SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 30 Ogos 2013

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.  Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
  • Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  • Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  • Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  • Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Wanita lebih Annoying berbanding Lelaki!

Post kali ini hanya bersantai sahaja. Apa yang PenPatah ingin sampaikan adalah Wanita lebih ganas ketika tidur berbanding LELAKI! Percayalah wahai kaum adam, kaum hawa kalau boleh satu katil dia nak conquer! Untuk menzahirkan lagi fakta Penpatah, tengok gambar ni! Hahaha 
Ayu je kononya nak tunjuk manja masa tidur =.=
"Kaum hawa memang menyusahkan! Hahaha" =) Bukan penpatah yang cakap tapi kaum adam yang cakap. Lalalala~ Kasihanilah kaum adam wahai hawa.. 

Khamis, 29 Ogos 2013

Ada Hikmahnya Kibar Bendera PAS

Kibar Bendera PAS Bila Kecemasan

Hikmah Berada Dalam Jemaah PAS
Petang tadi dalam jam 4.30 kereta Wira sahabat yang baru dikenali telah rosak berhampiran R&R Bukit Gantang arah utara. Beliau bersama isteri dan 4 orang anak. Lorong kecemasan kawasan itu terlalu sempit dan amat bahaya, hampir 30 minit tak sebuah kereta pun berhenti menolongnya.

Sewaktu dia buka bonet belakang untuk cari sesuatu, beliau terpandang payung PAS dalam bonet, lalu beliau kembangkan tepi keretanya untuk lindungi anak kecilnya dari kena panas, tanpa disedarinya selepas itu beberapa kereta jemaah telah berhenti untuk menolong dan kami berhenti untuk membantunya

Selepas itu kebetulan sebuah kereta 4 angota Unit Amal Kedah baru balik dari program diKuala Lumpur turut berhenti tolong mengawal traffic.

Sebuah Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang Ustaz bersama isterinya menghulurkan bantuan menumpangkan isteri dan anak-anaknya ke Nibong Tebal. Plus Ronda menunda keretanya ke R&R Bukit Gantang dan beberapa pemuda PAS Bukit Gantang telah membantu beli barang ganti (V Belt) di Bandar Taiping.

Akhirnya pada jam 8.30pm tadi beliau yang dikenali sebagai Sidek selamat sampai kerumah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bantuan tenaga dan alat ganti pecuma dari Pemuda-pemuda PAS Bukit Gantang

Dengan satu lambang kami telah berkenalan tanpa diduga. Lambang parti menyatukan kami semua.

PENGAJARAN DARI KISAH INI:
Orang PAS jangan lupa bawa bendera dalam kereta anda untuk waktu kecemasan

Sabtu, 24 Ogos 2013

Apa Reaksi Bapa Altantuya : Berhubung Pembebasan Azilah Dan Sirul ?



[TMI] "Tiba masanya pemerintah Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu."

Demikian reaksi Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah dan warganegara Mongolia, Altantuya.

Setev yang dilaporkan sudah menjangka keputusan itu bercadang akan membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.

Menurut peguamnya, Setev mahu pemerintah Mongolia terlibat dalam urusan kes ini.

"Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Ketika Mahkamah mengumumkan keputusan membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006, Setev dilaporkan menerima berita itu dengan perasaan sedih.

Hari ini, mahkamah membebaskan dua bekas komando polis selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh Altantuya.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

Keputusan ringkas selama lima minit yang dibacakan Tengku Maimun itu, beliau berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan alibi pembelaan yang difailkan oleh Azilah.

Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.

“Bukti terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?” kata Gobind dalam akaun Twitternya.

Keputusan hakim itu menyebabkan Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Setev, berkata beliau akan membuat tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, DSP Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam tuntutan sivil yang difailkan Setev, bapa Altantuya.

Peguam, Karpal Singh berkata akan mendesak tuntutan tersebut didengar tidak lama lagi. Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007.

Tuntutan itu ditangguhkan berikutanmemberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008.

“Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri,” kata Karpal di Shah Alam, hari ini. – 23 Ogos, 2013.

Beginilah Sikap Pemimpin (Songkok Tinggi) Umno

Wah!! Sombongnya Pemimpin UMNO Yang Jadi Timbalan Menteri nii..


Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mengecam laporan berita online mengenai menantu lelakinya yang bekerja di bawah kementeriannya.

Dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap portal berkenaan, Tajuddin berkata:”Siapa mereka? Saya tidak perlu melaporkan kepada mereka. Apa yang mereka tahu mengenai pengorbanan yang telah saya lakukan kepada rakyat dan parti sejak 40 tahun lalu? Adakah mereka tahu saya salah seorang yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang pada 1987?.”

Tajuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz, bekerja dengan kementeriannya.

Tajuddin mendakwa laporan portal berkenaan tidak mempunyai kredibiliti untuk menyoalnya, kerana mereka lebih berminat untuk agenda yang bermotifkan politik berbanding isu yang berkaitan dengan rakyat.

“Saya tahu mereka menantikan penafian secara terus atau pengakuan bersalah. Saya tidak akan memberi muka kepada mereka kerana saya tidak mahu terlibat sama dalam permainan politik murahan seperti ini,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga menjadi bahan berita apabila didakwa menggaji anak perempuannya, Nur Shahfiza, namun beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri dalam isu berkenaan.

“Maaf….tiada kenyataan,” katanya.

Kes melibatkan tokoh politik mengambil ahli keluarga untuk bekerja dengan mereka menjadi perhatian apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz didakwa mengambil anak lelakinya Muhammad Nedim bekerja dengan beliau.

Nazri telah menjelaskan bahawa anak lelakinya tidak bekerja dengan gaji yang dibayar oleh kerajaan sebaliknya dia bekerja dengan beliau sebagai pembantunya bagi kawasan Parlimen Padang Rengas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata ahli keluarga boleh menawarkan perkhidmatan mereka sebagai sukarelawan, namun mereka tidak boleh menerima gaji atau dibayar elaun menggunakan Oleh kerajaan.

Ketua Menteri Pulau Pinangm Lim Guan Eng turut meminta penjelasan daripada dua ahli majlisnya kerana mengambil ahli keluarga bekerja di pejabat mereka.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengaku adik perempuannya telah bekerja di pejabatnya sejak 2008. Bagaimanapun, beliau mendakwa adiknya telah meletakkan jawatannya awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, Chong Eng turut dikecam kerana mengambil anak lelakinya bekerja dengan beliau.


Kes Altantuya: Warga internet luah marah di ruang siber


Altantuya Shaariibuu.

Bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?
Ini adalah dua soalan yang kerap ditanya di ruang siber apabila pengguna internet (netizen) memberi ulasan yang meluap-luap terhadap pembebasan dua anggota polis berkenaan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah.
Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?
Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:”Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities’ hanya berlaku dalam 1Malaysia.”
Satu lagi, Rayfire mengulas,”Ya, `Endless possibilities’ untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa.”
Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul.
“Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah,” kata Mr M.
“Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*”.
Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku.
Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah.
“Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib,” kata Angel dalam ulasannya.
Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa’.
Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia.
Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia.
Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup.
Netizen Justice Pao memberi komen:”Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!”
Seornag lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata:”Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya.”
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu.
Satu tweet berkata,”Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya”.
Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini’. – 23 Ogos, 2013.


Penemuan Fakta Pelik Dalam Kes Altantuya

Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.

Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.

Siapa bunuh dia? Mengapa?

Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?

Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.

Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.

Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya.

Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.

Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.

Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.

Sulaiman Daharun (bapa angkat anak Sirul) memeluk Shukri Azam (anak Sirul) di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.

Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?

Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.

Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.

Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’. ~the malaysian insider

Ahad, 18 Ogos 2013

Ini lah sebab kenapa 'mereka' menggulingkan DR MURSI




Hayati video ini, meremang bulu roma?? inilah dia pemimpin ISLAM yang digeruni musuh ISLAM. Digulingkan secara militari oleh sekular. Lihat bagaimana ISLAM disuntik dalam kalangan rakyat MESIR!! Alangkah indahnya~ Aku berimpian akan ada pemimpin seperti Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir] di MALAYSIA khususnya dan seluruh negara yang mengaku agama rasmi sebagai agama ISLAM amnya yang akan meremangkan bulu roma mujahid di MALAYSIA~ ALLAH ALLAH ALLAHUAKBAR!! Ingat ISLAM tetap akan menang, tapi bukan mudah sebab syurga ALLAH itu mahal 

Himpunan Munajat Sebagai Tanda Sokongan Kepada Rakyat Mesir

Himpunan munajat tanda sokongan pada rakyat Mesir

Harakahdaily/- 

KUALA LUMPUR: Padang Merbok yang menjadi lokasi Himpunan Munajat 100 ribu mula dilimpahi hampir 2000 hadirin, petang ini bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang dizalimi.

Program bermula dengan solat asar diikuti pidato daripada para pemimpin PAS.
Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.

Ketika ini, wakil kerajaan negeri Kelantan sedang menyampaikan pidatonya.

Selain rakyat Malaysia, kelihatan juga beberapa rakyat Mesir turut bersama-sama menyertai himpunan ini.

Pergolakan di Mesir bermula apabila pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi dan menahan beliau di suatu tempat yang tidak diketahui.

Berikutan penggulingan tersebut, ribuan rakyat Mesir, khususnya penyokong Morsi berhimpun di beberapa lokasi bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa tersebut.

Ikrar Seorang Pemimpin Islam Sejati . Najib Cane ?

Pak Mei dgn 700 Ekor Anjig Peliharaan......


[AA] ALOR SETAR: Tanggungjawab dan belas kasihan.

Itulah yang digambar oleh sepasang suami isteri apabila mereka sanggup mengutip dan memelihara binatang yang berkeliaran di jalanan seperti anjing dan kucing.

Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka. Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.

Menurut Md Azmi atau lebih mesra dengan panggilan “pak mie”, beliau menganggap apa yang dialakukan beliau dan isteri untuk memelihara serta menguruskan haiwan ini merupakan satu tanggungjawab malah sudah hampir dua puluh tiga tahun mereka menguruskan haiwan-haiwan ini bersama.

Katanya,sifat kasihan terhadap haiwan itu lahir apabila beliau melihat haiwan-haiwan tersebut berada di jalanan malah ada antaranya mengalami kecederaan serta dalam keadaan tidak terurus.

Jika ternampak beliau akan menangkap dan membawa pulang haiwan-haiwan tersebut ke kediaman mereka di jalan tanjung bendahara, alor setar dan akan dimandikan serta merawat luka-luka yang terdapat pada haiwan tersebut.

"Pak Mie" dan sekumpulan anjing peliharaannya

"Bagi kami dengan mak intan kami rasa benda ni rasa tanggungjawab la kita ambil balik bila kita ambil bawak balik kita tengok sakit macam ni kita berubat dia kita jaga bagi makan dia pelihara sampai dia sihat jadi itu kita
rasa tanggungjawab lah walaupun saya sebagai orang melayu," katanya.

Walaupun pada satu ketika tindakan mereka pernah mendapat cemuhan dan dipandang serong masyarakat kerana mereka beragama Islam namun tidak ramai yang tahu mereka akan menyamak kembali dan mereka tahu akan hukum agama dan ini adalah atas perikemanusiaan selebihnya mereka menyerahkan kepada Allah.

Sementara itu isterinya, Halija yang mesra dipanggil Mak Intan pernah bekerja di klinik haiwan serta mempelajari ilmu merawat haiwan dengan doktor veterinar.

Katanya dia tidak mempunyai sebarang masalah dalam menguruskan haiwan itu mahu dari segi pemakanan dan kesihatan malah anjing-anjing tersebut dijaga dengan rapi termasuk soal perubatan dan kebersihan.

"Memang Mak Intan rasa tanggungjawab la kat depa sebab sapa yang nak tolong sapa yang nak ambil depa kan sedangkan kucing yang sakit tepi jalan orang kaih (tolak) ja orang tak ambil macam tu jugak anjing yang eksiden ka kena tindih ka apa ka orang kaih dengan kaki ja tak dak sapa yang sudi nak ambil depa," kata Mak Intan.

Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.

Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya.

Sehingga kini terdapat kira-kira 200 ekor kucing dan 900 ekor anjing di bawah jagaan mereka malah kos menguruskan haiwan-haiwan ini ditanggung sepenuhnya tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

Malah anjing yang dipelihara dan dipelihara dijaga sehingga mati manakala bagi penyakit yang tak dapat dirawat haiwan ini akan dihantar ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut.

Punca Pengundi Muda Melayu Tidak Sokong Pakatan Rakyat Di Dedahkan



Pengundi muda Melayu dan kali pertama mengundi didoktrinkan dengan isu identiti Melayu yang digunakan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk menanam ketakutan terhadap pembangkang, kata pembuat undang-undang Pakatan Rakyat (PR), hari ini.
Mereka berkata, itu adalah sebab pengundi muda Melayu dan pengundi kali pertama memilih untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) – seperti didedahkan dalam kajian corak mengundi oleh Merdeka Center, baru-baru ini.
Rafizi Ramli (gambar) daripada PKR dan Zairil Khir Johari daripada DAP, berkata penemuan daripada kajian itu tidak begitu mengejutkan.“Kami tahu ia adalah pertempuran yang sukar untuk mendapatkan pengundi muda Melayu – mereka berumur antara 21 hingga 26 – untuk mengundi kami,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.
Ini kerana, katanya, mereka dalam kumpulan umur itu baru sahaja keluar daripada sistem pro-BN, di mana mereka dibiarkan untuk percaya bahawa mereka perlu berjuang mempertahankan hak orang Melayu.“Ini boleh dilihat di sekolah, university dan di mana juga. 
Mereka sama seperti pengundi luar bandar – mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana.“Imej yang disampaikan oleh BN ialah PR tidak berminat langsung dengan hak Melayu, menyebabkan mereka takut kepada kami,” katanya.
Merdeka Center mendedahkan di sebalik kepercayaan popular, majoriti pengundi Melayu yang masih muda dan mengundi kali pertama memberi sokongan mereka kepada BN, menandakan bahawa pembangkang belum berjaya meyakinkan bahawa masa depan mereka selamat dnegan PKR, DAP dan PAS.
Golongan  muda Melayu, katanya, akan menjadi kumpulan pengundi lebih besar dalam proses mengundi akan datang berbanding hampir dua pertiga, atau 64.7 peratus pengundi muda yang berdaftar tahun ini.Zairil berkata, kumpulan umur 21 – 30 tahun lebih kepada golongan `atas pagar’. 
Mereka bukan penyokong kekal BN atau PR.“Mereka mempunyai rasa tidak selamat dan kekurangan. BN berupaya menggunakan keadaan itu dengan menggunakan isu perkauman,” katanya.
Dalam kata lain, katanya, BN menyebabkan mereka melupakan masalah sebenar dengan cara perkauman.“Mereka masih terlalu muda ketika reformasi 1998 berlangsung. 
Jadi, mereka tidak tahu bagaimana kami boleh berada di sini.“Sama ada strategi BN akan berjaya atau tidak pada PRU akan datang, masih belum diketahui,” katanya.Beliau berkata, pengaruh media sosial dan internet memberi sumbangan besar kepada kebaikan PR dan diterjemah ketika hari mengundi pada 5 Mei lalu dan ia boleh jadi semakin kuat.
“Kumpulan umur itu mungkin akan pergi kepada mereka yang mampu menyelesaikan isu dan apa memberi kesan kepada mereka. Ini adalah sesuatu yang PR akan laksanakan,” katanya.
Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR, berkata apa yang diperhatikan ialah pengundi muda Melayu mungkin akan bermula sebagai penyokong BN, tetapi mereka akan meragui gabungan itu pada masa depan.
“Menjelang usia 26 tahun, mereka akan melihat beberapa perkara yang mungkin akan menunjukkan pengalaman mengenai rasuah dan kegagalan BN untuk menyelesaikan isu itu. Jadi, mereka akan menjadi kurang yakin terhadap BN,” katanya.
Apabila mereka berusia 30 tahun,  katanya, mereka akan menjadi penyokong kuat PR.“PR membuat keputusan yang praktikal sebelum pilihan raya, bahawa kami akan menawan mereka yang berumur 26 tahun ke atas kerana generasi lebih muda takutkan mereka.
“Bagaimana kami mengendali ketakutan itu?” soalnya.Rafizi berkata, DAP sejak sekian lama digunakan oleh Umno untuk memomokkan pengundi muda Melayu yang percaya mereka tidak lagi relevan jika PR berkuasa.Beliau mendedahkan bahawa PKR sudah merangka perancangan, yang akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk menangani isu itu.
“Kita perlu berdepan dan membina semula identiti Melayu dan kita juga tidak boleh dilihat hanya mendapat sokongan kuat daripada bukan Melayu.“Saya yakin corak itu akan terbalik, jadi BN tidak sepatutnya terlalu gembira mengenai penemuan itu. 
Sebaik sahaja PR memberi tumpuan kepada pengundi muda Melayu dan menyelesaikan isu mereka, BN akan hilang,” katanya.Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan Nurul Izzah Anwar dari PKR berkata, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diadakan untuk menyemai ketakutan terhadap pembangkang di kalangan golongan muda Melayu.
Liew berkata, pengundi muda Melayu kebanyakannya adalah lepasan sekolah yang dibekalkan dengan bahan propaganda.“Kami sudah pun diberi amaran mengenai perkara ini awal-awal lagi,” katanya.
Liew mengaku bahawa DAP sedang melakukan sesuatu untuk memikat pengundi muda Melayu kerana parti itu dilihat sebagai parti berorientasikan kaum Cina.“Kita perlu mendapatkan semua orang. Kita perlu dilihat sebagai mewakili suara Melayu juga,” katanya.
Beliau berkata, pengundi Melayu yang lebih berumur kelihatan lebih pro-pembangkang kerana mereka sudah menyaksikan sendiri kegiatan rasuah dan kronisme dalam kerajaan.“Mereka lebih kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda. 
Ini pertempuran sengit kerana pengkritik kami sedang cuba meletakkan kami dalam kotak, memanggil kami pro-Cina,” katanya.Nurul Izzah berkata, PR kini melihat semula usaha mereka dalam mendapatkan sokongan golongan muda.“Mungkin ceramah sudah tidak sesuai lagi. 

Kita perlu melihat kepada aktiviti berorientasikan golongan muda,” katanya.Bagaimanapun, katanya, PR sudah pun memulakan langkah di haluan yang tepat dengan membangkitkan banyak isu berkaitan dengan golongan muda.“Contohnya, kami bercakap mengenai penurunan harga kereta,” katanya. ~the  malaysian insider