SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 30 Julai 2013

Surat Terbuka Buat Tuan Guru Nik Aziz



Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:

“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.

Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.

Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.

Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?

Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?

Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.

Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.

Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.

Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.

Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.

PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.

PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani masyarakat dan isu.

Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan.

* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.

DSAI Tak Dibenar Melawat Pengerusi MYWATCH Di Hospital

RAKAMAN GAMBAR DSAI DIHALANG DARI MELAWAT PENGERUSI MYWATCH YANG SEDANG DIRAWAT DI HOSPITAL SERDANG, TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!!



Heboh satu dunia betapa pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Dearah Kajang telah tidak membenarkan DSAI melawat mangsa tembak percubaan bunuh Pengerusi MyWatch Saudara Sanjeevan di Hospital Serdang petang tadi.

Apa alasan yang diberikan tidaklah diketahui.... Yang pasti pihak polis hanya membenarkan keluar terapat mangsa saja yang melawat beliau.

DSAI sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan merendah diri akur akan kemahuan dan larangan pihak polis.

Isnin, 29 Julai 2013

Malaysia Negara Selamat: Senarai Kes Tembakan Sepanjang Tahun Ini - Polis, Kami Takut!


Baca berita tadi beb. Ada satu lagi kes tembakan. Kali neh mangsa tembakan ada yang mati. Yang kena tembak 3 orang. 2 disahkan parah. Lepak2 kat kedai makan jek pun kena tembak. Kejadian berlaku di Ipoh.

Di tembak depan rumah, ditembak selepas menunaikan solat, ditembak selepas parking bas, di tembak selepas keluar lif, di tembak selepas beli tosai, di tembak semasa bawa kenderaan, di tembak semasa berhenti kat traffic light merah, di tembak semasa melepak kat kedai makan.

Ini antara sebab2 tembakan misteri yang tatau apa punca nya. Namun polis menyifatkan kes2 tersebut berkaitan dengan dadah.

Budak umur empat tahun pun kena tembak beb.

Itu tak masuk lagi kes jenayah2 tembakan akibat samun. Nak menyamun satu hal, menyamun sampai nak membunuh orang pula tue. Gila kejam.

Ada satu kes tembakan berpunca dari isu remeh temeh je. Pemandu lori taknak bagi jalan pada kereta, sekali pemandu kereta pergi tembak pemandu lori tersebut.

Gila betul. Sanggup nak bunuh orang pasal hal2 gini?

Memang kita sebagai rakyat berhak rasa tak selamat. Ia bukan satu bilangan yang kecil untuk kita remehkan.

Persoalan2 yang bermain di minda kita ;

1. Betapa mudahnya senjata api diperolehi.

2. 'Pekerjaan Pembunuh Upahan' semakin berkembang pesat di Malaysia.

3. Malaysia semakin terdedah kepada jenayah bunuh yang lebih serius.

4. Penjenayah semakin ganas dan tidak berperikemanusiaan.

5. Penjenayah berani mencabar polis secara terbuka dan langsung tak rasa takut.

6. Jenayah melibatkan dadah semakin meruncing di negara neh sehingga ada yang tergamak membunuh orang bagi melindungi diri sendiri.

Kita tak tuduh. Tetapi ada spekulasi juga. Kejadian tembakan yang berlaku ke atas pengerusi MYWATCH baru2 neh ada kaitan dengan pendedahan yang akan dibuat olehnya mengenai salah laku dan jenayah yang melibatkan anggota POLIS.. bahkan kes2 tersebut ada juga dikaitkan dengan DADAH..

Makan Di Atas Pokok Sambil Menikmati Permandangan


Terletak tinggi di atas pokok di Soneva Kiri resort di Thailand, tetamu berpeluang untuk makan di dalam sarang mereka sendiri. Sarang Ini di Angkat menggunakan kabel setinggi 16 kaki ke atas pokok-pokok massang asli, di mana terdapat pemandangan udara pantai sekitarnya. "Flying servers" pelayan menghantar hidangan mengambil pendekatan yang lebih akrobatik, kerana mereka zipline platform di bawah.

Hidangan di restoran ini datang terutamanya daripada taman-taman organik di resort atau tempatan dari pulau itu. Selain itu, hotel juga lebih mesra alam keseluruhan.

Satu malam untuk dua orang di Soneva Kiri bermula pada $ 950 dan termasuk pemindahan udara berjadual, tiga kali setiap hari, minuman beralkohol, WiFi, dan perkhidmatan dobi.


















Ditembak Kerana .... ??

DITEMBAK KARENA MAHU DEDAH NAMA NAMA POLIS TERBABIT DADA?

Aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan cuba mendedahkan nama-nama anggota polis yang didakwa ada kaitan dengan sindiket dadah sebelum dia ditembak, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Dalam Twitternya hari ini, Rafizi berkata beliau ditemui Sanjeevan (kanan) sehari sebelum kejadian tersebut, dan Sanjeevan meminta bantuan untuk mendedahkan nama anggota polis yang didakwa terbabit itu.

Rafizi berkata beliau bertemu Sanjeevan pada malam Jumaat dan dia bercakap tentang senarai kesalahan berkaitan dengan dadah dan meminta pengarah strategi PKR itu mendedahkan mereka. 

Bagaimanapun, Rafizi berkata, beliau tidak pasti sama ada rancangan untuk mendedahkan senarai nama tersebut ada kaitan dengan cubaan membunuh Sanjeewan semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata Sanjeevan sedang "menjejak sesuatu" dan maklumat padanya itu adalah adalah tulen.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui dia telah ditembak," kata Rafizi.

Hanya beberapa jam sebelum ditembak, Sanjeevan menulis di Twitter bahawa seorang anggota polis telah mengancam untuk memberi senjata kepada anggota sebuah sindiket untuk menembak rumahnya.

Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu, di simpang di Jempol.

Berita asal : Disini

Sabtu, 27 Julai 2013

Kisah Wanita Punggung Besar,Susah Lepasi Pintu.


Foto
MIKEL bangga dengan bentuk badannya.

Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter. Dalam keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat.

Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah. Bagaimanapun, wanita itu yang hanya mempunyai berat 63kg ketika berusia belasan tahun, bangga dengan bentuk tubuhnya. Dia tidak mempunyai rancangan untuk menurunkan berat badan meskipun sering diejek.

“Ke mana saja saya pergi, pinggul saya akan menjadi tumpuan. Ada yang mengejek dan ada yang memuji. Apabila saya berjalan di jalan raya, saya boleh mendengar bunyi klik kamera telefon dan orang akan mentertawakan saya.
“Saya pernah terdengar orang sekeliling berkata, ‘Tengok pinggulnya yang besar.’ 

Ada orang menyangka saya menjalani pembedahan untuk membesarkan pinggul saya. Tetapi, ia sebenarnya asli. Mungkin ia kesan daripada mempunyai empat anak. Tetapi keluarga saya memang berpinggul besar,” kata wanita itu.

Mikel bersaiz normal seperti kanak-kanak biasa ketika remaja. Malah ketika berusia awal 20-an, berat badannya hanya 82kg. Tetapi, pada usia 22, beratnya bertambah 25kg selepas melahirkan anak pertama, Andrew, yang kini 18. Selepas anak kedua, Destynee, 13, Autumn, lapan dan Justyce, tujuh, dilahirkan, beratnya meningkat mendadak dan pinggulnya terus membesar.

Meskipun dengan bentuk tubuhnya, Mikel hanya setinggi 195 sentimeter dan lilit pinggangnya pula 102 sentimeter. Mikel dari Los Angeles mengaku berdepan dengan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian akibat saiznya itu.

“Saya perlu membeli tiket untuk dua tempat duduk setiap kali menaiki pesawat atau kereta api kerana tak muat.

Ia sudah tentu mahal. Saya sanggup memandu trak daripada menaiki pengangkutan awam kerana ia cukup besar untuk saya. Untuk berjalan menerusi ruang yang sempit juga menjadi masalah utama. Saya juga terpaksa mengiring untuk memasuki pintu masuk. Saya tidak boleh menutup pintu bilik air kerana pinggul saya tersekat.

Pernah berlaku satu kejadian di mana saya tersepit dalam bilik air dan tidak berdaya untuk keluar,” katanya.

Namun, wanita itu masih dapat menyertai kegiatan keluarga seperti rutin untuk menyihatkan tubuh di rumah dan bersiar-siar di taman atau tepi pantai.

“Mencari pakaian yang sesuai untuk bahagian bawah tubuh menjadi satu cabaran. Saya juga terpaksa menempah khas semua pakaian dalam saya waktu ini,” katanya. -(IH/Daily Mail)

Apa Jadi Ni Tuan Tan Sri Dan Datuk Sri , Mana Satu Nak Ikut ?

KL: 2,000 Bantah KUDETA Mesir.




KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 umat Islam hari ini bersolidariti menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir ke atas Presiden yang dipilih secara sah Dr Muhammad Morsi. Himpunan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke bangunan Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir yang berjarak tidak kurang 5 kilometer.

Mengepalai perarakan tersebut, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Riduan Mohd Nor, Kamaruzzaman Mohamad, wakil muslimat Ustazah Nuridah Saleh dan lain-lain. Himpunan ini turut disertai wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Haluan Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) serta Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Abim, Gema dan Aqsa Syarif.

Peserta masing-masing membawa poster Morsi serta kain rentang yang mengutuk tindakan mencabul demokrasi tentera Mesir itu. Antara lain poster tersebut tertulis 'The President kidnapped, Now showing in Egypt'. Sementara itu, polis bertindak menutup laluan di hadapan bagunan kedutaan. Dianggarkan hampir 100 anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) berkawal di jalan masuk menuju ke bangunan kedutaan.
Peserta perarakan yang tiba dihalang masuk ke laluan yang ditutup, dan mereka berkumpul kira-kira 150 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan. Pihak keselamatan hanya membenarkan enam wakil untuk masuk mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.

Sementara menunggu penyerahan memorandum selesai, beberapa wakil parti dan NGO memberi ucapan kepada peserta dari atas pacuan empat roda. 15 minit kemudian wakil-wakil yang mengadakan pertemuan dilihat keluar dari bangunan kedutaan dan menyertai himpunan.(Hrkh)

Benar Kah Ini??

Strategi BN Untuk Hapuskan Pakatan Rakyat Tersebar


Apakah tindakan di bawah ini strategi pihak tertentu untuk mematikan Pakatan Rakyat???

1. Cubaan mengharamkan DAP menerusi manipulasi berita pemilihan parti itu tahun lalu.

2. Memainkan isu Syiah bertujuan mengaitkan PAS dan berpotensi parti Islam itu diharamkan. Ia strategi sama ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir cuba mengharamkan nama Islam dalam pertubuhan suatu ketika dahulu.

3. Cubaan memenjarakan Ketua Umum Parti keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kes Fitnah 2 pada 1 Ogos ini, beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri.

Nota : Namun mereka lupa, Allah sentiasa bersama golongan yang benar

~fb era pakatan

Selasa, 23 Julai 2013

Lalulintas Jadi Sesak karena ular sanca

Seekor ular sanca dengan panjang sekitar 5 meter mati tergeletak di jembatan kawasan Bendungan Hilir, Sudirman, Jakarta, Jumat (8/2). Ular ini diperkirakan terbawa arus saat banjir melanda kawasan tersebut beberapa hari lalu.

ular di bendungan hilir

Sanca sepanjang 5 meter mati di Bendungan Hilir, Jakarta, 

dan menjadi tontonan para pengguna jalan.



Keterlaluan : Jagan Memalukan Penganut Islam

Gambar Mengejutkan Seluruh Negara Ini Mula Tersebar


Tindakan pentadbiran sekolah rendah untuk memaksa pelajar bukan Islam makan didalam tandas semasa bulan Ramadan tersebar luas di internet dan laman sosial Facebook dan menyebabkan kemarahan pengguna internet.

Gambar pelajar-pelajar tersebut sedang makan dalam tandas tersebar dalam Facebook.

Dipercayai arahan untuk pelajar bukan Islam untuk makan dalam tandas itu dikeluarkan sempena menghormati pelajar dan kakitangan Islam yang sedang berpuasa. ~the malaysian insider

Fitnah II: Anwar bantah rayuan diketuai peguam Umno

KUALA LUMPUR 22 JULAI: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah perlantikan peguam pro Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes rayuan Fitnah II di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Menurut Anwar, notis bantahan diserahkan kepada mahkamah kerana jelas kes tersebut bermotif politik dan bertujuan menghentikan kegiatan politik beliau.
“Kita mempersoal kepentingan kerajaan dalam melantik Shafee yang jelas prejudis terhadap kes ini untuk mengetuai pendakwaan,” kata Ketua Umum KEADILAN itu kepada media.
“Dengan sikap prejudis Shafee mustahil kes ini ditangani secara profesional, kita faham mungkin kerajaan kekurangan peguam profesional untuk mengetuai kes ini,” sinis beliau.
Shafee sebelum ini mendapat kecaman pengguna internet kerana dikatakan merangka konspirasi dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu.
Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan rayuan kes itu sebagai dendam kesumat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail serta Najib Razak , meskipun beliau dibuktikan tidak bersalah pada 9 Januari tahun lalu.
“Saya telah jelaskan bahawa rayuan ini adalah kerana dendam kesumat Peguam Negara dan keputusan kerajaan untuk meneruskan kes ini kerana Najib yang mahu menghalang kebebasan yang saya perolehi,” katanya.
Anwar diwakil peguam, Karpal Singh dan Ramkarpal. Bagaimanapun, Karpal tidak dapat hadir kerana sakit dan dimasukkan ke hospital. Mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga 1 Ogos 2013 untuk pengurusan kes dan menetapkan satu tarikh baru untuk perbicaraan.

Beltagy: 17 Ramadhan Akan Menjadi Akhir Pemerintahan Kudeta


Beltagy
Dr Muhammad el-Beltagy, Pemimpin Partai Kebebasan dan Keadilan, mengumumkan bahwa aliansi Nasional pendukung legitimasi memutuskan untuk mengerahkan jutaan massa pada tanggal 17 Ramadhan dengan jargon “Al-Furqon”, dan itu untuk mengakhiri kudeta yang selama ini telah menguasai Mesir.
Beltagy menjelaskan selama pidato yang ia sampaikan di Rabi’ah Al-adawiyah bahwa jutaan massa itu akan menjadi massa terbesar, “hanya Allah saja yang akan menjatuhkan Kudeta”, kata Beltagy menurut situs Ikhwan Online.
Beltagy juga mengatakan bahwa rakyat Mesir menolak segala intimidasi yang dilakukan oleh para tentara dan Intelijen Amerika kepada para pendukung Mursi.
Ia menyebutkan bahwa hari tersebut akan terlihat kembalinya legitimasi yang merupakan penegasan terhadap hak rakyat Mesir untuk menentukan nasib sendiri, serta memilih pemimpinnya secara demokratis dan bukan melalui kudeta terhadap kehendak rakyat Mesir. (hr/im)

Kempen BN Di Kuala Besut, Satu Undi RM 19.000



KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mengutuk suasana berleluasanya kejadian pancing undi dengan dana awam yang dilakukan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada hari ke-10 tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut yang membabitkan peruntukan sebanyak RM337 juta.
Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini, badan reformis pilihan raya itu menegaskan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar, ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM19,000 setiap satu.
Bersih juga tidak menolak kemungkinan berlaku lonjakan amaun ini dalam tempoh tiga hari baki kempen sebelum hari membuang undi, 24 Julai ini.
Bersih berpendapat, amalan memancing undi dengan menyalahgunakan dana awam, bukan sahaja melanggar etika pilihan raya, tetapi turut menunjukkan perancangan pembangunan secara ad-hoc didorong oleh kepentingan politik semata-mata.
Sehubungan itu, Bersih menyeru pengundi Kuala Besut untuk bebas daripada amalan rasuah memandangkan rakyat berhak untuk menerim dana pembangunan secara sihat.
Memandangkan kepentingan pilihan raya terus terjamin, Bersih 2.0 menggesa semua pengundi Kuala Besut yang tinggal atau bekerja di tempat lain untuk pulang ke kawasan mereka untuk mengundi bagi menghalang sebarang percubaan penyamaran di kalangan pengundi hantu dan mengundi bagi pihak mereka.
Sebelum ini, PAS berpendapat peruntukan sebanyak RM377.45 juta untuk projek-projek yang diumumkan kerajaan setakat ini jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK.
Sebanyak sembilan projek yang dijanjikan kerajaan BN, termasuklah projek mendalamkan Sungai Besut bernilai RM250 juta, membina pangsapuri empat tingkat di Kampung Lay Out bernilai RM10 juta, projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi Tok Saboh bernilai RM28 juta dan projek masjid terapung dengan kos RM12 juta.
Terbaru, kerajaan mengumumkan projek pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka.
HDO

Isnin, 22 Julai 2013

RM 377.45 Juta Di Tabur Di Kuala Besut Wang Dari Mana ????


BESUT: Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R Terengganu) mempersoalkan sumber wang yang digunakan oleh Umno BN untuk membeli undi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut.

Pengarah Sekretariat Royalti PRK Kuala Besut Naraza Muda mendakwa akibat wang royalti Petroleum Terengganu yang tidak disalurkan melalui kerajaan negeri, Umno BN menggunakan wang tersebut untuk kempen mereka.

"R Terengganu merasakan pengkhianatan terbaru Umno Terengganu terhadap duit royalti minyak tidak sepatutnya berlaku. Kami merujuk kepada taburan duit RM377.45 juta yang digunakan untuk memancing undi di PRK Kuala Besut.

"Inilah akibatnya wang royalti tidak disalurkan melalui kerajaan Negeri. Wang ini untuk pembangunan rakyat Terengganu bukan untuk kempen Umno," dakwa beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Naraza juga, R Terengganu turut terkejut dengan projek rakyat yang dinamakan Taman Ilmu bernilai RM300 juta kepada syarikat asing sedangkan projek itu tidak disiapkan sepenuhnya.

"Dengan keluasan 700 ekar projek ini sepatutnya disiapkan dan dipercayai hanya memerlukan peruntukan RM50 juta lagi untuk disiapkan. 

"Berapa pun nilainya untuk modal insan pendidikan anak negeri sewajarnya diteruskan. Taman Ilmu untuk menempatkan beberapa universiti dan kolej di atas sebidang tanah di Tembila, Besut," katanya.

Tambah Naraza, projek kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kurang memberi tumpuan, perhatian dan keutamaan termasuk berkaitan kewangan terhadap projek pembinaan yang diinisiatifkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh sewaktu menjadi menteri besar pada 2004.

Projek dijalankan atas sebuah tapak 700 ekar sebagai tapak untuk beberapa universiti dan kolej pendidikan, dengan kerajaan negeri akan menyediakan tujuh kemudahan iaitu pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama, infrastruktur dan kompleks sukan.

Justeru R Terengganu mendesak Ahmad menjelaskan isu tersebut dengan segera.

Restoran Unik Di Atas Pokok..


Ada banyak perkara yang unik yang akan anda temui ketika melancong ke Jepun. Di Bandar Okinawa misalnya, ada Gajumaru Treehouse Diner yang sangat terkenal. Inilah restoran yang terletak di pohon dengan ketinggian 20 meter. Unik!

Yang unik, adalah anda menghabiskan makan tengah hari di atas sebuah pohon raksasa. Dari meja makan, terdapat pemandangan bandar yang cantik dari atas ketinggian pulahan meter. Inilah restoran di atas pokok, Gajumaru Treehouse Diner. 
Gajumaru Treehouse Diner adalah sebuah restoran yang terletak di atas pohon besar. Lokasinya terletak di tengah Kota Okinawa, Jepun. 
Gajumaru Treehouse Diner dibina di ketinggian 20 meter di atas tanah. Hal ini membuat ia kelihatan seperti rumah pohon raksasa yang bersarang antara cabang-cabang besar.sumber






Orang Besut Nak Fikir Apa Lagi ??? Pas!!...Pas!!...Pas!! Pilihan Tepat


BESUT: Pilihan Raya Kecil Kuala Besut yang akan berlansung pada 24 Julai ini merupakan peluang terbaik bagi orang Umno khususnya penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di sini untuk 'mengajar' Datuk Seri Ahmad Said.

Salah seorang penyokong kuat Idris, Mohd Abiah Awang(gambar) berkata, orang Umno di Besut masih ingat apa yang Ahmad buat pada 2008 sehingga Idris diketepikan dari menjawat jawatan Menteri Besar untuk penggal berikutnya. 

"Orang sini ingat lagi, kita berlarok (konvoi) pegi ke Kuala Terengganu, pergi Putrajaya, pergi lapangan terbang, usung (bawa) sepanduk, rayu supaya Datuk Deris (Idris) kekal jadi MB.

"Tapi Mat Said (Ahmad Said) buat apa? Parut (luka) dalam hati ini belum sembuh lagi ni. Kita ingat apa dia buat," katanya ketika berceramah di pentas PAS di Kampung Seberang Barat di sini malam tadi.

Beliau berkata, pengundi Kuala Besut khususnya penyokong Idris Jusoh tidak harus menggadai perinsip perjuangan mereka hanya kerana wang RM50 dan sekantong rokok.

Sebaliknya mereka harus mengembalikan maruah orang Kuala Besut yang telah dicalar oleh Ahmad Said sebelum ini.

"Dulu Mat Said baru jadi MB, nak datang sini kena ada polis iring dia, sekali dengan 'body guard'. Sekarang ini dia boleh datang lenggang sahaja macam dia dah lupa apa dia pernah buat kat kita.

"Kita kena berani tuntuk kuasa kita. Inilah masanya. Kali ini kita pakat pangkah PAS belaka. Jangan malukan orang Kuala Besut. Biar berani gak kita," katanya lagi.

Beliau juga mengakui bahawa calon PAS, Che Long dan keluarga sangat dikenali penduduk di sini.

Che Long juga ujarnya memang senang untuk ditemui oleh penduduk Kuala Besut kerana sememangnya menetap di sini.

Berbeza dengan calon BN katanya, walaupun keluarganya berasal dari Kuala Besut, tapi bertugas dan tinggal di Putrajaya.

"Kita biar jadi 16:16 sekali. Kita tengok nak jadi macam mana. Kalau main bola, bila seri kena penalti.

"Sekurang-kurangnya Mat Said tahu kita oarang Kuala Besut tak pernah lupa apa yang dia pernah buat kepada kita," katanya.

Ahad, 21 Julai 2013

Tembelang Calon BN Kuala Besut Akhirnya Terbarai..


BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah.

“Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an. Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno.

"Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

"Dan selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

"Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan,” ujarnya.

Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai  keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.

Bagaimanapun Yang Dipertua PAS  Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini.

Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya.

Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar.“Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak.

Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun  pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat,” katanya.Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang.

Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang.“Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya,” ujar beliau.

Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya. ~harakahdaily

Ahli Parlimen Pandan, Saudara Rafizi Ramli akan ditahan dan didakwa

Rafizi Ramli
Berdasarkan kepada rekod kerajaan Umno BN yang penuh dengan penipuan, rasuah dan pengkhianatan, ada kemungkinan ahli parlimen Pandan, saudara Rafizi Ramli akan ditahan dan didakwa kerana mengkhianati pengkhianat.

Budaya kerajaan haram jadah Umno BN, sesiapa yang bocorkan rahsia penipuan Umno BN akan ditahan, didakwa dan dipenjarakan.

Dakwat kekal: Rafizi ulang dakwaan di luar dewan

KUALA LUMPUR 17 Julai: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengulangi dakwaan bahawa pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mengulangi dakwaan tersebut dalam sidang media di lobi parlimen, selepas diminta  Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Terdahulu, Pandikar berkata, ahli SPR yang didakwa Rafizi pada Selasa lalu tidak dapat mempertahankan dirinya kerana ucapan itu dibuat di dalam dewan.

Ucapan ahli parlimen di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Dalam sidang media tersebut, Rafizi turut mempersoalkan apakah penilaian bagi memastikan syarikat yang diberi tander membekal dakwat kekal pada PRU lepas benar- benar layak.

Beliau mempersoalkan bagaimana syarikat yang rekod kewangannya tidak dikemaskini boleh diberi tender runding terus.

Rafizi berpendapat penganugerahan itu diberikan bukan kerana kemampuan syarikat tersebut membekalkan dakwat kekal namun hubungan baik pemiliknya dengan kepimpinan SPR.

“Mengapakah sebuah syarikat yang kali terakhir kemaskini rekod kewangannya hanya pada 2009 dianugerahkan tander pada tahun 2013, apakah syarikat itu benar-benar aktif?” Soal beliau.

Fakta hubung kait Nash Ventures Sdn Bhd dan Mohamed Salleh 
- oleh : Rafizi Ramli

Menteri bertanggungjawab enggan dedahkan nama syarikat pembekal dakwat kekal di Parlimen tetapi mengesahkan syarikat lain iaitu Nash Ventures mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa PRU13. 

Berdasarkan carian di SSM, selain menjadi pemegang saham dan pengarah kepada Intergrated Challenger, Mohamed Salleh adalah pemegang saham & pengarah kepada Allisons Sdn Bhd.

Perniagaan utama Allisons Sdn Bhd adalah membekalkan peralatan ketenteraan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Turut menjadi pemegang saham & pengarah kepada Allisons Sdn Bhd adalah wanita bernama Shamsia Mansoor.

Shamsia juga merupakan pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd iaitu syarikat yang mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR secara rundingan terus.

Hubungan antara Mohamed Salleh dan Shamsia adalah berkemungkinan besar sebagai pasangan suami isteri kerana mereka tinggal di alamat rumah yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.

Tidak mengejutkan bilamana ketiga-tiga syarikat ini mendaftarkan alamat perniagaan mereka pada alamat yang sama.

Turut menjadi persoalan bagaimana syarikat berkenaan dipertimbangkan untuk pembekalan kepada SPR kerana syarikat itu tidak mengemaskini rekod kewangan dan kali terakhir difailkan kepada SSM ialah pada 2009.

Memandangkan kontrak diberi secara rundingan terus walaupun terdapat keraguan tentang kemampuan syarikat tersebut (yang telah terbukti gagal) makin menguatkan lagi dakwaan Mohamed Salleh mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan SPR.

Bayi Bermata Satu Telah Lahir Di Israel | Petanda Besar Kiamat?




Oleh QUE ACHMAD

Bayi BERMATA SATU Telah Lahir Di Israel | PETANDA BESAR KIAMAT? | Adakah ini DAJJAL? Suatu masa dahulu, kita digemparkan dengan bayi lahir bermata satu, yang disebut-sebutkan sebagai dajjal di Israel. Tetapi adakah benar yang lahir itu dajjal?? Adakah kita pasti bayi itu dajjal?

Telah lahir bayi bermata satu di Israel diantara orang Yahudi yang disebut-sebut sebagai DAJJAL. Dajjal adalah seorang muda yang berkulit merah, pendek, berambut keriting, dahinya lebar, pundaknya bidang, matanya yang sebelah kanan buta, dan matanya ini tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, seolah-oleh buah anggur yang masak (tak bercahaya) dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’ secara terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung / berangkai, yang dapat dibaca oleh setiap muslim yang boleh menulis mahupun yang tidak boleh menulis. Dan di antara tandanya lagi ialah mandul, tidak punya anak.
Disebutkan bahwa dajjal memiliki dua mata, matanya yang sebelah kanan buta. Jadi bukan satu. Bayi ini bukanlah dajjal seperti yang diperkatakan banyak orang.
Bayi tersebut dilahirkan dengan hanya memiliki satu mata dan tanpa hidung. Kakitangan perubatan yang membantunya lahir percaya bahawa keadaan bayi itu disebabkan oleh ubat eksperimen anti kanser. Penyebab lain ditulis dalam laporan hospital itu adalah boleh juga merupakan hasil dari kelainan kromosom. Bayi perempuan itu didiagnosis mengalami kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia. Dia dilahirkan dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan, tidak memiliki hidung, dan otaknya berkumpul dalam satu belahan saja. Dengan segala kelainan ini, sungguh suatu mukjizat jika bayi perempuan ini boleh bertahan hidup. Bayi malang ini akhirnya meninggal beberapa hari kemudian.
Mengenai dajjal sendiri, dia memang sudah ada, hanya kemunculannya mendekati kiamat. Dia hidup lama sekali. Umurnya sekitar ratusan tahun. Kepada semua saudara Islamku, marilah kita perkuatkan iman dan kepercayaan kita kepada Allah swt agar kita kembali ke jalan-Nya. Kadang kala kita alpa serta lalai. Jadi ingatlah yang akan menolong kita di hari akhir nanti, yakni di hari penghakiman hanya Allah.

Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun,kita hendaklah kembali kepada Allah yang satu.

sumber: Kopi Lekat