Ahad, 14 Oktober 2012

Wah Kroni Umno Bakal Untung RM700 Juta Setahun


KUALA LUMPUR, 14 Okt —
 DAP hari ini menyeru agar Kementerian Pengangkutan menggantung 
sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) 
kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang 
konsesi, dan bakal membebankan rakyat negara ini.


Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 

831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - 
ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik
 modal mereka melalui pengagihan keuntungan 
daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.


"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi 
akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, 
RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta
 di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak 
RM700 juta untuk kerja setahun," 

kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan
 di Ibu Pejabat DAP di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan