SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 5 Mac 2014

Siapa Hassan Ali Di Banding Anwar Ibrahim ?

Datuk Hasan Ali Berdosa Besar Fitnah Anwar Tidak Layak Jadi MB Selangor

hasan ali
AMK Pulau Pinang menyifatkan kenyataan Hassan terhadap Anwar sebagai berniat jahat. Gambar oleh: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/
Beberapa Ngo islam diketuai hasang ali mengajak pengundi dun kajang tolak anwar dan kemukakan 20 dalil.. tapi berdiam diri bila kassim ahmad hina hadis nabi.. ini bukan NGO islam ini NGO yahudi umno!!! 
10 dalil Hassan Jati ni memang bangsat punya orang:-
1. tak tegur pmimpin rasuah.
2. berdiri atas pentas parti yg rasuah
3. panjangkan fitnah dan aibkan org lain
4. menyebarkan fitnah aktiviti murtad
5. membisu dgn kegiatan golongan anti hadis
6. Perangai Assobiyyah dgn berburuk sangka dgn kaum dan agama lain
7. Memusuhi jemaah yg mmperjuangkan Islam
8. Angkat diri sendiri utk jadi pmimpin
9. Bercakap tanpa berlandaskan fakta dan hujah
10. Penakut untuk berjuang
hasan ali 1
PEALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang pada Rabu menyifatkan tuduhan Datuk Dr. Hassan Ali bahawa memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang boleh merosakan akidah merupakan tindakan berniat jahat.
Ketuanya, Dr. Afif Bahardin sebaliknya menyifatkan Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang sebagai seorang tokoh Islam.
Tidak cukup dengan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri tersebut juga menganggap Anwar berjaya menjadikan Parlimen Permatang Pauh sebagai parlimen yang paling banyak mempunyai masjid serta aktif dengan aktiviti.
Dalam kenyataannya pada Rabu, Afif memberitahu, Hassan telah melakukan dosa besar dengan menfitnah seorang tokoh Islam yang berjaya menghubungkan dunia barat dengan Islam selama ini.


“Sejarah telah membuktikan ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin gerakan ABIM semenjak menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982, kawasan ini menjadi kawasan tumpuan untuk institusi pendidikan Islam dan pusat gerakan dakwah untuk negeri Pulau Pinang.
“Ketokohan beliau dalam dunia Islam juga diiktiraf di peringkat global selain seringkali dirujuk untuk menjadi jambatan penghubung di antara dunia Barat dan Islam. Bahkan di Permatang Pauh, begitu banyak masjid di bina, surau yang subur dengan aktiviti ilmiah dan dakwah,” katanya.
Jelasnya, ia terbukti dengan kewujudan maahad tahfiz seperti Yayasan An Nahdoh di Permatang Pauh, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mula beroperasi di Permatang Pauh sejak 1996.
Menurutnya, Anwar juga dikenali sebagai pemimpin yang sering menyampaikan tazkirah dan kuliah di seluruh masjid dan surau sekitar Permatang Pauh dan Pulau Pinang.
“Kenyataan Hassan adalah fitnah berunsur jahat dan saya menggesa beliau untuk memohon maaf dan menarik balik fitnah itu. Sewajarnya beliau bermuhasabah diri dan bertaubat dari terus bergelumang dengan dendam kesumat serta kempunan tidak dapat menjadi menteri besar Selangor,” jelasnya.
Sumber Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan