SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 16 Jun 2011

Lelaki mati minum berbalang air dalam rawatan bomoh wanita di Marang

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh wanita warga Thailand di Pulau Rusa, Marang, di sini malam tadi.

Lelaki berumur 26 tahun itu dihantar ke rumah bomoh berkenaan oleh bapanya untuk berubat pada 7.45 malam, dan bomoh wanita berusia 43 tahun itu, kemudian memaklumkan bahawa pesakit itu terkena buatan orang."Semasa rawatan, bomoh itu menyuruh mangsa meminum beberapa balang air sebelum menyumbat mulutnya dengan hos sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Setelah itu, bomoh tersebut memberitahu bahawa dia telah berjaya mengeluarkan penyakit mangsa dan menyuruh bapa mangsa membawa anaknya itu ke hospital," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, sebaik dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 12.30 tengah malam, lelaki itu disahkan telah meninggal dunia.

Ekoran laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 2.15 pagi, polis menyerbu rumah bomoh itu tetapi dia bersama suaminya, yang berusia 33 tahun dan berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, telah melarikan diri. Manoharan berkata dalam serbuan itu polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk merawat mangsa. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi mana-mana balai polis. -BERNAMA

Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia. Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina. "Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor. Justeru, Tamyes menyifatkan tindakanUtusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata.-Malaysiakini

Kalau Khutbah Jumaat pun dilarang menyebut hukum-hukum zina dan qazap untuk pengetahuan semua umat islam Selangor, aku yakin satu hari nanti Selangor tidak akan dapat membendung gejala fitnah dan juga tak akan dapat menghalang zina kerana rakyatnya takut untuk menmberitahu (mengajar) orang lain bahawa memfitnah orang lain berzina itu ada hukumnya yang di turunkan oleh Allah.

Cuba kita ingat bersama selama ini adakah Mahkamah Syariah dimana-mana negeri dalam Malaysia ini yang telah mensabitkan kesalahan (hukuman) zina kepada pasangan selain dari tuduhan berkhalwat? Ini kerana Undang -undang Islam menyatakan perlu empat orang saksi dari kalangan orang yang jujur dan melihat persetubuhan itu berlaku seperti anak kunci masuk kelubang kunci, Oleh kerana tiada saksi yang empat itu tuduhan zina tidak dapat dijalankan dan hukuman zina tidak dapat laksanakan. Walau bagaimana pun salah tetap salah.Begitu lah undang-undang yan g dicipta oleh Allah, tetapi undang-undang ciptaan manusia juga yang dihormati (jadi ikutan) manusia seolah-olah manusia itu tidak akan mati dan bertemu Allah untuk menerima hukuman Allah kerana mengingkari larangan nya.

Wallahhualam.

Rabu, 15 Jun 2011

Apkah Ada Bezanya Antara Mantan PM Malaysia Dengan Kartonis Utusan Malaysia?

Fikir-fikirkanlah apakah ada perbezaannya kedua-dua dialog ini?

Surat Penolakan Hukum Hudud oleh Mahathir kepada TG Nik Aziz
PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik MatMenteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTANRujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)Bertarikh 8 Jun 1994Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD15 Julai 1994

Khamis, 9 Jun 2011

Lihat Kulit Kita


Kulit terdiri dari tiga lapisan. Yakni epidermis, dermis dan jaringan subkutan. Ketebalan kulit pun sangat bervariasi di seluruh tubuh. Misalnya, kulit halus sekitar mata hanya setebal beberapa lembar kertas dan lutut di kaki hanya setebal penghapus pensil.Kulit memiki karakteristik berbeda di banyak daerah, tapi kulit merupakan satu organ dan tak semua kulit ‘berdaging’. Sebagai organ, kulit membungkus tubuh manusia, termasuk kuku dan rambut. Secara total, sekitar 16% total berat badan adalah kulit.Kebanyakan kulit orang dewasa kulit seberat 10 kg atau lebih. Tentunya berat kulit bervariasi tergantung pemiliknya, semakin kurus seseorang, semakin ringan berat kulit. Jika rata-rata kulit dewasa dibentangkan, kulit mampu mencakup dua meter persegi.
Setelah kulit, organ tubuh manusia terberat adalah usus (3,75 kg), paru-paru (2,5 kg), hati (1,6 kg), otak (1,5 kg) dan jantung (0,3 kg).

Mau satu lagi? Cantikkkkkkkkk

Nikah Siri. Itu panggilan yang lunak disebut. Nikah ini halal. Tapi tak perlu belanja besar, cukup RM18 saja, anda bisa punya bini yang muda lagi cantik. Pingin yaa...!! Jika punya keinginan itu, hubungi saja Abang Bakaq. Dia bilang pakej nikah ini jadi pilihan lelaki Malaysia kini. Kerna ia murah, cepat dan selamat dilakukan.

Yang penting sediakan saja 'orang tengah' yang bisa carikan gadis di kawasan Sambas. Sambas tu dimana wak ? Kalimantan, Indonesia..bukan di Melaka yaa ! Biarpun jauh di pendalaman, desa itu memang popular kerana warga gadisnya cantik-cantik dan gebu.

Malah kerana kedudukan geografinya yang jauh dari kota, maka gadis kampung itu, layanan yang diberikan mereka sangat baik, malah kehidupan desa itu menyebabkan mereka bisa berdikari, taat pada suami serta boleh dipercayai.

Ringkasnya, hantaran serendah RM18. Mas Kahwin tidak ditetapkan. Majlis nikah kenduri diadakan di surau atau rumah keluarga. Bayaran orang tengah antara RM1 ribu ke RM2 ribu. Calon isteri masih dara, cantik, putih melepak. Apa lagi bro..jom ke Sambas !! Berbaloi-baloi bro..!!

Aku petik

Selangor "6 juta bantuan pendidikan"

SHAH ALAM, 9 Jun: Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor.

Majlis penyampaian itu melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal I

nsan diserahkan melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 Dun Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di Dun masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) menyarankan supaya Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan itu kepada sekolah-sekolah dalam Dun masing-masing dan membantu urusan permohonan itu.

“Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagi tahun 2011, katanya kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR (RM6 juta), SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta).

Katanya, keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan SAR, SJKC dan SJKT adalah sebanyak RM6,652,786.

Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan Fasa Pertama 2011 adalah sebanyak 121 buah sekolah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak 75 buah sekolah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula sebanyak 97 buah sekolah.

Permohonan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua pula akan dibuka bermula 10 Jun 2011 manakala tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2011.

Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, pejabat Adun, Pusat Khidmat Masyarakat atau Unit Pendidikan di talian 03-55212283.

Russia tawar bantuan bina loji nuklear Malaysia

MOSCOW: Russia, antara negara utama dalam pengeluaran tenaga nuklear, menawarkan kepakaran membantu Malaysia membina reaktor pertama negara dan berjanji memastikan tahap keselamatan yang tinggi dan mampu bertahan jika berlaku aktiviti seismik tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Atomstroyexport, Alexander Glukhov, berkata walaupun Russia masih belum menerima sebarang tawaran untuk menjalankan kajian teknikal bagi pembinaan loji nuklear di Malaysia, ia bersedia menawarkan kepakarannya.
"Kami masih belum dihubungi tetapi kami tahu Malaysia berminat membina sebuah loji kuasa nuklear (NPP) dan kami bersedia untuk membantu mereka," katanya di luar "AtomExpo 2011" anjuran Perbadanan Tenaga Atom Rusia (Rosatom) di sini hari ini.

tomstroyexport adalah anak syarikat Rosatom dan terbabit dalam pembinaan NPP di luar negara.

Sehingga kini, syarikat Russia sudah membina 31 unit loji nuklear di luar negara termasuk di Jerman, Finland, Hungary, Bulgaria, Slovakia, Republik Czech serta China dan tidak lama lagi di Vietnam dan Bangladesh.

Disebalik kebimbangan mengenai tenaga nuklear berikutan krisis berterusan yang melanda Fukushima di Jepun, Glukhov berkata generasi ketiga NPP Russia memiliki standard yang tinggi dan sangat kompetitif daripada segi harga dan pemindahan teknologi.

Malaysia bercadang membina dua loji kuasa nuklear yang setiap satu boleh menjana 1,000 megawatt untuk mengurangkan penggantungan terhadap bekalan bahan api fosil.
Walaupun masih belum ada pengumuman kukuh lagi, dilaporkan sebelum ini Tenaga Nasional Berhad mungkin akan membina loji kuasa nuklear pertama negara membabitkan kos AS$3.1 bilion menjelang 2020.

Pada awal tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan penubuhan Perbadanan Tenaga Nuklear di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Najib berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggembleng tenaga bagi memenuhi permintaan masa depan dan mempelbagaikan campuran tenaga bagi Semenanjung Malaysia dan perbadanan nuklear itu akan menerajui inisiatif berkenaan.

Sergei Boyarkin, Pengarah Program Rosatom bagi Jabatan Projek Kejuruteraan, berkata Russia menetapkan syarat ketat bagi pembinaan NPP.

Beliau berkata, ini berikutan malapetaka Chernobyl pada 1986 dan rekaan terbaru Russia mampu menghadapi gempa bumi sehingga 9.0 pada skala Richter.

Katanya, membina sebuah NPP di sebuah negara tropika seperti Malaysia atau di kawasan aktiviti seismik tinggi seperti di Indonesia bukan satu masalah kerana mereka sudah membina loji sama di selatan China.

"Selain daripada rekaan, kami juga sangat mementingkan kedudukan NPP sebelum ia dibina. Dengan loji generasi ketiga, kami boleh membinanya satu kilometer dari kawasan penduduk," katanya.

Selain itu, beliau berkata terdapat kira-kira 143 unit reaktor di Eropah, kebanyakannya dibina di kawasan penduduk padat dan sebahagian daripadanya dibina di kawasan peranginan popular di Perancis dan Switzerland. - BERNAMA

Kepada rakyat Malaysia fikir-fikirkan lah.........

Jangan Ikut Naib Presiden Isteri Taat

Rasa kecewa juga bila membaca saranan naib presiden kelab isteri taat minggu lepas.Apa lah salah nya seorang isteri sehingga disarankan supaya melayan suami sama seperti pelacur kelas atasan. Saya ingin bertanya apakah Dr, adakah dr tahu bagaimana layanan seorang pelacur kelas atasan? apakah dr sudah melayani suami dr seperti pelacur kelas atasan? kalau belum jangan lah bercakap tentang perkara yang mengarut-ngarut, Istiqfar banyak-banyak pada yang mencipta yang maha Esa....... lihat pada pakaian dan nama dr ni seorang islam. Tak sepatutnya dr mengeluarkan hujah seperti itu.

Anak kelahiran tidak tentu sah(anak luar nikah). adakah dr telah membuat penyelidikan bahawa kelahiran anak-anak itu adalah jelas kerana perbuatan suami-suami tidak terkawal bernafsu sahwatnya?

Apakah kes-kes pembuangan anak yang berleluasa akhir-akhir ini hasil dari perbuatan dari suami-suami? atau pun mungkin dari perempuan-perempuan yang telah melakukan dan menyifatkan diri mereka sama seperti pelacur kelas atasan(sebelum dr beri saranan mereka dah buat dulu)

Suami berpoligami. Sudahkah Dr membuat kajian terperinci bahawa mereka yang mengamalkan poligami itu adalah suami yang tidak mendapat kepuasan layanan sek dari isteri nya seperti layanan seorang pelacur kelas atasan? Kalau sudah sampai masa berpoligami biar pun isteri berbogel setiap hari didepan mata suami poligami tetap poligami.(saya rasa wanita tahu itu/ berdoa lah anda supaya jangan dimadu)

Sebagai seorang islam saya berharap kepada isteri-isteri jangan lah terlalu mengikutkan sangat hujah dan kehendak orang barat tu dan jangan lah berkiblatkan barat. tidak semua hujah barat itu betul....dan harus diikut.
Cuba ikut seperti mana yang disaran kan oleh Rasulullah saw pasti bahagia rumah tangga.Cuba renungkan apa yang tercatat dibawah ini.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman (bermaafan) dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Lihat siapakah yang meminta ampun bagi pihak isteri? hanya keran isteri itu mentaati suami. Tak perlu berkelakuan seperti pelacur atasan, cukup dengan mentaati suami menjaga kehormatan diri waktu ketiadaan suami dirumah dan sentiasa memberikan layanan yang seadanya"yang menyenangkan dan mengembirakan hati" suami.

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami,oleh itu carilah redha suami mu.

wallahua'lam.

Selasa, 7 Jun 2011

Ingat Pesan Rasullullah SAW.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tiada yang indah...!!!

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya, Jadilah anak yang soleh dan solehah.

Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya, Usahalah sehingga berjaya.

Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid, Jadilah syuhada' fisabilillah

Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya, Hindari diri dari mengkhianati

Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia, Wujudkanlah keluarga bahagia

Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan, Jadilah kawan yang baik

Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat, Carilah ilmu yang berkat

Tiada apa yang indah, Ingatlah...;

Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.

Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuma kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.

"Jauhi Orang Zalim !!!"

Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya pengkhianatan seseorg di antara kalian di dlm ilmunya adalah jauh lbh jahat d/p pengkhianatannya di dlm hartanya.” (Al-Bihar 2:68)

Imam Ali as berkata, “Manusia yg paling hebat penyesalannya pd saat sakratul maut adalah org2 alim yg tidak mengamalkan ilmunya!” (Mizan al-Hikmah 6:513, hadis no. 13746)

Imam Ali as berkata, “Allah telah mengambil perjanjian atas orang-orang alim agar mereka tidak “mengenyangkan” orang zalim dan tidak “melaparkan” orang yang dizalimi!” (Nahjul Balaghah, hlm. 52)

Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa yang berpaling dari memusuhi orang zalim atau malah menolongnya, maka Allah turunkan malaikat maut (ketika sakratul maut) sambil berujar : “Kabar gembira bagimu dg laknat Allah dan neraka Jahannam, yang merupakan seburuk-buruk tempat kembali!” lalu ujarnya lagi “Barangsiapa yang mendorong orang zalim utk berbuat zalim lagi maka kelak temannya adalah Haman di neraka Jahannam!”
(Al-Bihar 104:293; Al-Hayah 2:309, hadis no. 1)

Penutup Khas Alat Sulit Wanita Dicipta


Para penumpang wanita kerap malu ketika melalui alat pengimbas X-ray. Ia kerana bahagian sensitif wanita iaitu puting payudara dapat kelihatan jelas. Namun kini masalah itu sudah dapat diselesaikan.

Sebuah perusahaan di Los Angeles berhasil menyelesaikan masalah pemeriksaan tubuh ini. Kaedahnya dengan mencipta alat penutup bahagian peribadi Anda.

Penutup ini boleh digunakan di bahagian tubuh yang sensitif yang dapat dilihat jika melalui mesin pengimbas.

Ia diperbuat daripada getah yang memiliki ketebalan dua milimeter yang disisipkan dalam pakaian dalam atau juga boleh ditempelkan pada bahagian luar.

“Hingga saat ini, masyarakat belum boleh menyuarakan ketidaksukaannya terhadap pengimbas tubuh yang mengganggu,”ujar jurucakap perusahaan Michael Luongo, seperti dilaporkan Orange, Selasa (3/7/2010).

“Penutup puting ini diperuntukkan kepada para penumpang pesawat bagi mendapatkan perlindungan yang cukup dari alat pengimbas tubuh. Penggunaan yang mudah akan membuat pemakainya merasa selesa,” lanjutnya.

Alat pengimbas tubuh, mengeluarkan 'imej bogel' para penumpang, disebabkan oleh gelombang elektromagnetik ketika mereka berdiri di depan alat itu.

Alat penutup tersebut sudah diuji di Bandar Manchester selama 12 bulan sementara 11 bandar lain di Amerika Syarikat akan mula menggunakan alat penutup tubuh itu dua tahun akan datang

"Alat Kelamin"berhasiat

PENINGGALAN sejarah memang banyak keunikannya. Dari nilai artistiknya hinggalah kuasa ghaib yang dianggap cukup kuat. Seperti sebuah batu yang cukup unik di Kangean, Madura, Jawa Timur.

Di Desa/Kecamatan Kangayan (Pulau Kangean), Sumenep, Madura mempunyai sesuatu yang unik iaitu punca mata air. Sumber air yang terletak di tengah hutan simpan itu mengeluarkan air dari batu besar berbentuk kemaluan seorang laki-laki dan wanita.


Sumber mata air yang sudah ratusan tahun digunakan masyarakat setempat ini dipercaya mempunyai khasiat tertentu. Selain airnya digunakan untuk pertanian dan keperluan harian masyarakat, ia juga banyak digunakan oleh individu yang sukar mempunyai anak dan mendapatkan jodoh.

Seolah-olah batu besar yang menyerupai alat kelamin manusia dan mengeluarkan air sangat deras itu menjadi ikon penduduk setempat. Para pengunjung lelaki biasanya lebih tertarik kepada batu mirip kemaluan perempuan, sedangkan pengunjung wanita mendekati batu yang mirip lawan jantinanya.

Air yang keluar dari batu berbentuk dua kemaluan manusia itu menjadi sasaran para pengunjung. Mereka tidak segan-silu untuk meminum terus airnya untuk menunaikan hajatnya.

Ahad, 5 Jun 2011

'Layan macam pelacur'

Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Rujukan Berita Harian Online

Sabtu, 4 Jun 2011

:: albanjari online V2 |: PANAS BERAPI - Harussani ! Ini..apa cerita ? Ada masyukk ??

:: albanjari online V2 |: PANAS BERAPI - Harussani ! Ini..apa cerita ? Ada masyukk ??

'Pelacur' dirantai, conteng: NGO hak asasi berang

Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.
penang gro raid 030611 chainWanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.

penang gro raid 030611 news clipping
Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.
penang gro raid 030611 marks on chest
Katanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.

“Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

“Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa,” katanya.

Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.

Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.

penang gro raid 030611 chain
“Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.

“Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.