SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 25 Disember 2011

Perbezaan MP Malaysia Dengan MP Negara Barat....

Baby on board


Demi menyampaikan suara rakyat
Berdebat biar pun susah ,namun semangat anak dalam dakapan 
membuatkan MP wanita ini lebih bersemangat berbanding MP lelaki Malaysia...

Baby on board

Seorang MP Italy
Sambil membawa anak ke Parlimen dan mengankat tangan bila pengundian dilajankan.
Di Malaysia bila penngundian dijalankan ramai MP yang tak hadir.


Gaya salah seorang PM Malaysia 
Yang bergelar Yang Berhormat Dato lagi tu.....
Harapan rakyat....
Bila terjaga sahaja dari lena (Mengutuk dan menghentam sahaja)

Kucing Ganti Tempat Hasan Ali....

Aku ingatkan orang sahaja yang boleh keluar dari situ
rupanya  kucing pun ada gek
he..hee..heeee



E..eh..ada Kucing pulak tok
kucing suka sorok-sorok situ penya...
disitu suhunya suam-suam
A...huk
apa lagi tikus mondok.

Baru Sedar ??

‘‘Saya tidak kisah sama ada UMNO, persatuan peladang atau persatuan nelayan jika pihak-pihak ini memperjuangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu saya akan sokong.

‘‘Jika UMNO bawa agenda itu, tetapi saya ketepikan mereka, hinalah Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada objektif.
‘‘Dalam hal ini, saya mesti objektif, saya mesti menggunakan keintelektualan saya dan saya tidak harus mengorbankan keintelektualan saya,’’

Diantara petikan kata-kata seorang yang mengagung-agungkan dirinya sendiri seolah-olah hanya dia yang paling intelek di malaysia ini. Keangkohan nya itu telah memakan diri sendiri. Kebanyakan ahli-ahli PAS meluat dan benci melihat gelagat orang yang bongkak  dan angkoh yang bergelar Dr itu.

Kerana terlalu intelek, HA terlupa bahawa pepatah melayu ada mengatakan "Telajak perahu boleh di undur, telajak perbuatan binasa badan" dan "kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa" Kedua-dua pepatah ini memberi peringatan kepada semua orang sama ada dia intelek atau pun tidak.

Aku melihat HA buat beberapa hari yang lalu langsung tidak menunjukkan keintelektualan nya, sebaliknya menunjukkan ketidak matangan dan mempamikan kebodohannya  kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mengecam dan mengkeritik apa yang telah di persetujuinya dan diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu melalui Tv 3 yang di tuntun oleh sebilangan besar melayu luar bandar.

Sekarang HA menyatakan bahawa beliau memohun maaf diatas kesilapannya itu kepada seluruh pimpinan dan ahli parti, apakah cukup hanya dengan permohunan maaf? Mampukah permohunan maaf kamu tiu menutupi segala apa yang telah kamu hamburkan melalui TV itu? Apakah tiada orang lain yang mengunakan kata-kata kamu itu untuk menghancurkan perjuangan rakan-rakan sepati kamu? sadar kah kamu wahai HA mereka berjuang dengan ikhlas dan lebih awal dari kamu tapi kenapa kamu hancurkan perjuangan mereka, begitukah cara orang intelek berfikir?

Hasan Ali satu nama besar satu ketika dahulu api kini masa itu telah berlalu yang tinggal hanyalah kebencian dihati sebahagian ahli PAS.HA seorang Motiveta tapi tidak mampu memmotivasikan diri sendiri.Terlalu mudah kecewa baru tidak terpilih untuk jadi Pesuruhjaya Negeri sudah merajuk,itu menunjukkan kamuHA tidak layak untuk memotivasikan orang lain kerana kamu sendiri tidak bermotivasi.

 Sadar lah wahai HA, perjuangan kamu tiu hanya pura-pura semata. 




Al- Fatihah !! Buat Dr Muhammad Md Daud

KUALA LUMPUR, 24 Dis: PAS menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Dr Muhammad Md Daud (gambar) ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar buat parti. 



Namun, pemergian Allahyarham ke rahmatullah malam tadi sememangnya telah diatur oleh Allah, walaupun ketika ummah masih memerlukan beliau untuk berkhidmat kepada agama dan rakyat. 


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagi pihak PAS, beliau amat terasa dengan pemergian Allahyarham dan mengucapkan takziah di atas pemergiannya.  


Menurutnya, PAS sangat menghargai pengorbanan Allahyarham dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya di Kelantan sepanjang berada dalam bahtera parti dan berkhidmat sebagai Adun. 


Sabtu, 24 Disember 2011

Hukuman Untuk Pemimpin Umno Dengan Rakyat Biasa

Aku petik


Macam mana dengan sistem keadilan negara kita ni...?
kalau pemimpin UMNO yang menyamun duit rakyat berjuta-juta macam Khir Toyo tu kena hukum penjara selama 12 bulan jer...

Semalam Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta... 
songlap RM3 juta hanya penjara 12 bulan...
Tetapi apabila rakyat biasa yang menyamun hanya RM20..
dikenakan hukuman penjara 36 bulan..

Apakah kalau nak buat jahat di Malaysia ni...
kita kena jadi pemimpin UMNO terlebih dahulu,barulah kita tidak dikenakan hukuman berat oleh mahkamah...??

Memang betullah mahkamah kita ni mahkamah UMNO...

lianglahad


Jelas Lagi Nyata....

Badan pemantau rasuah - Transparency International Malaysia (TIM)  - berkata tiada alasan yang sah untuk memasukkan sumbangan - politik atau tidak - ke dalam akaun bank peribadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presidennya, Datuk Paul Low berkata amalan sedemikian membuka mengakibatkan berlaku penyalahgunaan.

"Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan," katanya.

Ada Juga Orang Macam Ni Yek!!


Kalau wanita semua macam ni
alamat tutup lah kilang 
pisau cukur.

Yang menghairankan tu ada juga jantan yang nak buat bini
tak rimas ke yek ???
Kalau janggut macam tu ok lah juga

Jumaat, 23 Disember 2011

Al-Fatihah Untuk Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meninggal dunia hari ini dipercayai akibat serangan strok.

Abdul Hamd, 72, yang merupakan penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

aL-Fatihah

Jamil Khir tidak amanah guna wang zakat

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.

“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.

Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.

“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.


Sementara itu, Izzah (gambar kanan)yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.


Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.

Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.

“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya. -KeadilanDaily

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.



Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

NONEJika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.


Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.



Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.


Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.



Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.


Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembelatermasukKhirmemberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.[Baca berita penuh]

khir toyo mansion 060709 06Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata harga RM3.5 juta yang dibayar Dr Mohamad Khir untuk hartanah itu adalah "inadequate consideration" dan "adalah jelas tertuduh berminat atas hartanah itu sejak dulu lagi."

   

Beliau berkata pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap intipati pertuduhan yang dihadapi tertuduh iaitu tertuduh adalah seorang penjawat awam dan mendapat suatu barangan berharga daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya, Shamsuddin Hayroni dengan suatu balasan diketahui tidak mencukupi.
   
Katanya prima facie turut ditimbulkan ke atas kes tertuduh yang mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau sewaktu menjadi menteri besar.
   
Mohtarudin berkata berdasarkan kenyataan saksi pendakwaan kedua, Shamsuddin yang juga Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd, beliau (Shamsuddin) mengenali rapat tertuduh dan mempunyai hubungan perniagaan dengannya sebab pernah membuat permohonan untuk membangunkan projek perumahan.
   
"Dalam kes ini, apabila berlaku pertembungan antara public interest (kepentingan awam) dan private interest (kepentingan peribadi), maka public interest perlu diutamakan.
   
"Ini jelas menunjukkan mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes seperti ini. Denda tidak sesuai dijatuhkan dalam kes ini dan hukuman penjara ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri perlu diberi penekanan.
   
"Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan", kata beliau.
   
Berhubung hujahan pihak pembelaan yang mempertikaikan keterangan Shamsuddin yang memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas desakan Dr Mohamad Khir, Mohtarudin berkata beliau menganggap kenyataan itu 'reasonable explanation' sebab pembelaan tidak membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan Shamsuddin.
   
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kesnya melibatkan kepentingan awam dan mampu mengundang kepada perlakuan rasuah serius.
   
"Dalam kes ini, tertuduh bukannya tidak sengaja dan tidak sedari jika beli hartanah itu pada harga sebegitu rendah (RM3.5 juta), malahan ada rancangan memiliki harta itu sejak 2004 hingga 2007.
   
"Meskipun tiada permintaan direct (untuk hartanah) daripada tertuduh, namun tertuduh perlu sedar (kesannya) jika terima sesuatu daripada seseorang yang mempunyai urusan dengannya.
   
"Jadi, hukuman setimpal wajar dikenakan agar penjawat awam berhati-hati ketika melaksanakan tugas mereka," katanya.
   
Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.
   
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.
   
Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.
   
Sementara itu, peguambela Dr Mohamad Khir, M Athimulan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke mahkamah sebelum 5 petang ini.
   
Dr Mohamad Khir pula berkata beliau akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan akan terus berjuang untuk membersihkan namanya.
   


Pas Sambut Baik Penangohan SBPA


KUALA LUMPUR, 22 Dis: PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan hari ini.


Keputusan tersebut disifatkan sebagai kejayaan awal yang dinikmati oleh kakitangan sektor awam, hasil kerjasama PAS serta Pakatan Rakyat dan Cuepacs yang menentang keras perlaksanaan skim itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tanpa kerjasama politik, khususnya tentangan PAS, skim tersebut mustahil ditangguhkan perlaksanaannya meskipun jelas menzalimi kakitangan awam khususnya yang berada di dalam Kumpulan Sokongan.

Menurutnya, keputusan penangguhan itu pasti melegakan kakitangan sektor awam, tetapi ia tidak bermakna jika tidak dibatalkan kesemua perjanjian berhubung dengannya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri agar turut membatalkan kesemua perjanjian yang telah dibuat oleh kakitangan sektor awam berhubung perkara itu yang telah menurunkan tanda tangan masing-masing baru-baru ini menerusi borang yang disediakan.

"Banyak kakitangan awam telah menurunkan tanda tangan mereka baru-baru ini. Kini setelah perlaksanaan skim itu ditangguhkan, kesemua mereka yang telah menurunkan tanda tangan tertanya-tanya mengenai perkara itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Kakitangan terbabit, tegasnya, bimbang akan terperangkap dengan tindakan selanjutnya jika kesemua perjanjian itu tidak dibatalkan.

"Esok Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan JPA. Diharap perbicangan itu akan mendatangkan hasil yang baik bagi kepentingan kakitangan sektor awam," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap agar perbincangan tentang tangga gaji dan pelbagai perkara lain bagi kepentingan kakitangan sektor awam akan dilanjutkan pada persidangan Parlimen.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah tangga gaji yang terlalu jauh berbeza antara Kumpulan Premier dan kumpulan-kumpulan lain dalam sektor awam.

"Kesemua langkah itu perlu dilakukan bagi membolehkan kakitangan awam mendapat keadilan, ekoran jurang yang terlalu jauh berbeza antara mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan berbanding Kumpulan Premier.

"Sedangkan kakitangan dalam Kumpulan Sokongan itu adalah yang paling besar jumlahnya daripada 1.4 juta kakitangan sektor awam, manakala yang berada dalam Kumpulan Premier hanyalah 36 orang termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN)," ujar beliau.

Khamis, 22 Disember 2011

HA keseorangan : Ahli PAS tetap berdiri teguh bersama parti

Perbezaan pendapat ditimbulkan oleh Dr Hasan Mohamed Ali & Ust Nasha tidak akan mengurangkan sokongan ahli terhadap parti itu.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata, pertembungan pendapat berlaku antara kepimpinan Pas dan dua bekas pemimpin parti itu, bukan perkara baru malah pernah berlaku dan menjadi tumpuan sebelum ini.

“Pendapat Hasan dan Nasha tidak akan memberi kesan kepada sokongan terhadap parti kerana orang-orang Pas ‘gila’ parti. Mereka tidak kisah pertembungan pendapat itu sebab ia tidak meninggalkan kesan kepada mereka, yang dijaga ialah parti.

“Hasan dan Nasha memiliki fahaman politik tersendiri, mereka bukan politikus yang tidak berpengetahuan. Menjadi alat Umno atau tidak adalah pendirian politik semasa mereka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pergolakan dalam parti itu, semalam.

Bagaimanapun, Agus menyatakan, konsep Negara Berkebajikan yang menimbulkan pertikaian dalam Pas, wajar dipraktikkan memandangkan ia adalah konsep praktikal untuk dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pertembungan dengan parti komponen Pas (DAP).

“Konsep Negara Berkebajikan lebih relevan dengan senario politik semasa berbanding perjuangan asal Pas iaitu membentuk kerajaan Islam. Konsep baru itu lebih sesuai kepada rakyat lebih-lebih lagi untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Penyelesaian terhadap isu semasa juga perlu menggunakan kaedah semasa dan selari dengan tuntutan rakyat,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Dr Mohd Mustamam Abd Karim berkata, pergolakan dalaman parti itu, menggambarkan pembentukan energi baru, bagi menghasilkan keputusan yang mampu mengukuhkan lagi perjalanan parti.

“Itu sepatutnya berlaku dalam PAS. Segala percanggahan pendapat bergantung kepada kebijaksanaan ketua mereka, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pergolakan dalam Pas menunjukkan parti itu sedang bergerak dan akan seimbang, setelah mendapat keputusan tetap. Mereka akan terus berfikir bagi mencari penyelesaian serta membentuk titik keseimbangan dalam parti,” katanya.

Apa Guna Mengadu Kepada Musuh???

26 Muharram 1433H,
KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.
“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.
“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.
“Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.
“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,” ujarnya.
Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.-HD



Tahniah Hazik dan Farhani.....

Lebih kurang jam 12.45 tengah hari tadi aku telah menerima pesanan ringkas yang yang berbunyi "Pak ngah Farhani dapat 8A dan 1B" .Tak lama kemudian satu pesanan ringkas lagi aku terima kali ni dari Segamat pula "Ayah Hazik dapat 8A"

Mereka berdua tu adalah anak-anak saudara aku. aku bersyukur dan berterima kasih kepada guru-guru mereka dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak-anak buah aku diatas kejayaan mereka dan tak ketingalan aku juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua ibubapa mereka diatas kejayaan anak-anak mereka itu.

Diharapkan mereka dapat meneruskan kecemerlangan di bidang akademik dan seterusnya dapat mencapai apa yang menjadi cita-citakan dan mencapai impian.Amin.


Kebangaan Atau Kegilaan ??

Beginilah bila manusia tidak bersyukur dengan 
apa yang ada. Harap-harap orang melayu tidak terikut-ikut 
meniru perangai macam mereka ni dah la.
Alasan kemajuan konon. 




















Atara manusia-manusia yang memburu nama didunia 
mereka ni bukan bodoh,atau bangang
tapi lebih tepat kalau dengan 
pangilan "Bongngol"