SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 31 Disember 2014

Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian, Angkara "Tangan Hitam"?

 
[Mstar] TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral di kalangan netizen.

Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa 'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.


Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.

Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."



"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.

"Memandangkan bertapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370.

Antarabangsa Puji SAR Indonesia sebagai Pasukan Terbaik di Asia

 

KOMPAS.com - Dunia antarabangsa memuji kemampuan pasukan SAR Indonesia yang mampu mencari AirAsia QZ8501 dengan cepat, dan dianggap sebagai salah satu pasukan SAR terbaik di di Asia.

"Indonesia telah berpengalaman menghadapi bencana, sehingga mereka mempunyai kemampuan yang sangat bagus dalam hal penyiasatan pelbagai insiden," ujar Greg Waldron, editor majalah penerbangan FlightGlobal, sebagaimana dikutip dari Wall Street Journal, Selasa (30/12/2014).

Dari catatan dia, pasukan SAR Indonesia telah mampu menangani dengan baik pelbagai kemalangan pesawat seperti tenggelamnya kapal ferry dan beberapa kemalangan pesawat, walaupun menghadapi keadaan geografi yang cukup sukar.

Waldron berkata pasukan SAR Indonesia sebenarnya mampu mencari pesawat di lokasi terakhir pesawat tersebut melakukan komunikasi. Namun, kerana keadaan cuaca yang buruk, hal itu urung dilakukan.

Penyiasat Indonesia (KNKT) juga telah mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai agensi antarabangsa dalam meneliti pelbagai insiden kemalangan pesawat. Lembaga itu salah satunya adalah National Transportation Safety Board (NTSB) Amerika Syarikat.

Sementara itu, Mark Martin dari perunding penerbangan bebas Martin Consulting menuturkan bahawa Indonesia sebenarnya mempunyai kapal laut tanpa awak yang mampu mengesan kehadiran benda di bawah laut. "Jika ada pesawat yang tenggelam di laut, saya yakin, pihak Indonesia boleh dengan cepat menjejakinya dan proses pencarian akan berjaya," kata dia.

Martin juga menyarankan agar kru pesawat juga dilatih untuk memahami keadaan perairan yang ada dalam laluan penerbangan di Indonesia, dan mempunyai keupayaan navigasi standard ketika dalam keadaan darurat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Toni Fernandes malam ini juga mengapresiasi pasukan SAR yang dengan cepat mampu mencari kedudukan jatuh pesawat. "Kami sangat berterima kasih kepada Basarnas yang dengan cepat mencari mangsa. Pada masa ini fokus kami adalah bagaimana mengevakuasinya," tutur Fernandes.

Doktor Meraung Helikopter Diguna Untuk Bawa VVIP

Pesakit bersabung nyawa, helikopter untuk VVIP

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.


Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya.


Sumber : 

Zakat dan waqaf tunai untuk bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengesyorkan supaya zakat dan waqaf tunai dimanfaatkan sebagai salah satu mekanisme untuk bantu mangsa banjir. Demikian kenyataan media DPPWP melalui  Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain (Gambar kanan)

Cadangan ini berdasarkan pemerhatian setelah melihat harta benda rakyat, sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak  ketika membantu mangsa banjir di Kelantan khususnya di kawasan Manek Urai dan Kuala Krai.

Berikut kenyataan penuh Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan;

Setelah beberapa kawasan di Manek Urai dan Kuala Krai semakin surut, kita telah melihat harta benda rakyat, sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak. Sudah pasti ia memerlukan sejumlah peruntukan kewangan yang besar untuk memulihkan segala kerosakan tersebut.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah atas kecekapan dan langkah pro aktif Kerajaan Negeri Kelantan yang telah mengambil langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas (Task Force) Pasca Banjir dan penubuhan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan yang telah diumumkan baru-baru ini.

Rentetan itu, DPPWP juga ingin menyarankan kepada seluruh Majlis Agama Islam Negeri untuk menyelaraskan pandangan yang telah dikemukakan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Beliau berpendapat agar peruntukan zakat harus diberikan kepada mangsa-mangsa banjir berdasarkan kepada kriteria tertentu menurut peruntukan asnaf al-gharimin.

Pengkategorian al-gharimin dilihat sesuai dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh mangsa banjir yang memerlukan pemulihan harta benda yang berkemungkinan terpaksa menanggung hutang. Ia bertepatan dengan maqasid (tujuan) perlaksanaan zakat iaitu menjadi instrumen jaminan sosial dan kafalah (perlindungan) dalam masyarakat.

Selain itu, DPPWP juga menyarankan agar Majlis Agama Islam Negeri terutamanya di negeri Kelantan dapat mengoptimumkan instrumen waqaf tunai bagi membangun semula dan memulih institusi-institusi sosial seperti masjid, surau, sekolah, jalan raya dan dewan. Ia dapat meluaskan keberkesanan peranan institusi waqaf menerusi sumbangan jariah bersama daripada orang ramai.

Tidak terhad kepada itu, syarikat-syarikat korporat juga boleh menyalurkan sumbangan menerusi waqaf tunai dan seterusnya membina hubungan strategik dengan kerajaan negeri terutamanya di negeri Kelantan. Malah, ia boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan dan kelebihan-kelebihan yang lain.

Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) juga turut diseru untuk memanfaatkan dana waqaf sedia ada untuk diagihkan mengikut lima sektor yang telah ditetapkan iaitu waqaf keagamaan, waqaf pendidikan, waqaf kesihatan, waqaf perlindungan dan waqaf penjagaan makanan.

DPPWP optimis kedua-dua instrumen kewangan ini mampu meringankan tanggungjawab kewangan kerajaan negeri bagi mengurus semula kehidupan rakyat pasca banjir. Ia bertepatan dengan maksud Sabda Rasulullah SAW,

"Perumpamaan bagi seorang mukmin dari sudut kasih, sayang dan lemah lembutnya mereka sesama mereka ialah seperti satu jasad, apabila mengadu salah satu anggota dengan satu kesakitan maka seluruh anggota badannya akan berjaga dan menanggung penderitaan tersebut" (Bukhari: 6011, Muslim: 2586).HARAKAHDAILY 30/12/2014

Barisan Nasional Mengutip RM274 Juta Cukai Petrol Sejak 1 November 2014 Hingga 15 Disember 2014?

 
Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 15 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

(rujuk pautan)
Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:
RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara
Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.
Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras RM1.87 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.71 seliter pada 15 Disember 2014.
Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya juga masih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.90 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.
Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.94 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.
Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi.
Perkiraan cukai petrol tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol.
Bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel.
Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat.
Oleh sebab itu, saya terus menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang ini tidak telus dan memangsakan rakyat. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
17 Disember 2014

Sumber : 

'Anak ambo tak balik...'




KUALA LUMPUR: "Jika ada mencari jalan pulang ketika kerinduan di ketika perayaan, saat kesusahan lebih mulia," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebooknya, petang ini.

Beliau yang juga Adun Salor ada menemui dalam kalangan mangsa banjir yang bertutur 'anak ambo tak balik...'.

KUALA LUMPUR: "Jika ada mencari jalan pulang ketika kerinduan di ketika perayaan, saat kesusahan lebih mulia," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebooknya, petang ini.

Beliau yang juga Adun Salor ada menemui dalam kalangan mangsa banjir yang bertutur 'anak ambo tak balik...'.

Justeru, beliau berkata kerajaan dan majikan wajar menimbangkan cuti khas kepada yang terlibat.

"Mana yang prihatin dengan pelbagai upaya, sungguh membanggakan," tulisnya lagi.

Beliau menambah, matinya deria sensiviti, out of touched dan ala kadar memahami derita rakyat, kata Saiyidina Ali, adalah malapetaka pemimpin.

Golongan itu, katanya ketika orang lain menderita, dia masih mampu tertawa dan mengetawakan orang.

"Prihatinnya hanya satu gesture politik bukan penghayatan," katanya.

Sehubungan itu, ujar beliau bagi anak-anak yang berjauhan, pulanglah membantu jika ada keluarga yang turut dilanda banjir.

"Kata orang, bersama ketika kesusahan lebih utama," ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/12/2014

Justeru, beliau berkata kerajaan dan majikan wajar menimbangkan cuti khas kepada yang terlibat.

"Mana yang prihatin dengan pelbagai upaya, sungguh membanggakan," tulisnya lagi.

Beliau menambah, matinya deria sensiviti, out of touched dan ala kadar memahami derita rakyat, kata Saiyidina Ali, adalah malapetaka pemimpin.

Golongan itu, katanya ketika orang lain menderita, dia masih mampu tertawa dan mengetawakan orang.

"Prihatinnya hanya satu gesture politik bukan penghayatan," katanya.

Sehubungan itu, ujar beliau bagi anak-anak yang berjauhan, pulanglah membantu jika ada keluarga yang turut dilanda banjir.

"Kata orang, bersama ketika kesusahan lebih utama," ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/12/2014
KUALA LUMPUR: "Jika ada mencari jalan pulang ketika kerinduan di ketika perayaan, saat kesusahan lebih mulia," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebooknya, petang ini.

Beliau yang juga Adun Salor ada menemui dalam kalangan mangsa banjir yang bertutur 'anak ambo tak balik...'.

Justeru, beliau berkata kerajaan dan majikan wajar menimbangkan cuti khas kepada yang terlibat.

"Mana yang prihatin dengan pelbagai upaya, sungguh membanggakan," tulisnya lagi.

Beliau menambah, matinya deria sensiviti, out of touched dan ala kadar memahami derita rakyat, kata Saiyidina Ali, adalah malapetaka pemimpin.

Golongan itu, katanya ketika orang lain menderita, dia masih mampu tertawa dan mengetawakan orang.

"Prihatinnya hanya satu gesture politik bukan penghayatan," katanya.

Sehubungan itu, ujar beliau bagi anak-anak yang berjauhan, pulanglah membantu jika ada keluarga yang turut dilanda banjir.

"Kata orang, bersama ketika kesusahan lebih utama," ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/12/2014

Beginikah Tingkah Pemimpin Yang Baik dan Bijak?

 
Ini lah antara wajah-wajah pemimpin Umno yang tidak tahu memikirkan kesusahan rakyat yang mareka tahu hanya nak nama... Ya Allah berikan lah petunjuk kepada mereka bahawa rakyat dalam kesuahan dan penderitaan takkan itu pun mereka nak ambil nama juga...

KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

“Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

“Banyak kenderaan bantuan dari luar Kelantan terkandas kerana pihak berkuasa seperti cuba melengah-lengahkan perjalanan,” kata seorang sukarelawan dari Selangor.

Mereka juga mendakwa bantuan banjir yang diserah kepada pihak berkuasa di tempat-tempat yang sukar dilalui jalan darat difahamkan dilekat pembungkus berwajah pemimpin Umno.

Kata mereka tindakan melekatkan gambar pemimpin menyebabkan bantuan yang sepatutnya diagih lebih cepat mengambil masa untuk sampai kepada mangsa banjir.

Dakwaan sukarelawan terbabit berasas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, apa yang penting sumbangan itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

“Tak apalah mereka hendak kecam. Yang penting barang-barang daripada kementerian sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,” katanya seperti disiar sebuah laman berita. - HARAKAHDAILY 30/12/2014

Selasa, 30 Disember 2014

Kelantan tubuh JK Task Force Pasca Banjir

KOTA BHARU: Melihat kepada situasi yang menyayat hati setelah air banjir mulai surut dengan keadaan rumah yang banyak rosak dan barangan musnah, Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusi sendiri oleh Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.

Kerajaan juga, ujar beliau telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut.

Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima  Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY 29/12/2014

MEDM lancar operasi pasca banjir, sukarelawan diperlukan

KUALA LUMPUR: Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), satu badan khas di bawah PAS mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan bagi membantu tugas-tugas post-banjir.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata badan itu kini membuka meja pendaftaran di pejabat perhubungan PAS negeri-negeri yang tidak terlibat dengan banjir bagi tujuan pendaftaran sukarelawan itu.

Bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini, Naib Presiden PAS itu berkata pendaftaran itu juga boleh dilakukan melalui laman sosial Facebook MEDM dan juga careline MEDM.

"Bagi kerja-kerja post-banjir ini, kami memerlukan lebih banyak tenaga sukarelawan yang akan menjayakan Ops Cuci Bersih nanti. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebhagian daripada sukarelawan itu, boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu," kata beliau.

Selesai urusan pendaftaran sukarelawan, kata Salahuddin pihaknya akan menyelaraskan tenaga sukarelawan itu bersama jentera parti bagi meneruskan khidmat di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Menurut Salahuddin, lokasi-lokasi itu akan ditetapkan setelah MEDM menerim maklumat terkini berhubung kawasan yang sudah mula pulih dan dijangka tidak akan dinaiki air semula.

Bagi menjayakan operasi tersebut, Salahuddin berkata pihaknya dengan rendah hati memohon sumbangan orang ramai berbentuk alat-alat pertukangan dan water jet bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata MEDM berjaya menangani 17 aduan yang yang diterim MEDM-Info Bencana dari 93 mklumat yang diterima MEDM.

Katanya, kesemua maklumat yang diterima akan ditapis terlebih dahulu sebelum disebarkan untuk tindakan lanjut.

MEDM turut mewujudkan Facebook dengan pautan www.facebook.com/medmpas dan twitter medm_pas bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada MEDM oleh orang ramai

Sebelum ini, MEDM giat menjalankan operasi penghnatran bantuan maknn dan keprluan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain menubuhkan bilik gerakan banjir, MEDM turut menggerakkan team radio amatur bagi tujuan komunikasi serta dapur rakyat sebagai pusat penyediaan makanan kepada mangsa banjir.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi Bilik Penyelarasan Maklumat Bencana MEDM di talian 03-26982000 (Syed Ahmad Fadhli) atau menghubungi careline Salahuddin Ayub (013-7278292), Khairul Faizi (013-2565530), Aiman Athirah (019-3438237).

Organisasi BPM Bencana MEDM terdiri daripada beliau selaku pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Dr Dzulkefly Ahmad (017-6286 804), Timbalan Pengerusi II, Mejar Abdul Rashid Hassan Basri (012-2871 614), Ketua Bilik Gerakan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Ketua Bilik Gerakan, Aiman Athirah, Setiausaha, Syed Ahmad Fadhli (013-2699 092), Penolong Setiausaha Amina (SUK DMPM), Unit Meteorologi ialah Khadijah, Raihana dan Sofea, Unit Keselamatan Noor Afizah Basarudin (Briged - 014-2295 449), Juhari Usman (Jabatan Amal - 019-7116 300) dan Unit Logistik, Haji Jamuliddin Elias (019-6644 796). - HARAKAHDAILY 29/12/2014

Keadaan Selepas Banjir di Mani Urai

 Gambar menceritakan segalanya
Keadaan banjir di negeri Kelantan yang sangat dahsyat


Antara wajah-wajah sukarelawan 
yang sedia membantu menyelamat mangsa banjir
Ada di antara mereka yang datang sendiri
mereka datang dari negeri berlainan,
Datang dengan satu tujuan (misi kemanusiaan)

Mereka mengagih kan bekalan makan dan air bersih
yang didermakan oleh orang ramai
untuk kegunaan mangsa banjir
Lihat bertapa kuatnya air banjir
sehingga mengrosakkan kediaman dan jalan raya

Air masih belum kering sepenuh nya di beberapa kawasan
jelas kesan air yang begitu tinggi dan dalam hingga merosakan
semua harta benda mangsa .

Lihat lah kesan banjir kali ini,bukti mereka memerlukan
bantuan segera untuk memperbaiki strukturekonomi
dan kehidupan harian mangsa banjir



Banjir terbesar dalam sejarah negara, begitu banyak
mengakibatkan kerosakan harta benda sama ada
harta awam mahupun harta persendirian




Masih ada dia antara kawasan yang di genangi air
mungkin makan masa seminggu lagi baru betul-betul kering
sebahagian penduduk masih lagi di pusat pemindahan



Kesan dari bertapa dalam nya air banjir,banyak barang-barang
yang hanyut di bawa arus tersangkut di bumbung-bumbung rumah
dan tidak kurang yang menghancurkan bumbung
Antara penduduk yang meninjau kesan bah besar 
yang membawa kesan kemusnahan besar




Satu diantara berpuluh dan mungkin beratus rumah yang dihanyut
arus deras dan hancur roboh sama sekali...

Antara harta awam dan persendirian yang musnah di bawa arus deras
bertahun mengumpul harta hilang dengan sekelip mata
mungkin kah dapat dibangun kan semula dalam masa 
terdekat atau terpamsa memakan masa seperti 
Acheh di landa Tsunami?
Antara penduduk yang menagisi masa hadapan dan 
menagis kerana bersyukur masih dapat bertemu sanak saudara






Gambar di muatnaik dari FB Yb Sg Manik

Isnin, 29 Disember 2014

Harga Pasaran RON95 Dua Minggu Pertama Disember 2014 Di Bawah RM2

Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:
Tarikh Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14 2.05
2-Dec-14 2.05
3-Dec-14 2.03
4-Dec-14 2.01
5-Dec-14 2.01
6-Dec-14 2.01
7-Dec-14 2.01
8-Dec-14 1.98
9-Dec-14 1.98
10-Dec-14 1.94
11-Dec-14 1.94
12-Dec-14 1.92
13-Dec-14 1.92
14-Dec-14 1.92
15-Dec-14 1.90

Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula. Bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi). Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut oleh KEADILAN, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter.
Dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).
Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta. Sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.
Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014. Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi.
Selagi Barisan Nasional tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi.
Saya mengulangi pendirian bahawa kerajaan wajib mengembalikan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter yang akan menyaksikan harga minyak RON95 dalam bulan Januari jatuh ke paras RM1.60 seliter. Penurunan begini selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga petrol diesel yang lebih rendah yang dinikmati oleh negara-negara lain.
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula 9 malam untuk #tuntut #turunhargaminyak kerana harga yang ada sekarang mengutip cukai secara tersembunyi dari rakyat.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Susah sangat ke nak istihar" Darurat"

Duit kerajaang BN sudah tarak. Macam mana mau kasi siytihar darurat. Mana mau cari wang ? Hasil cukai sudah habis. Peruntukan bencana pun sudah kena kebas kot.??? Takkan mau keluar duit poket sendiri... wakaka

BAIK AKU CABUT, BIAR MUHYIDDIN YANG JAWAB.... WAKAKA


Jom bezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara mundur  dalm soal menangani musibah yang membabitkan kepentingan rakyat

Malaysia di bawah pentadbiran BN sangat memalukan . Dari segala sudut, Malaysia dipandang haprak oleh negara luar kerana qualiti pemerintahan cap ayam tak ada bulu.... wakaka

 Sumber :

Mohon kongsikan info ini dengan teman

 


Alhamdulillah, berkat prihatin seorang dermawan kami dapat membuat tinjauan menggunakan helikopter ke Gucil bersama YAB MB Selangor Azmin Ali dan Saudara Salehuddin Ayub.

Semasa di airport Kota Bharu kami terserempak dengan konvoi besar menunggu PM yang akan melawat Kelantan. Seakan pusat kritikal adalah PM lebih dari rakyat jelata yang sedang penuh kebimbangan, takut dan menjurus kepada panik kerana bekalan makanan masih belum sampai sejak beberapa hari

Sewaktu menemui mangsa banjir, masing-masing bercerita kecepatan air meluncur dan kedalaman air melebihi semua banjir besar sebelum ini. Mangsa banjir yang ditemui mengadu antara punca adalah Empangan Jajar di sempadan Teregganu-Kelantan yang dalam pembinaan.

Saya tiada jawapan kerana pertama kali saya dengar tentang Empangan Jajar. Sesiapa ada info boleh hubungi kami.

Dari situ kami cuba terbang ke Manek Urai tetapi terpaksa berpatah balik kerana awan mendung sedang berkumpul. Membimbangkan adalah kumpalan kumpalan awan yang sedang membentuk di Hulu Kelantan yang memungkinkan hujan lebat turun di kawasan banjir.

Setiba di hangar helikopter di aiport Kota Bharu, nota tinjauan dikongsi dengan kapten helikopter bantuan yang lain.

Hasilnya jika cuaca mengizinkan dijangka sejumlah 8 kali penerbangan akan diusahakan untuk agihan barang bermula esok dijangka ditumpukan di Krai, Dabong, dan Tanah Merah. Bagi pihak yang mempunyai maklumat khusus berkenaan lokasi rakyat yang terputus bekalan dan kecemasan mohon hubungi pihak kami. Mohon kongsikan info ini dengan teman. Untuk memudahkan sila kirimkan koordinat.. heli mampu bawa tidak lebih 250 kg bantuan.

Di waktu kritikal ini, kita kukuhkan persaudaraan insan saling tolong menolong tanpa syarat.

Teruskan bantuan dan DOA.
Husam Musa
10:00 pm

JUHAM desak pengisytiharan darurat bencana

KUALA LUMPUR: JUHAM mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan darurat bencana mengikut perkara 20 arahan no. 20, dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara, majlis keselamatan negara. Desakan itu berdasarkan situasi banjir di negara ini khususnya di Pantai Timur masih dalam keadaan kritikal.

Demikian dinyatakan JUHAM dalam satu kenyataan medianya  melalui  Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia Noorazmir Zakaria.

Berikut kenyataan penuh JUHAM.

1. Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia (JUHAM) mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat serta-merta di negeri-negeri yang teruk terjejas dilanda bencana banjir mengikut Per. 25 Arahan No. 20, Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara.

2. JUHAM berasa amat aneh dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan dan menetapkan sendiri Standard Operating Procedures (SOP) mereka dalam mengendalikan bencana melalui Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara tersebut. Namun, kali ini mereka memilih untuk tidak mengikut SOP mereka sendiri.

3. Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.

4. Berdasarkan kepada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke tempat operasi pemindahan, jumlah mangsa yang belum dipindahkan juga sebenarnya masih belum dipastikan. Malah, masih terdapat mangsa banjir yang sedang berada di bukit-bukau yang tersisih daripada operasi menyelamat.

5. Ironinya, TV9 melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O pada pagi Sabtu turut menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit-bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan makanan sudah kehabisan.

6. Situasi sebegini mengharuskan untuk pengisytiharan darurat serta-merta kerana bencana ini bukan lagi bencana biasa, tetapi melibatkan nyawa yang bertarung dengan masa. Kerajaan mahupun media tidak boleh menafikan bahawa bencana banjir ini sudah meragut nyawa manusia, namun statistik sebenar masih samar ekoran laporan yang tidak dikemaskini secara tersusun.

7. JUHAM kesal dengan mainan media yang cuba menghalalkan tindakan Kerajaan yang gagal mengisytiharkan darurat ini dengan menggunakan alasan rakyat akan rugi kerana mereka tidak boleh menuntut insuran akibat daripada pengisytiharan darurat tersebut.

8. JUHAM menegaskan bahawa alasan ini tidak berasas atas faktor berikut:
a. Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan yang serupa. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir adalah langsung tidak relevan.

b. Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir tersebut sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka adalah SEBELUM pengisytiharan darurat.

9. Justeru, JUHAM menegaskan bahawa alasan berkenaan insurans tersebut langsung tidak relevan dalam menafikan pengisytiharan darurat dibuat.

10. Seterusnya, JUHAM menafikan sekeras-kerasnya alasan sesetengah pihak yang mengatakan Kerajaan Persekutuan akan mengambil-alih hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri. Hal ini kerana pengisyiharan darurat bencana ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan kerana ia hanyalah melibatkan pengurusan bencana semata-mata, bukannya membawa kepada peralihan penguasaan sesuatu kerajaan.

11. Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya. Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset Kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri? Rakyat tidak mahukan panggilan retorik politik ketika ini. Cukuplah dengan panggilan agar nyawa mereka diselamatkan didengari.

12. Apatah lagi, JUHAM percaya pengisytiharan darurat bencana ini akan menyebabkan usaha menyelamat lebih efisyen kerana segala arahan di setiap agensi kerajaan akan lebih mudah diturunkan tanpa bebanan birokrasi.

13. Tenaga serta aset menyeluruh daripada Kerajaan Pusat amat ditagih bukan sahaja ketika banjir melanda, tetapi juga dalam operasi pasca banjir memandangkan proses pembersihan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan wabak penyakit yang boleh meragut nyawa.

14. Akhirnya, JUHAM mendesak kesemua media utama membuat laporan terkini terhadap operasi menyelamat bencana banjir ini setanding dengan laporan media sebelum ini terhadap kehilangan pesawat MH370. Rakyat mahukan laporan terkini kerana mangsa yang bertarung nyawa akibat bencana banjir ini adalah rata-ratanya terdiri daripada keluarga mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 28/12/2014

Kali ini Melibatkan "AIRASIA" Pula...

 


Pesawat AirAsia daripada Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Perkara itu dilaporkan oleh Reuters, yang memetik sebuah saluran berita Indonesia.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu membawa 155 orang.

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logonya di Facebook kepada hitam putih.

Strait Times Singapura di Twitter, melaporkan menteri pengangkutan Indonesia sebagai berkata, penumpang dalam pesawat itu daripada lima negara, iaitu masing -masing seorang warganegara Singapura, British dan Malaysia, Korea (3) dan Indonesia (149).

CNN Indonesia melaporkan, penumpang terdiri daripada 130 orang dewasa, 24 anak dan seorang bayi



Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”

Flightradar24 dalam tweetnya melaporkan pesawat tersebut hilang komunikasi dengan menara kawalan di Laut Jawa di antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.



Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Sejurus sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan, pesawat itu dilaporkan meminta laluan berbeza.

Stesen TV Indonesia Kompas TV melaporkan pesawat tersebut membawa 149 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 138 ialah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor +622129850801 untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.” – astroawani
Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim. Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan. Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak. Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim. Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan. Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak. Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso. Jenis tak ada kemaluan punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya telah menghubungi Azmin. Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai... Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama YAB MB Selangor Azmin Ali. Husam menulis dalam fesbooknya: Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun. Dari pagi semalam air terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya dan isteri sekalipun telah di alihkan ke “tempat selamat” turut tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan perabut atau kelengkapan rumah yang lain. Untuk makluman pihak di luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada kawasan yang amat memerlukan. Pagi ini sebaik solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat ini. Saya juga gembira apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934. Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir. Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK. Kerja menyelamat tidak boleh “paralyse” dan kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya. Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat. Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can! Husam Musa Naib Presiden PAS9 ADUN Salor. Jumaat, 7.42 am 26/12/2014

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim. Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan. Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak. Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso. Jenis tak ada kemaluan punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya telah menghubungi Azmin. Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai... Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama YAB MB Selangor Azmin Ali. Husam menulis dalam fesbooknya: Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun. Dari pagi semalam air terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya dan isteri sekalipun telah di alihkan ke “tempat selamat” turut tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan perabut atau kelengkapan rumah yang lain. Untuk makluman pihak di luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada kawasan yang amat memerlukan. Pagi ini sebaik solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat ini. Saya juga gembira apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934. Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir. Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK. Kerja menyelamat tidak boleh “paralyse” dan kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya. Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat. Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can! Husam Musa Naib Presiden PAS9 ADUN Salor. Jumaat, 7.42 am 26/12/2014

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win