SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 26 Januari 2015

Siapa Idris?


Nabi Idris a.s diutus oleh Allah SWT untuk mengingatkan umat keturunan Qabil yang telah bersikap derhaka. Idris merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s. Dalam kalangan bangsa Ibrani, ia dikenal dengan nama Khunuh. Idris belajar agama sejak kecil daripada Nabi Syits, anak lelaki Nabi Adam.
Idris berdakwah kepada kaumnya dengan gigih sehingga menerima gelaran Asad al-usud, yang bererti “singanya singa”.
Ketika Nabi Muhammad SAW melakukan Israk Mikraj, baginda bertemu dengan Nabi Idris di langit keenam. Ketika itu Nabi Idris tidak banyak diceritakan di dalam al-Quran. Namanya hanya disebut dalam surah Maryam ayat 56-57 dan surah al-Anbiya’ ayat 85-86.
Nabi Idris merupakan manusia pertama yang dapat menulis dengan kalam (alat tulis yang diperbuat daripada buluh). Idris dikurniai Allah SWT dengan beberapa kepandaian dan kemahiran. Ia menguasai ilmu hisab, ilmu haiwan, menunggang kuda, dan menjahit pakaian.
Selain itu, Idris jua amat tekun dalam sesuatu pekerjaan atau usaha yang dilakukannya. Ia belajar membaca dan menulis tanpa mengenal waktu dan tempat. Sejak kecil, Idris telah pandai membaca Sahifat (lembaran/helaian bertulis) yang diajarkan oleh Nabi Syits. Idris menerima wahyu daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril dengan 30 Sahifah. Isinya adalah ajaran agama yang harus disampaikan Idris kepada umatnya.
Dikunjungi Izrail
Malaikat Izrail pula amat mengagumi kepandaian Idris. Ia ingin mengenal Idris dengan lebih dekat. Dengan menyamar sebagai manusia, ia bertandang ke rumah Idris. Setelah berkenalan, Idris mempersilakan tamunya itu menginap di rumahnya. Mereka kemudiannya beribadah dengan tekun.
Idris meminta tamunya itu menikmati semua yang ada di rumahnya, tetapi Izrail menolaknya dan hanya ingin beribadah. Idris berasa hairan dan bertanya siapa sebenarnya tamunya itu. Si tamu menjawab bahawa dia adalah Izrail, malaikat pencabut nyawa.
Ketika umat Nabi Idris derhaka, Allah SWT menurunkan azab kepada mereka. Beberapa waktu negeri mereka dilanda kemarau. Aktiviti pertanian terhenti dan banyak haiwan ternakan yang mati. Untuk memperkukuhkan imannya, Idris memohon kepada Allah SWT agar diizinkan untuk melihat syurga dan neraka. Allah SWT memenuhi permohonan Idris itu.
Bersama Izrail, Idris mengunjungi neraka dan melihat api neraka yang menjulang serta berbagai-bagai bentuk seksaan di dalamnya. Kemudian Izrail membawa Idris ke syurga. Di sana Idris bertemu dengan Malaikat Ridzuan dan melihat nikmat yang diberikan Allah SWT kepada para penghuni syurga.
Oleh kerana sebahagian umatnya kufur, Idris mengajak para pengikutnya yang beriman meninggalkan negeri mereka. Pada awalnya mereka keberatan kerana khuatir negeri baharu yang akan mereka huni tersebut tidak sesubur negeri mereka.
Bagaimanapun, Idris dapat meyakinkan umatnya yang beriman itu sehingga mereka mengikut Idris berhijrah ke Mesir.
Tewaskan iblis
Pada suatu ketika Idris digoda syaitan/iblis. Ketika Idris sedang menjahit baju, tiba-tiba datang syaitan dengan menyamar sebagai seorang lelaki. Iblis itu membawa sebiji telur. Ia mencabar Idris supaya meminta Tuhannya memasukkan dunia ke dalam telur itu. Permintaan tersebut dimaksudkannya untuk membuat Idris berasa ragu-ragu akan ‘kemampuan’ Tuhannya.
Bagaimanapun, dengan tegas Idris menjawab bahawa Tuhannya bukan sahaja mampu memasukkan dunia ke dalam telur, tetapi juga ke lubang jarum. Lalu dengan jarumnya, Idris mencucuk mata Iblis. Iblis mengalah dan terus menghilangkan diri
Sumber Disini 

Anwar: Itu cuma 'kenyataan peribadi' Hadi

 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pilihan raya tempatan berpotensi mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei 1969, adalah pandangan peribadi presiden PAS itu.

Beliau berkata pelaksanaan pilihan raya itu perlu mengambil kira pandangan semua kaum.

Katanya lagi, ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum membuat sebarang keputusan, lapor Sinar Harian Online hari ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat peribadinya,” katanya seperti dilapor portal berita itu hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat esok seperti yang dilaporkan.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa Anwar akan menghubungi Abdul Hadi dan pemimpin DAP Lim Kit Siang berhubung isu itu.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, Abdul Hadi antara lain menyuarakan kerisauannya berhubung pilihan raya tempatan itu boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina.

Hadi turut membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum.

Kenyataannya itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk DAP dan NGO.

MP: Dr M perlu tegur PERKASA

 
MP DAP Ipoh Barat M Kulasegaran hari ini menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya "menasihatkan" NGO pendesak Melayu PERKASA agar menghentikan "politik ekstremis".

Gesaan tu dibuat ekoran sokongan terbuka bekas presiden Umno itu kepada kumpulan tersebut minggu lalu.

Kulasegaran juga menolak dakwaan Mahathir bahawa PERKASA tidak mungkin wujud jika tidak kerana peningkatan pandangan ekstremis di kalangan bukan Melayu.

Dalam kenyataannya, Kulasegaran berkata kenyataan tokoh itu bahawa bukan Melayu telah menyerang hak orang Melayu dan bumiputera adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau mendakwa sikap ekstrem kumpulan itu yang menyerang kaum bukan Melayu.

"Terdapat banyak contoh yang boleh diambil bagi membuktikan sikap ekstrem PERKASA dan ia serangan tidak berasas dan tidak wajar ke atas orang bukan Melayu," katanya.

PAC belum bercadang panggil 1MDB

 
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) belum bercadang memangggil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menjawab persoalan mengenai pelaburan dan operasi syarikat itu kerana prestasi kewangannya sudah diaudit firma antarabangsa terkemuka.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata  bagaimanapun pihaknya menyambut baik jika Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB yang baharu, Arul Kanda Kandasamy mahu hadir secara sukarela bagi memberikan penjelasan di hadapan PAC.

"Kami tidak akan memanggil 1MDB, bagaimanapun jika Arul Kanda mahu hadir secara sukarela bagi memberikan penjelasan di hadapan PAC...ia sesuatu yang amat dialu-alukan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata setakat ini, PAC berpendapat kedudukan kewangan 1MDB belum berdepan dengan sebarang masalah memandangkan ia sudah diaudit firma audit antarabangsa, dan belum ada bukti kukuh syarikat berkenaan menghadapi sebarang masalah.

1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia, pada 13 Jan lepas memaklumkan telah menebus semula sepenuhnya US$2.318 bilion yang dilaburkan oleh syarikat itu dalam dana berdaftar di Kepulauan Cayman.

Arul Kanda dalam kenyataannya berkata dana itu merupakan pembayaran semula pinjaman yang disediakan kepada PetroSaudi pada 2011 dalam bentuk nota-nota Murahaba susulan penamatan perjanjian sebelum ini yang dimeterai untuk menjalin usaha sama dengan syarikat itu.

Nota-nota berkenaan yang dibayar sepenuhnya dan faedah, kemudian dilaburkan dalam dana yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Cayman.

Sebelum ini, 1MDB menebus US$1.215 bilion yang mewakili 60 peratus dana yang dilabur, dan kini menebus tambahan US$1.103 bilion yang membabitkan baki daripada sejumlah US$2.318 bilion yang dilaburkan pada asalnya.

Nur Jazlan berkata PAC belum  berpeluang membincangkan mengenai isu 1MDB secara rasmi dalam mesyuaratnya dan belum bercadang memanggil syarikat berkenaan bagi memberikan sebarang penjelasan.

Beliau juga berkata isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan 1MDB adalah dua perkara yang berbeza kerana KLIA2 adalah berkaitan dengan kenaikan kos, pertukaran reka bentuk, kelewatan dan kualiti pembinaan serta pemilihan kontraktor.

PAC telah memanggil Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kerana syarikat itu merupakan pengurus projek KLIA2 bagi menjelaskan mengenai perkara-perkara tersebut dan PAC tidak menyiasat mengenai kewangan MAHB yang diaudit oleh firma audit terkemuka antarabangsa, katanya.

"Orang ramai perlu faham dua isu ini dengan jelas, PAC tidak menyiasat MAHB sebaliknya hanya projek KLIA2. Dalam konteks 1MDB kita tidak bercadang memanggil mereka kerana kewangan syarikat ini sudah diaudit, jadi jangan timbul lagi sebarang kekeliruan lagi selepas ini," katanya.

Nur Jazlan bagaimanapun berharap kerajaan membenarkan Jabatan Audit Negara   melakukan audit prestasi terhadap projek KLIA2 selaras dengan syor serta rumusan Laporan PAC yang dibentangkan pada November lepas.

- Bernama

MAIPP: Tak perlu cipta isu 'laungan azan'

 
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mendapati, aduan ke atas laungan azan dari sebuah masjid di Taman Tun Sardon adalah tidak benar dan direka-reka.

Yang Dipertua MAIPP, Datuk Salleh Man berkata pihak mendapati demikian selepas menyiasat satu surat oleh Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) yang mendakwa demikian.

"Apabila kita buat siasatan, tiada pun laporan sebegitu diterima," kata ADUN Permatang Pasir itu kepada Malaysiakini.

"Saya harap selepas ini tidak perlulah isu-isu begini dicipta," kata Salleh.

Pajim mendakwa, terdapat laporan mendawa orang bukan Islam memohon agar laungan azan melalui pembesar suara diperlahankan.

Pajim mendakwa pihaknya menerima laporan yang Masjid At-Taqwa Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh selepas menerima aduan masyarakat bukan Islam.

Pajim kemudian mengutus surat kepada Salleh Man pada 20 Januari dan menggesa beliau "memantau dan mengambil tindakan tegas" terhadap perkara itu.

Mengulas lanjut, Salleh berkata insiden sebegitu ia sepatutnya diselesaikan di peringkat kariah masjid sahaja sekiranya ia benar-benar berlaku.

Tegasnya, perkara itu tidak perlu dibawa sehingga ke perhatian MAIPP.

"Katalah ada masyarakat bukan Islam buat aduan, kariah masing-masing pandai-pandailah hendak jaga keselesaan masyarakat dia," katanya.

Reaksi Salleh itu timbul susulan gesaan daripada NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) agar memantau isu tersebut.
 

'Anak besar kepala jika rotan jadi jenayah'

 

Cadangan menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 disaran ditarik balik kerana dibimbangi melahirkan generasi 'besar kepala' dan tidak menghormati ibu bapa.

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pelaksanaan akta seumpama itu akan disusuli dengan tindakan memisahkan anak dengan ibu bapa sehingga berusia 18 seperti yang berlaku di Sweden.

Katanya, kesalahan jenayah melibatkan dua elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah).

"Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar daripada pengertian ini," katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Khairul Anwar turut berkongsi maklumat bahawa beberapa pihak di Sweden mendakwa undang-undang perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden dimanipulasi untuk mengaut keuntungan apabila wujudnya 'industri anak angkat' di negara itu.

Beliau berkata pemberi maklumat dan ibu bapa angkat di negara itu diberi bayaran sehingga RM4,300 sebulan bagi seorang anak angkat yang dijaga.

Tambahnya, merotan anak-anak adalah diharuskan oleh Islam bagi tujuan mendidik seperti yang disebut di dalam hadis Nabi Muhammad.

Senada dengan Khairul Anuar, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mencadangkan agar ia dikaji secara terperinci, merangkumi pelbagai aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.

"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dengan melibatkan pandangan banyak pihak dan meneliti pelbagai aspek termasuk peranan ibu bapa dalam mendidik anak dengan cara tersendiri kerana mereka lebih mengenali anak-anak mereka," katanya.

Mas Ermieyati berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga perlu meneliti tafsiran merotan yang terkandung dalam perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) kerana ia merujuk kepada aspek penderaan termasuk penderaan mental terhadap kanak-kanak.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut berkongsi pendapat sama berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu itu sebaliknya perlu menelitinya dengan lebih mendalam.

"Saya harap pihak kementerian (KPWKM) mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar berkenaan sebelum keputusan dibuat.

"Jabatan Peguam Negara juga perlu mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak termasuk Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap undang-undang yang akan dilakukan," katanya.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyokong cadangan itu kerana perbuatan merotan hanya akan menyebabkan anak-anak dilanda kemurungan dan memberontak.

Katanya, hukuman merotan sudah tidak relevan pada masa sekarang.

- Bernama

Sabtu, 24 Januari 2015

Zahid ke imigresen 'disambut' lelaki berang

 
Lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ke Jabatan Imigresen mendapat 'sambutan' mengejutkan.

Beliau diserbu individu tidak puas hati berhubung sistem baru pendaftaran permit pekerja asing secara atas talian.

Berdasar video dirakam KiniTV, lelaki 40-an itu berdepan sendiri dengan Zahid dan pegawai imigresen yang mengiringinya serta menghamburkan kritikan tanpa henti dengan nada tinggi.

Lelaki itu kedengaran membangkitkan isu orang tengah dan pendaftaran insurans melalui atas talian, tetapi tidak jelas konteks percakapannya.

"Nak tangkap saya, tangkaplah. Saya cakap terus terang depan menteri. (Orang tengah) kata nak bagi imigresen sikit, (pihak) ini sikit.

“Tolonglah, buang birokrasi ini. Kita nak buang (unsur) rasuah. Berhentikan segala-galanya," kata lelaki yang berkemeja kotak-kotak itu.

Zahid pula bagaimanapun serius dan tenang mendengar rungutan itu walaupun ia menarik perhatian orang ramai yang mengerumuni.

Malah, sebahagian mereka kelihatan mengambil gambar dan merakam video melalui telefon bimbit.

"Awak dengar sendiri," kata Zahid kepada pegawai-pegawai imigresen di sebelahnya ketika berdepan rungutan lelaki itu.

Menjawab soalan berkaitan unsur rasuah itu, pegawai imigresen yang mengiringi Zahid antaranya menjelaskan:

"Sebab itu kita buat undang-undang online (atas talian), itu sebenarnya," katanya.

Timbalan Zahid, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada 19 Januari lalu menjelaskan Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing secara atas talian bertujuan menangani peranan orang tengah yang mengenakan caj berlebihan.

'Mahu lihat keberkesanan'

Sementara itu, dalam video kira-kira 3 minit itu juga kelihatan pihak yang mahu orang ramai dan juruvideo memberhentikan rakaman masing-masing.

Bercakap kepada media selepas itu, Zahid (kiri) berkata lawatannya ke ibu pejabat imigresen di Putrajaya bertujuan melihat sendiri keberkesanan sistem baru Jabatan Imigresen itu.

Beliau mengakui terdapat rungutan beberapa syarikat yang selama ini berurusan melalui kaunter dan terpaksa beralih kepada Internet.

"Tetapi untuk tempoh sehingga akhir Februari, kita memutuskan supaya sistem atas talian, juga disekalikan sistem kaunter.

“(Ini) agar pihak syarikat dapat membiasakan diri (dengan) permohonan dan pendaftaran atas talian," katanya.
 

Gambar Ini Mencerita Kan Segalanya

 

 

 
 



 
  Gambar seperti ini tidak pernah tunjuk 
di dada-dada ahkbar dan TV , 
yang selalu ditumjukkan hanya 
gambar-gamabar petuntun merusuh sahaja...

Video Zamani Slam bukti salahlaku polis

zamani02
KUALA LUMPUR 23 JAN- Penyebaran video penyanyi kumpulan popular 90an, Zamani Slam yang dipaksa menyanyi dalam keadaan bergari menjadi bukti salahlaku anggota polis. Ahli  Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, beliau mengecam layanan buruk terhadap penyanyi itu dan menuntut tindakan tegas diambil kepada anggota polis terlibat.
Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang pernah popular pada 1990 an.
“Ini memang penyalahgunaan kuasa yang serius dan menunjukkan mereka tidak hormat kepada hak asasi rakyat. “Pihak berkuasa perlu serius ambil tindakan, jadi saya tuntut supaya semua anggota polis yang terlibat digantung serta-merta sambil menunggu siasatan penuh,” katanya ketika dihubungi.
Video sepanjang 23 saat yang tersebar di laman sosial memaparkan Zamani  disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari, selepas ditahan kerana disyaki terlibat dengan dadah. Ekoran itu tindakan polis terbabit  mendapat kritikan dan kecaman warga internet.

Selain itu, Surendren berkata layanan buruk terhadap Zamani membuktikan wujud kes-kes dimana suspek didera ketika dalam tahanan.“Ini juga boleh bawa kepada insiden dera suspek disebabkan perbuatan tidak berdisplin anggota polis dan juga boleh membawa kepada suspek dibunuh,”
 
“Pihak berkuasa perlu faham bahawa tidak semestinya apabila ditangkap tertuduh itu bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah,” katanya yang juga peguam Lawyers For Liberty (LFL).

Tambahnya, ia juga menjadi sebab mengapa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), perlu ditubuhkan segera.
Setakat ini, sebanyak 14 kes kematian dalam tahanan sepanjang tahun lalu dan sebanyak 111 kes sejak 2005.

Antara kes popular adalah kematian A Kugan di lokap polis di Subang Jaya pada 2009, selain kes N Dhameran yang mati dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 2013. Sepanjang 2014, sebanyak 14 kes kematian dalam tahanan polis telah direkodkan oleh NGO hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Chupacabras si penghisap darah kambing

 Bangkai yang dipercayai sebagai  Chupacabras
 Bangkai yang dipercayai sebagai Chupacabras
MONTE PATRIA - CHILE. Sekumpulan petani hidup dalam ketakutan selepas menjumpai dua bangkai misteri yang dipercayai haiwan penghisap darah kambing yang digelar "Chupacabra".
Perternak kambing, Javier Prohens, 45, berkata, bangkai tersebut ditemui di sebuah kilang arak.

"Pada mulanya, kami syak ia adalah bangkai kelawar, tetapi selepas diteliti, ia adalah haiwan lain kerana kepalanya lebih besar dari kelawar.
"Ada yang mengatakan ia seperti Chupacabras," katanya.

Chupacabras adalah sejenis haiwan pelik yang dikenali sebagai  "parisit kambing" yang kebiasaannya ditemui di sekitar selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) dan ia dikatakan boleh melompat seakan-seakan kanggaru.
Haiwan ini dikatakan sejenis haiwan dongeng reptilia yang mempunyai kulit berwana kelabu kehijauan dan berduri tajam di bahagian bawah.

Menurut seorang penternak kambing, Querubin Lebron, 38, penduduk agak bimbang dengan keselamatan binatang ternakan mereka kerana ia adalah punca rezeki mereka.

"Walaupun haiwan tersebut dikatakan hanya menyerang haiwan, tapi siapa tahu jika ia akan menyerang anak-anak kita juga, " katanya dipetik Mirror Online.

Zamani jadi mangsa buli polis

 





Sedutan aksi Zamani yang menyanyi sambil tangan bergari seperti yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

 

KUALA LUMPUR – Sebuah klip video memaparkan aksi bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyikan lagu hitnya Gerimis Mengundang yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial YouTube kini mencetuskan simpati para peminat kumpulan rock itu yang terkenal pada era 1990-an.

Klip berdurasi satu minit 23 saat itu menunjukkan Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, dibuli dan dipaksa menyanyikan lagu tersebut dipercayai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kea­daan duduk bersama tahanan lain dan tangannya digari.

Peminat yang menyaksikan klip tersebut terbuai dengan kena­ngan lalu apabila Zamani kelihatan mampu mengalunkan lagu tersebut dengan aura suaranya yang lemak merdu sebagaimana pada zaman kegemilangannya dulu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat dan bakal mengenakan tindakan tegas terhadap perakam dan individu yang memuat naik video bekas vokalis Slam, Zamani yang menyanyi dalam keadaan tangan bergari di balai polis.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mahkamah khas selesai kes pelancong

 mahkamah
KOTA KINABALU - Mahkamah khas untuk menyelesaikan kes jenayah membabitkan pelancong asing sebagai mangsa, saksi ataupun pesalah di Sabah dan Sarawak perlu diwujudkan segera.
 
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum berkata usaha ini dilakukan supaya kes jenayah yang membabitkan pelancong asing yang berada di kedua-dua negeri itu dapat diselesaikan dengan cepat.
 
"Kita dalam usaha untuk mewujudkan mahkamah khas ini. Buat masa ini, saya minta pengamal undang-undang di Sabah dan Sarawak supaya menyelesaikan tuntutan kes mana-mana pelancong agar mereka tidak menunggu lama sehingga berbulan," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak di sini hari ini.
 
Malanjum berkata pada tahun lepas, terdapat 34 pelancong di Sarawak dan empat di Sabah yang didakwa atas pelbagai kesalahan di Mahkamah Majistret. - Bernama

Program Dialog Anak Muda Bersama Anwar di Ipoh, esok

KUALA LUMPUR 23 JAN- Orang ramai khususnya golongan muda dijemput hadir ke program Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim yang dianjurkan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak pada esok, 24 Januari.

Program itu akan diadakan di Pejabat KEADILAN Perak yang terletak di Jalan Pasir Puteh di Ipoh, berdekatan Tokong Tow Boo Keong Ipoh. 

Program yang membolehkan golongan muda berdialog dan berdiskusi bersama Ketua Umum KEADILAN itu dijadual berlangsung pada jam 3 petang hingga 5 petang.

Antara tetamu yang dijangka hadir ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Ketua AMK, Tan Kar Hing yang juga Adun Simpang Pulai.

Selain itu, ia disertai mantan Ketua AMK Perak, Yunus Jamhari merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dan Ketua AMK Perak, Mohd Azlan Helmi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Sandrea Ng ditalian 012-5322152.
Minggu lalu, Program ‘Meet Anwar Selangor’ yang diadakan di Bandar Utama Petaling Jaya, mendapat sambutan hangat oleh kira-kira 500 anak muda.

Adakah Zahid menteri pertama tulis surat pada FBI? – Fahmi

KUALA LUMPUR 23 JAN-  Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi perlu tampil memberikan penjelasan sama ada beliau menteri pertama yang menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Fahmi merujuk laporan media yang memetik kenyataan bekas menteri KDN, Tan Sri Syed Hami Albar yang berkata tidak pernah menulis surat kepada FBI seperti dilakukan Zahid.

Fahmi
Menurutnya, laporan tersebut turut menyatakan mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak pernah berbuat demikian.
“Maka ramai yang ingin tahu, adakah Zahid Menteri Dalam Negeri yang pertama berbuat sedemikian?

“Adakah wujud satu “Standard Operating Procedure” (SOP) bagi menteri-menteri kabinet untuk menulis surat kepada mana-mana badan atau organisasi atas nasihat peguam yang bukan Peguam Negara, seperti surat yang ditulis Zahid ini?.” ujarnya dalam kenyataan media.

Katanya, beliau ‘berdoa’ agar Zahid ‘dikurniakan keberanian’ untuk menjawab soalan-soalan tersebut, dan tidak berselindung di sebalik alasan teknikal dan undang-undang kukubesi seperti dibuat sebelum ini.

Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan beliau tidak pernah menulis surat kepada FBI ketika mengetuai kementerian berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi.

Zahid sebelum ini dikecam hebat kerana menulis surat kepada agensi asing itu untuk membebaskan raja judi, Paul Phua yang berdepan tindakan mahkamah di Amerika Syarikat.

Rabu, 21 Januari 2015

‘Polis sekongkol dengan penjenayah’ mengejutkan – Mahfuz

 
KUALA LUMPUR 20 JAN- Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berhubung kerjasama pihak berkuasa dengan penjenayah.
Ini berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa “Raja Judi” Paul Phua bekerjasama bagi memastikan keselamatan negara seperti terkandung dalam suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
“Pendedahan yang dibuat Hanif Omar mengejutkan dan hanya menimbulkan lebih banyak persoalan apakah bantuan yang diberikan Phua dalam soal keselamatan negara,” tegas Mahfuz dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Hanif baru-baru ini dilapor berkata, wujud prinsip kerjasama antara pihak keselamatan dengan penjenayah untuk mengatasi ancaman jenayah yang lebih berat.
Selain itu, bekas ketua Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga mengakui keistimewaan diberikan kerajaan kepada penjenayah yang bekerjasama jika mereka ditangkap di negara lain.
“Pihak berkuasa (negara tersebut) akan merujuk kepada Peguam Negara yang mungkin akan bawa perkara itu kepada Menteri Luar dan Kabinet.
“Jika mereka yakin pihak berkuasa negara lain itu mengharapkan pertimbangan istimewa, mereka akan menimbangkannya,” kata Hanif dipetik.
Menurut Mahfuz, jika keistimewaan itu benar-benar diberikan, ia boleh dianggap perbuatan melindungi penjenayah yang sedang didakwa atas kesalahan berkenan.
Ia katanya, seolah-olah satu pengkhianatan besar terhadap amanah yang diberikan rakyat kepada pihak berkuasa.
“Jikalau sebegitu bermurahnya hati kerajaan bertindak membela penjenayah, maka tidak hairanlah usaha pencegahan jenayah yang semakin parah di negara ini gagal.
“Kita mengecam sekeras-kerasnya, perbuatan bersekongkol dengan penjenayah tertentu membolehkan mereka berbuat sesuka hari dan terus bermaharajalela, ia seolah-olah mengkategorikan penjenayah tersebut sebagai berlesen dan direstui kerajaan,” jelasnya Mahfuz.

Pas persoal motif, dalang bunuh Altantuya

KUALA LUMPUR 20 JAN- Pas hari ini sekali lagi membangkitkan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan meminta Mahkamah menjelaskan motif pembunuhan wanita warga Mongolia berkenaan.
Mahfuz Omar PCKetua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kedua-dua tertuduh yang dijatuhi hukuman mati bukan polis biasa, sebaliknya anggota Unit Tindakan Khas yang bertindak mengikut arahan. “Persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan warga Mongolia itu, jika membunuh dengan niat, niat apa? “Mahkamah tidak harus sembunyikan motif, ia adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat,” tegasnya dalam sidang media hari ini.
 
Menurutnya, kehilangan tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar yang dikesan berada di Australia menunjukkan ‘kelompangan’ sistem keselamatan negara sehingga tertuduh bolos dan mendapatkan perlindungan daripada tindakan ekstradisi. “Bagaimana tertuduh kes jenayah berat yang masih belum selesai kes perbicaraan boleh dengan mudah dibenarkan untuk ke luar negara? “Tambahan pula wajah tertuduh sememangnya sudah lama dibiarkan menjadi misteri dan tidak dapat dicam oleh masyarakat umum,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
 
Beliau turut menyatakan kesediaan bertemu Sirul jika individu tersebut mahu mendedahkan rahsia sebenar di sebalik pembunuhan itu, yang sebelum ini dikaitkan dengan pemimpin negara.

“Dalang sebenar dalam kes ini perlu didedahkan, saya harap Sirul boleh rungkai semua persoalan.“Sirul boleh hubungi saya dengan segera melalui telefon, email atau facebook. Saya bersedia bertemu beliau di mana-mana sahaja. “Saya mahu mendengar sendiri siapakah dalang dan motif sebenar pembunuhan tersebut,” tegasnya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, beliau merasakan terpanggil untuk bertemu Sirul selepas membaca kenyataan ibu Sirul yang mendakwa anaknya tidak diberikan keadilan seharusnya.

DAP jawab Mustafa Ali

Saya merujuk kepada laporan wawancara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bersama akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 12 Januari 2015 yang juga dipetik oleh portal Malaysiakini.

Dalam wawancara tersebut, Datuk Mustafa Ali telah membuat beberapa andaian politik terhadap DAP, yang pihak kami merasakan tidak tepat sama sekali dan perlunya diperjelaskan secara terbuka melalui kenyataan ini.

Yang pertama, beliau mengandaikan bahawa DAP telah berputus-asa dalam usaha menuju ke Putrajaya dan berpuas hati dengan kedudukan sekarang dengan mentadbir kerajaann negeri Pulau Pinang dan hanya ingin memenangi kerusi tambahan di Sarawak.

DAP ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah berputus-asa dalam usaha menumbangkan BN di peringkat Persekutuan dan membentuk kerajaan yang baru di Putrajaya dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Ini kerana DAP bersama-sama dengan PKR dan PAS membawa obor harapan 52 peratus rakyat Malaysia yang telah memberikan mandat kepada kami dalam pilihan raya umum ke-13.

Justeru itu, semua parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai tanggungjawab untuk merealisasikan harapan majoriti rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.

Itulah sebabnya DAP terus memberikan komitmen penuh untuk memastikan Pakatan Rakyat terus kekal walaupun terdapat banyak isu dan perbezaan di antara kami dengan PAS dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Komitmen ini dapat dibuktikan dengan sokongan kami kepada rakan-rakan dalam PAS khususnya di Kelantan dalam menghadapi musibah banjir di pantai timur baru-baru ini.

Walaupun kami tidak bersetuju dengan kerajaan negeri Kelantan berkenaan dengan isu hudud, kami mengenepikan perbezaan tersebut untuk membantu dan menyokong usaha pemulihan pasca banjir di Kelantan atas dasar kemanusiaan.

Yang keduanya, Datuk Mustafa Ali mendakwa bahawa pimpinan DAP merendah-rendahkan dan memburuk-burukkan PAS. Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak berniat untuk memburukkan sesiapa dalam PAS.

Kami hanya berpandangan kritikal terhadap keputusan PAS Kelantan untuk meneruskan usaha pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana keputusan tersebut bukannya konsensus dalam Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Hudud bukan dasar bersama

Umum diketahui bahawa pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia BUKANNYA dasar bersama yang dipersetujui oleh parti-parti Pakatan Rakyat.

Konsensus yang dicapai oleh ketiga-tiga parti pada 28 September 2011 ialah, walaupun hak parti PAS untuk memperjuangkan isu hudud dihormati, namun adalah ditegaskan bahawa apa-apa usaha untuk melaksanakan hudud di mana-mana negeri perlu dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan konsensus perlu dicapai.

DAP ingin menegaskan bahawa pucuk pimpinan PAS tidak pernah membangkitkan isu pelaksanaan hudud di Kelantan ataupun usaha mereka untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen untuk membenarkan pelaksanaan hudud di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Itu yang menyebabkan DAP terpaksa mengkritik keputusan PAS secara terbuka.

Yang ketiga, Datuk Mustafa Ali membangkitkan soal isu pilihanraya kerajaan tempatan yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengatakan bahawa PAS membantah keputusan tersebut.

DAP amat terkilan dengan pandangan tersebut kerana bagi kami, agenda pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan adalah selari dengan agenda pendemokrasian dalam semua peringkat kerajaan yang merupakan antara tunjang dasar bersama Pakatan Rakyat.

Kami tidak faham mengapa PAS tidak bersetuju malah membantah usaha untuk mengembalikan proses pilihanraya kerajaan tempatan. Mungkin hanya pimpinan tertinggi PAS sendiri sahaja yang mengetahui alasannya dan dapat menjelaskan sebab bantahan mereka.

Kesimpulannya, DAP tetap komited terhadap perjuangan Pakatan Rakyat untuk membawa politik baru di Malaysia dan menjadi alternatif kepada BN di peringkat persekutuan.

Kami yakin Pakatan Rakyat akan berjaya sampai di Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 sekiranya semua parti dalam Pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP dapat terus memartabatkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama.

Dan menumpukan segala usaha kami secara bersama untuk memperjuangkan isu-isu keadilan, pentadbiran yang baik, memerangi rasuah, kebajikan rakyat dan pada masa yang sama mengenepikan segala isu yang tidak mendapat konsensus daripada ketiga-tiga parti.

PAS jawab DAP yang 'tak konsisten'

 
Pertamanya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke (bawah), setiausaha organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama.

Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan.

Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak konsisten dalam hal ini.

Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Ini yang menjadi persoalan.

Pendirian pemimpin Pakatan berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan.

Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Angkuh bila ada majoriti

Pendirian yang diambil oleh pimpinan Pakatan dalam mesyuarat-mesyuaratnya dalam isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama oleh ketiga-tiga parti di peringkat negeri.

Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Pakatan di peringkat negeri.

Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan.

Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang.

Ini adalah gambaran daripada sikap arogan atau angkuh yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP apabila mereka memperoleh kuasa majoriti.

Hal ini juga dimanisfestasi oleh pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS hatta PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

Sifat arogan sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang.

Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin DAP supaya jangan meneruskan amalan dan sikap seperti ini kerana sikap angkuh dan arogan ini bercanggah dengan amalan dan semangat setiakawan dalam kerjasama ini.


DATUK MUSTAFA ALI setiausaha agung PAS.

Paip pecah di Semenyih, 56,884 rumah terjejas

 
Sebanyak 56,884 rumah di Hulu Langat dan Sepang, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air selama 36 jam mulai pukul 8 malam esok sehingga pukul 8 pagi Jumaat ini berikutan kerja-kerja kecemasan untuk membaiki paip pecah.

Paip utama yang pecah itu mendapat bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Semenyih yang diuruskan oleh pihak Konsortium ABASS Sdn Bhd dan kerja-kerja kecemasan itu perlu dilaksanakan segera, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini.

Sejumlah 44,661 rumah daripada 54 kawasan di Hulu Langat bakal menghadapi gangguan itu termasuk Seksyen 6, Bandar Baru Bangi; Bandar Sri Putra, Bangi; Taman Impian Putra; Taman Bangi Villa; Taman Bangi Indah; Bandar Bukit Mahkota, Pekan Bangi Lama, Desa Mahkota Bangi; Mutiara Bangi dan Taman Jernang Jaya.

Sementara itu, Wilayah Sepang melibatkan 12,223 rumah daripada 15 kawasan di antaranya Taman Warisan Bestari; Bandar Baru Salak Tinggi; Taman Kenanga; Kota Warisan; Taman Bunga Raya, Taman Mawar (1,2, Perdana, Emas Villa); Taman Dahlia; Taman Seroja; Taman Ixora; Kampung Geching Hulu; Desa Salak Permai, Taman Anggerik; Jenderam Hilir dan Sungai Buah.

Bagi membantu mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan terjejas, lori tangki dan tangki air statik Syabas diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

Syabas juga ingin mengingatkan kepada para pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat serta mengelakkan pembaziran sepanjang kerja-kerja kecemasan ini.

- Bernama
 

Isnin, 19 Januari 2015

Abim masih berbisa tanpa Anwar

 Amidi Abdul Manan

KUALA LUMPUR – “Tidak adil membandingkan antara kepimpinan lama dan baharu yang menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), lebih-lebih lagi sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi presidennya.”
 
Demikian reaksi Presiden Abim, Amidi Abdul Manan ketika diminta mengulas mengenai badan itu yang dilihat makin sepi ketika ini.

 
Mengakui kelantangan NGO Islam itu kini agak pasif , namun Amidi berkata, ia tidak bermakna usaha dakwah terhenti di situ sahaja selepas zaman Anwar berlalu.

 
"Abim bertuah mendapat bekas Presiden dan dalam masa sama pengasas yang begitu berkaliber dan dihormati dalam kalangan gerakan Islam di seluruh dunia.

 
"Ketika saudara Anwar memimpin Abim, waktu itu berlaku gelombang kedua kebangkitan Islam pada abad ke-20 dan tidak terkecuali di Malaysia.

 
"Jadi sudah tentu dari segi pendekatan dulu dan sekarang sudah berubah, ketika itu beliau menampilkan Islam sebagai jawapan kepada seluruh permasalahan manusia, Islam mampu menjadi penyelesaian kepada masalah hidup," katanya kepada Sinar Online di sini, hari ini.

 
Beliau berkata lagi, perjalanan Abim dalam dunia dakwah tidak berubah namun ia perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa termasuk bersikap lebih berhati-hati apabila berdepan isu politik dan agama di negara ini.

 
"Sebab itulah kita menguar-uarkan antaranya Islam sebagai sistem hidup, sebagai satu cara hidup, Islam sebagai panduan kehidupan kepada semua.

 
"Perkara itu telah diterima oleh masyarakat dan adakah kita perlu untuk membuat penegasan yang sama, melakukan gerak kerja yang sama, sebagaimana Abim mula ditubuhkan, sudah tentu tidak.

 
"Perkara itu kita sesuaikan dengan keadaan, macam sekarang ini amalan usrah boleh diterima oleh pihak media seperti program Halaqah yang boleh memberikan imej kepada aktiviti keagamaan sedangkan istilah itu adalah istilah yang sinonim dengan gerakan Islam sendiri," ujarnya.

 
Dalam pada itu, beliau juga menafikan Abim ketandusan golongan pelapis untuk meneruskan kesinambungan NGO Islam itu sambil menegaskan muktamar adalah platform terbaik untuk tujuan tersebut.

 
"Saya kira perubahan antara 1970-an sehingga kini, dalam masa sama kalau hendak dikatakan dari segi pelapis, kita terus melatih.

"Kita boleh lihat sendiri kepada setiap kali bermuktamar, tidak kurang daripada 400 hingga 700 perwakilan seluruh negara hadir sama-sama berbincang khusus berkaitan dengan belia Islam sahaja.

"Dengan jumlah itu kita yakin dapat melatih mereka sebagai pelapis dan kader gerakan Islam pada masa akan datang," katanya lagi.

'Tiga Line' dari kaca mata pengkaji

 
Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) atau lebih dikenali sebagai Tiga Line antara NGO Melayu yang sangat terkenal dan mempunyai anggotanya di seluruh pelosok Malaysia.

Tetapi siapakah mereka, daripada mereka datang dan apa peranan mereka dalam masyarakat?

Persoalan itu dirakam oleh pengkaji Perancis Sophie Lemiere (kiri) yang cuba memahami daripada dalam jaringan Pekida di Malaysia dalam buku terbaru suntingannya Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People.

Malaysiakini menyimpulkan dapatannya daripada bab berjudul “Gangsta & Politics in Malaysia” (Samseng dan Politik di Malaysia) kepada 13 soalan lazim.

1. Bagaimana Pekida bermula?

Menurut artikel dalam jurnal Asian Almanac pada 1978, ia bermula sebagai Tentera Sabilullah, yang disifatkan sebagai “organisasi jenayah” berasaskan agama yang dibubarkan pada tahun tulisan itu diterbitkan.

Ia kemudian digerakkan kembali oleh anggotanya sebagai Pekida dan Angkatan Sabilullah.

Angkatan Sabilullah dibubarkan oleh kerajaan selepas dituduh menjadi kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan PAS.

Untuk pengkaderan, anggotanya diberitahu ia ditubuhkan selepas rusuhan kaum Melayu-Cina pada 13 Mei 1969.

Lemiere bagaimanapun percaya perkara itu cuma mitos.

2. Kenapa Pekida digelar juga Tiga Line?

Nama Tiga Line merujuk kepada tiga jalur bendera Pekida iaitu merah (bermaksud darah atau kesetiaan), kuning (raja) dan hijau (Islam).

3. Siapa ahli Pekida?

Anggotanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat daripada peringkat bawahan kepada golongan elit atasan, termasuk ahli politik, ahli perniagaan, pegawai kerajaan, pegawai tentera malah artis.

Ia terbuka untuk 17 tahun ke atas. Tidak ramai perempuan menyertai kumpulan
itu atau mengambil bahagian dalam tindakan politik yang dibuatnya.

4. Siapa pimpin Pekida?

Sejak kematian PLB (“yang namanya tidak boleh disebut kepada umum”) pada 2006, pengikutnya yang digelar “paduka” mendakwa menjadi pewarisnya.

Ia menyebabkan wujud krisis kepimpinan dan wujud kumpulan serpihan seperti geng 77 (sebut: double seven) dan 36, yang mempunyai subkumpulan menggunakan nama lain serta logo seperti harimau dan naga.

5. Bagaimana hierarki Pekida?

Ia bermula daripada ahli biasa kepada pangkat “abang” dan kemudiannya “ayah”.

Terdapat empat peringkat abang, iaitu abang kawasan, abang cik, abang ngah dan abang long.

Peringkat lebih atas ialah kekanda, kemudian ayah atau ayahanda dan seterusnya paduka.

6. Adakan Pekida sebuah kumpulan samseng?

Pekida mempunyai dua bentuk iaitu entiti sah dirujuk sebagai “putih” dan kumpulan samseng bawah tanah digelar “merah”.

Menurut Bernama, Kementerian Dalam Negeri dalam kempen pembasmian kongsi gelap tahun lalu mendedahkan, terdapat dua kumpulan aktif Melayu, yang merupakan pecahan daripada Pekida.

Jawapan rasmi Pekida, bagaimanapun, menafikan mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

“Tidak semua anggota putih aktif dengan merah, seseorang itu boleh menjadi aktivis NGO itu tetapi tidak terlibat dengan samseng.

“Dengan kata lain, tidak semua anggota Pekida terlibat dalam aktiviti jenayah tetapi ramai juga yang melihat kepada peluang perniagaan daripada jaringan besarnya.”

Sumber:Disini

Sabitan buka seribu persoalan, kata peguam

 
Sabitan kesalahan terhadap bekas polis elit  Sirul Azhar Umar “membuka seribu persoalan” berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

Walaupun menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, Kamarul membangkitkan masalah berhubung motif pembunuhan itu.

“Motifnya tidak dikenal pasti terhadap anak guam sama (sama ada di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Perkara itu, katanya antara perkara yang dibahaskan orang ramai.

Kamarul (kiri), salah seorang daripada tiga peguam Sirul, juga membangkitkan isu panggilan telefon dan pesanan teks antara penganalisis politik Abdul Razak Bagind, DSP Musa Safri dan tertuduh pertama Azilah Hadri.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” untuk “melindungi rancangan mereka”.

Kamarul kemudian mencadangkan bahawa anak guamnya diperangkap dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia itu.

Mahfuz menang saman akhbar RM150K

 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan mendapat RM150,000 setelah menang saman terhadap New Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee. Ia berkaitan artikel dalam Berita Harian pada tahun 2000 berjudul "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif hari ini menolak permohonan NSTP untuk merayu kerana tiada merit untuk membenarkannya.

Pada Mei tahun lalu, tiga anggota Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009, yang memutuskan artikel itu sebagai fitnah.

Mahfuz diwakili oleh peguam Azhana ‎Mohd Khairuddin manakala NSTP pula diwakili oleh Nad Segaram.
 

Malaysiakini

Saiful Bukhari dedah arahan TV3 'hentam' Daim

Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan arahan wajib membuat liputan TV3 terhadap program PKR yang didakwa bertujuan menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Saiful memuat naik komunikasi WhatsApp yang mengandungi arahan “must cover and use” (wajib buat liputan dan guna) kepada wartawan penyiaran Nik Suryani Megat Deraman pada 25 November lalu.

Arahan yang didakwa daripada “bos besar” itu mengarahkan Nik Suryani, yang juga isterinya, membuat liputan berhubung sidang media anggota parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin (kiri).

Ia berkaitan desakan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatan terhadap dakwaan kes rasuah Daim di parlimen.

“Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack (serang) Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage (liputan) pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke?

“Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim pula?” soalnya.

Saiful berkata, beliau ingatkan serangan terhadap Daim itu cuma sekali tetapi “rupanya makin menjadi-jadi”.

Berhenti kerana 'jijik'

Nik Suryani kini tidak lagi berkhidmat dengan TV3 setelah mengambil skim pemberhentian kerja “MSS”.

Hari terakhir beliau bertugas pada 15 Disember.

“Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC (sidang media) Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam tokoh yang beliau sendiri hormati.

“Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah," katanya.

Daim (kanan) sebelum ini telah menyuarakan rasa terkejutnya terhadap perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

Serangan terhadap Daim, orang kuat Tun Mahathir Mohamad, dilihat bermula selepas bekas perdana menteri dan beberapa lagi tokoh mula bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

SPRM pada 1998, ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR), memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap Daim.

Bagaimanapun, kali ini, SPRM telah mengambil keterangan Daim dan akan bertemu dengan Anwar yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berkenaan kes itu.
 

Kerusi meja nasi kandar 'Line Clear' dirampas

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini merampas kerusi dan meja premis nasi kandar 'Line Clear' kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.
  
Pengusaha restoran nasi kandar terkenal itu, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, mendakwa Restoran Line Clear yang beroperasi 24 jam itu didatangi sepasukan anggota penguatkuasa pada pukul 3.30 pagi dan mengangkut kira-kira 30 kerusi dan meja di kaki lima premis itu.
  
"Masa itu ada kira-kira 20 pelanggan di kedai dan pekerja hanya tengok penguatkuasa angkut barang itu masuk ke dalam lori mereka," katanya kepada pemberita di kedainya di Jalan Penang di Georgetown.
  
Beliau yang mengaku berniaga tanpa lesen sejak memegang giliran berniaga di premis itu pada 2008, mendakwa tidak menerima sebarang notis dan penjelasan daripada MPPP berhubung perkara itu.
  
Abdul Hamid berkata beliau dan tiga pewaris lain restoran yang diasaskan bapanya itu mengamalkan sistem giliran iaitu setahun operasi bagi setiap seorang  sejak 1950-an.

Abdul Hamid berkata beliau pernah memohon lesen sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.
  
Sementara itu, Jabatan Korporat Bahagian Perhubungan Awam MPPP berkata tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979.
  
"Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan kerana pengusaha berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015," kata jabatan itu dalam kenyataan di Georgetown.
  
Kenyataan itu menyebut MPPP telah mengeluarkan lesen kepada pengusaha baru mengikut keputusan yang dibuat MPPP pada 8 Okt tahun lepas.
  
Dalam sidang akhbar 2 Jun tahun lepas, Pengarah Bahagian Pelesenan MPPP Azman Sirun berkata menurut rekod, lesen telah dikeluarkan atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.
  
-Bernama

Bagaimana pembunuh Altantuya boleh ke luar negara?

KUALA LUMPUR 17 JANUARI- Pengerusi Pemantau Jenayah MyWatch, Sri Sanjeevan mempersoalkan bagaimana suspek pembunuhan kes berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu dibenarkan ke luar negara.

Menurutnya, pergerakan tertuduh, Koperal Sirul Azhar Umar yang juga bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

“Bagaimanakah seorang suspek kes pembunuhan berprofil tinggi meninggalkan negara tanpa disedari? Ini mesti disiasat dan sepatutnya kita berasa malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita,” katanya dalam kenyataan.

Sirul dan seorang lagi anggota UTK, Azilah Hadri didaapti bersalah kerana membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutan pada 13 Januari lalu.

Keputusan itu mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013 yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh warga Mongolia berkenaan.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan ketika keputusan perbicaraan dan peguamnya memaklumkan tidak dapat menghubungi tertuduh sejak enam bulan lalu.

Media kemudian melaporkan Sirul berada di Australia dan tidak mempunyai wang untuk kembali ke tanah air.

Kerajaan Australia bagaimanapun tidak membenarkan ekstradisi dibuat ke atas Sirul bagi menjalani hukuman gantung kerana tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sanjeevan berkata, alasan kesempitan wang untuk tidak kembali ke Malaysia bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan tidak dapat diterima sama sekali.

“Secara peribadi, saya ingin menawarkan tiket penerbangan percuma kepada Sirul untuk pulang ke Malaysia dari Australia,” ujarnya.

Menurutnya, jika alasan itu adalah benar dan tiada niat melarikan diri, beliau pasti tertuduh akan menerima tawaran berkenaan dan pulang ke Malaysia untuk dijatuhi hukuman.

 Sumber : Disini