SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 27 Januari 2012

RM70 ribu .. cantikkan payudara dan alat sulit

KUALA LUMPUR: Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih ‘wanita jadian’. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih ‘jelita’ dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen.

Macam mana nak mandikan bila orang macam ni meninggal besok ya.... kerana mereka sudah berubah, nak pan ggil lelaki mandikan dia dah jadi pempuan, panggil tukang mandi pempuan pula dia ni lelaki. macam mana nak buat ya??? 

Mereka ni tak takut pada pencipta yang maha agung sebab tu mereka menentang sang Pencipta Yang Maha Esa.

Sumber baca Ini

PRU 13 Sudah Hampir Tiba....


 

Pilihan Raya Umum ke 13 sudah semakin hampir, berbagai pekara-pekara anih sudah mula muncul di Malaysia ini menunjukkan pembubaran Perlimen sudah semakin hampir cuma tarikh tepatnya sahaja lagi yang belum di ketahui oleh rakyat.

Petanda-petanda kepanasan Umno sudah semakin  ketara,apabila maklumat dari perisik mereka mengatakan mereka hanya berjaya di lima buah negeri sahaja kali ini Baca Ini .

Ada lagi cerita yang sudah di ketahui umum akan muncul semula menjelang PRU 13 Baca Ini sekarang ini sudah mula muncul lagi,Ini lah dia tanda-tanda kebesaran Allah yang memberitahu bahawa tanda-tanda kehancuran umno sudah hampir tiba pada PRU 13 nanti.

Parti umno mengutamakan fitnah dan sek sebagai bahan isu untuk menyerang parti lawan terutama peribadi ketua pembangkang.Hanya Ini yang mereka tahu.

Sebaliknya parti lawan pula mengunakan isu-isu fakta dan isu semasa yang dijadikan sebagai bahan untuk dibentangkan kepada rakyat.Contuh isu NFC dan isu-isu lapuran "Ketua Audit Negara".

Sekarang umno sedang sibuk mengagih-agih kan duit rakyat kepada rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan(BR1M) Mereka dengan rasa tidak malu mengaku duit itu macam milik mereka. Dimana wakil-wakil rakyat  dan menteri-menteri mereka turun padang untuk mengagih-agih kepada orang kampong.(dasar muka tak tahu malu harta orang yang mereka mengaku)

Tidak mustahil kalau harga pertol juga akan turun sementara hendak pilihan raya ni, alasan kerajaan berjiwa rakyat konon.....sebenarnya mereka sentiasa mengamalkan rasuah kepada rakyat......

apapun yang mereka lakukan tetap Asal Bukan Umno "ABU"  

Presiden Umno Sekarang Gagal ??

Dah bekedut rupanya leher dia
tapi tak ????? lagi ker??

Sudah tiba masanya orang melayu yang berfikiran waras menolak kepimpinan umno untuk memimpin negara, kerana jelas kepimpinan umno telah gagal mentadbir wanita-wanita boros mereka.

Preseiden Umno merangkap PM Malaysia tidak mampu menyekat napsu shopping isterinya, dan beliau juga gagal menmgawal menteri wanita nya dari membelanjakan wang rakyat yang begitu banyak.

Sehinggakan anak beranak mereka berbelanja mengunakan wang rakyat di biarkan sahaja oleh Presiden umno tersebut.Tiada usaha pencegahan dilakukan beliau,sebalik nya beliau mempertahankan apa yang telah di lakukan oleh wanita-wanita pemboros tersebut.

Kepada semua ahli-ahli umno sedarkah anda bahawa Presiden anda yang sekarang ini terlalu lemah dan tidak mempunyai wibawa sebagai seorang pemimpin negara berbanding dengan Presiden-Presiden yang terdahulu kecualai Bapa saudara kepada Presiden sekarang yang lebih kurang sama dengan beliau.

Aku tidak melihat Presiden umno sekarang ini mampu membawa Malaysia kemercu kejayaan dari segi ekonomi dan menjadikan negara ini sebagai gergasi ekonomi. Sebaliknya hanya layak digelarkan sebagai negara "penghutang".

Presiden umno yang ada terlalu ingin kan populariti hingga sangup mengadaikan anak-anak bangsa dengan berhutang untuk membeli hati para pengundi, belau tidak sedar bahawa rakyat ketika ini sangat susah dalam kehidupan harian tak bermakna mampu menyelesaikan kemiskinan dengan bantuan RM 500 itu.Bantuan pun hanya diberi sekali dalam 56 tahun ini sudah kes menipu rakyat.Kalau betul-betul perihatin kenapa dulu-dulu tak pernah ada bantuan seperti ini?Rakyat tolong jangan ada rasa terhutang budi dengan RM 500 itu sepatut nya lebih lagi dari itu atau pun dah lama tiap-tiap tahun rakyat mendapat nikmat  RM 500 itu.

Dah nak pil;ihan raya pulak baru ada RM 500\, nampak angat gula-gula atau pun mungkin juga boleh di sebut sebagai "rasuah" rakyat.

Presiden umno telah mempermainkan hati kakitangan kerajaan dengan mengumumkan kenaikan gaji dari RM 80 - RM 130, hampir 90% kakitangan kerajaan tidak berpuas hati dengan pelaksanaan gaji tersebut.

Yang dilihat hanya dijadikan sebagai umpan untuk meminta sokongan kakitangan, dan dibuat semasa hampir pilihan raya. Pengumuman dibuat tergesa-gesa hingga jadual gaji kakitang tidak begitu kemas sehingga kan seolah-olah ada jurang pendapatan yang begitu jauh antara kakitang sokongan dengan jawatan utama.  

Presiden umno kene ingat bahawa kakitanga sokongan lebih ramai dari pengurusan "jawatan utama" mengapa mereka yang Presiden berikan keutamaan dalam pembahagian gaji ? ada diatara mereka yang mendapat 100% kenaikan.

Ketidak puasan hati dikalangan kakitangan pula berpunca apa bila rata-rata mereka membandingkan dengan wang yang begitu banyak dibazirkan oleh wanita-wanita pemboros yang ada dalam umno dan yang dekat dengan Presiden umno dengan kenaikan gaji mereka tak setimpal . 

Mampukah Presiden umno ini mempertahankan umno? sedangkan ahli umno peringkat mawah sendiri merasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku ketika ini.dibawah pimpinan Presiden sekarang.

P/S: Aku sentiasa mendoakan semoga Allah menujukkan kepada dunia bahawa Presiden umno sekarang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Aminnnnnn !!!!!
 Presiden akan tengelam bersama-sama dengan wanita kesayangan nya, tengelam dari sejarah kebaikan umno dan tengelam dalam arus yang memalikan.

Bak kata Tun M, siapakah PM yang paling singkat memerintah.
Mudah-mudahan ini lah yang paling sengkat jadi PM. 

Aziz Bari Calon PKR Di Sabak Bernam?


Malam esok Anwar Ibrahim akan turun ke Sabak Bernam, Selangor dan akan bersama ceramah di mini stadium di sana. Katanya sempena ceramah itu juga Anwar akan mengumumkan bekas pensyrah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Dengan pengumuman itu nanti akan tamatlah desas desus mengenai masa depan Aziz Bari yang sebelum ini tidak jelas beliau akan memilih parti mana sebagai wadah baru dalam politik.

Pengumuman itu nanti sudah tentu akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Sabak Bernam. Abdul Aziz adalah anak jati Sabak Bernam.

Sebelum ini Pemuda Pas menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin Pas termasuk dua Naib Presiden. Kerusi Sungai Besar katanya ditawarkan untuk Aziz Bari.

Terdengar juga khabar kononnya Abdul Aziz Bari akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Tetapi dengan pengumuman bakal dibuat Anwar malam besok jelaslah Aziz Bari melilih PKR untuk meneruskan perjuangannya bukan Pas. Pengumuman itu juga menamatkan spekulasi pakar perlembagaan itu mengenai masa depannya. -MSO

P/S : Walau apa pun parti pilihan Prof Abdul Aziz itu tak kesah asal bukan umno "ABU"
Orang Sabak Bernam mari turun beramai-ramai sebagai sokongan kepada "Prof Abdul Aziz" Anak tempatan.

Khamis, 26 Januari 2012

Ibu Ayam Dan Musang Berbulu Ayam Brtopeng Manusia.


Aku petik:

[HM] SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya di Seksyen 17, di sini.

Tertuduh berusia 59 tahun itu berbuat demikian bagi memohon maaf terhadap mangsa yang dirogolnya sejak berusia enam tahun. Sambil menangis teresak-esak di atas lantai, lelaki itu melahirkan perasaan kesal terhadap perbuatannya sambil disaksikan isterinya yang juga ibu mangsa.


Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.

Bagaimanapun, ‘drama’ tidak berakhir di situ apabila ibu mangsa memeluk erat anaknya tidak rela berpisah dengan mangsa yang diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.

Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.


Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.


Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. “Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu),” katanya. 

Berdasarkan fakta kes, tembelang tertuduh pecah apabila mangsa menceritakan kepada ustazahnya bahawa dia ‘berzina’ dengan bapanya selepas mempelajari perkara yang membatalkan puasa ketika pendidikan agama.


Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.


Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.


Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya.


P/S: Sudah tiba masanya undang-undang hudud di kuatkuasakan di Malaysia  untuk membendung gejala seperti kes diatas.

Rakyat Myanmar Ini Bukan Dapat Mata Wang Malaysia Sahaja Tapi Dapat Barang Melayu Sekali.....


Aku petik:
[SH] AMPANG - Takut tidur bersendirian kerana rakan serumah balik kampung memaksa seorang wanita tempatan mengajak teman lelaki, warga Myanmar menemaninya tidur.

Itu alasan yang diberikan seorang pekerja swasta apabila dicekup bersama teman lelakinya oleh Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di flat Pandan Jaya, awal pagi kelmarin. 

Ketika serbuan jam 2 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu rumah sewa yang berkunci lebih 30 minit, sebelum dibuka.Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya mendapati teman lelaki gadis itu menyorok di dalam sebuah bilik lain.Menurutnya, pekerja swasta berkenaan berusia 22 tahun, manakala pasangannya berusia 20 tahun dan tidak bekerja.“Kami mendapati pasangan itu berpakaian lengkap ketika serbuan,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai lelaki berkenaan sering kali datang ke rumah itu.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

P/S: Sepatutnya mereka itu di arak keliling bandar untuk tuntunan umum, dngan harapan semuga orang lain takut untuk melakukannya.
Adakah melayu terlalu murah? hinggakan semua pendatang asing mengabil kesempatan untuk merasa barang melayu? hai entah lah melayu oi.....
Dimankah Ibrahim Ali dan PERKASA, kenapa tak bela melayu yang seperti ini???
Jagan sibuk nak belasah orang PAS dan PKR saja,perempuan melayu kena belasah pendatang asing kenapa diam.....

Beginikah Wajah Pemimpin Negara Akan Datang???


Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ayah selepas mendapat tahu anak gadisnya berusia 15 tahun yang lewat pulang ke rumah sebenarnya menginap di hotel bajet di Taman Desa bersama dua lelaki.

Malah, remaja bawah umur itu turut mengakui mengadakan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki itu, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pekerja kilang berusia 39 tahun itu bersama rakan baik anaknya pergi ke hotel berkenaan sebaik mendapat tahu anaknya berada di hotel itu.

Menurut sumber, dia pada mulanya menyangka anak gadisnya itu lewat pulang dari sekolah kerana mengulang kaji pelajaran sebelum menghubungi rakan baik anaknya untuk mengetahui ke mana anaknya itu pergi.

“Lelaki berkenaan terkejut selepas dimaklumkan anaknya berada di bilik hotel di kawasan berhampiran sebelum mengajak rakan anaknya pergi ke hotel itu.

“Namun sebaik pintu bilik hotel dibuka, dia terkejut mendapati anaknya berada bersama dua lelaki.

“Tergamam melihat keadaan itu, lelaki terbabit terus bertindak menahan kedua-dua rakan anaknya itu, namun seorang daripada mereka berjaya melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu kemudian membawa anaknya dan rakan lelakinya itu untuk membuat laporan di Balai Polis Petaling.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Selasa, 24 Januari 2012

Bencana Amarah Tuhan ? Angka 2012 dalam Al-Quran


PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession".

Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

Dan paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada pada 1433H dan apakah Allah mahu menunjukkan suatu kejadian pada tahun ini  (2012M) ? Kejadian yang tak tergambar dalam otak manusia, akan dahsyatnya ? sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran. 

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H cal/hdate_year.php?year=1433&base=h

Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu ? Apakah peristiwa penting itu ?

Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ

But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.

"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.

" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam.

Perjuangan Mengejar Cita-Cita.....


 Menyeberangi Sungai Untuk Sampai Kesekolah


Hanya untuk ke sekolah, 

pelajar-pelajar ini mempertaruhkan nyawa, 

menyeberang jembatan yang runtuh di atas Sungai Ciberang, 

Lebak, Provinsi Banten. Jembatan ini baru dibina pada 2001, 

tapi sudah runtuh akibat banjir yang terjadi. 


Mereka masih tidak mengerti erti kehidupan sebenar
Tapi demi masa hadapan Bangsa dan Negara mereka 
bersedia berjuang "cara" mereka 
Ia itu mengejar ilmu untuk menjadi pentadbir negara
suatu masa nanti.....


Sofiah, a student, and her …

Sofiah, a student, holds on …

Students make their way across …

Students hold on to the side …

Students hold on to the side …

Students hold on to side steel …

Sofiah and her friends walk …

Sofiah and her friends walk …

Sofiah stands on a chair as …

Students hold on to the side …

A student holds on to side …




Dr Mohamed Saad Al Katatni Dipilih Ketuai Parlemen Mesir



Tokoh Ikhwanul Muslimin Pimpin Parlemen Mesir

REPUBLIKA.CO.ID, KAIRO -  Majlis Al Syaab (DPR) Mesir, Isnin (23/1), telah memilih Sekretari Jenderal Parti Hurriyah Wal Adalah, Dr Mohamed Saad Al Katatni (59), menjadi ketua parlemen. Dalam pemilihan ketua parlemen, Katatni memperoleh 399 suara dari total 508 anggota dewan.
Parti Hurriyah Wal Adalah merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin. Pada masa rezim pimpinan Presiden Hosni Mubarak, parti tersebut adalah parti yang diharamkan. Kini Katatni mencatatkan dirinya sebagai tokoh Ikhwanul Muslimin yang pertama memimpin parlemen dalam sejarah Mesir modern.
Tahniah kepada Parti Hurrriyah Wal dan Dr Muhamed Saad Al Kattani diatas kejayaan itu.Mudah-mudahan Mesir bertambah makmur dan aman .
Malaysia bila lagi nak berubah ??? Insya-Allah PRU 13 kita akan dapat pemimpin baru yang lebih adil  dan berkonsipkan Negara Berkebajikan.
Ayuh pemuda-pemuda semua rialisaikan lah sebuaqh Negara Berkebajikan seperti mana yang dicita-citakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Mari kita hentikan kezaliman dan keangkuhan rejim Umno/ BN.

Sabtu, 21 Januari 2012

Orang Tua Ini Baling Batu Kepada Peserta Demo Aman Bantah AUKU


Begini lah bila jadi orang yang jahil ilmu agama
jahil ilmu dunia,mereka tak megerti apa yang yang dituntut 
oleh anak muda dalam perhimpunan aman 
membantah AUKU.

Orang-orang ni tak tahu bahawa AUKU yang dibantah oleh
pelajar-pelajar itu bukan untuk mereka sahaja tetapi untuk 
jenerasi akan datang ia itu termasuk anak cucu orang-orang Umno ni

Kerana kejahilan orang-orang Umno seperti ini 
maka berlakulah  pertelingkahan.
Mereka fikir kerana mereka berkuasa di peringkat pusat 
mereka boleh berbuat apa sahaja.
Pukul orang lempar batu atau apa sahaja 
kerana mereka fikir mereka dilindungi.
  
Sepatutnya orang tua ini menasihati rakan-rakannya
supaya tidak melakukan kekerasan terhadap pendemo aman itu..
Tapi ini sebaliknya....
Lihat dalam gambar seorang lelaki warga emas memberi seketul batu kepada rakannya, contoh terbaik yang dilahirkan Umno

Dia fikir dengan sebutir batu itu dapat mematahkan semangat para pelajar itu dari menuntut hak mereka? Sebaliknya pelajar akan bertambah semangat lagi.

AUKU yang dibantah oleh pelajar itu bukan bmemberi faedah untuk  anak-anak PAS dan PKR saahaja tapi akan memberi faedah kepada anak-anak UMno juga. Yana mreka (orang-orang Umno) bangang sesangat tu kenapa? sepatutnya mereka bantu pelajar tu...
Supaya kerajaan menuruti kehendak pelajar .

Untukmakluman orang-orang Umno semua, bahawa 
pelajar yang membantah AUKU itu ia lah anak-anak
melayu, kerana mereka tertindas dan ditindas oleh 
pemerintah melalui AUKU.

Orang Umno yang mengaku memperjuangkan melayu
kenapa bertindak memusuhi melayu? 

Cukup -cukuplah jadi penjilat bontot pemimpin yang 
tidak adil tu..... 

Mereka semua tu kaya anak-anak bangsawan tu 
bukan macam kamu tu hanya .....pecacai sahaja.

Tak sudah-sudah bungngol nyak Bungngol banar tu.....
Nasib baik aku dah berhenti Umno...
Tapi aku keluar Umno tidak di pecat 
dan lebih awal dari DHA....
 

Najib tak pernah susah,Hishamudin tak pernah susah
mereka tu semua anak bangsawan,
Yang kamubetumbuk ni kenapa pula ? 
kamu tu anak bangsawan ke? 
Sadarlah Kamu tu hanya anak kampongan sahaja.
Dah tua-tua betumbuk bangang @ bongngul....