Terdapat usaha untuk menghasut ahli-ahli memboikot PRK Kajang yang sedang berlegar di laman sosial facebook mutakhir ini.
Dan yang paling menyhedihkan, mereka ini menggunakan profile photoPresiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kononnya mereka penyokong kuat TGHH untuk mengelirukan ahli-ahli PAS sedangkan TGHH tidak pernah mengeluarkan arahan untuk memboikot PRK Kajang yang bakal berlansung 23 Mac ini.
TGHH sendiri telah hadir melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di Kajang pada minggu lepas dan adalah tidak wajar mana-mana ahli PAS yang menyeru dan menghasut orang lain untuk memboikot PRK berkenaan walau apa alasan sekalipun.
Soal siapa MB selepas PRK, soal kes mahkamah Anwar, soal MoU Air, soal saman RM2 juta - itu semua adalah isu-isu semasa yang perlu dikendurkan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk memboikot PRK Kajang.
Seruan memboikot PRK Kajang adalah hampir menyamai seruan Abdullah bin Ubai, ketua kaum munafik semasa zaman Rasulullah saw dimana beliau telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap kaum muslimin. Semasa perang Badar, dialah yang menghasut orang-orang beriman agar tidak berperang dan semasa perang Uhud pula dia menyeru kaum Muslimin untuk berundur dari medan perang.
Dan di dalam setiap perjuangan dan peperangan akan tetap muncul golongan munafikin Abdullah Ubai ini. Oleh itu berwaspadalah dan jangan termakan hasutan mereka.
Bukankah di dalam amal jamaiey, apabila pimpinan telah membuat ketetapan sepatutnya HARAM bagi mana-mana ahli di dalam jemaah bertindak memboikot/menentangnya?
Berikut ialah kenyataan TGHH semasa melancarkan Jentera Pemuda PR di Kajang dan kenyataan Naib Presiden PAS, Tn Hj Salahuddin Ayub seperti tersiar di dalam harakahdaily.
PRK Kajang mesej PR berjaya satukan rakyat pelbagai kaum
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang."Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti."Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar,"katanya.Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN."Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi.Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda. -HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan