SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 20 September 2011

Ada 7 bentuk Vigin wanita menurut KAMUS Arab


Dan dilengkapi juga dengan bagaimana cara Anda memperlakukannya agar mencapai kepuasan maksima.

1. Mutasyahhimah.

Iaitu yang vaginanya dipenuhi lemak.(wanita gemok) wanita sukar ini mendapatkan kenikmatan kecuali dari penis yang panjang sehingga mampu mencapai jarak lebih dalam.

2. Lizqah. 

Iaitu wanita yang vaginanya yang di sekitarnya. Lemak di dalamnya sedikit. Dan daging yang lebih melekat dan tergantung pada bagian atasnya. Perempuan semacam ini menyukai penis yang diameternya lebar.

3. Qa'ra.
 

Ia itu perempuan yang vaginanya cekung karena syahwatnya yang besar dan nafsunya yang melampaui batas. Penis yang paling disukainya adalah yang diameternya lebar dan kepalanya besar agar dapat memenuhi tempat-tempat yang ada di dalam dan mengalirkan nikmat kepadanya.

4. Jaufa.
 

Ia itu perempuan yang sisi-sisi vaginanya berongga dan jarak antara kedua bibir serta sudut-sudutnya jauh. Vagina semacam ini tidak dapat dipenuhi kecuali oleh penis yang panjang dan besar. Biasanya dimiliki oleh perempuan yang tinggi.

5. Mutkhamah. 


Ia itu perempuan yang bagian bawah dan bagian atas vaginanya sama. Syahwatnya kecil dan orgasmenya cepat. Perempuan semacam ini menyukai laki-laki yang goyangannya kuat dan orgasmenya cepat.

6. Syafra'. 


Ia itu perempuan yang daging kedua sisi vaginanya tipis. Perempuan semacam ini menyukai penis yang panjang dan kecil.

7. Munhaniqah. 


Ia itu perempuan yang dinding-dinding vaginanya tebal pada bagian luar dan kurang berisi pada bagian dalam sehingga syahwat tertahan di dalamnya. Perempuan semacam ini menyukai penis yang besar dan diameternya lebar, urat-uratnya keras dan kepalanya sangat besar

Cabaran ku - Dato Samad Said


Ayuh Anak Muda Sekalian Sahutlah Cabaran ku - Dato Samad Said


Datuk A. Samad Said, yang dilihat
sebagai ‘ikon baru politik’ negara
menegaskan, sudah tiba masa
golongan muda melakukan
“perubahan rejim” selepas 
54 tahun negara ditadbir 
oleh Barisan Nasional (BN). 
Sasterawan Negara ini menjadi 
perhatian di sebalik
perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Bercakap pada pelancaran kempen 
Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), 
Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan 
golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), 
kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,”
 katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya 
sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan 
anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu,
Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih
“golongan bangsawan” untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri
dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari
kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn)
dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad
selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran
juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat
akan berada di situ?

“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda
perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda
perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya

.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar
pandangan bersifat “membangkang”daripada “sokongan.”

“Saya gemar mendengar daripada mereka
yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar
mendengar mereka yang sokong.

“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,”
katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan
Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata
selagi “golongan bangsawan berada di atas,
sampai bila-bila saya rasa mereka tidak
akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan
 untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya
umum ke-13.

Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara,
ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut
transformasi pilihan raya.

pornografi di tempat umum














Ini Semua Perbuatan Si Pengampu British

Aku petik





Pintu pagar rumah Haji Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas di Seksyen 19,
Shah Alam telah dibakar malam tadi kira-kira jam 12.30 malam.Kejadian yang 
disedari jiran sebelah rumah Mat Sabu yang ketika itu mahu menunaikan solat.


Jiran Mat Sabu yang berada di tingkat atas rumah memberitahu, beliau ketika itu 
sudah memakai telekong dan nampak api sedang membakar pintu pagar rumah 
Mat Sabu dan terdengar bunyi yang kuat di luar rumah.Beliau turun ke bawah 
untuk memadam api yang sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu.

Ketika beliau sampai di hadapan rumah Mat Sabu ,jiran hadapan rumah Mat 
Sabu yang nampak api sedang bakar pintu pagar rumah Mat Sabu telah 
bertindak pantas memadam api kebakaran.Ketika kejadian Mat Sabu dan 
isterinya tidak ada di rumah .Hanya anak perempuan Mat Sabu sahaja ada 
di rumah .

Anak perempuan Mat Sabu, Huda menceritakan polis datang 10 minit selepas mendapat panggilan telefon siap dengan jabatan forensik sekali.Polis mengambil 
tong minyak yang berwarna kuning yang dipercayai diisi minyak tanah sebagai 
bahan bukti.

Huda rasa terkilan dengan sikap seorang anggota polis yang berpangkat koperal 
yang berkata, "Jangan kecik hati kalau kes ditutup kerana tiada suspek dikesan."

Huda juga berkata nasib baik kereta Myvi yang ada dalam pagar rumah tidak 
disambar api kerana jiran depan rumahnya sempat padamkan kebakaran

Sebelum kejadian pintu rumah Mat Sabu dibakar, Mat Sabu telah terima sms 
berbaur ugutan terhadap keluarganya.yang berbunyi ;

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut 
celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah 
asid ke atas isteri dan anak perempuan awak".

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. 
Yang pasti awak putar alam."

Betul Ke Pemutihan Itu Putih ???

Gambar hiasan 
Dikalangan PATI yang sedang menunggu giliran
untuk mendapatkan Biomentrik di Jabatan Imigresyen

Rasa bimbang,rasa tidak percaya,
rasa tertipu dan berbagai rasa lagi bila 
mengenangkan kenapa dan mengapa pihak 
kerajaan secara tergesa-gesa telah mengarahkan 
kepada agensinya "Jabatan Imigrasyen" Mengadakan 
program "Pemutihan terhadap PATI" yang ada di Malaysia
dan melakukan pendaftaran biomatrik kepada PATI yang tinggal 
di Negara ini.

Mereka juga tidak di denda 
dan dihantar pulang kenegara asal 
walaupun didapati tidak mempunyai 
dukomen sah perjalanan seperti lazimnya
tahun-tahun terdahulu,mereka itu PATI yang 
kosong tiada dukomen sah diberi tempoh selama
enam (6) untuk mendapatkan majikan untuk memboleh
kan mereka terus menetap di Malaysia.Begitu lembutnya 
budi bicara kerajaan Malaysia terhadap PATI kali ini, Kenapa ???

Untuk mengetahui jumlah
sebejar PATI yang berada di Malaysia.

Aku agak ragukan dengan alasan 
yang di berikan itu kerana tempoh 
mengadakan PRU 13 sudah hapir tiba, 
apakah mungkin untuk menjadikan mereka 
sebagai tangan-tangan ghaip untuk memastikan 
kemenangan pada PRU tersebut seperti yang pernah 
baerlaku pada tahun 90an dulu Baca ini seperti mana 
yang di akui oleh mantan Pengarah SPR ketika itu.

Tidak kurang juga keraguan
dan kesangsian aku ini terhadap
Progaram Pemutihan tersebut adakah
ia benar-benar putih atau ada udang dibalik
batu ? keraguan aku ini disokong dengan Baca ini 
dan ditambah lagi dengan persoalan kod kad pengenalan
"Kod 71" (kod Negara asal tidak diketahui) keterangan lanjut Baca ini

Awas !!! Cinta Pengkid Membawa Maut


USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Suriani yang ditikam rakan serumah.

USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Suriani yang ditikam rakan serumah.
SUNGAI PETANI: “Abah, ada orang pengsan di depan rumah,” kata pesara tentera, Azmi Md Salleh, 50, mengungkap semula kata-kata anak lelakinya yang memaklumkan kejadian seorang wanita pengsan dan berlumuran darah di depan rumah mereka di Taman Semarak, Sungai Pasir, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang, wanita pengkid berketurunan Siam berusia 25 tahun itu menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya di sebuah kilang di Bakar Arang, dekat sini, menggunakan sebilah pisau akibat cemburu.

Suriani meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka sebelum mayatnya ditemui penduduk berhampiran.

Suspek kemudian bertindak menikam dirinya sebelum dipercayai cuba meminta pertolongan daripada jiran.

Azmi yang sedang berehat di rumahnya segera keluar dan terkejut apabila mendapati seorang wanita dalam keadaan lemah tiba-tiba rebah di tepi pintu rumahnya.

Menurutnya, dia kemudian menarik wanita berkenaan masuk ke rumahnya lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ada Apa Di Sebalik Kod 71 ?

Pemuda PAS terus menyatakan kebimbangan mereka terhadap sistem pilihan raya, kali ini ekoran jumlah besar pemegang kad pengenalan dengan kod 71 - yang didakwa tidak diketahui negara asal kelahirannya.

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (bawah) berkata, ini kerana berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendafaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasminya. 

azlan"Mengapa JPN menggunakan kod negara '71' sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri," katanya.

Terdapat seramai 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menggunakan kod itu, katanya.

Dalam kenyatannya hari ini, merujuk kes kontroversi Mismah sebelum ini, Suhaizan berkata, wanita itu sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia 61 tetapi sebaliknya diberikan kod 71.

"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod 71 adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. 

"Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli parlimen dinegara kita," katanya lagi.

'Negeri Pakatan teramai'
Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, sebahagian besar pemegang kod itu terdiri daripada rumpun bangsa Cina sebanyak 42.33 peratus atau sebanyak 71,252. Manakala rumpun bangsa Indonesia pula hanya meliputi 4.37 peratus (7,468 orang).

Manakala menurut pecahan negeri, Suhaizan berkata, negeri Pakatan Rakyat, termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 peratus (97,923 orang) - jumlah cukup besar yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan dalam pilihan raya.

Justeru, Pemuda PAS mengutarakan beberapa persoalan kepada JPN, iaitu:

  • Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi?
  • Apakah ada agenda tersembunyi di belakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihan raya?
  • Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya?

Masalah Itu Tanda Aras Kehidupan







Masalah = complication, problem, question, trouble.

Setiap orang mempunyai masalah. Hanya kadang-kadang masalah dapat dianggap menjadi tidak masalah selagi masih berada dalam kawalan kita. Maka masalah adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Sesuatu yang tidak kita inginkan bukan bererti akan menjadi masalah kepada kita.

Hal ini tergantung kepada pola pikir kita, apakah kita menganggapnya sebagai masalah atau sebagai peluang maupun tentangan.

Yang harus dibentuk adalah mindset kita. Masalah adalah untuk mendewasakan atau mematangkan kita. Masalah juga sebagai pembelajaran buat kita, juga sebagai stresor agar kita mampu berpikir kritis, hati-hati, dan dinamik.

Jom kita sama-sama berkongsi tentang tajuk ini...
Wink




Laksanakan Hukum Hudud Di Malaysia


Sudah tiba masanya Hukum Hudud 
Dilaksanakan diMalaysia untuk membendung 
gejala tidak bermaruah 
seperti dibawah ini

Dua cuntoh kejadian untuk bacaan dan fikirkan 
Apa akan jadi dengan Malaysia 5 tahun akan datang?
Mungkinkah akan jadi negara........... 

Cuntoh kejadian 1 

[HM] GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
 Cuntoh Kejadian ke 2



[HM] GERIK: Kemaruk cinta lelaki Bangladesh persis wajah Shah Rukh Khan, seorang isteri muda sanggup menolak ajakan suaminya untuk pulang beraya di kampung mereka di Teluk Intan kelmarin semata-mata mahu memadu asmara dengan kekasih barunya itu.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 30 tahun itu tergamak menyuruh tiga anaknya mengikut bersama bapa mereka pulang ke kampung beberapa hari bagi membolehkannya membawa pulang ‘kekasih gelap’ berusia 20 an itu ke rumahnya di kuarters kerajaan di pekan ini. 

Bagaimanapun, temberang wanita berkenaan berakhir apabila dia dicekup sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Gerik kira-kira jam 2 pagi kelmarin.


Dalam serbuan dijalankan itu, wanita berkenaan yang juga pekerja sebuah kedai makan di pekan ini ditemui dalam rumah bersama lelaki warga Bangladesh itu.


Penolong Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Gerik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, empat pegawainya menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi. 

# Masih banyak cuntoh kes mengadakan hubungan sek tanpa nikah,untk membendungnya hanya dengan melaksanakan / penguatkuasakan hukum hudud.

Datang Beramai-Ramai (Bukan Selalu Ada) Dengar,Pandang Dan Fikirkan


FORUM PANAS "APA SEBENARNYA: MAT INDERA, TAK DIJAJAH & PROPAGANDA UMNO" - PROF DR AZIZ BARI & PROF DR ABU HASSAN HASBULLAH DI TAMAN MELEWAR RABU 21 SEPT INI

Prof Dr Abu Hassan Hasbullah (UM)

Prof Dr Abdul Aziz Bari (UIAM)

PAS Kawasan Batu akan menampilkan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (UIAM); Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya yang juga Pengerusi Pusat Kajian Zentrum, Prof Dr. Abu Hassan Hasbullah dan bekas aktivis kemerdekaan Ishak Surin dalam forum panas merdeka berjudul "Apa sebenarnya?: Mat Indera, Tak Dijajah & Propaganda Umno".

Forum yang akan dimoderatorkan Editor Harakah, Dato Tarmizi Mohd Jam (foto kanan) akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar jam 9.30 malam pada Rabu, 21 September 2011 ini.

Orang ramai dijemput hadir dan sebarkan maklumat ini dalam facebook, twitter dan laman-laman blog sebagai hebahan kepada rakan-rakan dan pencinta tanahair sejati - Daripada Setiausaha PAS Batu Dato' Haji Ismail Yahya.

AL-FATIHAH UNTUK ALMARHUM PAKJI WAHAB

Bismillahhirahmannirahhim.
Wainna innallillah hiwainna hirajion
Aku baru sahaja balik dari hospital kerana menziarahi almarhom pakji Wahab yang telah kembali kerahmatullah malam tadi.

Aku sekeluarga mengucapkan Takziah anu Dua pupu kok Hasni Hj Abd Wahab diatas pemergian Ayahnda tersayang almarhom Hj Abd Wahab Hj Tahir (Pak Aji Wahab) kerahmahtullah buat selama-lamanya. Aku harap Hasni dan seluruh kerabat keluarganya dapat bersabar menerima ujian Allah ini.Aku juga berharap semoga Hasni dapat memimpin adek-adek dengan baik setelah ketiadaan  ayahnda tercinta.
 
Pada aku almarhum ni orang nya baik samasa hayatnya, terutama kepada keluarga kok (kami) napahajak nang kami ulah sidin mesti datang biarpun sepupunya (Almarhum ayahnda kok) sudah kadadak lagi.Amun kami baarohan sidin mesti datang,semangat kekeluargaan nya cukup kuat.
Sabanar nyak aku awan aruwah Pak Aji Wahab ni marinak sapupu,Aruwah ayah dangan aruwah pak aji ni sapupuk sakalik ujar banjarBini sidin gin (aci diang anak nenek asok Hamid) sapupuk aruah ayah juak.

.Aruwah umak pak aji Wahab ni ading alih aruwah atok  kok(almarhom Muhamat bin Hj Hassan),jadi aku dengan Hasni tu satu datong (onyang) lah (dua pupu).

Amun ada kulaan nang tabacak blog ni dan handak bahubung wan akok email hajak. Amun pakai akaun yahoo alamatkan ke "angngoi@yahoo.com.my" amun akaun gmail alamatakan hajak ka "gumbangamas@gmail.com" insya-allah aku replay.

Fatihah untuk almarhum Pakji Wahab Al- Fatihah
Al- Fatihah......

Isnin, 19 September 2011

Panas !!! Panas !!! Baru Mahkamah Dunia



Kes liwat: Tiada bukti DNA ‘Lelaki Y’ hasil dari sel sperma

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.

Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.

Justeru, pakar DNA ini juga mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Malah Dr McDonald juga menekankan kemungkinan wujud kontaminasi ke atas sampel-sampel yang diambil dan diuji oleh kedua-dua ahli kimia, yang menurutnya telah diabaikan oleh mereka.

“Tiada bukti dikemukakan, yang membolehkan pendakwa membuat rumusan itu,” kata Dr McDonald ketika ditanya oleh peguam pembela Ramkarpal Singh sama ada pendakwa ada membuktikan bahawa profil-profil DNA daripada “Lelaki Y” sebenarnya datang daripada sel-sel air mani
.

“Kita tidak tahu jenis-jenis sel yang sampel diambil,” kata beliau.

Dr McDonald sebelum ini berkata bahawa profil-profil yang diperoleh daripada sampel sperma, yang diambil dari bahagian rektum pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak menunjukkan sebarang bukti yang keadaan bahan bukti itu terjejas.

Beliau ada memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa profil DNA di bahagian rektum tinggi adalah milik “Lelaki Y”, satu lagi kepunyaan Saiful dan yang ketiga, dari kawasan rektal rendah tidak konklusif.

Dr McDonald juga berkata Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengabaikan penemuan yang mengesyorkan mengenai kehadiran sampel DNA ketiga.

“Mereka seharusnya telah mengadakan ujian susulan untuk menguatkan penemuan ke atas 18 allele (profil DNA). Kedua-dua (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan sebarang penjelasan mengapa ujian susulan tidak dijalankan,” katanya lagi.

Pakar itu memberitahu ujian-ujian dijalankan oleh ahli kimia kerajaan gagal untuk menunjukkan dari mana sampel-sampel DNA diperoleh.

“Bukti ini tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang daripada sperma atau air liur,” kata Dr McDonald.

Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. -TMI



# Jika masih terpenjara juga nampak sangat lah kes iniu kes konspirasi orang tertentu / kumpulan tertentu


Renungkan lah hadis ini mudah-mudahn kita tidak tergolong dikalangan mereka. Naauzubillah.....


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu,maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)"(Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).


Tidak Masuk Akal

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang mana-mana ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid mahupun surau adalah langkah “tidak masuk akal.”

“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” katanya.
Dr Rani yang juga ADUN Meru itu berkata, beliau kesal dan tidak berpuas hati kerana tauliahnya untuk mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah ditarik balik.

Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.

“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” kata Marzuki.

Marzuki berkata, larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Menurutnya lagi, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

“Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

“Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.

“Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,” tambah Dr Rani.

Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.

“Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.

“Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,” kata wakil rakyat penggal pertama ini. -tvsnews

Berita Baik Untuk Perokok

Gambar ini hanya hiasan


Lelaki yang cuba berhenti merokok kini mempunyai alasan kukuh untuk berhenti serta-merta, kerana tabiat itu didapati turut menjejaskan kesihatan seksual mereka.

Kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati lelaki yang berjaya berhenti merokok mempunyai kesihatan seksual lebih baik berbanding mereka yang kembali merokok selepas cuba berhenti.

“Lelaki muda mungkin beranggapan mereka tidak perlu risau mengenai masalah kesihatan seksual tetapi kajian ini menunjukkan merokok mampu menjejaskan kemampuan seksual mereka,” menurut ketua penyelidik, Christopher Harte.

Harte berkata, walaupun keputusan kajian ke atas 65 lelaki itu belum dianggap muktamad, penemuan awal   

itu tetap perlu dihebahkan supaya golongan lelaki boleh menggunakannya sebagai faktor penentu bagi memulakan proses untuk berhenti merokok.

Kajian sebelum ini menunjukkan perokok jangka panjang mempunyai dua kali ganda risiko mati pucuk berbanding lelaki tidak merokok kerana tabiat itu mampu menjejaskan pengembangan saluran darah.