SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 4 Mac 2014

Kerajaan ‘tumbang’ jika punca kerugian MAS dibongkar

KUALA LUMPUR 4 MAC : Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yakin kerajaan akan tumbang sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat siasatan terhadap kerugian RM 1.17 bilion Malaysia Airlines Bhd (MAS)
MasKatanya, beliau mengesyaki Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed tahu kepincangan yang berlaku lalu mengambil langkah selamat untuk tidak menyiasat kes tersebut dengan alasan bukan di bawah bidang kuasa badan itu.
“Saya mengesyaki Jazlan tahu apa yang akan berlaku sekiranya disiasat, (maka) akan nampak segala kepincangan yang berlaku.
“Sebab perkara ini hanya akan terbongkar melalui siasatan PAC sahaja.
“Kalau tak ada masalah, kenapa nak larikan diri daripada disiasat?
“Sebabnya dia tidak mahu dilihat sebagai orang yang membongkar isu ini. Kalau benda ni dibawa ke dalam Parlimen, saya yakin parlimen akan kecoh dan kucar-kacir.
“Kalau terbongkar, kerajaan memang akan ‘tumbang’, katanya ketika dihubungiKeadilandaily.
Jazlan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini mengatakan tidak akan menyiasat kerugian MAS kerana ia bukan di bawah bidang kuasa badan itu.
Jelasnya lagi, antara punca kerugian tersebut kerana ketidakcekapan dalam mengurus perbelanjaan dan pelaburan yang dibuat seperti pelaburan hartanah.
“Saya simpati dengan Jazlan sebenarnya sebab dia seorang yang mempunyai kelulusan yang tepat dan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang kerugian MAS,” kata Azan yang juga Adun Bandar.
“Dia mesti tahu kepincangan yang akan berlaku itu berpunca daripada ketidakcekapan, pembaziran serta perkara yang berkaitan dengan rasuah.
“Sebab itu dia bertindak untuk tidak menyiasat.
“Dalam erti kata lain, (Jazlan) menjaga kepentingan kerajaan sebab dia ahli parlimen BN,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan