SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 29 Mac 2014

10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia

MASJID FAISAL DI ISLAMABAD ADALAH MASJID YANG PALING BESAR DI PAKISTAN. 
VEDAT DALOKAY, ARKITEK TURKI YANG MENGILHAMKANNYA, MENGGUNAKAN 
KHEMAH BEDUIN SEBAGAI INSPIRASI SENI BINA MASJID FAISAL.

MASJID BESAR BAITURRAHMAN DI BANDA ACHEH, INDONESIA TELAH DIBAKAR HABIS APABILA 
ACHEH DISERANG KUASA BELANDA PADA TAHUN 1873. NAMUN, IA TELAH DIBINA SEMULA 
SATU DEKAD KEMUDIAN. IA DI ANTARA MASJID YANG PALING INDAH DI SELURUH INDONESIA.

MASJID TAJ UL DI BHOPAL ADALAH DI ANTARA MASJID YANG PALING BESAR DI BENUA ASIA.
 IA JUGA DIGUNA SEBAGAI MADARASAH.

MASJID BADSHAHI TELAH DIBINA OLEH MAHARAJA MUGHAL YANG MASHYUR, 
AURANGZEB, PADA TAHUN 1671. IA MERUPAKAN MASJID 
YANG KELIMA PALING BESAR DI DUNIA.

GREAT MOSQUE OF XI'AN DI CHINA MENAMPILKAN CIRI-CIRI BUDAYA CINA
 BERSEBELAHAN DENGAN SENI BINA ISLAM.

MASJID JAMEK, ADALAH SALAH SATU MASJID YANG PALING IKONIK UNTUK PENDUDUK-PENDUDUK 
BANDARAYA KUALA LUMPUR. MALAH, IA MERUPAKAN TAPAK DI MANA BANDARAYA 
KAMI INI 'DILAHIRKAN'.

MASJID MUHAMMAD ALI PASHA DI CAIRO, MESIR MENAMPILKAN SENI BINA OTTOMAN YANG KLASIK. 
IA DIBINA OLEH PEMERINTAH MESIR, MUHAMMAD ALI PASHA UNTUK 
MENGINGATI ANAK SULUNGNYA, TUSUN PASHA.

SULTANAHMET CAMII, JUGA DIKENALI SEBAGAI BLUE MOSQUE, DI ANTARA MASJID YANG 
PALING MASHYUR DI TURKI. PEMBINAANNYA MENGAMBIL MASA TUJUH TAHUN,
 DARI 1609 HINGGA 1616. SENI BINA MASJID INI DIPENGARUHI 
UNSUR-UNSUR OTTOMAN DAN BYZANTINE.

MASJID AN-NABAWI DI MADINAH ADALAH FOKUS UMAT ISLAM PADA MUSIM HAJI. 
BERSAMA DENGAN MASJIDIL HARAM DI MEKAH, IA ADALAH TEMPAT YANG 
PALING SUCI UNTUK AGAMA ISLAM.

MASJIDIL HARAM DI MEKAH MERUPAKAN TEMPAT YANG PALING SUCI BAGI UMAT ISLAM
 DI SELURUH DUNIA. SETIAP TAHUN, BERJUTA-JUTA UMAT AKAN 
KE TANAH SUCI MEKAH UNTUK MENYEMPURNAKAN 
IBADAH HAJI DAN UMRAH.

Penjenayah Dibebaskan Kerana BADAN BESAR


[HM] Devon (England): Seorang penjenayah setinggi dua meter dibebaskan dari tahanan selepas hakim menyatakan katil dan pakaian seragam penjara terlalu kecil untuknya.

Jude Medcalf, 23, dari Newton Abbot melakukan jenayah selepas dia disahkan menghidap sindrom Klinefelter.

Penyakit itu mengganggu sistem tumbesarannya, menyebabkan dia terus membesar. 

Dalam satu kejadian terbaru, dia menakutkan seorang wanita dengan melepaskan tembakan menggunakan pistol tiruan melalui sebuah tingkap sebelum melarikan hadiah Krismas bernilai £30 (RM163) dan sejumlah wang daripada pejabat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS), lapor mahkamah Exeter Crown.

Mahkamah diberitahu yang Medcalf kemudiannya ditemui dengan makanan yang dicuri dari kelab The Sloop ketika kakitangannya leka.

Dia dibebaskan dari penjara selepas mahkamah mendapati dia sudah 75 hari ditahan.

Ketika dalam tahanan, dia berdepan masalah untuk menyesuaikan diri kerana tiada katil atau pakaian penjara yang muat dengannya.

Medcalf yang turut menghidap masalah kecelaruan kromosom hingga menyebabkan dia bersikap keanak-anakan dikenakan hukuman enam bulan tahanan rumah dan 12 bulan khidmat komuniti.

Pendakwa raya, Brian Fitzherbert memberitahu mahkamah Medcalf menembak teman wanitanya selepas mendapati wanita itu menghubungi polis kerana dia menyerang kereta rakannya di Torquay.

Tembakan itu bagaimanapun terkena cermin tingkap. 

“Wanita itu ketakutan. Dia tidak mengetahui pistol yang digunakan tiruan,” kata Brian.

Medcalf mengaku bersalah memiliki pistol tiruan dan melakukan jenayah dengan senjata itu ketika dia mula dibicarakan. - AFP/29/3/14

Syabas lanjut catuan bekalan air hingga 30 April



KUALA LUMPUR: Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dijadualkan berakhir Isnin depan akan dilanjutkan sehingga 30 April ini.
    
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pelan Kontigensi Pengagihan Bekalan Air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri Selangor semalam.
    
"Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," katanya dalam kenyataan hari ini. 
    
Priscilla berkata bagi pengguna di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperoleh bekalan air menerusi kedua-dua LRA berkenaan akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama. 
    
Bagi Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang masih diaktifkan ekoran paras empangan dan aliran air di Sungai Selangor masih tidak meningkat.
    
"Splash (Syarikat Pengeluar Air Selangor) dan Puncak Niaga masih meneruskan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates," kata Priscilla.
   
Justeru beliau menasihati pengguna supaya mengelakkan pembaziran dan tidak menggunakan air untuk tujuan tidak penting seperti mencuci kenderaan, mengisi air ke dalam kolam renang dan menyiram tanaman hiasan. - Bernama

Rodziah tanding Ketua Wanita, sasar bawa perubahan

PETALING JAYA 29 MAC: Pencalonan Pemilihan KEADILAN 2014 hari ini bertambah seri dengan kehadiran Rodziah Ismail yang bertanding untuk jawatan Ketua Wanita.
rodziahBeliau dicadangkan oleh penyandang Naib Presiden, Fuziah Salleh dan disokong penyandang Naib Ketua Wanita, Gan Pei Nei.
“Tujuan saya bertanding adalah untuk ‘guide and move’ (memandu dan menggerakkan) wanita khususnya untuk membawa perubahan secara sihat,” kata Rodziah yang merupakan penyandang Timbalan Ketua Wanita.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya penyandang Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin mempertimbang cadangannya supaya bertanding untuk jawatan Naib Presiden dalam usaha meletakkan kedudukan wanita ke tahap lebih tinggi.
“Harapan saya adalah meletakkan kepimpinan ke arah yang lebih kompiten untuk kita terus ke Putrajaya,” ujar beliau.
Katanya, ini jelas menunjukkan wanita KEADILAN lebih bersifat dinamik dan berkredibiliti untuk terus maju ke depan membawa masa depan parti.
Tambah Rodziah, ini merupakan adat bertanding dengan menyasarkan 30 peratus wanita mesti mempunyai jawatan di dalam parti yang diterajui.

MH370: Pencarian temui objek pelbagai warna



KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.

"Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti," jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke suatu lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia.

AMSA berkata sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik hari ini namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.

Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian hari ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.

Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi.

"Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari," jelas kenyataan itu.

AMSA berkata Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi.

"Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari," kata AMSA.

Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang.

"Enam buah kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan mencari semula kedudukan objek yang telah dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat petang ini atau di sebelah malam," katanya. -Bernama

Ucapan TG Nik Abdul Aziz pagi tadi penuh kesayuan



KUALA LUMPUR: Ucapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat penuh dengan kesayuan semasa kuliah subuh di Pulau Melaka, pagi tadi.

“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. 

“Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu dipetik daripada facebook beliau.

Air mata bergenang membasahi pipi...

Anwar-Azizah Bertembung Lagi Rebut Jawatan Presiden PKR



Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.

Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman

Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru bian, Datuk Mansur Othman, Fuziah Salleh, Suresh Kumar, N Surendran Nagarajan,  Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, dr Shanmugam Rangasamy, Dr Sretharam Sinnasamy, Mohd rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Nurul Izzah Anwar, Dr Xavier Jayakumar, Sam Iskandar Md Akin, dan Tian Chua.

Manakala tiga calon bertanding bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Mereka ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amir Shari dan Nazree Mohd Yunus.

Empat calon akan berebut jawatan timbalan Ketua AMK - Mohd Serman Hassnar, Chang Lih Kang, Afif Bahardin dan Ramesh Kumar.

Calon bagi naib ketua AMK - Raymon Ahuar, Mohd saifullah Zulkifli,Ginie Lim, Rajaresh Gabaran Maniraju, Carol Urmilla, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Nor Hizwan Ahmad, Mohd Razlan Jalalauddin, dan Sangeetha Jayakumar


62 calon bertanding untuk jawatan exco AMK.

Dua calon akan bertanding merebut jawatan ketua Wanita PKR, iaitu Rodziah Ismail dan Zuraida Kamaruddin (penyandang).

Calon timbalan ketua Wanita (3) - Haniza Mohd Talha, Prof Madya Rusnah Anai, Tengku Inan Tengku Abdul Halim.

Calon naib ketua Wanita - (6 orang) Gan Pei Nie, Nor Sham Abu Samah, Dr Daroyah Alwi, Sivamalar Ganapathy, Johar Mat Lani dan Tan Poh Lai.

Manakala 30 calon bertanding jawatan exco Wanita.

Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami



Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.



Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil.

Kes Bekas Sultanah Di Mahkamah Tertutup



Mahkamah Rayuan Syariah Johor hari ini mengarahkan prosiding rayuan perceraian bekas Sultanah Johor Tuanku Zanariah Tuanku Ahmad dijalankan di mahkamah tertutup.

Keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mahkamah juga tidak membenarkan putera dan puteri almarhum sultan Johor Mahmud Iskandar, sebagai contoh Tuanku Masera dan saudaranya, hadir dalam mahkamah.

Tuanku Zanariah, yang memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Johor yang mengesahkan perceraian itu, tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan mahu diwakili puterinya.

Malah, peguam yang membantu peguam utama untuk Tuanku Zanariah turut diminta berada di luar mahkamah.

Kamar Ainiah Kamaruzaman, salah seorang peguam Tuanku Zanariah mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Biarpun Berisiko Anwar Tanding Presiden PKR



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding jawatan presiden PKR  dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu kali ini.

Borang pencalonanya diserahkan oleh Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong sekitar jam 11 pagi tadi.

Pencadang Anwar untuk jawatan tersebut ialah bekas timbalan presiden, Dr Syed Husin Ali dan ia disokong oleh Low sendiri.

Namun begitu, Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan jika beliau terpilih, ekoran sabitannya dalam kes liwat 11.

Karpal Singh pula sebaliknya hari ini mengumumkan melepaskan jawatan pengerusi DAP kebangsaan ekoran sabitannya dalam kes di bawah Akta Hasutan.

Anwar dan Karpal masing-masing telah memfailkan rayuan terhadap terhadap penghakiman dan sabitan ke atas mereka.

Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Tian Chua, masing-masing telah menyerah borang pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.

Anwar tidak hadir sewaktu borang pencalonannya diserahkan kerana berehat selepas pulang dari Kota Bharu, lewat malam tadi, kata Low.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan senarai terkini pencalonan dalam sidang media ringkas pada jam 12 tengahari tadi.

Menurutnya, enam nama telah dicalonkan untuk jawatan naib presiden - Datuk Dr Mansor Othman, Baru Bian, Fuziah Salleh, N Surendran, Suresh Kumar, dan Mustafa Kamil Ayub.

MP Kuantan, Fuziah Salleh yang merupakan naib presiden akan mempertahankan jawatan yang dimenanginya pada pemilihan sebelum ini.

Sementara MP Padang Serai, N Surendran dan MP Nibong Tebal, Datuk Dr Mansor Othman pula akan mencuba nasib untuk dipilih selepas dilantik ke jawatan itu sebelum ini.

Suasana penamaan calon setakat ini berjalan lancar dengan tiga buah khemah didirikan di depan ibu pejabat PKR.

Tiga khemah tersebut digunakan sebagai ruang untuk penyokong calon berehat sementara calon mereka menyerahkan borang.

Penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan parti itu bermula pukul 10 pagi pagi ini dan ditutup pada pukul 5 petang.

Pemilihan dijangka berlangsung bulan depan dan akan berterusan sehingga Mei untuk ahli parti itu memilih kepimpinan untuk beberapa peringkat termasuk cawangan, cabang dan kepimpinan pusat.

Mertua Rogol Menantu Atas Keizinan Suami


[HM] Kaherah: Seorang wanita berusia 18 tahun yang hamil memberitahu polis dia tidak pasti sama ada bayi yang dikandungnya itu anak suami atau anak bapa mentuanya yang merogolnya.

Wanita yang berasal dari bandar Kafr Al Shaikh, utara Mesir berkata, bapa mentuanya memperkosanya selama dua tahun dengan kebenaran suaminya.

Menurutnya, lelaki tua itu memukulnya berulang kali dan setiap kali dia meminta suaminya menghentikan perbuatan bapanya itu, suaminya pula memukulnya.

Seorang jurucakap polis berkata, bapa mentua wanita itu ditahan untuk disoalsiasat.- Agensi/29/3/14

Jumaat, 28 Mac 2014

Papagomo: Mahkamah Kurangkan Gantirugi

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengurangkan jumlah gantirugi daripada RM500,000 kepada RM300,000 untuk dibayar Wan Muhammad Azri Wan Deris kepada seorang ahli perniagaan berhubung artikel berunsur fitnah yang dimuatkan dalam blognya dikenali sebagai Papagomo.
    
Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim membenarkan sebahagian daripada rayuan Wan Muhammad Azri mengenai jumlah gantirugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.
    
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dengan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Wan Muhammad Azri disabitkan memfitnah Abdul Razak Mohd Noor.
    
Pada 13 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengenalpasti  Wan Muhammad Azri sebagai blogger Papagomo dan memerintahkan dia (Papagomo) membayar RM200,000 sebagai gantirugi am dan RM300,000 sebagai gantirugi teladan kepada Abdul Razak.
    
Mahkamah Rayuan Putajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 sebagai gantirugi am kepada Abdul Razak tetapi mengurangkan jumlah gantirugi teladan kepada RM100,000.
    
Hakim Ariff juga memerintahkan Wan Muhammad Azri, 31, membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Abdul Razak.
    
Abdul Razak, 60, menyaman Wan Muhammad Azri, menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi berhubung artikel berunsur fitnah dimuatkan dalam blognya pada 11 Dis, yang secara tersirat membawa maksud beliau (Abdul Razak) seorang penipu yang memperoleh jutaan ringgit melalui kontrak pada Sukan Komanwel.
    
Wan Muhammad Azri diwakili peguam Mohd Arief Emran Arifin dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya sementara Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto.
    
- Bernama
 

MAS terima salinan petisyen di mahkamah AS


Malaysia Airlines (MAS) hari ini berkata ia menerima salinan petisyen yang difailkan di mahkamah Amerika Syarikat, bagi pihak seorang penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang hilang, terhadap pengeluar pesawat, Boeing Company, dan MAS.
    
MAS berkata peguamnya sudah dimaklumkan mengenainya dan bersedia menguruskan kes itu 'walaupun ia belum diserahkan secara formal'.
    
"Kami faham bahawa ini bukan saman tetapi permohonan menerusi mahkamah untuk memperoleh maklumat," kata MAS dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.
    
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.
    
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
    
Pencarian oleh pasukan keselamatan pelbagai negara sedang giat dilakukan di koridor selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat syarikat penerbangan negara itu.
    
- Bernama

MAS, Boeing Berdepan Kes Saman



Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan pengeluar pesawat Boeing 777 yang digunakan untuk penerbangan MH370 kini berdepan dengan tindakan mahkamah.

Laporan Reuters menyebut, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu.

Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa saudara kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters.

Peguam yang mengetuai kes tersebut, Monica Kelly dalam laporan itu menyebut, pemfailan berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga penumpang terbabit ke atas MAS dan Boeing.

“Kita percaya kedua-dua defendan yang dinamakan bertanggungjawab ke atas bencana yang menimpa penerbangan MH370,” katanya.

Pesawat Boeing 777 gagal dikesan tidak lama selepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu menyimpulkan, penerbangan pesawat berkenaan berakhir di tengah perairan selatan Lautan Hindi, di kawasan terpencil yang jauh dari sebarang daratan.

Pihak berkuasa MAS turut mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam penerbangan tersebut dipercayai telah meninggal dunia.

Satelit Thailand Kesan 300 Objek Terapung



Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.
Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.


Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.
Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.
Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.
The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli.

PAS Kritik Ritual 'Seru Mayat' Raja Bomoh


Pemuda PAS Perak kecewa terhadap aktiviti 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang menurut mereka masih berleluasa dengan perbuatan “khurafat dan syirik”, terbaru di negeri itu.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, perbuatan itu masih diamalkan walaupun mufti Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria sendiri sudah memintanya bertaubat.

Justeru Raja Ahmad (kanan) mempersoalkan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dalam mencegah dan menghalang amalan itu.

“Kami mendesak agar JAIPk bertindak dan menghentikan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam tersebut.

“Jika Ibrahim tidak diambil tindakan, ia seolah-oleh Ibrahim 'amat kebal' dan tidak 'boleh disentuh'!” katanya.

Ibrahim sebelum ini mencuri perhatian ekoran gaya tersendirinya bagi merungkai kehilangan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Aktiviti itu mengundang kecaman meluas pelbagai pihak termasuk menteri dan mufti. Beliau juga menjadi bahan lawak jenaka di Internet.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad berkata, Ibrahim yang didakwanya mempunyai ramai kenalan daripada "pembesar negeri" tidak harus terlepas.

Azan di pinggir laut

Sementara itu, sebuah saluran di laman perkongsian video Youtube dikesan memuat naik aktiviti yang dirujuk itu, kononnya untuk 'menyeru mayat' MH370 di Pulau Sembilan, Perak.

Ditonton lebih 75,000 kali, video itu antaranya memaparkan Ibrahim dan empat lagi lelaki menaiki bot sambil seorang daripadanya membuat gaya meneropong.

Sedutan videoSuara.TV itu juga memaparkan aksi menguis kayu berbentuk seperti tongkat ke dalam air seolah-olah mencari sesuatu.

Dalam babak yang lain, dipaparkan pula dua lelaki merentang buluh panjang yang digantung dengan beduk dan diketuk berapa kali sebelum diikuti Azan di pinggir laut.