Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya
(dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan
hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka,
dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim)
sabda nabi muhammad s.a.w
Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)
menentang penguasa yang tidak baik..
dari ummu salamah r.a (isteri nabi )sabda nabi saw "kelak akan memerintah pembesar2 yang kebijaksanaanya ada yg kamu kenal baik dan ada yg tidak baik.maka sesiapa membenci yang tidak baik lepaslah dia dari dosa,bahkan sesiapa yg mengingkarinya (memeprotes)selamatlah dia tetapi siapa yang rela bahkan mengikuti yang tidak baik berdosalah dia.Bertanya sahabat bolehkah kita bunuh mereka ?jawab nabi tidak selama mereka masih melakukan solat.."
(1820 jilid 3 sahih muslim )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan