SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 29 April 2013

Mahathir Fikir Putrajaya Itu Dibena Guna Duit Dia, Ingat Sikit Mahathir Oi...Sudah-Sudah La.... Rakyat Dah Muak Dengan Umno Termasuk Kamu...


PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya.

Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri itu masih tidak selesai.

"Saya datang ke sini bukan sebagai orang Kelantan tetapi, sebagai rakyat Malaysia," tegas Husam dalam sidang medianya lewat petang tadi.

Malah Husam turut membidas Tun Mahathir yang wajar pulang ke Kedah negeri asalnya manakala Datuk Najib Tun Razak pula kembali ke Pahang.

"Kalau saya kena balik Kelantan, Tun pun kena balik Kedah, Datuk Najib kena balik Pahang. Kalau semua orang kena balik negeri masing-masing, jadi tidak ada orang yang hendak bertanding di sini.

"Tengku Adnan sendiri, dia rasa dia orang tempatan, tetapi dia bukan orang tempatan dia daripada Melaka, rumah dia di Jalan Duta, itupun dia ada rumah di sini. Kalau saya menang esok, saya sewa rumah di sini tidak jadi masalah," ujar Husam.

Dalam ceramah umum 'Pertahankan Putrajaya' di sini semalam Tun Mahathir menyuruh Husam kembali ke Kelantan dan memperbetulkan negeri itu dengan membina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam sehingga berjaya.

Apabila berjaya, kata Tun Mahathir, Husam boleh minta diberi peluang bekerja di Putrajaya tetapi bukanlah sebagai Perdanan Menteri.

SPRM Apa Sudah Jadi Dengan Wang Zakat Melaka RM 13.85 Juta ?






■ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi digesa menyiasat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2009 yang menunjukkan terdapatnya keraguan dalam pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) yang dipengerusikannya.

■ Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata sehingga ini, SPRM masih gagal menyiasat dan mengheret Ketua Menteri Melaka itu ke muka pengadilan walaupun bukti-bukti sudah terbentang di hadapan mata tentang salah laku dan penyelewengan Maim dan agensi-agensi lain.

■ Adly berkata laporan Ketua Audit Negara tersebut secara jelas mendedahkan kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina kompleks Maim menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

■ Beliau melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN yang diketuai Mohd Ali sehingga menyebabkan tanah milik Maim terlepas kepada pihak ketiga.

■ Katanya, kerajaan Melaka melalui Maim juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

■ Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83.

■ Adly mendedahkan, Maim telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

■ "RMSB dikehendaki membina Kompleks Maim di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

■ "Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan Maim akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks Maim selesai," tulis beliau di dalam blognya adlyzahari.blogspot.com.

■ Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.

■ RMSB, katanya telah menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta.

■ Mais, menurut Adly yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, di samping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106.

■ "Sikap kerajaan Umno BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.

■ "PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan ke muka pengadilan," tegas Adly.

■ Adly yang menulis di dalam blognya berkata kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Mohd Ali, gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga banyak kelemahan dikenalpasti dalam sebuah negeri yang dikatakan berstatus 'Negeri Maju'.

■ Beliau berkata nilaian tanah milik Maim telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11juta sahaja pada 2008.

■ "Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian kompleks perniagaan Maim, yang disewakan kepada Jaim.

■ "Selain itu Maim juga gagal mendaftar sebanyak 20 peratus dari tanah yang diwakafkan malah proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan," jelas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

■ Menurutnya, kelemahan lain adalah berkaitan penyelenggaraan daftar harta wakaf, harta faraid dan sewa hartanah, pencerobohan tanah Baitulmal serta tanah wakaf tidak dapat dikenalpasti lokasinya.


Jom Ubah ! Ini Kalilah !

Ahad, 28 April 2013

MIC Tidak Akan Memilih Zul Noordin Kata Dato M.Saravanan



Begini lah yang dikatakan orang India berhati India,
bukan yang macam India yang mencium pipi manusia yang menghina bangsa
dan menghina tuhan yang di puja oleh kaum India.

Dato M.Saravanan mempunyai hati dan jiwa ke Indiaan yang kuat
berbanding india yang mencium pipi Zul Kulim (Pendatang luar S.Alam) tu.
Bangsa itu satu maruah bagi kaum India ,apa lagi Tuhan mereka
Itu yang dipersendakan oleh Zul (pendatang luar).

Dia mengaku Islam, adakah islam mengajar dia bersikap demikian ?
menghina agama orang lain ? 

Wahai kaum India sama ada dari MIC, IPF dan apa jua idologi parti
lupakanlah hasrat menyokong Umno/B-End, yang sikap dan perangai 
pemimpin mereka hapir sama semuanya.Mari kita bersama-sama 
menyokong "Pakatan Rakyat" (PAS

Op...poday....!!!!

2000 Orang Mayarakat Murut Menyertai Keadilan


IMG_1260
BEAUFORT 28 APRIL: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di Sabah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai KEADILAN ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, semalam.

Sebaliknya, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerah borang keahlian untuk menyertai KEADILAN.
IMG_1164
Selain Umno, parti komponen mereka, MCA juga menerima nasib sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Ketua Umum KEADILAN dan calon Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di perkarangan rumahnya yang dihadirian ribuan rakyat.

Umno Kempen Guna CD Lucah Mustafa Ali..




Mereka rasa bangga sangat kerberkempen dengan cara begitu.. 
Semoga Allah segera memusnahkan puak2 bodoh ini...

Komen Hassan Ali, Bekas MB Selangor Menyertai PAS. Dibawah Ungkapan -Ungkapan Pemimpin UBN Terhadap Islam . Fikir-Fikirkan Dimana Pendirian Hassan Akidah ?




[BH] Kuala Lumpur: Ruang untuk meniupkan roh Islam seperti dimahukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, lebih luas terbuka dalam UMNO berbanding PAS yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya. 

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata Muhammad yang berpengalaman dalam dunia politik patut menilai kembali keputusannya itu jika ingin menegakkan syiar Islam di negara ini. 

Kemaruk kuasa 

PAS sekarang adalah PAS yang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun, sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pangkalan asalnya. PAS sanggup mengikut apa saja kehendak rakan pakatannya, hatta menjual kalimah Allah untuk digunakan bukan Islam. 

Di bawah kepemimpinan sekarang, saya rasa ruang meniup roh Islam terbentang luas dalam UMNO jika dibandingkan PAS yang dikuasai golongan Anwarinas atau parasit yang tidak akan membantu Muhammad merealisasikan hasrat murni itu. 

Agenda mereka bukan lagi menghidupkan roh Islam, sebaliknya tunduk dengan perintah nakhoda pakatan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan jurumudinya, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Semalam, Muhammad yang juga bekas Menteri Kabinet menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disaksikan Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din.









Cuntohi Lah Anak Muda Ini


Lihat maju yang dipakai oleh anak muda ini
mereka jelas memakai baju BN,
Mungkin mereka baru sahaja habis menjalankan
tugas memasang bendera atau dirugaskan mengacau
parti lawan tetapi mereka memilih
berbaik-baik dan makan di pondok markas PAS.

Mungkin juga mereka cuma bekerja (makan gaji) dengan Umno
tapi hati mereka PAS. Umno bagi duit sapu je lah 
tapi ayah mak aku semua orang PAS
takan aku nak darhaka kepada mereka.

Lagi pun PAS itu sebuah parti yang pulus dan tulus 
dalam perjuangan membela islam,
berbeza ngan Umno sebuah parti yang menolak islam
anak muda ini memahami perjuangna PAS
dan mengetahui kehendak Umno (Tahta dan Harta)
Wahai anak muda 5 mei adalah hari untuk anda 
menterjemahkan sokongan anda terhadap 
perjuangan PAS.

Takbir !! Takbir !! Takbir !!
Allah-Huakbar !! Allah- Huakbar !! Allah-Huakbar !!

Refomasi !! Refomasi !! Refomasi !!

PR Tawar Pendidikan Percuma Turun Harga Minyak , Umno Pula Tawarkan Video Sek



Sumber gambar: Pulakdah!
Poster yang menawarkan video seks fitnah ini didakwa dirakam di Seberang Takir, Terengganu. Pemimpin UMNO negeri itu sebelum ini meminta ahli parti itu berhenti menayangkan dan mengedarkan video fitnah tersebut, malah polis turut memberikan amaran agar pihak yang terbabit menghentikan kempen jijik itu. 

Poster di atas jelas membuktikan bahawa aktiviti penayangan dan pengedaran video seks fitnah melibatkan pemimpin PR benar-benar berlaku. Apa tindakan pihak berkuasa? Hanya sekadar memberikan amaran?

Yang mana pilihan pengundi? Harga minyak lebih murah, pendidikan percuma, pendapatan lebih banyak atau video seks fitnah dan saham ke neraka? -DCM

Daulat Tuan Ku , Sultan Muhammad Ke-V Akan berangkat Turun Ke Gua Musang Pada 2 Mei Ini


GUA MUSANG: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V akan mencemar duli menemui rakyat Gua Musang pada 2 Mei nanti.

Program Majlis Mesra Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V bersama rakyat itu akan bermula pada jam 11 pagi.

Jelas calon PAS untuk Parlimen Gua Musang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) ini adalah julung kalinya Baginda turun menemui rakyat pada musim pilihanraya.

Namun menurut beliau prorgam tersebut bukannya melibatkan mana-mana parti politik dan ia adalah program yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan.

"Program ini tidak melibatkan mana-mana parti politik dan ia adalah anjuran SUK.

"Dijangkakan lebih 15 ribu orang akan hadir termasuk Orang Asal," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Program tersebut diadakan di Padang Sivik Gua Musang mulai 11 pagi, akan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan.

Beliau berharap agar seluruh penduduk yang berdekatan dapat meluangkan masa untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Baginda Sultan.

Soi Lek Hina Islam Jamil Khir "Bisu" Shabudin jadi "Tuli"


TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tamrin Tun Ghafar(gambar) menganggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir bacul kerana sampai hari ini tidak berani menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan Jamil kena belajar lagi tentang Hudud.

Katanya lagi, sikap itu menunjukan ketidak pedulian kepimpinan Umno walaupun di hinakan sebegitu rupa.

"Mana dia Jamil Khir dan Setiausahanya Shabudin Yahya kononnya banyak ilmu diam membisu bila Chua Soi Lek mengatakan Jamil tidak faham tentang Hudud, " jelasnya. 

Sehubungan itu, katanya, Shabudin yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihanraya Umum ke 13 ini patut dikalahkan kerana dayus berhadapan dengan Presiden MCA.

Mereka tidak berani menegur sebaliknya sanggup berpeluk tubuh dan melihat kelakuan Chua Soi Lek yang semakin melampau menghina Islam. 

Kekalahannya di Parlimen Tasek Gelugor akan mengajarnya supaya jangan bercakap pandai sedangkan penghinaan tidak diambil tindakan. 

Lagi pun beliau bukannya seorang pemimpin Umno yang mampu melahirkan pelapis tetapi banyak memecah belahkan antara kumpulan Umno sendiri. 

"Kalahkan BN, itu yang penting kerana selagi Umno berkuasa rakyat akan menderita," terangnya.

Najib Orang Kaya Dia Tak Faham Kehendak Orang Miskin


KUALA LUMPUR 26 APRIL: Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak tidak faham kemahuan rakyat yang sentiasa berharap supaya harga minyak diturunkan, bukan memberi alasan karut kononnya penurunan harga minyak hanya akan menguntungkan orang kaya.
“Penurunan harga minyak sememangnya ditujukan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Orang kaya tidak ambil kisah dengan penurunan sebanyak 20 sen atau 50 sen.
Perhimpunan bantah kenaikan harga minyak- Gambar hiasan
Perhimpunan bantah kenaikan harga minyak- Gambar hiasan
“Saya yakin apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, orang yang paling gembira dengan penurunan harga minyak adalah rakyat miskin,” kata calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Azan Ismail.
Beliau mengulas kenyataan Najib itu yang turut menyatakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah lebih baik dan menguntungkan rakyat.
“Najib memang mementingkan diri sendiri. Beliau lahir dalam keluarga bangsawan, dibesarkan dengan mewah dan tak pernah rasa susah, sebab itu dia tidak faham betapa pentingnya harga minyak diturunkan,” bidas Azan.
Menurutnya, penurunan harga minyak akan memberi kesan kepada kebanyakan rakyat berbanding 10 peratus golongan kaya di negara ini.
“Hanya ada 10 peratus orang kaya, 20 peratus golongan sederhana, manakala 70 peratus lagi rakyat miskin. Ini dibuktikan melalui pemberian BR1M kepada lebih enam juta penduduk.
“Bermakna, enam juta orang terbabit akan gembira dan mendapat untung apabila harga minyak diturunkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Mengulas lanjut, Azan berkata, pemberian BR1M tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat keseluruhan kerana ia hanya ‘gula-gula’ untuk membeli undi.
“BR1M tidak akan diteruskan setiap tahun. Pelaksanaannya memakan belanja sehingga RM8 bilion, sedangkan dengan menurunkan harga minyak, kosnya tidak sampai begitu rupa, jadi yang mana lebih realistik?” tegas Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.
“Dari segi ekonomi pula, rantaian akibat penurunan harga minyak akan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan lain.
“BR1M pula cuma akan menambah kuasa membeli pengguna dalam satu masa menyebabkan permintaan melebihi tawaran sekaligus menyebabkan inflasi,” kata Azan.

Siapa Sebenarnya Dr Mazlan Ismail Calon BN Di Permatang Pauh? Tungguuuu!!!


PULAU PINANG: Bekas Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang,  Haji Abdul Aziz Shafiee (gambar)bertekad akan mendedahkan siapa sebenarnya calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr.Mazlan Ismail.

Sewaktu dirinya sebagai Setiausaha PAS Negeri,  Dr . Mazlan merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya,  banyak cerita yang boleh dikongsikan dengan masyarakat tentang Dr. Mazlan kerana pendedahan itu pastinya mencemaskan kedudukannya sebagai calon yang kononnya mahu menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas ini katanya,  beliau sendiri akan naik pentas PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Permatang Pauh sebagai siri penjelasan wajah sebenar Dr. Mazlan Ismail. 

"Selepas pengisytiharan nama calon BN saya rasa syukur kerana akhirnya Dr. Mazlan masuk Umno. Kemasukan beliau tidak mencemaskan PAS terutamanya tetapi merupakan titik permulaan kekecohan dalaman Umno," terangnya. 

Menurut Aziz, beliau tahu, banyak rakan taulan Mazlan masih dalam PAS namun beliau yakin mereka tidak termakan dakyah palsu yang dipelajari dari Umno itu. 

Kenyataan berbeza-beza, Najib seperti ‘sesumpah’ politik


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang kempen pilihan raya yang mengeluarkan kenyataan berbeza-beza mengikut masa dan kumpulan masyarakat menunjukkan beliau tidak ubah seperti sesumpah politik.
Najib bukan sahaja tiada dasar jelas tentang pembangunan rakyat terutama golongan pekerja tetapi hanya mengutamakan kenyataan popular politik.
khalid ibrahim
Di ambang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei minggu hadapan, Najib masih tiada dasar menyeluruh yang jelas untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh lebih 7 juta pekerja seluruh negara.

Contohnya dalam isu dasar kekurangan tenaga pekerja, beliau hanya mengambil penyelesaian mudah dengan mengambil tenaga pekerja asing sedangkan apa yang perlu adalah dasar untuk meningkatkan produktiviti pekerja.
Begitu juga dasar gaji minima RM900 yang dicanangkan oleh Barisan Nasional yang sehingga kini belum dilaksanakan. Tambahan pula Presiden MCA Chua Soi Lek membantah cadangan tersebut kononnya akan memberi kesan kepada para majikan. Nampaknya Barisan Nasional tidak serius dan tidak faham tentang dasar gaji minima ini.
Sebaliknya Pakatan Rakyat menjawab kegagalan itu di dalam manifesto untuk menawan Putrajaya menerusi dasar jelasyang imana kita menjanjikan tabung RM2 bilion untuk melaksanakan dasar gaji minima RM1,100.
Di Selangor, Pakatan Rakyat menyediakan bantuan untuk anak-anak syarikat melaksanakan dasar gaji minima RM1,500 sebulan untuk mengeluarkan pekerja daripada kemiskinan.
Tan Sri Khalid Ibrahim
Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor

2000 Anak Muda Berarak Ke Ibu Pejabat Umno


KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 mahasiswa dan anak muda dari seluruh Malaysia semalam berarak ke bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, bagi menyatakan penolakan anak muda terhadap parti itu khususnya untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Perarakan anjuran Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) tersebut bermula jam 2.30 petang dengan himpunan di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke bagunan Umno kira-kira 3.15 petang melalui Jalan Putra.

Sepanjang perarakan, mereka yang rata-rata memakai baju hitam sebagai lambang penolakan turut menyanyikan lagu tolak Umno, bersorak dan melambai kepada rakyat yang menyusuri jalan disamping mengedarkan risalah 'Mengapa Anak Muda Tolak Umno BN'.

Kemuncak perarakan itu, mereka telah menyerahkan kain sepanjang 50 meter mengandungi tandatangan rakyat khususnya anak muda yang menyokong gerakan tolak Umno BN, kepada wakil ibu pejabat parti itu.

Mereka juga turut mengadakan bacaan ikrar janji setia Anak Muda Tolak Umno BN yang dipimpin oleh Ahmad Afif sebagai jurucakap gerakan tersebut.

Sebelum ini, Tolak telah menjelajah ke seluruh Malaysia mengadakan kempen besar–besaran bermula pada 15 Mac hingga 15 April lalu.

Kempen tersebut sebagai memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa rakyat Malaysia wajib menolak Umno BN. 

Tolak turut mendapat sokongan lebih 30 NGO termasuk Bersih.

Program Bersama Ustaz Azhar Idrus Dan Calon PAS/PR Parlimen P125 Putrajaya, Husam Musa


KOLEKSI GAMBAR PROGRAM BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN CALON PAS/PR PARLIMEN P125 PUTRAJAYA, HUSAM MUSA DI PRESINT 19, PUTRAJAYA!!!












ACARA:-  PROGRAM BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN CALON PAS/PR PARLIMEN P125 PUTRAJAYA, HUSAM MUSA

LOKASI:-  PADANG BOLA, LOJI PEMBERSIHAN KONSORTIUM ABASS, PRESINT 19, PUTRAJAYA.

TARIKH:-  27HB APRIL 2013 JAM 9.00 MALAM.

JUMLAH KEHADIRAN:-  TAK PANDAI NAK KIRA, MOHON BANTUAN DARI PAKAR MATEMATIK NEGARA, RAIS YATIM.

Biarkan saja rakaman gambar berbicara.... tidak perlu Omak Kau ulas panjang lebar.. Yang pasti UMNO gerenti semput tak boleh nak bernafas...Kini bolehlah UMNO diibaratkan seperti menggelupur minta nyawa dalam lumpur.