komplikasi penyakit kencing manis.


Dalam PRU13, PAS mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,774 undi. Ketika itu Azizan memperolehi 13,294 undi untuk menewaskan tiga lagi calon termasuk dari BN yang mendapat 10,520 undi.Ini bermakna undi PAS merosot 1,225 undi manakala undi BN bertambah sebanyak 465 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kemerosotan majoriti yang diperolehi calon parti itu adalah kerana pilihan raya kecil tersebut diadakan pada hari bekerja.Ini menurutnya, menyebabkan hanya 2,300 daripada 3,600 pengundi luar yang balik mengundi hari ini.

Manakala Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata wanita di Sungai Limau menunjukkan minat dengan BN, "tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN).