SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 23 Julai 2011

Begitu Lah Kiasan Ku


Ketika aku pulang dari kedai membali susu dan sardine
Aku nampak pak abu duduk sendirian di beranda rumahnya
Buat apa tu pak abu sapa ku padanya
Saja duduk-duduk, katanya
Dia terus memangil aku untuk singgah (sembang lah tu)
Aku singgah dan duduk sembang dengan dia
Kami bersembang berbagai-bagai topik
Dari soal sawah hingga lah perhimpunan bersih
Aku hormati pandangan pak abu yang berusia 84 tahun ni
Pak abu ni sebenarnya cukup tebal UMNO nya
Makan,tidur,berak dan kencingnya pun cap UMNO
Kalau guni baja, guni beras dah pasti lah cap BN
Tapi dia setuju soal perhimpunan bersih
Katanya perhimpunan untuk kebaikan semua termasuk untuk kita
Aku kalau masih muda aku pun nak pergi
Tapi dah tua tak larat dah, katanya bersemangat


Buah ni dah rosak kulitnya
Tapi kita tak tertipu sebab dari awal dah nampak busuk

Sembang kami berubah kepada hasil kampong pula
Pak abu menunjukkan buah mangganya yang baru dipetik
Aku bertanya banyak ke buah nya pak abu?
Ada la sikit katanya
Nanti bawa balik ya sambil membagi aku mangga
Tapi yang ini jangan ini buah tak elok, katanya
Menunjukkan buah yang bergetah hitam kulitnya
Semua rosak ke buah mangga ni pak abu? tanya ku
Tak semua la tapi banyak yang tak boleh pakai
Tapi kalau nampak rosak macam tu buang sahaja
Yang celaka bila kulit luarnya nampak cantik kita kutip
Sedar-sedar dalamnya berulat dan berkumbang
Tertipu juga kita dek kecantikan kulit yang licin
Hati-hati memilih kerana yang cantik itu belum tahu isinya
Lihat warna kuning macam masak ranum sahaja
Tapi isi masam lekit, masak layu rupa nya



Pokok mangga tua
nampak rendang tapi tak bebuah lagi

Mangga ni kalau pokok dah tua buah nya tak cantik lagi
Banyak buah yang berkumbang dan berulat kata pak abu
Aku tanya kenapa boleh jadi begitu
Pak abu jawab pokok mangga dia ni dan berusia 53 tahun
Akar dia dah banyak yang rosak
Batang dah dimakan ulat sebab tu dahan banyak yang kering
Daun muda pun dah kurang
Pokok dah mula gersang tapi nak tunjuk dia rendang
Daun tua dah pula banyak yang dugur
Akar dah tak mampu menyerap baja
Buah dia pun dah teruk sangat
Habis tu nak buat macam mana pak abu?
Tabur baja tak boleh ke?
Dah tak boleh dah melainkan ditebang jelah
Ganti dengan tanaman pokok lain pulak
Tak nak tanam mangga lagi lah


Orang selalu tertipu dengan yang cantik macam ni
Sebenarnya isi dalam belum tahu lagi manis atau masam

Memang cantik buah mangga yang isteri pak Abu hidangkan ni
Jemput lah pelawa pak abu kepada aku,
Aku pun ambil sehiris ummm !! masam nya mangga ni pak abu, sapa ku
Itu lah aku dah kata tadi luaran je tampak elok dan cantik
Tak berulat tapi masam pula rasanya kata pak abu
Kalau dapat yang elok dan cantik okey lah katanya kepada aku
Buah ni dah banyak yang berulat dah
Buah berulat buang dalam longkang sahaja lah
Pak abu merunggut bersendirian
Macam kecewa bunyi nya

P/S:UMNO aku ibaratkan seperti poko mangga
Aku berharap pambaca dapat memahami cerita kiasan aku ini

Begitu lah sebenarnya pokok UMNO ketika ini
Sudah terlalu tua dan dah tiba masanya di tebang
Untuk diganti dengan pokok baru pokok PR
Pokok yang baru selalunya segar
Buah nya manis-manis dan tak berulat
Buah pokok lama luar sahaja cantik macam (UMNO)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan