
“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi,” kata kementerian luar.

Minggu lalu, Dewan Rakyat diberitahu, kos pesawat yang disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu berjumlah RM9.1 juta meliputi kos bahan api, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya berkata, kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.
Ia bermakna Najib membelanjakan kira-kira RM58, 710 bagi setiap kali pengunaan pesawat berkenaan, dalam anggaran mudah. -KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan