SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 4 Januari 2012

Mereka Hanya Pelakun, Pengarahnya Tetap Orang Lama !!!

Mereka berdua ni dan artis lain lagi memang Umno dah
Jadi pada aku sedikit pun tak terkejut.
Mereka ni kan ke pelakun
Pelawak pulak lagi
Faham-fahm la..


Mereka mesti pilih umno sebab penuntun flim mereka kebanyakannya 
Terdiri dari orang -orang umno,tak mungkin orang PAS pulak
Sebab itu meeka terpaksa umum masuk umno.






Mereka peduli apa dengan penyelewengan yang telah di lakukan oleh 
orang -orang umno terhadap harta rakyat. Yang penting bagi
mereka, bisnes mau masuk.....itu je...

Lagi pun negara ini negara demokerasi, jadi suka hati dia orang lah......

Bagi aku siapa sahaja yang masuk menjadi ahli parti umno 
mereka adalah orang pekak bisu dan buta.....

Umno Hilang Punca Apabila Dua Blogger Berpengaruh Umno Masuk DAP!

Penulis blog terkenal dari kalangan Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

Difahamkan juga, Dato' Mohd Ariff yang menjadi Adun Pulau Manis (dalam parlimen pekan) pada tahun 2004-2008, merupakan kawan baik kepada Najib Razak selain pernah menjadi setiausaha kepada Najib. Adalah menjadi satu penanda aras, mereka meninggalkan Umno tanpa mengira apa jua kepentingan yang ada. Lebih membingungkan Umno apabila DAP pula menjadi pilihan.


Momokkan Umno supaya melayu takut kepada DAP akan dijernihkan oleh kedua-dua blogger ini dengan kesedaran betapa tiada apa yang perlu ditakuti dalam berkerjasama dengan DAP membentuk kerajaan Malaysia yang baru. Jika blogger Umno yang diyakini pekat Umnonya boleh menyertai DAP, lantas memberi gambaran bahawa doktrin perkauman tidak lagi menjadi ubat mujarab untuk mengekalkan kuasa.

Perlu diingat, bukan DAP yang memerintah negara selama hari ini jika faktor penguasaan ekonomi itu menjadi punca melayu takut DAP. Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadi testimoni terbaik apabila Islam dipelihara dengan lebih baik berbanding ketika zaman Gerakan, dan orang melayu Pulau Pinang lebih diberi perhatian kerana kedudukan mereka yang susah selama diperintah Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu, semangat ABU - Asalkan Bukan Umno berjaya diterapkan dan hari ini DAP menjadi pilihan dua blogger tersohor dari Umno sendiri, dan kita tiada masalah dengan keputusan baik ini kerana ia semestinya ASALKAN BUKAN UMNO !!

Masuklah mana sekali pun, DAP, PAS, Hisbul Muslimin, Gamis, NGO Bebas dan mana-mana pertubuhan sekalipun, Asalkan Bukan Umno !! Umno semakin ditinggalkan, sudah sampai masanya Umno itu dikuburkan. Retorik kononnya memperjuangkan Melayu itu menambah kebencian, sedangkan sebaliknya Melayu terus ditipu oleh ketuanan bangsanya sendiri.

Ayuh bersama menggerakkan kempen ABU - Asalkan Bukan Umno - sebuah inisiatif rakyat !

Selasa, 3 Januari 2012

Akibat Salah Pegangan, Nyawa Yang Tidak Berdosa Jadi Taruhan !!

Sejarah manusia menjadikan manusia sebagai korban untuk dipersembahkan pada 'Dewa' yang mereka puja memang tercatat sebagai perkara yang pernah terjadi pada zaman dahulu kala. Kalau di Bali, upacara persembahan Dewa sering dilakukan hampir setiap bulan. Ada saja ritual yang dilakukan untuk menenangkan berbagai Dewa kepercayaan mereka. Cuma sekarang ini tidak lagi kedengaran benda yang dipersembahkan merupakan manusia atau organ manusia.

Tetapi nampaknya di India kegiatan tersebut masih lagi wujud apabila seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun dicolek ketika pulang dari menonton TV di rumah jirannya. Kanak-kanak malang itu dibelah dadanya untuk diambil hati bagi dijadikan persembahan kepada Dewa yang dipercayai boleh memberikan hasil pertanian yang melimpah ruah.

Kejadian berlaku di Bijapur dalam daerah Chhattishgarh di mana terdapat ramai petani yang miskin dan masih kuat mengamalkan amalan kepercayaan kuno. Dua orang lelaki diberkas berikutan perjumpaan mayat kanak-kanak itu dan mereka mengaku telah membelah dadanya bagi dijadikan persembahan pada Dewa.
Kawasan yang disebutkan merupakan satu kawasan yang didiami peribumi miskin dan ketinggalan dari segi pembangunan dan majoriti pendduk tersebut adalah buta huruf. Tak dapat dibayangkan betapa dalam zaman yang kita sangka moden ini masih lagi wujud kaum yang berfikiran sebegitu yang tidak dapat menggunakan akal waras dalam memperbaiki kehidupan mereka.

Presiden MCLM letak jawatan


Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam.

Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.
Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Malaysiakini/-

Apa Nak Jadi Dengan Perempuan Melayu Ni ?????

Apa kah yang anda faham tentang gambar-gambar dibawah ini???
Ia berkaitan dengan sambutan hari Christmas party .

image


image

Aik... apa benda yang terkepit dibawah ketiak perempuan dalam gambar
 2 dari kanan diatas?

image


Apa yang anda faham dengan keadaan semasa mengikut gaya Fahsa dalam gambar  ini?
Apakah mereka ini dalam keadaan normal? 
atau ada yang mempengaruhi??


BLOG FITNAH POLIS CEDERAKAN PENUNTUT UNIVERSITI DI SIASAT

Begini lah sikap dan perangai Pegawai kerajaan BN, mengampu tak memasal. Bila kena muka mereka ,mereka kata itu fitnah, tapi kalau mereka terang-terang memfitnah itu mereka kata kuat kuasa. Mudahan mereka tu semua dipanjangkan umur supaya dapat melihat apa yang mereka dah cakapdan perbuat semasa diberi sedikit masa untuk mentadbir negara.


KUALA LUMPUR 2 Jan. — Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.



Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.


"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan tuduhan memfitnah pasukan 

Isnin, 2 Januari 2012

Demo UPSI: Mahasiswa 'bodoh macam lembu' ?


KUALA LUMPUR, 2 Jan: 17 orang mahasiswa yang ditahan pada Himpunan Kebebasan Akademik (Bebas) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam kelmarin, amat kesal dengan layanan pihak polis terhadap mereka sehingga mereka dikatakan 'bodoh macam lembu'.

Selain itu, mereka juga dimaki hamun oleh pihak polis dengan berbagai-bagai kata-kata lain yang amat menyakitkan hati antaranya termasuk "mahasiswa bodoh", "tak ada otak" dan "balaci".

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, kata-kata seperti itu bukan sekali dilontarkan oleh pihak polis terhadap mereka, malah berkali-kali sepanjang berada dalam tahanan, terutama ketika proses soal siasat.

Menurutnya, sebelum itu mereka telah pun berhadapan dengan tindakan kekasaran pihak polis ketika menangani perhimpunan itu sehingga menyebabkan beberapa orang rakannya mengalami kecederaan.

Katanya, ketika tangkapan dilakukan pula, mereka dilayan seperti penjenayah dan turut digari serta dimasukkan ke dalam kenderaan polis dengan kasar.

"Patutkah polis memperlakukan kami seperti itu? Patutkah kami dimaki hamun seperti itu, digari dan dilayan seperti penjenayah, sedangkan kami bukan penjenayah," katanya yang juga salah seorang pelajar yang ditahan ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Sambutan ketibaan tahun baru 2012 malam kelmarin dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka pada perhimpunan aman di hadapan UPSI.

Dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah.

Beliau dilaporkan patah tulang rusuk, patah gigi geraham terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, 17 mahasiswa lain ditahan dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Antara mereka yang ditahan sekitar jam 4 pagi itu termasuk Ahmad Syukri Abd Razab; pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden SMM, Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath.

Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 4.00 petang semalam dengan dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Menurut Ahmad Syukri, tindakan kekasaran pihak polis terhadap mereka itu jelas menunjukkan sikap sebenar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein yang langsung tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk berhimpun secara aman dan hak mahasiswa untuk menyatakan pandangan.

"Tindakan sedemikian ke atas kami tidak akan berlaku jika tidak dengan persetujuan Datuk Hishammuddin yang bertanggungjawab terhadap polis sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri," tegasnya.

Beliau juga amat kesal dengan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana terus gagal melakukan perubahan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bagi kebebasan mahasiswa dan pemansuhan Auku, sehingga memaksa mahasiswa mengadakan perhimpunan seperti itu bagi menyatakan pandangan mereka.

"Saya juga amat kesal dengan tindakan Datuk Hishamuddin, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, pihak polis dan kerajaan yang jelas bersikap double standard ke atas kami, apabila pihak Umno dan Perkasa yang telah melakukan perhimpunan di hadapan UPSI sebelum ini tidak pula dilayan seperti kami.

"Malah perhimpunan daripada pihak Umno dan Perkasa itu ditangani dengan cukup lunak dan diberikan kerjasama yang cukup baik oleh pihak polis," ujar beliau.

Tak Laku Pulak Dah !!

LAS VEGAS - Pelacur lelaki pertama Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan negara itu akhirnya dilaporkan 'bersara' kelmarin dengan hanya mampu memperoleh 10 pelanggan wanita selama dua bulan bertugas sebagai pekerja seks sepenuh masa.
Dia yang cuma dikenali dengan nama komersial Markus, (gambar) 25, disahkan oleh pemilik rumah pelacuran Shady Lady Ranch, Jim Davis sebagai telah meninggalkan premis itu manakala seorang pekerja baru akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Davis bagaimanapun berharap pelacur yang berasal dari Alabama itu dapat kembali semula meneruskan kerjaya tetapi setakat ini, Markus tidak memberi sebarang ulasan berhubung keputusannya meninggalkan kerjaya pelacuran itu. - AP

Safwan akan ambil tindakan mahkamah insiden di UPSI

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.

“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata “tindakan perlu” diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.

“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.

Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.

“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi.

Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis.

Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan.

Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.

Ketika kejadian berkenaan, Safwan dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

Demo UPSI: Safwan Anang dakwa ditumbuk, ditendang

SLIM RIVER - Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang ketika polis meleraikan perhimpunan mereka yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi semalam.

Safwan yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan mulut berkata, ketika kejadian, beliau hanya ingin membantu rakannya yang ditahan pihak polis.

Katanya, tiada provokasi dilakukan oleh mahasiswa seperti yang didakwa menjadi punca kekecohan.

"Ya! saya ditumbuk di muka dan ditendang oleh polis menggunakan lutut di tulang rusuk saya. Sekarang saya masih susah untuk bernafas," katanya pada sidang media di pekarangan Hospital Slim River di sini hari ini.

Sementara itu, peguam Safwan, Mohd Khairudin Othman pula berkata, beliau sedang mengumpulkan bukti dari semua sumber sebelum mengambil tindakan susulan.

Selain itu, katanya, pihak polis seperti prejudis kerana mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dilakukan.

"Saya juga ragu-ragu dengan pihak hospital yang membenarkan Safwan keluar pada hari ini sedangkan dia belum betul-betul sembuh.

"Jadi kami akan membawa Safwan membuat rawatan susulan. Cuma, di mana dia akan di bawa, belum lagi ditentukan," katanya
Sinar Harian


Laporan dari The Malaysian Insider..

Hebatnya Pejuang Islam....Umno Nihhhhh !!


Antara orang yang sangat di sayang oleh pemuda umno, 
Salah seorang pemuda contoh dan di contohi oleh anak-anak muda umno
Patut lah ramai pemuda umno yang setengah masak..

Bercakap soal perjuangan dan warisan islam
Ini lah orang nya.....Boleh dibuat contoh ker oiii !!!

Salah seorang pewarna umno, yang mewarnai umno.

Kebetulan Atau ???

Aku petik

Yang ini SALLEH ISMAIL


Aku tak nak komen banyak dalam hal nie sebab kes mamat sorang nie pun masih belum dibicarakan nanti dianggap subjudice pulak.Cuma mai kita renung dua wajah ini...seorang dikatakan yang Menipu dan seorang lagi dikatakan pihak yang kena tipu.Nak dijadikan cerita initial nama keduanya bermula dengan huruf S dan ayah mereka sama sama bernama Ismail.Pelik tapi benar...dan takkan jadi pelik lagi bila KEBENARAN muncul kelak.



Yang ini pula SHAMSULBAHRIN ISMAIL

Kalau tenguk dua pose diatas macam ada persamaan tapi yang KENA TIPU kata tidak ada kena mengena dengan SI PENIPU apatah lagi sebagai ADIK BERADIK.Jangan ambil serious sangat hal nie kita suka-suka ja...

Sk@siasahkini-Adakah selepas dikatakan ditipu terus tak mau mengaku sebagai saudara?adakah si penipu nie hanya dikambing hitamkan demi menjaga periuk nasi pemimpin korup daripada terus dibuka luas?Tipu-tipu malaysia.....

Ahad, 1 Januari 2012

DAP kutuk tindakan letak kepala khinzir di hadapan masjid




Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid  Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.
    
Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu  diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.
    
"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia.  Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.
    
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden  sembilan kepala khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.
    
"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya.

- Bernama

Sudah-Sudah Lah Orang Tua Oiiiii!!!!!!!!

Sudah-sudah orang tua oi, cukup lahtu kamu tu dah nak di pangil pulang oleh sang pencipta "Allah"  yang maha Esa. Tak payah lah lagi berfesta macam anak muda, kamu sebagai orang tua dan orang yang berpengaruh, jadi lah sebagai pemimpin yang boleh dijadikan cuntoh kebaikan oleh anak muda ..... bukannya sebagai pemimpin yang membawa anak muda kearah jalan kemurkaan Allah.

Jadi lah sebagai pemimpin negara yang beriman dan tunjukan lah kepada rakyat semua bahawa kamu adalah pemimpin yang benar-benar muslim sejati, bukan muslim hanya pada nama.Masing-masing ,Tambahan pula dan berstatus Hj sekarang ni.... jaga lah nama baik tu.....

Sepatutnya pada malam tahun  baru ni biarlah sama-sama(walau pun tidak mengetuainya) di mesjid negara berkumpol beramai-ramai bersembahyang hajat dan menadah tangan memohun dan mengaminkan doa agar Malaysia menjadi megara yang makmur dan mendapat kesejahteraan pada tahun 2012 ini.

Malangnya sebagai pemimpin mereka tu pula yang memimpin acara sambutan malam tahun baru dengan acara -acar kemaksiatan.

Paling aku tak berkenan lah bila situa yang sorang tu macam dah tak diterima dinegeri sendiri je....sampai buat keramaian di negeri orang pula.... (Ya lah tu.... Hj Muhyidin la..sapa lagi) Johor dah tak terima sebabtu datang ke Selangor , mengekepalai maksiat disana.

Orang Selangor pula tak ada pemimpin yang berani untuk jadi ketua maksiat, sebab Dr Hassan Ali mengmok malam sebelumnya membenteras maksiat. Syabas Dr Hassan dan teruskan usaha anda membasmi maksiat dikalangan orang muslim di Selangor. Aku harap berterusan sepanjang tahun 2012 dan seterusnya. Tapi jangan night club sahaja tapi teruskan ke pusat-pusat keraoke dan kedai-kedai nombur ekor... di sana ramai orang melayu muslim......yang melangar perintah Allah.

Dr Hassan tau kan kalau harapkan orang Umno/BN dah 60 tahun lebih memerintah makin banyak pusat-pusat maksiat mereka ujudkan.Pemimpin mereka yang memberi galakan lihat sahaja cuntoh yang baru sebentar tadi berlalu, Pemimpin-pemimpin mereka memberi galakan maksiat kepada remaja -remaja melayu di dataran Merdeka dan di beberapa tempat lagi....di sekitar Lembah Klang. 

Berani Kah Mereka Tu??

Shahrizat patut contohi tindakan saya - Phang


Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah
membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan."Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -M'kini