SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 4 Mac 2014

Bersih lancar ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’

KUALA LUMPUR 4 MAC: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melancarkan ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’ untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh tuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.
GUGUR_TUDUHAN_MEJAR_ZAIDI“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.
“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?” kata Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.
Katanya, BERSIH 2.0 menganjurkan Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi melalui media sosial supaya ribuan rakyat bersatu menyuarakan ketidakpuasan mereka mengenai tindakan mahkamah terhadap Mejar Zaid.
“BERSIH 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran,” kata Maria dalam kenyataan.
Jelasnya, semua penyokong diminta mengambil gambar mereka bersama kad yang menyatakan ‘Gugur pertuduhan Mejar Zaidi’ dan ‘Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi’.
Penyokong diminta menerbitkan gambar tersebut dalam Facebook dan Twitter masing-masing dengan hashtag #sokongzaidi sebelum perbicaraan Mejar bermula pada bulan April ini.
Maria turut menyeru orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sg Besi, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan