KUALA LUMPUR: Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim diarah menyerahkan kembali wang pembayaran
gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri
Besar Selangor (MBI).
Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14
hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan
individu itu, lapor Selangor Kini.

“Setelah mendapat nasihat pihak peguam maka pengurusan baharu memutuskan menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu,” katanya kepada media, selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor di Stadium Malawati.
Katanya, tindakan akan diambil sekiranya pihak terbabit tidak mengembalikannya tetapi kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka meneliti dahulu surat berkaitan dan berbuat seperti diarahkan.
“Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka,” katanya.
Sebelum ini, lapan pegawai Abdul Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.
Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar.
Hasil semakan laporan audit ke atas bayaran pampasan itu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 Disember lalu mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan