SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 5 Mac 2014

Curi Sayur, Ibu Dibunuh, 2 Anak Dirogol Ramai-ramai.

Sebuah peristiwa yang sangat memilukan terjadi di Nigeria . Tiga orang wanita yang terdiri dari seorang ibu dan dua orang anak perempuannya mengalami nasib tragis menjadi korban 'tindakan main hakim sendiri' dari pelbagai orang . 

Ibu akhirnya tewas meregang nyawa sementara kedua anak perempuannya diperkosa beramai - ramai. Sedihnya, tindakan biadab ini dilakukan hanya kerana ketiganya telah mencuri sayur-sayuran di sebuah pasar . 

Seperti diberitakan oleh emirates247.com , sekelompok orang ramai berjumlah sepuluh orang telah membunuh seorang ibu dan memperkosa dua anak perempuannya hanya kerana ketiganya telah mencuri sayur-sayuran dari sebuah pasar tempatan di Nigeria . Dalam sebuah video diperlihatkan bagaimana ketiga korban dilucutkan pakaiannya hingga telanjang dan disiksa secara biadab di sebuah pasar . 

Akibat penyiksaan tersebut ibu kemudian meninggal di tempat . Sementara kedua anak perempuannya yang mengalami perkosaan berjaya diselamatkan setelah ayah membayar tebusan . Masalah ini sendiri kini tengah ditangani oleh pihak polis . Enam dari sepuluh orang peserta telah ditangkap , sementara empat pelaku lain sedang dalam pencarian oleh pihak polis . 

"Suspek didakwa pasal pembunuhan , penyerangan tidak senonoh , peras ugut , dan konspirasi, " kata seorang jurucakap polis . Pegiat hak asasi juga mengutuk tragedi penyerangan itu dan menyatakan tindakan main hakim sendiri melalui kekerasan jalanan bukanlah sebuah jalan keluar untuk mencegah terjadinya kejahatan . (http://tobeeinspired.blogspot.com)

Komen Weblog Ibnu  Hasyim:  Tindakan 'main hakim sendiri', apakah sudah ada bayang-bayangnya di Malaysia? Kalau Di AS, memang ada. Ramai yang dituduh teroris tapi masih belum dibuktikan di mahkamah, telah dihukum. Itu juga tindakan 'main hukum sendiri' AS yang menjadi qiblat kerajaan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan