Khamis, 21 April 2011
49 Remaja Hamil Dapat Manfaat Daripada Sekolah Mengandung
PESANAN DARI IMAM AL GHAZALI

Rabu, 20 April 2011
Gaya hidup sihat PDRM

MENGEKALKAN kesihatan yang baik sepanjang masa pastinya menjadi keinginan setiap individu dan ia sangat penting dalam kehidupan seharian.
Namun, kebanyakan daripada kita kurang mengendahkan aspek itu. Bukan setakat orang awam, pasukan keselamatan turut dikesan jarang mengamalkan gaya hidup sihat.
Keadaan tersebut boleh membahayakan mereka kerana tuntutan tugas mereka memerlukan status kecergasan dan kesihatan yang tinggi sekali gus untuk menghindari pelbagai penyakit kronik.
Hasil semakan Cawangan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Januari hingga Disember tahun lalu, seramai 111 kakitangan PDRM pelbagai pangkat yang berumur di antara 40 hingga 55 tahun meninggal dunia berpunca daripada penyakit kronik.
Justeru, bagi mencapai piawaian kesihatan dan kecergasan yang optimum, PDRM melancarkan program Gaya Hidup Sihat PDRM pada Mac lalu.
Ia sejajar dengan harapan bagi mencapai wawasan Polis Sihat, Masyarakat Selamat melalui konsep amalan membudayakan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan warga PDRM.
Menerangkan lebih lanjut mengenai program berkenaan, Pegawai Kebajikan Pasukan PDRM, Supritendan Azizi Mat Aris memberitahu, PDRM turut melancarkan buku Garis Panduan Gaya Hidup Sihat PDRM agar warga PDRM memperoleh panduan yang lebih berkesan.
Menurut beliau, program gaya hidup sihat itu merupakan penganjuran kali pertama dan ia adalah inisiatif Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
"Selain buku garis panduan, kita juga memperkenalkan buku rekod kesihatan kepada warga PDRM sehingga ke peringkat bawahan.
"Program ini dilaksanakan kerana kita dapati kebanyakan anggota PDRM bertugas di luar untuk menjaga keselamatan orang awam," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Azizi, perubahan ke arah gaya hidup yang lebih sihat sangat diperlukan kerana kini ramai anggota PDRM menghidap pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan barah.
"Ada juga daripada mereka tidak cukup tidur dan ini boleh menjadi faktor mereka menghidap penyakit dan boleh menjejaskan mutu kerja mereka," ujarnya.
Buku panduan setebal 103 muka surat itu mengandungi pelbagai maklumat berguna bagi membantu warga PDRM merangka dan melaksanakan program Gaya Hidup Sihat di tempat kerja.
Di samping itu, ia membolehkan warga PDRM mengetahui empat risiko utama penyebab kepada penyakit kronik seperti amalan pemakanan tidak sihat, gangguan stres, gaya hidup sedentari dan merokok.
Manual itu juga terdiri daripada empat bahagian iaitu informasi kesihatan, saringan tahap kesihatan, program dan kaedah intervensi serta penilaian susulan.
16 dakwa ditipu terpilih bertanding pilihan raya Serawak

Kerajaan turut iktiraf bahsa Mandarin,kata Muhyiddin
Kertas siasatan vedio sek diserah semula
Selasa, 19 April 2011
RASUAH HARAM TETAP HARAM
SAMBUT BAYI IKUT SYARIAT
REALITI KEHIDUPAN

Isnin, 18 April 2011
Omega : Kad pendaftaran jam datang dari mana pulak?

SETELAH BERPISAH DENGAN PKR KINI BERPISAH PULA DENGAN ISTERI

Ahad, 17 April 2011
BN MAMPU PERINTAH TANPA SOKONGAN KAUM CINA

DR CHAN RASA KECEWA

SANTAI NGINUM PATANG

ANJURAN UNTUK INGAT (BERZIKIR) KEPADA ALLAH TAALA
- Sebagai seorang insan ciptaan Allah kita di sarankan agar sentiasa berzikir mengigati maha pencipta,sebagai tanda syukur kita kepada maha pencipta. Tetapi manusia sering berterima kasih "bersyukur" hanya kepada manusia sahaja terlupa kepada yang lebih agung.
- Kita wajib bersyukur kepadanya diatas segala nikmat yang diberikan kepada kita, harus diingat bahawa semua apa sahaja yang berlaku terhadap kita didunia ini adalah satu nikmat dari yang Esa bukan yang manis-manis yang sedap-sedap sahaja hatta membuang air besar itu juga nikmat,cuba bayangkan kita makan minum sedap-sedap selama sebulan tapi tak boleh nak buang air kecik dan besar apa akan jadi? tentu kita akan mendapat musibah"sakit"itu lah dia yang saya kata tadi nikmat nya sungguh besar. Sakit juga nikmat kerana itu tandanya Allah nak kita ingat kepadanya, cuba lihat bila sesaorang itu dalam keadaan sakit dia akan sering menyabut Allah itu adalah satu nikmat kepada orang yang mengaku muslim.
- Untungnya orang yang selalu berzikir mengikat menyebut Allah, Allah juga akan selalu dekat dengan kita ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dadal hadisnya yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra.,
- Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
- Hadis diatas tadi dengan jelas mengatakan ingati lah Allah sentiasa kerana mengigati nya berarti mendekati nya setiap yang dekat padanya nescaya dia juga mendekat kepada kita jangan sampai Allah menjauhkan diri dari kita kerana kita menjauhkan diri daripadanya.
- Salam hormat dari aku samapi jumpa lagi "Assalammualaikum".
SELAMAT PENGANTIN BARU DATO
- Aku teringgat kepada tertangkap Khalwat seorang pegawai Kerajaan yang bergelar Dato disebuah Hotel mewah di Pulau Pinang pagi semalam. Aku terbaca dalam blog pegawai tu berjatan TKSU di KBS. Sebelumnya beliau berhidmat diJPJ,mungkin itu doa dari orang-orang yang pernah teraniaya oleh dia (ramai yang tepok tangan )
- Dari segi kedudukan dato ni layak untuk berpoligami, gaji besar,badan sihat lagi,masih bernafsu tetapi kenapa buat begitu? kenapa ikut nafsu serakah tu? kan kah dah memalukan diri sendiri dan keluarga anak-anak tidak ketingalan gelaran(Dato),jawatan dan jabatan tempat cari makan sekarang.
- Persoalan yang ada pada aku adakah dato ni bersungguh untuk memperisterikan perempuan itu?Jika benar bersungguh kenapa memilih jalan itu?nak terai rasa dulu? ini bukan barang , bukan buah (biarpun berbuah), ini bukan kereta dato..... ini manusia tak banyak sedikit maruah mesti ada,kenapa tak dijaga? apakah itu terlupa juga?(dah terdorong oleh bisikan syaitan, Ikut kata dia jadilah sehabat dia)
- Dato adalah orang yang terpelajar dan berkedudukan tinggi tapi mengapa berfikiran macam orang....... lagi pun dah tua tinggal beberapa tahun sahaja lagi dah masuk usia mas, itu pun masih memilih jalan itu untuk mencurah cinta? Budak-budak bawah 30an boleh la, macam perempuan tu....(pasangan dato tu la).
- Masih banyak lagi cara bagaimana nak mencurahkan rasa kasih dan cinta tu bukan dalam hotel sahaja,hantar rombongan maklimah itu lah cinta sejati jujur dan ikhlas namanya bukan macam ni ,
- Macam tak ikhlas je......macam orang makan nasik lamak bungkus je....lepas makan buang bungkusan cuci mulut dah selesai, esok teringin makan lagi begitu lah seterusnya sampai mati konyol.
- Takut isteri tak bagi? ada caranya..... yang penting jujur,sebab tak jujur lah takut nak berterus terang dengan isteri.....bukan begitu dato?
- Apa pun perkara dah berlaku aku harap jangan tak dinikahi perempuan itu, jangan aniayai dia kerana perempuan (Hawa) itu diciptakan oleh Allah dari tulanng rusuk kiri lelaki (Adam) bermaksut Allah mencipta perempuan itu dijadikan teman hidup lelaki.Maka perlu dibelai dan dikasihi dan jaganlah dipersia-siakan dia....
- Nama dia dan keluarga nya dah tercemar angkara dato, pandai- pandailah bertanggong jawab yek. Kalau nak makan nasik lemak bungkus yang lain, lain kali pergi kedai lain pulak bawak tisu lebih sikit buat lap mulut.....
- Selamat bernikah Dato......(aca ama aja)
