Bakal pengundi hantu kawasan mana lak ni?
Pemuda UMNO
Keh...keh..kehhh
nak tekencing aku
geli tengngok perangai pemuda UMNO ni
Ini lah salah satu yang hendak diBERSIHkan
ada faham SPR,PDRM,TPM dan PM.
Dalam UMNO memang banyak(bukan ramai) spisis yang macam ni
Megaku Melayu, Sedangkan menyebut sepuluh pun tak betul,
Yang penting nama macam Melayu
Bini Melayu,Melayu lah tu.
Dah boleh pegang jawatan dalam UMNO
BERSIH
Alhamdullillah, Perhimpunan Bersih sudah selesai dan berjaya. Biarpun Polis dengan bangang nya melalui KPN dalam kenyataan beliau bahawa Perhimpunan Bersih Gagal hanya 6000 yang hadir (orang ini telah buta mata dan buta hati ) kerana mengampu dan kecenderongan membohongi rakyat.
POLIS
Biarlah polis kata mereka menang dan berjaya menyekat orang ramai untuk datang berhimpun di Stadium Merdeka. Tapi mereka lupa bahawa yang datang itu bukan bertujuan untuk berperang ,tetapi polis menanti mereka dengan kelengkapan berperang bukan kah itu bangang namanya? Itu bukan kemenangan tetap itu pengecut.
Apakah polis tidak mempunyai perasaan malu pada diri sendiri? Berhadapan dengan orang yang tujuan nya hanya ingin menyampaikan perasaan ketidak puasan hati dan ingin menyampaikan perasaan itu kepada Yang Dipertuan Agung raja kepada semua rakyat Malaysia. (Raja kami dan Raja kamu juga)
PENIAGA
Soal kerugian peniaga-peniaga KL sepatutnya polis yang dipersalahkan kerana mereka tidak bertangongjawab menjaga keamanan perhimpunan aman yang dicadangkan.Pada hemat aku perhimpunan ini boleh menjana ekonomi dan memberi keuntungan yang lebih baik kerana mereka yang datang dari jauh tentu nak makan minum,nak shoping untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. Tapi sipeniga itu bangan tutup kedai buat apa? kan rugiiiiiii "Bodoh !".
MAHAGURU
Ada pulak yang nama agak tersuhur lah tapi mungkin belum tercuba dengan yang lebih hebat lagi jadi dia anggap diri dia adalah yang terhandal diMalaysia ni. Dia ni pulak pangil anak buah dan berekrar bersedia mempertahankan negara, ni apa cerita ni? Perhimpunan Bersih ni bukan nak begaduh/perang ,tak reti bahasa Melayu? bukan Melayu kut.Untuk makluman tuan mahaguru mereka yang nak berhimpun ni semuanya rakyat Malaysia, takkan mereka nak berperang sesama sendiri mereka pun sekolah juga (berakal). Jangan lah menghasut rakyat sampai begitu rupa. Kalau betul-betul handal bertanding lah pilihan raya PRU 13 nanti. Jangan mencarut-carut sekarang.....
ORANG HEBAT
Hui...Bra apa jadi?pegi mana muka pun tak nampak? menyurok bawah tempurung ker??? Sebelum tu asik muka kamu je dalam TV3 buat kenyataan itu ini,cis petakut rupanya aku ingatkan berani sangat, tak macam PATRIOT yang "RIOT" mereka berani tapi.......cuma nak POPULAR dan cari glema je bukan kerana perjuangan.
KESIMPULANNYA
Apa pun aku banga kerana BERSIH berjaya. Kebangkitan rakyat masih memuncak dan terus memuncak, kepanasan hati rakyat terus membara menungu PRU 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan