Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dengan lantang menyatakan bahawa PERKASA tidak akan membantu calon B-End dari MCA , kerana Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang berbau penghinaan kepada umat islam Malaysia.Disini
Bagaimana pun yang menjadi muskil apa bila mantan PM yang begitu lantang membidas PAS yang hendak melaksanakan hukum Hudud, mereka (PERKASA) tidak berbunyi, sunyi sepi sahaja. apakah bezanya antara Mantan PM itu dengan Presiden MCA ? sedangkan mereka sama-sama menghina undang-undang Allah.
Kalau Hudud yang ingin di laksanakan oleh PAS itu Hudud PAS kenapa pula PERKASA tidak mendesak Umno untuk melaksanakan hukum Hudud di Malaysia yang Umno sendiri selaku pemerintah nya ? Kenapa mereka tidak melaksanakannya ?
Setiausaha PERKASA itu bercakap seperti Umno nak melaksanakan hukum Hudud di Malaysia,Disini
mungkin dia terlupa bahawa Parti pujaan nya Umno itu terlalu takut dengan perkataan "HUDUD" apa lagi nak melaksanakan nya.
Menghina, melekeh, dan merendah-rendahkan Hudud mau pun Islam itu sendiri, itu memang sudah kerja orang kafir. kerna mereka bukan islam. Persoalannya bagaimana kalau orang yang mengaku islam tetapi masih menghina,melekeh dan mempersoal hukum-hukum islam kenapa tidak ada tindakan dari penguasa islam ?.
Oleh kerana tiada teguran dan tindakan terhadap penghina islam di kalangan orang islam sendiri maka ia sebagai ikutan bagi orang bukan islam menghina islam.
P/S: Hormatilah agama sendiri sebelum meminta orang lain menghormati agama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan