SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 28 Julai 2012

Mengikut Apa yang Ditulis Oleh www.msomelayu.blogspot.com

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya. 

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi. 

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum. [wm.kl.12:54 am 28/07/12]

Allahhuakbar Kejinya Mereka (Pemimpin Umno ) Selagor , Suka Berbohong....


Air: Muhyiddin berpeluang ambil alih tempat Najib

KUALA LUMPUR: Propaganda bohong mengenai krisis air di Selangor dilihat akan
 memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
 mengambilalih kedudukan Perdana Menteri dari Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembohongan dan penipuan 
terang-terangan kononnya berlaku krisis bekalan air di Selangor itu mungkin
 akan menamatkan kerjaya politik Najib yang kini dikatakan kian 
keseorangan.

Begini lah Sifat Yang Perlu Di Ikut Oleh Pemimpin-Peminpin Umno Dan Raja-Raja Negeri Di Malaysia Ini.....


Tawaduknya.. Tuanku Tiba Tanpa Hamparan Permaidani Kuning


Bicara buat seorang sultan kekasih rakyat,berangkat hadir solat Isyak bersama rakyat
,memandu sendiri Mercedes tertera ' V محمد 'tanpa dibentang permaidani kuning,
hanya ber-Croc memakai sendiri.Berjubah Berkopiah sederhana mungkin,
Itulah Sultan yang mengajak rakyat takutkan Allah.
Daulat Tuanku kepada الله أكبرMuhammad V, 
Sultan untuk umat Islam Malaysia.
Allahuakbar Tuanku.~fb I ♥ KELANTAN

Rafizi disiasat polis, hanya akan jawab di mahkamah


Rafizi disiasat polis, hanya akan jawab di mahkamah
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya untuk disiasat berkenaan dokumen rahsia projek sambungan LRT Ampang.
Rafizi dipanggil ke balai polis Tropicana pada pukul 3 petang dan disoal berkenaan dengan dokumen rahsia itu selama sejam.
“Saya hanya jawab ‘saya akan jawab’ di mahkamah ketika disoalsiasat oleh polis.
“Di bawah Seksyen 112 Prosedur Siasatan Jenayah, Kita mempunyai hak untuk tidak menjawab sekiranya jawapan kita boleh digunakan untuk mendakwa kita.
“Saya tidak menjawab satu soalan pun,” kata Rafizi dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut Rafizi lagi, beliau disiasat berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu kebocoran dokumen.
“Selepas ini pihak polis akan menyerahkan notis untuk dapatkan dokumen asli.
“Dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), polis mempunyai hak untuk berbuat begitu,” kata Rafizi lagi.
Sebelum ini, blog pengarah strategi PKR itu digodam, dipercayai kerana memuat naik dokumen-dokumen sulit yang turut melibatkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sabtu, 21 Julai 2012

Baca Ayat Kursi Sebelum Tidur


Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

Buka puasa dengan tamar



"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)

Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan. 
Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.

Jalan Yang Lurus.



"Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai, dan bukan jalan orang yang sesat." (Al-Fatihah 6-7)

Kelebihan Bulan Ramadan


Aku petik


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim) 

Tetinggal Puasa Wajib Diganti


Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan (Penting!) | Sekiranya kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan puasa, baik lelaki ataupun peempuan, maka kita diwajibkan untuk mengqadha’ jumlah bilangan puasa yang kita tinggal. Walaubagaimanapun qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya” Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya”.
Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajibmengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.
Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.

Abby Serah Borang Masuk Pas

Dah tak laku lagi jadi cari publisiti lah tu, antara suara-suara sumbang peminat dan
 orang-orang Umnoyang berfikiran untuk berhibur semata-mata.  


Wow, Ahli PAS sePenuh-Masa ...?

Jumaat, 20 Julai 2012

Renung dan Fikirkan Kata-Kata TGNA Ini



Renungi kata2 Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yg zuhud. Menteri Besar Kelantan.

"BILA KITA SUSAH, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Allah. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan ALLAH SWT.

Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang DOA MEREKA LEBIH MUDAH DITERIMA kerana rapatnya mereka dengan ALLAH SWT."

Lelaki Separuh Badan Yang Luar Biasa


Lelaki Separuh Badan Yang Luar Biasa | Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika Allah mahu tarik nikmat, bila-bila masa sahaja Dia boleh melakukan perkara itu terhadap hambaNya. Ia terjadi kepada seorang lelaki bernama Peng Shuilin. Dirinya ini telahkehilangan separuh daripada badannya setelah dipotong selepas berlanggar dengan sebuah trak. Tetapi dia tidak pernah berputus asa! Proses pemulihan yang  beliau jalani telah mengagumkan para pakar bedah selepas hampir dua tahunmenjalani satu siri pembedahan.
Naib presiden hospital di mana ini lelaki China berusia 37 tahun telah dirawat berkata: “Dia amat mengagumkan dan satu-satunya orang di dunia untuk terus hidup setelah sekian banyak daripada badannya dipotong.” Dia menjalani kehidupan dengan baik sekarang dan telah membuka sebuah pasaraya murah sendiri – yang dipanggil ‘Pasaraya Separuh Manusia Separuh Harga’. Itu luar biasa.

Fikirkan lah !!!


Pada 7 Oktober 2009 yang lepas, satu kejadian aneh telah berlaku di Moscow, Rusia dan telah direkodkan oleh seorang rakan internet saya, Merry Sparrow. Ianya seperti pintu langit yang terbuka, dan macam-macam idea dan tekaan boleh kita lakukan ke atas fenomena ganjil ini. Ada orang kata, “a gate to heaven” dan ada juga orang kata ini adalah satu lagi experimen rahsia kerajaan Rusia untuk membunuh awan. Ada juga yang berkata, “Rusia has better clouds than America“. Kelakar sungguh manusia-manusia di dunia. Tapi bagi kita umat Islam, renungkan la balik diri kita, perhatikan lah kebesaran kuasa Allah. Semoga kita menjadi insan yang beriman dari hari ke hari. Mari kita perhatikan. Apakah kejadian ini anda rasa?

Hi Tinggi Puting Jib.......

Fikir-Fikirkan Wahai Melayu Umno

Berapa kayanya dia , melayu yang lain macam mana?