SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 31 Disember 2015

Rafizi Dakwa Harga Pasaran Minyak Dunia Turun 66%



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencadangkan supaya kerajaan menghentikan kenaikan tambang yang baru diumumkan dan mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25sen/kWj. – Gambar fail The Malaysian Insider

Henti kenaikan tambang, elektrik kerana harga petroleum turun, kata PKR 

PKR menggesa Putrajaya agar menghentikan kenaikan tambang pengangkutan awam serta kadar elektrik apabila mengambil kira penurunan harga petroleum yang berlaku sekarang.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan anggaran harga petrol RON95 yang dijangka berada pada RM1.80 sehingga RM1.85 seliter.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar yang sepatutnya dinikmati rakyat (jika tidak, kerana keadaan matawang ringgit yang tidak menentu) dengan cara berikut:

"Hentikan semua kenaikan tambang yang diumumkan setakat ini yang melibatkan pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain untuk mengambil kira kos bahan api yang semakin murah dan mengurangkan kos operasi pengendali pengangkutan awam.

"Mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25 sen/kWj dan membatalkan pengurangan rebat kepada 1.52 sen/kWj yang diumumkan baru-baru ini untuk memastikan kos elektrik ditanggung rakyat berkadar dengan kejatuhan kos bahan api," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggaran penurunan harga minyak mentah itu adalah berdasarkan Laporan “Weekly Petrol Prices Report” Institut Petroleum Australia, yang menyenaraikan harga RON95 seperti didagangkan di Singapura mengikut laporan Means of Platts Singapore (MOPS) bagi minggu berakhir 20 Disember 2015.

Ia juga dianggarkan berdasarkan laporan harga minyak mentah Brent bagi Disember 2015, yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, berdasarkan pemerhatiannya, harga petroleum ditetapkan Putrajaya juga tidak selaras dengan penurunan harga minyak pasaran dunia – menyusut sebanyak 66% sejak Julai 2014.

"Saya mencadangkan sebelum ini supaya satu kaedah penetapan harga baru diperkenalkan dengan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar matawang ringgit kepada dollar.

"Namun, saya yakin konsep ini tidak akan difahami menteri dan tidak akan dilaksanakan selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa peringkat tertinggi bagi membincangkan kenaikan kos sara hidup.

Akhirnya.. Presiden Dan Timbalan Presiden YaPEIM Letak Semua Jawatan



Mula-mula kita ucapkan syabas kepada National Oversight & Whistleblower (NOW) yang telah mendedahkan kepada umum tentang skandal YaPEIM ini..

Pendedahan NOW menunjukkan individu terutamanya Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil iaitu Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM memegang 12 jawatan dalam YaPEIM dan anak syarikatnya dengan pendapatan RM 73,000.00 sebulan.

Manakala Pemimpin Wanita UMNO Kelantan, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang juga Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM memegang sekurang-kurangnya tujuh jawatan didalam YaPEIM dan anak syarikatnya dengan pendapatan RM 45,500.00 sebulan.

Suaminya iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan sebanyak RM 5,000 sebulan.

Selain suami, anak pemimpin Wanita UMNO itu juga telah dilantik memegang enam jawatan dalam YaPEIM dan anak syarikatnya pendapatan bulanan mencecah RM31,200 sebulan..



Pendedahan itu telah menyebabkan Najib mengeluarkan arahan supaya dibentuk satu pasukan khas atau ‘task force’ bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.

Oleh itu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin.

Dan dalam masa yang sama beliau mengumumkan presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM..

“Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.  
Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.  
“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.  
“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya - The Rakyat Post

Semoga kekosongan dalam jawatan itu diisi oleh anak-anak Malaysia yang berugama Islam yang lebih layak..

Jangan pulak bila isu dah reda depa sapu balik jawatan tu...