Bukan cerita terkini, namun ada baiknya saya siarkan untuk dijadikan
iktibar.Menurut sumber artikel ini, seorang pelajar lelaki sekolah
menengah dan pasangannya yang masih bersekolah rendah ditangkap
khalwat di tandas sebuah sekolah di Panton Labu, Aceh Utara.
Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan
pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.
Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan
Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan
AIR LONGKANG.
Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak dari sekolah ke Desa
Meunasah Kota Pantonlabu.
Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan sejurus
selepas itu atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan