SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 26 Oktober 2013

TPM Nasib Baik Dr Umno , Sebab Itu Bukan Penghinaan Kata "PERKASA"


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.


Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin 
yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.


penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.


"Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan.

"Saya tak ambil gula tuan-tuan.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pertemuannya bersama guru dan ibubapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Bajet JPM Melonjak Ke Paras Paling Tinggi


Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk mengekang defisit negara, namun belanjawan jabatannya sendiri telah melonjak ke paras tertinggi.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, anggaran bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun depan berjumlah RM16.45 bilion, dengan perbelanjaan operasi RM5.86 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM10.58 bilion.

Jumlah itu adalah peruntukan tertinggi kepada JPM, dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu bajet RM15.62 bilion pada 2011.

Perbelanjaan JPM pada tahun-tahun sebelumnya ialah RM6.91 bilion (2008), RM10.19 bilion ( 2009), RM11.88 bilion (2010), RM15.62 (2011 ), dan RM13.721 bilion (2012).

Peruntukan bajet 2014 bermakna JPM telah, buat kali pertamanya dalam tempoh tiga tahun, mengatasi kementerian pertahanan  dengan bajet 2014 sebanyak RM16.1 bilion.

Bajet bagi kementerian pendidikan bagi 2014 ialah RM54.6 bilion, manakala kementerian kesihatan di tempat kedua dengan RM22.16 bilion.

putrajaya aerial view 02 201106Antara perkara yang mengambil sebahagian besar bajet JPM adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( RM779 juta), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (RM631 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( RM367 juta).

Ketika membentangkan Bajet 2014 semalam, Najib berkata negara mensasarkan untuk terus mengurangkan defisit daripada 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) tahun ini kepada 3.5 peratus tahun depan.

Edisi Kena Baca ! - Jadilah mayat yang eksyen bila di alam kubur !

Tazkirah#blog : Rasulullah S.A.W. pernah bercerita tentang alam kubur mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia . Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kubur lelaki tersebut yang amat dekat dengannya. 

Lalu lelaki itu bertanya kepada makhluk tersebut: Siapa kamu wahai makhluk? Jawab makhluk tadi kepada lelaki berkenaan: “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”. 

Berbakti kepada Ibu bapa melalui Al-Quran 
Mendengar kata-kata makhluk tersebut, barulah lelaki yang di dalam kubur itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya lelaki itu telah dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah S.W.T. Betapa gembiranya lelaki tersebut setalah beliau dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. 

SILA KLIK FOTO SEBELAH UNTUK IMEJ LEBIH BESAR

Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga yang teramat indahnya kepada lelaki itu. Allah juga telah memerintahkan kepada malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut. 

Terkejutnya ayah dan ibu lelaki tersebut sambil berkata: “Wahai Malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”. Jawab Malaikat; “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidupnya.” 

Masya-Allah… ruginya kalau kita tidak mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidup kita ini. Baca satu huruf Al-Quran dapat 10 ganjaran pahala Benarlah Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W. dan Kalam Allah S.W.T. yang maha suci. 

Bukan sahaja membaca satu huruf dari Al-Quran mendapat 10 ganjaran pahala, malahan Al-Quran akan dapat menjadi ‘peguam’ kita di hadapan Allah SWT kelak. Dalam kisah ini, kita dapat mempelajari satu lagi cara untuk berbakti kepada ibu dan bapa kita, iaitu dengan membaca Al-Quran. 

Berbanggalah kita dengan nikmat yang Allah S.W.T. turunkan ini, dan sama-samalah kita mengambil peluang dengan membaca Al-Quran setiap hari. Bacalah sekurang-kurang satu ayat (kalau tak mampu nak baca panjang-panjang). Biar sedikit dan berterusan dari banyak tapi buat kadang-kadang. Semoga dengan membaca dan memahami Al-Quran kita akan dapat menentukan Kemana ROH Kita Selepas Mati, InsyaAllah. 

Nota:

Kita tak berkira untuk beli rokok sebungkus RM12 sehari atau lebih RM300 sebulan semata-mata untuk nampak maskulin. Kita juga tak berkira langsung beli henfon beribu-ribu untuk nampak berteknologi. Kita juga langsung tak mau kira jika majlis kahwin kita barai berbelas ribu untuk nampak gah dimata manusia.. tetapi kita sangat BERKIRA..,untuk membeli senaskah al quran untuk kita baca yang mana itulah teman kita.. ketika kita di alam kubur. Ingat ! rokok, henfon, ipad..tablet, bini cun..laki macho..tak boleh kita nak bawa jadikan teman bila dah jadi mayat kelak. 

PENGHANTARAN PERCUMA MELALUI POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA. DAPATKAN TERUS DARI KAMI SENASKAH AL QURAN DIGITAL PADA HARGA RM250 YANG SAH LULUS SEMAKAN PIHAK KDN. 

BR1M Satu Umpan Kepada Orang Miskin Untuk Kemenangan Najib



Najib selaku PM adalah anak seorang bekas PM (Tun Razak),beliau tidak pernah merasa susah dalam kehidupan beliau,susah senang rakyat tidak di pedulikan dan di ambil kira oleh Najib selaku PM dan menteri Kewangan. Lihat sahaja bajet yang baru dibentangkan oleh Menteri Kewangan (Najib) semalam, Apakah kelebihan kepada rakyat ? Adakah dengan pemotongan sabsidi gula itu satu hadiah bermakna kepada rakyat ? dan GST itu satu bonus untuk rakyat ?

Mungkin rakyat dikampong suka dengan Najib kerana BR1M kerana mereka tidak sedar mereka tertipu dengan kemanisan RM 600 untuk setahun yang mereka angap terlalu besar tetapi mereka tidak sedar belanja harian mereka melonjak tinggi melambung. Selepas pemotongan sabsidi petrol, sabsidi gula pula akan di potong ditambah pula dengan GST yang akan berkuat kuasa pada 2015 nanti.

Petani umpamaya terpaksa memerah tanaga setiap hari mencari rezeki untuk sesuap nasi dan menyara keluarga . Untuk mendapatkan hasil yang lumayan petani terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi untuk memastikan pendapatan mengcukupi untuk menampung kehidupan selama semusim.Najib tidak pernah tahu berapa harga satu tan mentrik padi yang di bayar kepada petani oleh Bernas  di tolak dengan potongan gred.

Bayangkan dengan keluasan tanah 3 ekar petani terpaksa mengeluarkan modal dari upah bajak,membeli benih,menabur (upah tanam calit),baja dan racun kesemuanya diangarkan RM 3,000.00. Jika pendapatan hanya mencecah RM 6,000.00 semusim bermakna petani hanya berpendapatan RM 3,000.00 semusim, Itu tanah milik sendiri bagaimana pula jika tanah sewa ? semusim kadar sewa RM 2,500.00 berapakah petani itu dapat dalam semusim? bagaimana mereka hendak menyara keluarga ? Pernahkah Najib selaku PM dan Menteri Kewangan memikirkan susah payah rakyat ? Aku yakin dia tidak mengerti hati nurani rakyat...

Sebab itu dia menggunakan wang ringgit untuk mendapat kemenangan PRU yang lepas-lepas dan yang tebaru dia membeli undi dari rakyat marhin dengan memberikan BR1M sebanyak RM 500.00 kepada setiap keluarga yang berpendapatan di bawah RM 3,000.00 sebulan, dia tahu undi orang susah boleh dibeli, sebagai bukti semua kemenangan Umno/BN dari undi orang kampong, ini bermakna orang kampong senag di beli. Sama ada dari Sabah, Serawak atau Semenanjung semua dari kampong.

Bagi Najib lagi rakyat susah lagi bagus....mereka boleh diumpan dengan wang untuk meneruskan cengkaman pemerintahan Umno/BN. Dalam fikiran beliau sekiranya rakyat semua sudah senang umpan dia tidak laku lagi (seperti orang bandar dan bangsa cina) sukarlah untuk dia meraih kemenangan dan meneruskan cengkaman  pemerintahan kuku besi Umno/BN.

Kakitangan awam pula berbanga dengan bonus setengah bulan gaji dan minima RM 500 yang akan di bayar pada bulan Januari / 2014. Sebagai ucapan terima kasih kerana membantu kemenangan Umno/BN dalam PRU 13 sebagai jalan untuk mencengkam rakyat.... Tahniah kepada kakitangan awam yang bersekongkol dan membantu menjayakan MISI untuk mencapai VISI Najib dan Umno/BN.

Najib juga tidak mahu memberi kenaikkan lagi atau menambah apa-apa elaun kepada kakitangan awam kerana jika kakitangan awam sudah dapat kenaikan sudah tidak ada lagi umpan yang akan dijadikan syarat tawar menawar untuk mencapai kemenangan dimasa akan datang.

Bila masa PRU hanya tinggal setahun Kongres Kesatuan Sekerja Sektor Awam akan berkokok mengatakan Kongres sudah bertemu PM membincankan kenaikan gaji yang akan dilaksanakan selepas PRU nanti jestru itu bagi pihak Kongres merayu kepada semua kakitangan awam menyokong kerajaan dan memastikan kemenangan di pihak Umno/BN...... Bila sudah berjaya semua kakitangan awam akan dapat ucapan terima kasih kerana membantu kemenangan imno/BN, kenaikan gaji dan elaun di kaji semula empat atau lima tahun lagi......

Presiden Kongres di kurniakan Darjah Kebesaran, ahli kongres pula di kurniakan kenaikan cukai. Najib tidak pernah terfikir dan ingat kepada pekerja kelas petengahan dan bawahan yang sama-sama bertungkus lumus untuk menjayakan semua program kerajaan. Apa yang berlaku Najib hanya melihat pegawai peringkat atasan sahaja yang berusaha, sebab itu Najib menaikkan gaji atau elaun pegawai atasan sahaja setiap kali rombakan gaji berlaku disektor awam. Untuk kakitangan bawahan hanya sekadar melepaskan batuk ditanga. Amalan kerajaan sejak dari memerintahan mantan PM si Kuthi tu lagi.

Najib selaku anak bekas PM dia tidak pernah tahu akan kesusahan dan perihjerih rakyat bawahan termasuk lah kakitangan awam yang bergaji rendah di bawah RM 1,000.00 sebulan . Najib tidak pernah melihat rumput yang melata kerana Najib tidak pernah duduk sebaris dengan rakyat marhain......kerana baji Najib rakyat itu tentu mengharap sesuatu dari kerajaan Umno/BN, beri RM 600.00 setahun mereka akan memuji dan menyanjung Ku (Najib) . Biarkan mereka terus miskin.....dengan gaji rendah.....senang untuk di beli.

Bilakah rakyat Malaysia baru sedar akan penipuan Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN seterusnya sebagai PM & MK.  

Jumaat, 25 Oktober 2013

M'sia Lebih Teruk Dari Era Perang Mafia Amerika'

Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana suasana sekarang sangat buruk.

Malah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, samseng Melaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.
Antaranya, kata Wan Junaidi, ada kumpulan yang tampil berarak jika ada kematian melibatkan anggota kumpulannya.

"Kalau ahli kumpulan (gangster) mati, kawan-kawan dia akan berarak secara terbuka.

"Mafia 1920-1930an pun tak seberani itu, (mereka) menyorok-menyorok."

Perang mafia AS pada masa itu itu dirakam insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929.

Ia melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone

Peristiwa ini dibandingkan oleh Wan Junaidi dengan kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng.

Ahad, 20 Oktober 2013

Keputusan Penuh Pemilihan Naib Presiden Umno


dikemaskini 1.45pm. Menurut keputusan rasmi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016.
Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di ibu pejabat Umno di PWTC pada jam 1.40 pagi ini.
Keputusan rasmi pemilihan naib presiden Umno:
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 185
2. Datuk Seri Shafie Apdal -174
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 100
4. Datuk Mukhriz Mahathir - 91
5. Tan Sri Isa Samad - 7
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

Sepanjang sesi pengiraan undi, Hishammuddin dan Mukhriz bersaing sengit dengan perbezaan undi yang kecil dan keputusan undian antara mereka seri di beberapa bahagian.

Bagaimanapun, Tajol Rosli berkata, tiada kiraan semula dilakukan memandangkan perbezaan jumlah keseluruhan undi bagi dua calon itu jauh berbeza."Hishammuddin memperoleh 100 undi manakala Mukhriz mendapat 91 undi. Perbezaannya adalah sembilan undi maka tidak ada undi semula atau cabut undi akan diadakan."Jika perbezaan adalah tiga barulah kita akan adakan undian semula," kata Tajol Rosli.

Sementara itu, Bernama melaporkan Tajol Rosli menjelaskan bahawa Hishammuddin dan Mukhriz mendapat undi seri di tiga bahagian iaitu Keningau, Semporna dan Baling.
    
Tajol Rosli juga mengumumkan Datuk Mohamad Aziz mengekalkan kerusi timbalan pengerusi tetap Umno setelah menewaskan dua pencabarnya Datuk Abd Rahman Palil dan Ahmad Fariz Abdullah.
    
Mohamad menerima 158 undi, Abd Rahman 25 undi dan Fariz tidak memperoleh sebarang undi. 
    .
Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata keputusan penuh pemilihan Umno itu akan diumumkan pada pukul 5 petang Ahad.

Zahid - antaranya Bukit Bendera, Cheras, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Batu Gajah, Pagoh, Kota Kinabalu, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Bukit Katil, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Tanjong, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Jelutong, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa.

umno mt supreme council result screen pwtc 191013
Shafie - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Bentong, Batu Gajah, Pagoh, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Jempol, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa.


Hishammuddin - antaranya Bukit Bendera, Bentong, Cheras, Tapah, Pagoh, Kota Kinabalu, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Temerloh, Raub, Jempol, Bera, Putrajaya, Pekan, Jerantut, Pengerang, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Bukit Gelugor, Tanjong, Tuaran, Jelutong, Klang, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Pasir Mas, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Pengkalan Chepa.

Mukhriz - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Ampang, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Jelebu, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Bukit Katil, Jasin, Penampang, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Tanjong, Bandar Tun Razak, Selayang, Jelutong, Rembau, Ketereh, Sungai Besar, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Kota Raja, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang.


Mohd Ali - antaranya Bukit Bendera, Batu Gajah, Kota Kinabalu, Bukit Katil, Wangsa Maju.


Isa - antaranya Tampin, Jempol, Tampin, Rasah, Seremban, Gua Musang.

Sementara itu, Bernama melaporkan mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian serta Majlis Tertinggi parti bermula serentak di 191 bahagian 8 pagi ini.

umno mt supreme council result screen pwtc 191013Mesyuarat itu akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu.

Ketika proses pengundian, setiap perwakilan akan diberi dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.

Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara.

Selepas selesai proses pengundian, perwakilan akan menyambung semula mesyuarat mereka sementara proses pengiraan undi dijalankan.

Bagi memenuhi carta Majlis Tertinggi, sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).
umno mt supreme council result screen pwtc 191013

Tumpuan hari ini pastinya kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang -- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal -- yang akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Jawatan presiden dan timbalan presiden sebelum ini diisytihar menang tanpa bertanding apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing tidak dicabar pada pemilihan kali ini.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin juga telah diumum menang tanpa bertanding.

Ali Rostam, Isa Samat Dan Mukhriz Kecundang

Lambaian kemenangan daripada Zahid yang berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno. - Gambar The Malaysia Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013. 



Lambaian kemenangan daripada Zahid yang berjaya mengekalkan 
jawatan Naib Presiden Umno. - Gambar The Malaysia Insider 
oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan Naib Presiden 
Umno bagi Penggal 2013-2016 selepas memperoleh 166, 152 dan 92 undi.
Sehingga jam 11.45 malam, 167 daripada 191 bahagian Umno 
seluruh negara sudahpun mengeluarkan keputusan pemilihan secara tidak rasmi.
Sementara Datuk Mukhriz Mahathir yang menjadi pencabar terdekat 
Hishammuddin hanya mendapat 77 undi setakat ini walaupun dilihat 
sebagai salah seorang calon popular.

Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam tujuh undi serta 
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mendapat lapan undi.
Ahmad Zahid dan Shafie dikatakan menerima sokongan
daripada majoriti bahagian Umno, manakala Hishammuddin dan
Mukhriz bersaing sengit merebut tempat ketiga jawatan itu.
Keputusan penuh bagaimanapun dijangka akan diumumkan tengah malam ini.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sudahpun berada 
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mendengar 
sendiri pengumuman rasmi pemilihan parti Melayu terbesar itu.

Dalam pemilihan Umno pada 2009, Zahid mendapat tempat pertama 
bagi jawatan naib presiden diikuti oleh Hishammuddin dan Shafie.-

Gadis Bawah Umur Hamil Tampa Nikah Setelah Dirogol Pengerusi Surau


suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.


Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

HULU SELANGOR - Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.

Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.



perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.


Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.

Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.

Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.

Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.

“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.

"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing,” kata sumber.

Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.

Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.

Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Perletakan Jawatan TG Nik Aziz Dan Penyingkiran Husam Adalah Konspirasi Jahat Yang Dirancang..


Boleh percaya ke apa yang sedang heboh di laman2 sosial neh? Aku pun heran la. Lagi dekat muktamar PAS lagi macam2 benda timbul. Yang terkini isu persaraan TGNA. Konon nya TGNA dipaksa untuk bersara.. yeke? Aku rasa dulu TGNA pernah buat pengakuan yang dia nak bersara dah pada PRU ke 12 yang lalu [5 tahun lepas] tapi tak boleh sebab ada beberapa kumpulan tak bagi TGNA berundur meskipun keadaan kesihatan dia tidak mengizinkan dia untuk bergerak aktif macam dulu dah..
Sekarang timbul citer neh pula.

Cuba korang baca kat bawah neh dulu ; 

Persoalan ini wajar anda fikirkan secara serius jika anda sayangkan jemaah Pas Kelantan yg sudah 23 tahun memerintah Negeri.
■□ KES 1; Husam Tidak Dilantik Sebagai Exco

* Seminggu sebelum Pilihanraya, kononnya dikhabarkan satu surat sudah dikeluarkan dari Pjbt PAS Pusat mohon TGNA berundur menjadi MB Kelantan

* TGNA hanya dimaklumkan pagi 6 Mei 2013 bahawa PAS Pusat berbuat demikian, dan terima dengan hati hiba terus tidak mahu pergi perlantikan Exco Baru Kelantan di Istana Kelantan ptg itu.

* Husam tidak dipanggil mesyuarat Dewan Harian di rumah TGNA pada 6 Mei 2013 oleh Su Perhubungan, YB Zulkifli Mamat hatta dgn satu SMS pun

* Selepas riuh rakyat bangkit bertanya kenapa Husam tidak dilantik sebagai Exco maka

* Dikhabarkan Majoriti Exco bahawa Husam tidak diperkenan oleh Istana.

* Siap mengeluarkan Surat berstatus OSA bagi meng"HALAL"kan cara.

selesai kes 1, rakyat "redho" dgn hujah yg kononnya sebab Istana Husam tidak naik sebagai exco.

■□ Kes 2; Khier Zahari, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali tidak disambung kontrak.

* Khier adalah kawan rapat Husam, dan banyak membantu PAS Kelantan dan Kerajaan Negeri sewaktu beliau menjadi Setiausaha Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Kelantan dan Ketika di TATK.

* Dikhabarkan beliau "dibuang" sebab Dato Mohd Amar, selaku BOD dlm TATK tidak setuju dengan Khier Zahari yg Pro Husam.

* Diganti pula dgn seorg yg berstatus Senator yg sudah banyak kerja lain yg perlu beliau, tapi kononnya diletakkan di pos tersebut sebagai "buffer" sementara cari calon yg sesuai.

■□ KES 2; Husam Dinafikan Jadi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (Chairman) Anak Sykt Yg Beliau Tubuhkan sendiri.

* 1. Dinafikan chairman sykt PMBK SAWIT - dimana beliau yg bertungkus lumus mengambil alih tanah yg digunakan FELCRA seluas 10,500 ekar kembali kpd Kerajaan negeri.

* 2. Dinafikan Chairman Baldah Toyyibah Sdn Bhd yg menguruskan projek LEBUHRAYA Rakyat- Dimana satu sykt dr Korea sudah berminat utk melabur bagi membina Lebuhraya dr Kota Bharu-Kuala Krai dgn kos RM1.8billion dgn cagaran tanah seluas 3000ha di Sg Tuang, Gua Musang yg mempunyai nilai mineral sebagai RM2.5billion. Bagi lebihnya boleh dibuat stadium.

* 3. Dinafikan Chairman Sykt Takaful Kifalah (Warga Emas) Sdn Bhd - Drpd idea beliau, sykt ini banyak membantu Pas Kelantan menang pd PRU12 (sewaktu pas Kelantan tinggal 1 kerusi majoriti)

* 4. Dinafikan dr menjadi Chairman sykt Tunjong Development Corporation - dimana sykt ini akan berkerjasama dgn Pelabur (sudah ada) utk membangunkan STADIUM Baru di Bukit Merbau bernilai lebih RM230 juta yg diusahakan oleh Husam utk mendapat pelabur.

** Hujah Utama Menafikan beliau tidak boleh menjadi chairman sykt terbabit ialah, Adun tidak boleh memegang lebih drpd 2 sykt Glc, yg tidak pernah ada zaman TGNA jd MB.

Tetapi sebaliknya Dato Che Abdullah Mat Nawi (contoh shja tanpa sebarang niat tidak baik, dan ada lagi cth2 lain) pula boleh memegang lebih drpd 3 buah anak sykt Glc, bergitu juga dgn Adun dan Exco Lain.

Akhirnya Husam ditawarkan 2 sykt iaitu Kelantan Golden Trade (Dinar Emas) dan Az Zahab Sdn Bhd.

- Kelantan Golden Trade - adalah sykt yg ditubuhkan Husam untuk pengeluaran Dinar Emas dan Dirham drpd hasrat TGNA.

- Az Zahab Sdn Bhd - Adalah anak sykt PMBK Sawit, cucu kpd PMBK yg juga ditubuhkan Husam. Adalah sykt carigali Mineral pertama ditubuhkan di Kelantan selepas 23 tahun Pas memerintah, selepas melihat kepentingan perlunya anak sykt Kerajaan Negeri menguruskan hasil masul mineral Negeri yg sememangnya KAYA dgn Mineral kurniaan Allah. Lihat sahaja Bijih Besi dan Emas yg dikeluarkan.

-- Husam menolak dgn baik tawaran berikut dan memohon jasa baik Kerajaan Negeri berikan peluang utk gerakan Baldah Toyibbah kerana cintanya pd Projek Lebuhraya Rakyat, kerana disitulah TULANG BELAKANG EKONOMI KELANTAN dan projek lebuhraya ini diideakan oleh TGNA dan digerakan sepenuhnya oleh Husam pd sesi Exco yg lepas.

Episod mendukacitakan bermula bila Husam bukan shja tidak dapat menjadi pengerusi sykt TDC dan Az Zahab tetapi tidak juga Baldah Toyyibah drpd sykt yg ditubuhkannya sendiri dan semua berjaya.

Husam kini dinafikan utk menjadi chairman 6 sykt yg ditubuhkannya demi menjana Ekonomi Kerajaan Negeri.

■□ KES 3: Pengurus Besar PMBK Sawit Letak Jawatan dan beberapa kakitangan lain juga turut ingin letak jawatan.

* Ianya bermula pada pertemuan BOD Baru PMBKS dengan Pengurusan Kanan PMBKS di Hotel Perdana.

* PMBKS dipengerusi oleh Pengerusi baru, YB Dato Che Abdullah Mat Nawi jd pihak syarikat berusaha utk menjernihkan keadaan dan berbincang halatuju sykt selepas ini.

* Yang dihajat tidak tercapai, apabila YB Dr Izani Hussin, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dgn YB Hj Zulkifli Mamat, ADUN Pulai Chondong menyatakan dgn nada sindiran akan bersihkan sampai ke dalam usus mrka yg pro Husam dlm PMBKS.

* Rentetan drpd peristiwa tersebut, GM PMBKS terus mohon meletak jawatan dengan beri notis 3 bulan. Tapi dukacitanya pd msyrt BOD yg terakhir beliau pd 30 September 2013, perletakkan jawatan beliau diminta oleh BOD berkuatkuasa sertamerta (besoknya xleh masuk pejabat terus) dan dibayar gaji dlm tempoh 3 bulan tersebut.

* Terkejut dgn situasi panas tersebut, Pengurus Kanan Operasi PMBKS juga menghantar notis perletakkan jawatan sehari selepas itu iaitu 1/10/2013 pd PMBK.

Bersama Pengurus Kanan tersebut driver turut sama hantar notis berhenti kerja. Sebelum pada itu 2 org penolong pegawai kewangan tlh meletak jawatan jg dgn 3 bln notis.

Dengarnya akan disusuli lagi dan lagi, semuanya risau akibat sikap tidak profesional BOD PMBKS baru yang lebih mengutamakan politiking daripada survivor sykt.

* Beliau adalah salah seorang yg membantu Kerajaan Negeri Kelantan mendapat semula tanah yg digunakan Felcra seluas 10,500 ekar. Yg kini menjadi milik penuh Kerajaan Negeri.

* Fikirkan bagaimana seorang Pengurus Besar paling berkaliber dan sykt paling kaya di kalangan anak anak sykt PMBK boleh meletak jawatan bergitu sahaja? Jika tiada asas yg kukuh.

Masa perlukan org dihulur jambatan emas, masa tidak mahu 'di tendang' dari pintu jendela!

** Andaikata RUGI dijadikan indikator "gagal (yg sbnrnya tidak)", bagaimana sykt Ladang Tapis Sdn Bhd, anak sykt Ladang Sg Terah, cucu kpd PKINK yg juga Rugi dibenarkan beri BONUS 11.5 bulan gaji kepada kakitangannya. Lihat Laporan Ketua Audit Negara.

■□ KES 4: Terkini PMBKS ditomah pula, katanya disebabkan beri "KERUGIAN" pada sykt pd tahun 2012 maka wajar GM letak jawatan.

* Hujah ini banyak dimainkan oleh pihak yang dilihat sebagai "Anti Husam" utk menghalalkan tindakan Hj Fauzi, Pengurus Besar PMBKS letak jawatan sebab "rugi".

* Realitinya TIDAK, kerana;

i. Kerajaan Negeri memutuskan PMBKS memberikan 50% daripada keuntungan kasar (jualan-kos) kepada Kerajaan Negeri. 25% lagi kepada PMBK dan hanya 25% sahaja untuk PMBKS bagi mengurus sykt, ladang, beli ladang baru dan jana keuntungan.

Daripada sebelum ini (2008-2011), Kerajaan Negeri cuma diberi 25%, PMBK 25% dan PMBKS 50%.

* Faktanya sytk UNTUNG dan berikut adalah Sumbangan PMBK Sawit Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri, PMBK, GLC dan CSR;

Sumbangan sejak 2008-2012:

■KNegeri ~$23.1j
■PMBK ~$26.1j
■beli lad yik ~$17.5j
■bgn lad baru ~$13.0j
■csr ~$2.77j

KES 5: Nudin Awang dihantar untuk lawan Husam Musa sebagai YDP PAS Kubang Kerian harini (5/10/2013).

Nudin atau lebih dikenali sebagai "Din Balak", "Din Mardi(bekas kerani mardi", "Din 100(kerana kereta mewah semua no plat 100". Salah seorg owner sykt Abroad yg menguruskan papan tanda gergasi di lokasi strategik PBT di Kelantan dgn bantuan bekas Exco sesi dulu. Rapat dgn Exco skrg, krna banyak dpt projek Balak.

Merupakan seorang yang pro kem "anti husam" ditaja untuk melawan Husam sebagai YDP harini. Tetapi tewas dengan hanya mendapat 19 undi berbalas 243.

Akhirnya, sama-sama kita fikirkan, adakah Istana yg tolak Husam Musa, ataupun memang wujud kumpulan-kumpulan tertentu yg ingin "menghapuskan" karier politik Husam Musa di Kelantan? Ia seperti pembersihan etnik.

Jika ia benar dari Istana shja utk kerusi Exco, kita sebagai rakyat boleh lagi terima.

Tetapi bagaimana dgn GLC2, pemecatan rakan2 yg pro husam dan peletakan jwtn pengurus besar serta kakitangan bagaimana pula?

Ia seperti ada percaturan tertentu yg terancang.

InsyaAllah Allah SWT bersama mereka yg benar, kebenaran akan timbul akhirnya. Moga kita semua dapat memikirkan secara rasional. Dan saya berada bersama mereka yang benar. Sempena Sidang DUN yang bakal berlansung, AYUH KITA BERTANYA kepada YB2 secara terus.

Adakah tindakan segelintir segelintir "hati gelap" dikalangan ADUN Kelantan ini selari dengan dasar Membangun Bersama Islam yg diperjuangkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mantan MB sebelum ini? Jika tidak ayuh kita perbetulkan segera sebelum tumbang seperti Negeri Kedah.

" Ibnu Nikmar Al-Kelantani, Seorang pemerhati politik Kelantan dan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan "

Dipetik dari - sozcyili.blogspot.com

Bersih Kah Pemilihan Umno Dan Bersih Kah Pemimpin Umno ??

Pemilihan UMNO: Saya kalah dan redha kerana tidak amal politik wang, kata Saifuddin

Post Pic
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah percaya kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh adalah kerana beliau tidak mengamalkan politik wang.
 
Saifuddin melalui laman mikro Twitternya berkata beliau akur dengan keputusan itu namun kesal dengan kaedah baru pemilihan yang masih tidak dapat membendung politik wang dalam Umno.
 
"Kaedah baru pemilihan ada 2 matlamat: pendemokrasian + basmi politik wang. Pendemokrasian: ya. Politik wang: ?
 
"@suffikamari saya redha, sebab saya tak main politik wang :).
 
"@RajaMohdShahrim saya kalah. Tp saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya.
 
Saifuddin sebelum ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh.
 
Beliau tewas kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.
 
"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. 
 
"Saya akur keputusan perwakilan," katanya.

Jadikan Keputusan 10-4 Di Sungai Limau - Dato' Ir Amiruddin Hamzah

YAN: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah (gambar) menggesa pengundi dalam kawasan ini menjadikan skor terbaru untuk keputusan pilihanraya Dun Sungai Limau sebagai 10-4.
Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau, Amiruddin memberitahu, sejak pilihan raya umum diadakan pada 1955 sehingga 2013, Sungai Limau yang dahulunya dikenali sebagai Sala telah mencatatkan 9 kemenangan untuk PAS dan hanya empat kemenangan untuk BN.
“Saya menyeru pengundi Sungai Limau memberi satu lagi kemenangan untuk PAS dalam PRK ini bagi menjadikan kedudukan 10-4,” ujarnya.
Beliau berkata, walaupun perkara tersebut menjadi tekad PAS untuk PRK kali ini namun ia bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah untuk dicapai kerana BN pasti akan turun dengan jentera kerajaan yang luarbiasa.
Para petugas Pakatan diseru bertemu dan menyantuni kesemua pengundi yang terdapat di Sungai Limau.
Menurut Amiruddin, walaupun kerajaan BN sudah lebih lima bulan menerajui pentadbiran negeri namun tiada apa lagi perubahan yang dapat dilihat oleh rakyat.
Secara sinis beliau berkata, kerajaan pimpinan Mukhriz terlalu banyak saintis yang membawa semua cadangan pembangunan dalam makmal kajian tetapi tidak nampak pula hasil kajiannya.
Rakyat Kedah kini, katanya sudah dapat membuat perbandingan antara kejayaan yang dicatatkan oleh kerajaan Pakatan dahulu berbanding BN kini.
“Kalau dahulu bila berlaku kematian kerajaan beri bantuam Kafalah sebanyak RM500, masa BN sekarang kalau mati cuma ada ‘Kafanlah’ tanpa sebarang bantuan,” ujarnya.
Begitu juga bantuan untuk pelajar yang berjaya memasuki IPTA.
“Masa kita dulu ada, sekarang sudah tiada,” katanya.
Apa yang lebih mengecewakan adalah kegagalan BN menguruskan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terdapat di Kuala Ketil.
Menurut Amiruddin, walaupun Pakatan meninggalkan kepada mereka sebuah kampus induk yang mempunyai pelbagai kemudahan tetapi BN ibarat ‘kera mendapat bunga’ kerana tidak tahu menggunakannya.
“Malah terdapat pelajar yang diarah kembali ke kampus lama yang serba sempit, sehingga terdapat pelajar terpaksa mengikuti kuliah dengan ‘menyerenggoh’ di luar tingkap,” ujar Amiruddin.
Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau itu dihadiri oleh sebahagian besar pemimpin utama PAS, KeADILan dan DAP negeri Kedah.
Perasmian pelancaran dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Hisham Kesal Ada Pihak Labelnya Pemimpin Lembik

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertanding mempertahan jawatan naib presiden Umno pada pemilihan hari ini melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang berterusan melabelnya sebagai pemimpin lembik terutama ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin yang juga pemangku menteri pengangkutan berkata tuduhan yang dilempar terhadap beliau itu jelas tidak berasas dan berkemungkinan mempunyai sebab tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak adil terhadap dirinya.

"Jauh sekali saya lembik. Kalau lembik, negara sudah huru-hara. Kalau lembik, tidak mungkin saya bawa pindaan perlembagaan kepada parti.

"Kalau lembik, tidak mungkin saya dapat bertahan selama lima tahun bersama KDN, melalui pilihan raya umum ke-13 lepas dalam keadaan aman dan selamat, dan tidak mungkin dapat melalui pemilihan parti pada hari ini," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sembrong, di Sekolah Menengah Sains Sembrong, di Kluang hari ini.

Sebanyak 481 anggota perwakilan bahagian itu menghadiri mesyuarat berkenaan.

Turut hadir tanda memberi sokongan kepada beliau ialah isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak sulung beliau yang sarat mengandung, Nasya Alyssa, dan suami Muhd Anas Zawawi Khalid, serta adik beliau Faris Hussein. 

Hishammuddin berkata memang mudah bagi pihak tertentu menuding jari terhadapnya, namun beliau lebih suka mengambil pendekatan menangani ujian dan cabaran ini dengan memberikan penjelasan kepada para perwakilan bagi membolehkan mereka menilai rekod perkhidmatannya.

Beliau berkata sebagai orang yang berada di landasan yang benar, beliau yakin para perwakilan terutama anggota perwakilan Sembrong memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadapnya.

"Ketika berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, saya sekeluarga berkampung di sana selama tiga minggu bagi memastikan keadaan selamat. Itu pun orang kata saya lembik lagi ke?" katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin sebagai Ketua Umno Bahagian Sembrong, mengingatkan anggota perwakilan bahagian itu supaya sentiasa bersatu dan beliau turut menyatakan rasa puas hati proses pemilihan parti di bahagian itu berjalan lancar.

Beliau turut mengingatkan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda bahagian itu, Noraslina Zainal Abidin dan Onn Hafiz Ghazi yang memenangi jawatan masing-masing pada pemilihan sayap parti minggu lepas, supaya sentiasa bersedia berdepan dengan kritikan. 

Ketika ditemui pemberita, Nasya Alyssa berkata beliau hadir untuk memberikan suntikan semangat kepada bapanya.

"Memang penat tetapi tidak mengapa kerana saya pun jarang mengikuti majlis politik sebegini," katanya yang hamil tujuh bulan.

Nasya Alysaa dan Muhd Anas Zawawi, anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami Datuk Siti Nurhaliza, bernikah pada November tahun lepas semasa berlangsungnya perhimpunan agung Umno.

Hishammuddin sebelum itu berseloroh dengan para perwakilan bahawa beliau tidak sabar mahu menjadi 'datuk', menunggu kelahiran cucu sulungnya.

-Bernama

Jumaat, 18 Oktober 2013

Harun Din: Allah eksklusif untuk Islam

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.

Beliau yang kini berada di Mekah meminta umat Islam mempertahankan kalimah itu daripada dirosakkan kumpulan tertentu dan menjadikannya asas kukuh dalam kehidupan, lapor Utusan Malaysia.

NONEKatanya, semua pihak wajib faham bahawa kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Yang Esa seperti disebut dalam surah al-Ikhlas dan bukan berbilang-bilang seperti kepercayaan Kristian.

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

Berbeza dengan pandangan Pakatan

Kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, seperti kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah) semalam.
NONE
Mahkamah Rayuan Isnin lalu tidak membenarkan mingguan Katolik The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan menteri dalam negeri.

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Ini tak ada kait-mengait pemilhan Naib Presiden.....Ali Rustam disiasat Polis


"Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.

Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.

 "Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong yang menemani Lai untuk membuat laporan polis berkata, dalam laporan berkenaan, Lai mendakwa kenyataan Mohd Ali merupakan satu hasutan dan mahu polis menyiasat perkara itu.Lai kini berada di luar negara. “Polis merakamkan kenyataan Lai pada hari sama,” kata Khoo.

Polis Brickfields menyiasat kes itu berikutan kenyataan Mohd Ali itu dibuat di sebuah hotel di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan sudah dibuat dan penyiasatan akan dilakukan tetapi enggan memberikan kenyataan lanjut.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider difahamkan bahawa polis sudah mula merakamkan kenyataan beberapa orang yang berada di majlis itu termasuk wartawan.

Dalam majlis itu, Mohd Ali juga bercakap mengenai soal keperluan mengekalkan orang Melayu di agensi kerajaan, termasuk polis dan tentera.

Untuk memenangi undi golongan konservatif Umno, bekas Ketua Menteri Melaka itu turut berkata: "Kaum Cina mahukan segalanya. Orang Melayu telah layan mereka dengan baik.

"Apabila kaum Cina mahukan pertolongan membina sekolah dan biasiswa, kerajaan berikan kepada mereka. Tetapi pada hari pilihan raya, mereka lupa semua ini. Apa yang penting bagi mereka mengambil alih kuasa orang Melayu dan menjadikan mereka 'pendatang’,” katanya.

Kenyataan Mohd Ali itu mengganggu emosi 100 hadirin di majlis itu sambil sesetengahnya menjerit, “suruh Cina balik kampung.”

Mohd Ali adalah salah seorang daripada enam calon yang mahu mengisi tiga kekosongan jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno Sabtu ini.

Calon lain ialah penyandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa dicabar oleh sesiapa.

Dalam pemilihan Umno 2009, Mohd Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi dibatalkan pencalonannya kerana didapati terlibat dengan politik wang. – 17 Oktober, 2013."

Khamis, 10 Oktober 2013

Tak Bayar Tekun Tak Apa Tak Bayar PTPTN Di Buru


KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.

Sebagai contoh, pengakuan Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan bahawa Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno membuktikan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan kekayaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program-program yang dirancang hanya sempurna di atas kertas namun gagal dilaksanakan di peringkat akar umbi.

"Memanglah projek-projek dibuat atas nama rakyat tapi apabila turun ke bawah  projek-projek ini memang diberi kepada kumpulan Umno yang berkepentingan dan kroni mereka," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.Takbayar Tekun Tak apa 

Tuan Ibrahim juga mempersoal sikap berdiam diri kerajaan terhadap peminjam Tekun yang gagal membayar balik pinjaman.

Sikap ini katanya sangat berbeza dengan sikap kerajaan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kita minta menteri dedahkan senarai peminjam Tekun yang bermasalah sebab rakyat nak tengok berapa ramai peminjam Tekun tak bayar balik pinjaman.

"Kerajaan buru peminjam PTPTN kenapa tak buru peminjam Tekun? Adakah sebab peminjam Tekun ini sebahagian besar Umno? Bila Umno yang pinjam kerajaan tak bertindak kalau rakyat biasa yang pinjam kita nampak mereka diburu, dikejar, disenarai hitam tapi tidak kepada peminjam Tekun," katanya lagi.

Mengikut rekod, hampir RM1 bilion dana Tekun belum dibayar semula oleh peminjam.

Tekun telah memberi pinjaman kepada usahawan Melayu iaitu ahli Umno berjumlah RM2.42 bilion dan hanya mendapat bayaran balik berjumlah RM1.43 bilion.

Tuan Ibrahim juga menambah, Tekun menjadi alat Umno menjelang pilihan raya kecil untuk memancing undi orang Melayu.

"Tekun ini jadi alat Umno setiap kali pilihan raya. Bila pilihan raya kecil meraka akan turun bagi borang dan pinjaman lulus segera," katanya.