SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 30 April 2013

Allah Tunjukkan, 3 Perkara Ajaib, Berlaku Di P'raya K'tan..



3 Perkara ajaib berlaku dalam kempen piihan raya Kelantan..

Satu: Bekas Presiden UMNO Kempen BN Guna Parti Bunga. Macam Pelarian!  

(Gambar atas) Tun Mahathir sekarang ini berada di Rumah Che Johan untuk berkempen kepada Mursyidur Am Tuan Haji Ibrahim Ali, Presiden Parti Bunga. Kesian UMNO Kelantan terpaksa menumpang Parti Bunga untuk berkempen di Pasir Mas.

Paling kesian tak ramai yang hadir dan yang hadir pun lebih kepada nak makan bukan nak dengar 'latah orang tua'. Kita akan lihat bagaimana Tun Mahathir membantu menghancurkan UMNO!

Tak pernah begini berlaku dalam sejarah. Cuma Mahathir tumpang parti PAS lawan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman PM pertama Malaysia dulu, semasa dia dipecat dari UMO ada la.

Dua: Zaman sekarang, ada manusia bercakap dengan semut?

Berita ini, 'UMNO Kuala Krai ceramah kepada semut dan pasir!
 
Kesian kepada penceramah UMNO Dun Guchil, Parlimen Kuala Krai kerana terpaksa bercemah untuk pasir dan semut itu jika ada. Dato Nik Sapea ni yang sembur Tun Mahathir punya angkara!!
 

Tiga: Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib
.
Klik untuk besarkan gambar

Berguni-guni poster BN belum lagi tamat PRU-13 telah dibuang dibelakang rumah orang kuat UMNO di Pasir Puteh ditempat pembakaran sampah. Kebanyakkan poster dan banner adalah bergambar PM Dato Seri Najib Razak. Menurut sumber perkara ini berlaku kerana ada perbalahan antara orang muda dan orang tua UMNO di situ dan 'cah keting' berlaku sangat ketara.

APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH HJ NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!! SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuh padat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan.

Nak buat baja pun tak boleh, takut mati pokok. Buat racun mungkin boleh, kerana dosa banyak!!

Teruk!! UMNO Peralatkan Ini Pula Unt Kekal P'jaya?


Oleh WTKO

 HALAMAN HIBURAN
ARTIS, bapuk dalam kempen memastikan UMNO @ BN kekal di Putrajaya. UMNO mengguna apa sahaja untuk memastikan mereka kekal tanpa mengambil kira moral.

Kita semua ada alasan & sebab masing-masing kenapa kita sokong sesuatu parti atau ideologi politik tertentu. Ada orang kerana ini, dan ada orang lain pula kerana itu. Semua atas kefahaman, pengalaman dan realiti hidup masing-masing. 

Terpulanglah kepada semua. Norman KRU sokong BN kerana industri hiburannya. Saya tidak sokong UMNO-BN atas dasar darurat untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar dari agenda global NWO yang bergerak atas nama KEBEBASAN di Malaysia ini. Semua orang ada alasan tersendiri.

Faizal Tahir pula tegur Norman KRU kononnya rezeki itu dari Allah, ya betul, tahu pun, tapi adakah dengan menegur sedemikian rupa menjadikan Faizal Tahir itu lebih mulia dan alim berbanding Norman KRU? I don't think so. Selagi Faizal Tahir masih bergelumang dengan industri hiburan juga, rezeki yang dikatakan datang dari Allah itu adakah benar-benar suatu rezeki yang tidak syubhah? Atau ia adalah suatu ujian materialistik dari Allah? 

Ayuh Kulaan Kita Baimbai Menuju Putrajaya

Gambar: Tolong sebarkan pada rakan banjar

Ayuh orang banjar nang lawas hudah dalam unmo ayuh baubahan .....
malayuk , jawak, kaling, china, kadazan samuan baubahan
Banjar gin baubah juak..... UBAH....INIKALI LAH....
BAUBAH..... KALINI LAH....

Banjar mana hajak, Parit sirung ,Sungai manik,
bagan datok ,bagan sarai, bagan tarap
ayuh kita "BAUBAHAN"
U....B...A...HHHHH

Membena Negara yang aman damai
Neagara yang makmur
Rakyat sejahtera.

"BAIMBAI KA PUTRAJAYA"

Refomasi !! refomasi !! Refomasi !!
Takbir !! Takbir !! Takbir !!

Ustaz Idrus Jadi Suntikan Semangat Kepada Perjuangan Anak Muda


 

Rakaman gambar pendakwah terkemuka negara Ustaz Azhar Idrus jam lebih kurang 1.00 pagi tadi telah turun padang menjenguk persiapan para petugas PAS di depan Pejabat Pos Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau telah menyuntik semangat para petugas parti

 terutamanya anak-anak muda untuk berkerja keras tanpa 
mengharap dibalas demi menjatuhkan

 kerajaan UMNO/BN yang zalim lagi korup



Musa Hassan Menambah Lagi Semangat Rakyat Untuk Berubah


Perkataan ubah yang kini semakin kuat gemanya, ternyata semakin ditakuti oleh Najib dan BN. Najib berkata, perkataan ubah hanyalah sekadar gimik politik semata-mata dan beliau  tidak mahu rakyat terpedaya dengannya. Malah Najib berkata, perubahan juga boleh dilakukan melalui BN dan kerajaan yang ada sekarang.

Muhyiddin, Ahmad Maslan dan lain-lain pemimpin UMNO juga menolak perubahan. Perkataan ubah juga ditakuti mereka.  Mereka bukan saja menempelak semangat rakyat yang mahukan perubahan, bahkan cuba meyakinkan dengan pelbagai teori kemenangan kini sedang berpihak kepada BN.

Malah Rais Yatim yang tidak lagi diperlukan Najib juga cuba berhujah bahawa perubahan tidak mungkin menjadi kenyataan kerana kononnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat sentiasa berbalah dan berlainan ideologi.

Semakin dekat hari mengundi, perkataan ubah atau hijrah semakin diperkatakan di mana-mana. Di kelompok Melayu, Cina dan India, terlihat bahawa semangat ke arah itu makin membara. Di kalangan kakitangan kerajaan, swasta dan golongan profesional juga tergambar mood yang sama.

Sementara ceramah dan program-program anjuran Pakatan Rakyat terus mendapat sambutan, walaupun diakui ia tidak semestinya menterjemahkan undi, hakikat yang jelas ialah kebimbangan sudah mulai dirasai oleh BN sendiri.

Tidak saja Najib dan Muhyiddin yang semakin sibuk memenuhi pelbagai jadual kempen, Mahathir yang dikesan sebagai orang paling takut jika BN kalah, turut mempunyai jadual yang makin  padat setiap hari. Daim yang kononnya berpengaruh dan mempunyai banyak wang juga mulai ditampilkan sejak beberapa hari lalu untuk membantu BN.

Di dalam UMNO dan BN, bukan saja yang sedang berkuasa takut dengan kehilangan kuasa, malah yang bakal pencen serta yang sudah lama pencen juga mempunyai ketakutan yang hampir serupa.

Semua ini menggambarkan kebimbangan yang semakin   meningkat terhadap perubahan yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat dan telah dimula disambut serta difahami kebaikan serta manfaatnya.

Dalam usaha untuk mengajak rakyat berubah dan menubuhkan kerajaan baru, PR juga telah menubuhkan Majlis Keselamatan yang berperanan untuk mempermudah peralihan kuasa serta bagi memastikan proses pilihanraya berjalan dengan aman dan tanpa sebarang kekacauan. Majlis ini dianggotai oleh beberapa bekas pemimpin tertinggi polis dan tentera yang kini menyertai pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat.

Majlis ini juga menunjukkan keseriusan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan dan menubuhkan kerajaan baru selepas 5 Mei ini. Dengan penubuhan majlis ini dan dianggotai oleh tokoh-tokoh yang ternama dan pakar mengenai keselamatan, tidak dapat tidak ia menambahkan lagi keyakinan rakyat tentang matlamat perubahan yang mahu dicapai itu.

Terbaru, dengan kesediaan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan menjadi penasihat majlis itu, tentunya menambahkan lagi  keyakinan rakyat terhadap perubahan itu. Jika UMNO, BN dan semua pemimpinnya cuba mengelakkan perubahan, penyertaan Musa Hassan ini sudah tentu memberi implikasi yang sebaliknya.

Tambahan lagi, Musa Hassan juga adalah bekas pegawai penyiasat ketika  Anwar dibicarakan pada tahun 1998 dahulu sebaik saja dipecat dari UMNO dan kerajaan oleh Mahathir.  Dengan penyertaan beliau menjadi penasihat majlis itu, tentunya juga membentuk persepsi bahawa beliau kini sudah turut bersama dengan perjuangan Anwar sekarang ini.

Walaupun kes itu sudah lama berlalu dan Anwar juga sudah pun menjalani hukuman tetapi sejak dulu sehinggalah sekarang Anwar tetap konsisten mengatakan ianya adalah konspirasi UMNO dan Mahathir untuk menyingkirkannya. Apabila kini Musa bersama pula dengan Pakatan Rakyat, walaupun atas alasan  kebimbangan mengenai keganasan politik yang semakin menjadi-jadi, gambarannya ialah seolah-olah Anwar kini bukan saja mendapat 
atu majlis yang memperkatakan tentang keselamatan atau apa saja, pembentukan persepsi ke arah perubahan pastinya menjadi bertambah kukuh lagi. 
simpati rakyat tetapi juga simpati daripada Musa Hassan sendiri.

Dan konspirasi yang diperkatakan oleh Anwar sengaja ditujukan kepadanya  itu semakin menampakkan
hakikat yang sebenarnya. Walaupun ada beberapa pihak yang sejak dulu meragui keikhlasan Musa Hassan ini tetapi jika menjelang hari pengundian nanti, Anwar dan Musa Hassan dapat tampil bersama atau duduk semeja dalam 
dalam suatu majlis yang memperkatakan tentang keselamatan atau apa saja, pembentukan persepsi ke arah perubahan pastinya menjadi bertambah kukuh lagi.

Setelah pelbagai tokoh kerajan menyeberang menyertai Anwar dan Pakatan Rakyat, Musa Hassan nyata memperkukuh lagi semangat rakyat ke arah itu. Tentunya juga perkataan ubah akan terus menghantui hari-hari yang makin kelam buat Najib dan BN.

Lautan Manusia Sambut Lim Kit Siang Di Han Chiang Malam Tadi


ceramah DAP hari ini telah di boikot oleh 
seluruh rakyat malaysia bila lim kit siang,
iaitu calon PR Parlimen Gelang Patah mula berucap,
prestasi PR sangat Hambar - Utusan

padang Sekolah Han Chiang ini mempunyai kapasiti 60,000 orang, 
bagaimanapun selain padang yang dipenuhi jalan Air Itam dan lain lain jalan 
yang mengelilingi padang tersebut turut dipenuhi. 
anggaran kehadiran rakyat bagi menumbangkan LANUN Barisan Nasional 
adalah sekitar 70 ribu rakyat.



ini pula adalah ceramah JANJI DI TEPATI AKUJANJI BN 20 LITER SEMALAM.


kami yakin BN akan MENANG BESAR PRU13 - Najib Razak. kah3

Umcedel Pertahan Kajian "Anwar Lebih Layak Jadi PM"


KUALA LUMPUR 29 APRIL: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mempertahankan keabsahan hasil kajian mereka yang terbaru berkaitan pilihan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ianya ekoran ada pihak yang mempertikai hasil kajian tersebut khususnya dari kalangan penganalisis politik dan termasuk juga dari pimpimpin Umno BN.
umcedel1
Dalam satu kenyataan semalam, pihaknya berkata, kajian akademik tersebut dibuat dengan mematuhi standard dan tidak bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik,” kenyataan mereka dipetik.
Pada 25 April lalu, Umcedel telah mengadakan sidang akhbar mendedahkan hasil kajian terbaru mereka berhubung pilihan pengundi menjelang PRU13.
Kajian terhadap 1,407 responden pelbagai kaum yang merupakan pengundi berdaftar itu dijalankan pada 3 April hingga 20 April lalu.
Antara lain kajian itu mendapati, 43 peratus responden berpendapat Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib 39 peratus.
mani 2
Selain itu, kajian tersebut juga mendapati rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

“Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali,” kata Umcedel lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas kajian itu semalam bagaimanapun menyifatkanya sebagai karut.
Najib berkata, beliau tidak setuju dengan kajian tersebut yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. – Harakah Daily

Di bawah kenyataan penuh Umcedel:

Nota ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013.
Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.
Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:
1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen sama ada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi.
Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit, namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.
2. Pemilihan responden seramai 1,407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan.
Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup.
Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.
3. Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa, sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya.
Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.
4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata.
5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

Kertas Undi Keluar Dua Kali PAS BUat Lapuran Polis


TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi.


Nik Aziz Ajak Rakyat Sholat Hajat Pada 3 Mei Sempena PRU 13


PETALING JAYA 29 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta agar semua umat Islam melakukan solat hajat di seluruh negara Jumaat ini.
Nik
“Arahan Tuan Guru Nik Aziz meminta umat Islam bermunajat, solat hajat khas dan berdoa pada malam 3 Mei nanti,” kata Anwar memaklumkan amanat itu pada sidang media hari ini.

Menurut Anwar, solat hajat itu bersempena hari mengundi yang semakin hampir iaitu pada Ahad ini, 5 Mei.
“Tuan Guru menggalakkan solat hajat itu dilakukan pada waktu Maghrib. Beliau turut menggalakkan semua rakyat dari agama lain supaya melakukan upacara doa mereka,” katanya.
“InsyaAllah, jika melihat sambutan rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak semalam, kita ada keyakinan, (tetapi) kita juga perlu berdoa,” kata Anwar merujuk kunjungannya di kedua-dua negeri itu.

Bencikah Rakyat P.Pinang Terhadap Anwar ?


Anwar berucap dihadapan ribuan penyokong di Padang 
Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang...

Inilah ceramah mega PR malam ini, 29hb Apr 2013 di Padang
 Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang. 
Masihkah Najib Razak dan UMNO nak pasang angan-angan 
nak tawan Pulau Pinang hanya dengan kemasukan 
Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang ke UMNO 
dan terus lawan DSAI di Permatang Pauh?

Adakah ceramah anjuran JATI atas tajuk kononnya 
semua bekas rakan karib DSAI pun sudah tidak menyokong 
beliau maka rakyat termakan?

Mood rakyat mau melakukan perubahan cukup kuat sekali 
dalam sejarah negara... Tiada kuasa boleh menghalang 
melainkan Allah SWT. Saksikan kesungguhan rakyat Pulau Pinang dibawah ini...

 
 
 
 

Isnin, 29 April 2013

Puluhan Ribu Sambut Anwar di Tawau Sabah!!


anwar ibrahim di tawau sabah sekarang, jam 10 malam 28 april 2013 atau bersamaan 
7 hari lagi untuk rakyat malaysia berpesta di putrajaya, 

anwar ibrahim, PERDANA MENTERI MALAYSIA yang BARU pada 6 mei ini!



CERAMAH BN OLEH MUHYIDDIN YASSIN DI PERLIS HARI INI.
by @tiewnama - jika Pakatan Rakyat KALAH  juga 5 mei ini, nampak sangat Barisan 
Nasional sah MENIPU PILIHANRAYA 100% kah3

Ribuan warga Myanmar, Kemboja dapat IC, undi Najib di Pekan?


PEKAN 27 APRIL: Calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa mendedahkan, ribuan pendatang asing dari Myanmar dan Kemboja dikesan menetap di Pekan dan mendapat pelbagai hak keistimewaan melebihi penduduk tempatan.
Katanya, penemuan ini amat mengejutkan kerana berlaku dalam parlimen yang dikuasai sekian lama oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
“Di Kampung Sungai Miang sebagai contoh, ramai warga Myanmar di situ mendapat hak keistimewaan daripada kerajaan seperti rumah, lot tanah untuk bertani dan paling dikesali pemberian kad pengenalan untuk mereka mengundi.
“Jika ada pendatang ini beragama Islam, setiap bulan akan diberikan zakat sebanyak RM600 dan kelebihan seperti ini tidak diterima oleh penduduk Pekan yang beragama Islam dan Bumiputera,” katanya kepada Keadilan Daily.
Tambah Koordinator NGO Jingga 13 itu, ketika di Merchong, beliau bertemu seorang warga emas lingkungan 60 tahun dalam sebuah rumah yang uzur tanpa bekalan air dan elektrik.
“Saya diberitahu, beliau hanya mendapatkan air dari longkang dan parit untuk kegunaan seharian dan sebenarnya masih ramai lagi penduduk Pekan mengalami kedaifan serupa.
“Menurut mangsa, caj deposit lebih RM1,000 yang dikenakan untuknya mendapat bekalan elektrik sangat jelas tidak mampu dibayar,” kata Fariz.
Dalam perkembangan berkaitan, Fariz menyatakan, wujud isu warga emas lain yang dinafikan hak mendapatkan bantuan kebajikan kerana bukan ahli Umno.

Mat Taib: Umno telah gagal, jadi perlukan PERKASA



Kewujudan kumpulan pendesak seperti PERKASA menunjukkan bahawa Umno telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang Melayu, kata bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri  Muhammad Muhd Taib.

Muhammad, yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan "samseng" untuk membantu perjuangannya dan parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.

Sekarang, tambahnya, Umno perlukan Datuk Seri Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan kumpulan-kumpulan pelampau untuk memberi tekanan.

Menurutnya, selepas 60 tahun, Umno sepatutnya mampu untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu, meningkatkan tahap pendidikan (orang Melayu) kedudukan wanita.

Tetapi kini ia memerlukan kumpulan pendesak untuk melakukannya," kata Muhamad di hadapan kira-kira 100 hadirin di majlis ceramah calon PKR Parlimen Batu, Tian Chua petang ini.

Muhammad berkata beliau tidak memahami logik meminta bantuan kumpulan pendesak sedangkan mendakwa mendapat sokongan daripada satu juta penjawat awam.

Dimanakah Polis, SPRM , Pegawai Agama adakah Mereka Ini Memang Merestui Perkara Ini ?


KUALA LUMPUR 28 APRIL: Umno BN semakin hilang akal apabila menayangkan video lucah secara terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.
Berdasarkan rakaman di laman You Tube, video lucah itu ditayangkan dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur.
Porno Umno
Program ceramah itu dimulakan dengan ucapan yang menghentam pucuk pimpinan Pas, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai.

Ekoran dibuat secara terbuka, tayangan rakaman lucah itu disaksikan pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang berada di situ.
Difahamkan, video fitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditayang secara terbuka oleh Umno BN di beberapa negeri, khususnya di Johor.
Mengulas perkara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, BN kini semakin terdesak hingga sanggup menjalankan kempen kotor dengan menayangkan video fitnah dan lucah kepada orang ramai.
Lucah
“Ini adalah kempen jijik dan kotor dilakukan oleh BN dengan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Memiliki video lucah sahaja sudah jadi kesalahan, apatah lagi menayangkan di tempat awam.

“Kempen sebegini hanya akan menikam BN. Rakyat sudah meluat dengan aktiviti mereka yang lucah. Rakyat mahu mendengar tentang idea dan polisi yang ditawarkan. Mereka kini sudah bijak untuk menilai kepimpinan Umno BN,” katanya.
Menurutnya, tindakan sedemikian bukan hanya mengelirukan, bahkan merosakkan pemikiran masyarakat terutama generasi muda dengan gejala yang tidak sihat.
Selain tayangan lucah secara terbuka, Umno kini semakin giat menyebarkan VCD yang mengandungi rakaman lucah yang diedar kepada orang ramai sebagai bahan kempen mereka.
Baru-baru ini, seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan, Kuala Lumpur mengadu VCD seks berkenaan diedar secara senyap dari rumah ke rumah.
Hingga kini, tiada tindakan dilaporkan telah diambil oleh polis bagi menghalang kegiatan jenayah dan tidak bermoral itu.
Mengikut undang-undang, menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar dan menayangkan bahan lucah adalah salah di bawah Seksyen 922 Kanun Keseksaan, Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002, Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Multimedia 1998 Seksyen 231.

Demi Umno Polis Dan SPR Jadi Bisu Dan Tuli


Suasana pertandingan yang sengit di Johor kini bertukar menjadi buruk apabila isu kaum dan peristiwa 13 Mei kembali ditimbulkan untuk mencetus ketakutan khususnya di kalangan pengundi Melayu.

Malaysiakini pada Jumaat lalu menyaksikan jentera kempen BN mengedarkan risalah di satu pasar malam di Taman Universiti, Skudai yang mendakwa calon Gelang Patah DAP Lim Kit Siang menjadi perancang tragedi tahun 1969 itu.

Risalah itu juga memuatkan satu wawancara akhbar milik UmnoMingguan Malaysia dengan ketua pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Kit Siang bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.

Semalam, jentera kempen DAP di Tanjung Piai menunjukkan satu buku risalah bertajuk 'DAP Rasis' kepada Malaysiakini, yang didakwanya disebarkan oleh pasukan lawan di kampung-kampung Melayu.

Risalah setebal 26 halaman itu mendakwa DAP menjadi penyebab insiden 13 Mei, selain menjadi proksi kepada parti PAP Singapura untuk menyebarkan pengaruh perdana menteri negara tersebut pada masa itu, Lee Kuan Yew di semenanjung dan menjadikan Pulau Pinang sebagai “Singapura kedua”.

Ia turut menyenaraikan kenyataan oleh pemimpin DAP termasuk oleh setiausaha agung Lim Guan Eng, pengerusinya Karpal Singh, setiausaha publisiti kebangsaan Tony Pua dan ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham yang menyokong dakwaan bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam.

Terima Kasih Dan Tahniah Uncle Gemuk. Yakin Lah Usaha Uncle Tidak Sia-Sia Kejayaan Menanti 5 Mei Ini


Gemuk bersama Anuar Tan.

KUALA KRAI: “Kami sanggup menghabiskan duit poket sendiri untuk mewujudkan pos kempen Pakatan Rakyat di bandar ini,” kata Gemuk yang menjaga pos di Bandar Lama Kuala Krai.

Chiam Peng Leng berkata, beliau dan rakan-rakan mengumpulkan sebanyak RM1,500 bagi menyewa sebuah kedai berhadapan pasar raya Econjaya.

Penyelaras markas kempen di Bandar Lama Kuala Krai itu memberitahu dana dikumpul sesama masyarakat Cina. 

“Selain untuk bayaran sewa kedai, dana itu untuk membayar bil air dan elektrik,” katanya ketika ditemui malam tadi sempena ceramah bersama calon Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Krai.

Hadir sama anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, calon parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, calon Dun Guchil, Ruslan Puteh, calon Dun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dan calon Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah. 

Penduduk tempatan sebahagian besar masyarakat Cina memenuhi ruang hadapan pentas mengikuti ceramah tersebut. Sekali sekala mereka bertepuk tangan tanda setuju apa yang dihujah penceramah.

Warga emas masyarakat Cina juga tidak ketinggalan mengikuti ceramah tersebut. Mereka tidak berganjak sehingga ceramah berakhir jam 11 malam.

Sebelum itu orang ramai yang hadir dipertonton persembahan tarian singa sekumpulan anak-anak muda Cina dan India.

Gemuk berkata, di kawasan parlimen Kuala Krai ada lima pos yang dibina masyarakat Cina juga atas inisiatif mereka sendiri. Mereka mahu mempertahankan kerajaan Kelantan dan menawan Putrajaya.

“Kami berusaha sendiri mewujudkan markas kempen PAS dan PKR di kawasan bandar yang dihuni ramai penduduk Cina.

“Setiap malam kami pasang video ceramah pemimpin-pemimpin PAS dan PKR bagi mendedahkan pelbagai isu kepada orang ramai,” ujarnya.

Katanya, mereka juga merasa bertanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Kelantan yang ada sekarang dan berusaha untuk melebarkan pengaruh Pakatan ke Putrajaya.


Menurut beliau juga sambutan masyarakat Cina begitu menggalakkan sekali di mana setiap malam mereka datang memberi sokongan dan mendengar VCD yang dipasang.